The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faidahasni02, 2021-11-19 03:36:55

E-FOLIO

E-FOLIO

KERTAS CADANGAN

BAB 4

GEJALA KERUNTUHAN
AKHLAK

DISEDIAKAN OLEH :
1. RUFAIDA BT HASNIYUSFEE (06DAT20F2007)
2. NUR FARAH AUNIE BT NORAZMI (06DAT20F2013)

3. SIFA NAZRIN (06DAT20F2045)

MARKAH DIPEROLEHI : _____ / 30

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL. TAJUK
1. Penghargaan 1
2. Objektif 2
3. Pengenalan 3
4. Gejala sosial dalam kalangan 4-6
5. Faktor berlaku masalah keruntuhan akhlak 7 - 12
6. Kesan mengalami gejala keruntuhan akhlak 13 - 17
7. Cara mengatasi gejala keruntuhan akhlak 18 - 19
8. Kesimpulan 20
9. Lampiran 21
10. Rujukan 22

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami sekumpulan dapat juga kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah saya, En. Mohd Mustaqim bin Maludin bagi kursus Pengajian Islam
(MPU23012) kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

1

OBJEKTIF

1) Untuk mengenal pasti tentang gejala sosial dalam kalangan remaja
2) Untuk menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi gejala sosial dalam
kalangan remaja
3) Untuk menjelaskan kesan mengalami gejala sosial dalam kalangan remaja
4) Untuk mengenal pasti tentang cara untuk mengatasi masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja

2

PENGENALAN

Umat Islam masa ini menghadapi pelbagai cabaran yang banyak menguji
keimanan, keprcayaan juga pegangan hidup mereka terhadap Islam. Antara isu yang
hangat diperkatakan islah isu kelemahan umat Islam. Pelbagai krisi yang berlaku
seperti kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan dan sebagainya. Selain itu,
umat Islam juga semakin hari semakin rakus mengejar arus pemodenan dan
kemajuan dunia. Kita lupa akan pembangunan rohaniah yang seharusnya seiring
dengan kemajuan dunia. Maka, tidak hairanlah apabila ramai umat Islam kini hanyut
dalam pemodenan itu, malah kebanyakan masalah sosial yang berlaku juga diterajui
oleh sebilangan besar umat Islam itu sendiri.

3

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Masalah gejala sosial di Malaysia tidak boleh dipandang sepi. Hari demi hari, gejala
ini semakin serius merebak, malah sudah tidak asing lagi dalam dunia pendidikan.
Masalah sosial pelajar terus-menerus merunsingkan pelbagai pihak. Gejala sosial
dalam kalangan remaja boleh dikategorikan beberapa jenis kesalahan seperti yang
berikut :

1- Dadah
Dadah merupakan bahan kimia yang dapat mengubah perasaan, daya

persepsi, fikiran dan tindakan yang tidak waras. Ianya amat berbahaya kepada
individu yang menggunakannya. Dadah akan menjadi lebih berbahaya jika
diambil tanpa mengikut dos atau sukatan yang dibenarkan. Mengikut
pandangan Islam, dadah dalam Al-Quran menyamai istilah “khamar” yang
digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan
kewarasan akal fikiran. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Setiap yang memabukkan ialah khamar dan setiap yang memabukkan adalah
haram”. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengatakan bahawa dadah
ialah haram digunakan kecuali bagi bertujuan perubatan.

2- Arak
Kamus Dewan Keempat (2005) mendefinisikan arak sebagai minuman

yang mengandungi alkohol, iaitu minuman keras. Definis ini bertepatan
dengan pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dimana arak ialah minuman yang
memabukkan yang dibuat daripada biji-bijian atau buah-buahan dengan
diproses sehingga mencapai kadar alkohol yang memabukkan.

Ayat Al-Quran tentang pengharaman arak diturunkan dalam empat
peringkat dengan mengambil kira orang yang masuk Islam ketika itu masih

4

lagi kurang imannya dan agak sukar melepaskan tabiat kegemaran mereka
ketika jahiliah. Tahap pertama mengatakan adanya kandungan alkohol dalam
anggur (Surah al-Nahl 16:67), tahap kedua menyatakan mudarat minum arak
lebih besar daripada manfaatnya (Surah al-Baqarah 2:219), tahap ketiga pula
tentang larangan melakukan solat ketika mabuk (Surah al-Nisa’ 4:43) dan
tahap keempat ialah penetapan terus pengharaman arak (Surah al-Maidah 5:90)

3- Rogol
Jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah. Istilah rogol

merujuk kepada serangan seksual yang apabila penyerang memaksa mangsa
yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.

Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti “serangan seksual”
atau mentakrifkan rogol sebagai serangan seksual dengan penembusan. Rogol
boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seseorang yang rela,
tetapi dari segi undang-undang, dia belum cukup umur.

Selain itu, rogol yang disebabkan penggunaan pukau atau seumpama
untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang. Yang
lebih tragis, terdapat kes rogol yang membawa kepada kes bunuh selepas
rogol.

4- Vandalisme
Vandalisme ialah perbuatan yang membinasakan atau merosakkan harta

benda awam atau persendirian. Secara umumnya, vandalisme membawa
maksud membuat apa-apa perubahan pada harta benda awam tanpa kebenaran
pihak berkuasa. Sebagai contoh, melukis, menandakan, mengecat, menampal,
merosakkan atau mengotorkan.

Perbuatan ini perlu ditangani oleh semua oleh pihak agar tidak menjadi
budaya dalam masyarakat dan menyusahkan orang ramai. Hal ini demikian
kerana perbuatan vandalisme membabitkan kepentingan dan keperluan awam

5

termasuk institusi pendidikan, pusat rekreasi, perhentian bas, stesen kereta api
dan komuter. Akibatnya pihak berkuasa terpaksa menanggung kerugian
kerana banyak kos perlu dikeluarkan untuk membaiki, memperbaharui semua
kerosakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

5- Seks bebas
Seks bebas ialah hubungan seks yang membabitkan pasangan yang tiada

ikatan perkahwinan atau dipanggil zina. Hubungan ini termasuk dalam
perbuatan kej yang melanggar hukum agama. Malah dalam Islam memandang
berat kesalahan zina kerana boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada
pelakunya dan masyarakat.

Perlakuan zinaa juga membawa maksud hubungan seksual yang tidak
dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar
nikah. Mengikut definisi ahli sosiologi, seks haram ialah bentuk seks yang
tidak dibenarkan oleh institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang
tidak mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.

Remaja mudah terjebak dalam masalah seks ini disebabkan berlakunya
proses perubahan antara zaman anak-anak dengan zaman dewasa. Pada masa
perubahan ini, emosi remaja agak tidak stabil sehingga mereka terdorong
untuk memenuhi keinginan seks mereka.

6

FAKTOR BERLAKU MASALAH KERUNTUHAN
AKHLAK

Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah
negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi
terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan
sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah
negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk
membentuk sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral
remaja semakin menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin
kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan
selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk.Terdapat beberapa faktor yang
menjadi punca kepada masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
Antaranya faktor kendiri, faktor rakan dan faktor ibu bapa.

FAKTOR KENDIRI:

1. Suka akan cabaran
Cabaran ialah salah satu perkara yang akan mendorong diri seseorang

itu untuk melakukan sesuatu sehingga cabaran itu dilaksanakan sehingga
Berjaya. Diri sendiri akan memberi pengaruh yang kuat kerana ada sikap
pantang dicabar dalam diri. Oleh itu, sikap ini akan membawa seseorang itu
terjerumus ke lembah maut dimana diri mereka mula untuk menyahut cabaran
untuk mencuba mengambil dadah. Oleh yang demikian suka akan cabaran ini
juga akan membawa kesan yang negetif pada diri seseorang.

2. Suka sesuatu yang baru
Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi

lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram

7

itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan
jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan
akhlak mereka bertambah rosak. Sikap suka mencuba ini tidak asing lagi
dengan sikap remaja zaman kini dimana mereka akan mencuba benda yang
baru demi kepuasan diri sendiri. Sikap mencuba ini tidak salah jika ingin
mencuba perkara yang dapat memberi kebaikkan kepada diri sendiri tetapi
segelintir remaja yang kini kian meningkat usia mempunyai sikap ingin
mencuba untuk mengambil dadah, mencuba untuk meminum arak dan
sebagainya. Hal ini membuat remaja akan mula untuk tergolong dalam
golongan suka mengambil dadah dan sebagainya.

3. Cuba untuk lari dari masalah
Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaian, tetapi bagi segelintir remaja

atau pelajar mereka cuba untuk lari dari masalah yang dihadapi. Sebagai
contoh, mereka mudah tertekan dengan kerja kursus yang banyak, sering
dimarahi pensyarah, mempunyai masalah keluarga dan sebagainya. Dengan ini,
meraka akan cuba untuk mengambil bahan terlarang seperti dadah, supaya diri
mereka akan menjadi khayal dan mereka tidak lagi perlu berfikir tengtang
masalah yang dihadapi mereka. Dengan menganggap mengambil dadah boleh
membuat diri mereka lari dari masalah dengan mencuba untuk mengambil dan
terus terjebak dalam dunia dadah yang berbahaya sehingga dapat membawa
maut. Walaubagaimanapun, diri ini adalah salah satu pengaruh yang agak
besar untuk mendorong seseorang mengambil bahan terlarang.

FAKTOR RAKAN:

1. Terpengaruh dengan rakan sebaya
Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan

rakan sebaya berbanding keluarga. Rakan sebaya adalah merupakan salah satu

8

faktor penting yang menjadi penyumbang kepada diri seseorang individu
terutamanya untuk terjebak pada gejala social terutamanya dalam pengambilan
dadah. Hal ini kerana, rakan merupakan orang yang terdekat kepada remaja
apabila mereka berada di luar rumah. Oleh hal yang demikian, mereka akan
terikut dan melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan mereka tanpa
menyedari akan keburukan pemgambilan bahan terlarang seperti dadah.
Tambahan pula, terdapat beberapa kes dimana jika rakan tidak mahu
mengikuti perbuatan buruk tersebut maka individu itu akan disisihkan oleh
rakan-rakan sebaya yang lain.

Selain itu, faktor yang mampu mendorong kepada keruntuhan akhlak
seperti permasalahan vandalisme ini juga di pengaruhi oleh rakan sebaya.
Seperti yang diketahui umum,rakan sebaya mampu mencorakkan nilai-nilai
sama ada positif atau negatif dalam diri remaja. Remaja yang gagal memilih
rakan yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka dan salah
satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Secara
kebiasaannya,remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merupakan
golongan remaja dalam kumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan
apabila berkumpul maka timbullah pelbagai idea negatif termasuklah
menconteng dan merosakkan harta benda awam. Oleh itu., rakan sebaya sangat
mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau
ke jalan yang songsang.

2. Tercabar dengan cabaran dari rakan
Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk

melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana
“darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk
membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya
dan sia-sia. Bak kata pepatah, “manang jadi arang, kalah jadi abu”. Oleh itu,
suka akan cabaran dari rakan ini turut akan memberi pengaruh yang negetif

9

kepada diri remaja kerana sikap tidak mahu mengalah walaupun dalam perkara
yang buruk seperti diri dicabar oleh rakan untuk mencuba mengambil dadah
atau untuk meminum arak. Maka remaja yang mempunyai sikap pantang
dicabar akan cuba mengambil dadah atau sebagainya untuk menyahut cabaran
yang diberi oleh rakan mereka. Selain itu, mereka turut berasa puas hati jika
apa yang dicabar dapat dilakukan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana remaja
berada diluar pengawasan dan pantauan ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka
berani melakukan apa sahaja termasuklah pengambilan bahan terlarang dan
sebagainya di luar.

FAKTOR IBU BAPA:

1. Kurang perhatian ibu bapa
Ibu bapa yang selalu sibuk dengan urusan kerja telah menjadi punca

utama anak-anak merasakan diri mereka diabaikan. Lumrah ibu bapa ialah
mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi,
kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing
dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang
songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil
tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas
melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang
salah.Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak
kata pepetah, “sudah terhantuk, baru tergadah”. Hal ini akan memberi kesan
kepada anak-anak apabila mereka sudah melangkah ke alam universiti.
Apabila diri mereka terabai maka akan bermulalah detik-detik untuk
mendekatkan diri dengan bahan-bahan terlarang seperti alkohol, tembakau,
kokain, dadah perangsang dan lain-lain lagi. Oleh itu, ibu bapa perlulah

10

memberikan perhatian meraka kepada anak-anak agar mereka dapat
mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk dalam kehidupan meraka.

2. Pengaruh dari ibu bapa
Ibu bapa juga berperanan dalam menanamkan nilai negatif kepada anak-

anak meraka.Tanpa kita sedari,ibu bapa mampu mendorong kepada sifat
vandalisme dan pengambilan barang terlarang seperti alkohol,dadah dan
sebagainya dalam kalangan remaja melalui tindakan mereka sewaktu bersama
anak-anak mereka.Sebagai contoh, tindakan ibubapa membuang sampah di
merata-rata tempat tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, meminum arak di
depan anak-anak dan mengajar anak-anak mencontohi tindakan mereka itu.
Menurut kajian,kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala vandalisme dan
pengambilan bahan terlarang lahir dalam keluarga yang bermasalah.Ibu bapa
yang terlibat dengan masalah penceraian misalnya membuatkan anak mereka
berasa tertekan.Tekanan yang dialami membuatkan remaja mencari medium
untuk melepaskan kemarahan dan salah satu cara untuk melepaskan tekanan
tersebut adalah melalui tingkah laku fizikal iaitu perkara yang dapat
meruntuhkan akhlak mereka seperti pengambilan bahan terlarang, meminum
arak, vandalisme, seks bebeas dan sebagainya.

3. Kurang didikan agama
Didikan agama dan nilai-nilai murni yang tidak diterapkan dalam diri

kalangan remaja pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk
mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan sehinggalah mereka alpa
terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak
mendapat didikan agama yang secukup oleh ibu bapa mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk
terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu
perkara negatif itu tanpa berfikir panjang. Hal ini dikatakan sedemikian kerana,

11

pendidikan sejak dari kecil amatlah penting kerana bak kata pepatah “melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa adalah tonggak utama dalam
membentuk anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah memberi didikan agama
agar anak-anak akan mengetahui apa yang baik apa yang buruk apabila mereka
mula meningkat dewasa, terutamanya apabila mereka mula masuk ke alam
menara gading. Oleh itu, ilmu agama dari kecil itu amatlah penting untuk masa
depan anak-anak.

4. Tidak mendapat pendedahan awal
Ibu bapa itu sendiri yang tidak mendapat ilmu awal tentang apa itu

bahan terlarang. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka tidak mendapat
pendedahan awal tentang hal tersebut. Apabila anak-anak sudah tiada
pendedahan awal ia akan menyebabkan mereka mula untuk meneroka dan
mencuba bahan yang terlarang dan membuat diri mereka mula untuk terjebak
dalam lembah maut kerana tidak ada pendedahan awal tentang bahan yang
terlarang sebagai contoh ganja, inhalan, alkohol dan lain-lain.

12

KESAN MENGALAMI GEJALA KERUNTUHAN
AKHLAK

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara
pada masaakan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi
seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara
automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai
akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan
negara.Terdapat beberapa kesan terhadap diri bagi setiap remaja yang terlibat dengan
gejala keruntuhan akhlak. Antaranya, kesan terhadap individu, keluarga, masyarakat
dan negara.

- KESAN TERHADAP INDIVIDU
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak

sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang
mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu
yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Namun begitukebanyakan remaja pada hari ini,
terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama,
bangsa dan negara.Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian,
budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja
muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu
dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budayaBarat dan asasnya mungkin

13

berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada dirimereka. Tidak dapat
dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yangmendalam
pada diri individu

- KESAN EMOSI KE ATAS INDIVIDU:

1. Mengalami perubahan emosi
Apabila remaja mula mengambil bahan yang dilarang mereka turut akan

mengalami kesan dari segi perubahan emosi yang pada mulanya seseorang
yang ceria dan gembira sepanjang hari, tetapi apabila terjebak dalam
pengambilan bahan terlarang ini ia akan menyebabkan diri seseorang remaja
tersebut menjadi suram, jiwa tidak tenteram dan harinya penuh dengan
kemarahan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kesan daripada pengambilan
bahan yang terlarang seperti alkohol, dadah dan sebagainya itu adalah sangat
kuat dan mampu mengubah diri seseorang remaja itu dari positif menjadi
seseorang yang negatif.

2. Mengalami kekeliruan identiti
Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit

sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa yang mengheret mereka ke arah
kerosakkan diri. Apabila mereka mula mengambil bahan terlarang seperti
dadah, alkohol dan lain-lain, maka kesan dari pengambilan bahan-bahan
tersebut akan memberikan kesan yang buruk pada emosi seseorang remaja dan
akan menyebabkan remaja tersebut mengalami halusinasi, berkhayal,
menghadapi penyakit mental dan hal ini akan membuatkan diri mereka berasa
keliru dengan identiti diri.

14

3. Emosi diri menjadi tidak tenteram
Emosi ini satu perkara yang penting dalam diri setiap individu.

Terutamanya emosi remaja yang mengambil bahan yang terlarang seperti
alkohol, ganja, inhalan dan lain-lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
kesan dari bahan yang terlarang itu sendiri sangatlah berbahaya seperti
membuatkan seseorang menjadi tidak stabil dari segi emosi dan juga mental.
Emosi orang yang mengambil bahan terlarang ini akan menjadi tidak tenteram
kerana terlalu taksub dengan keghairahan bahan terlarang tersebut. Meraka
juga akan berasa sangat beremosi sekiranya mereka tidak dapat bahan
terlarang tersebut dan menyebabkan orang di sekelilingnya dalam keadaan
yang berbahaya.

- KESAN FIZIKAL KE ATAS INDIVIDU:

1. Tubuh badan tidak bermaya
Tubuh akan kian tidak bermaya apabila seseorang remaja itu mula

terjebak dalam dunia bahan terlarang. Hal ini membuatkan diri mereka
menjadi lesu, muram, letih dan tidak suka bercampur dengan orang ramai. Hal
ini dikatakan demikian kerana, bahan terlarang itu memiliki kandungan yang
mampu melemahkan system tubuh badan seseorang. Oleh itu, ia akan
menyebabkan remaja akan menjadi lesu dan malas dalam membuat sesuatu
kerja. Paras rupa mereka yang mengambil bahan terlarang itu juga akan
berubah menjadi kian merosot dan tidak ceria.

2. Tidak suka ke kelas
Apabila tubuh badan mereka mula tidak bermaya untuk melalukan kerja,

maka mereka juga tidak suka untuk menghadirkan diri ke kelas. Hal ini kerana,
tubuh badan mereka sudah menjadi lesu dan semakin merosot kerana telah
menyalahgunakan bahan terlarang seperti mengambil dadah. Mengambil dose

15

ubat yang berlebihan, alkohol dan sebagainya. Hak ini akan memberi kesan
kepada peraturan kehadiran remaja ke kelas dan akan menyebabkan diri
mereka akan disoal oleh pensyarah kerana tidak hadir ke kelas dengan kerap.
Oleh itu, pengaruh bahan terlarang ini sangat berbahaya kepada remaja.

3. Elakkan diri dari tanggungjawab
Apabila badan sudah lesu dan malas untuk ke kelas makai a akan

menyebabkan remaja itu akan cuba untuk elakkan diri menyiapkan segala
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Hal ini kerana, segala kesan terhdap
fizikal remaja yang telah terjerumus dalam lembah maut ini sangatlah
mempengaruhi diri remaja itu sendiri dan ia akan memberi kesan yang buruk
pada masa depan. Sebagai contoh, apabila sudah ada rekod buruk dari zaman
university maka rekod itu akan dibawa terus sehingga mereka ingin mencari
pekerjaan apabila sudah tamat belajar.

- KESAN TERHADAP KELUARGA
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi

kekeluargaanlah kebahagiandan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula.
Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan
keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada
sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata
hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab
itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas
kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.Antara kesan yang
akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah: Keruntuhan institusi
kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang
harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan,
pastinya akan wujud penceraian. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak
terpelihara. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja.

16

Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihandadah,
pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

- KESAN TERHADAP MASYARAKAT
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat.

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak
dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu,
terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masaakan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak
remaja-remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu kesan
yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak
dikawal ialah: Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah
dan tidak bersatu-padu. Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud
dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman
akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.

- KESAN TERHADAP NEGARA
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang

sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu
bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat
dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang
membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga
daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yang akan berlaku ialah:
Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.

17

CARA MENGATASI GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK

Pendidikan dan pembentukan anak-anak adalah bermula dari rumah kerana sejak
kecil lagi ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak. Namun kini, ibu bapa yang
bekerjaya sibuk mengejar urusan dunia sehingga menyebabkan tanggungjawab
terhadap anak-anak terabai. Ibu bapa merupakan acuan untuk membentuk akhlak
anak-anak di rumah. Hal ini jelas sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka
kedua orang tuanyalah yang menjadikannya sama ada yahudi, nasrani atau musyrik”

( RIWAYAT MUSLIM)

1. PERANAN IBU BAPA
Kita telah mengetahui antara punca utama pelibatan remaja dalam gejala

sosial ini ialah kurangnya perhatian serta kasih sayang daripada ibu bapa dan
keluarga. Bagi mengatasi maslah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu
memberikan perhatian, bimbingan dan kasih sayang kepada anak-anak
mereka, lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang
atau tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak alan
mencari kasih sayang tersebut daripada orang lain, seperti rakan sebaya.

2. Peranan institusi pendidikan

Pendidikan merupakan elemen penting dalam strategi pencegahan, dan
sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia
yang bebas daripada gejala sosial. Kementerian Pendidikan telah diberi
tanggungjawab bagi mengenal pasti, merancang dan melaksanakan segala
program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan
masalah sosial pada peringkat sekolah dan IPT untuk mewujudkan pemikiran
generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif

18

bermanfaat yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan
mewujudkan persekitaran yang menjadikan maslah sosial itu dibenci dan jijik.

3. Menjalankan gaya hidup sihat
Amalkan gaya hidup sihat seharian yang sihat dimana para pelajar boleh

melakukan aktiviti riadah di masa lapang, membuat perkara yabg dapat
memberi kesan yang positif pada diri supaya terhindar dari masalah
keruntuhan akhlak. Cuba untuk sibukkan diri dengan kehidupan yang sihat
agar tidak akan timbul isu seperti remaja mengambil dadah, remaja mabuk
dan sebagainya. Hal ini kerana, jika jadual kendiri penuh dengan perkara yang
bermanfaat maka tidak akan ada ruang dan peluang untuk individu terlibat
dalam perkara yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak.
4. Perlaksanaan undang-undang yang tegas

Penguatkuasaan undang-undang yang tegas akan membuatkan setiap
individu itu terikat dengan undang-undang dimana setiap individu tidak boleh
melibatkan diri kedalam dunia yang negatif sebagai contohnya pengambilan
bahan terlarang sama sekali. Hal ini kerana, apabila adanya undang-undang
yang semakin tegas maka remaja akan menjadi tidak berani untuk melanggar
undang-undang dek kerana takut akan diberikan tindakan dan akan dikenakan
hukuman atau denda kerana mengambil bahan terlarang. Oleh itu, kerajaan
wajar tingkatkan lagi tahap penguatkuasaan undang-undang.

19

KESIMPULAN

Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal halal dan haram
contohnya minum arak, berpegangan tangan (bukan muhrim) malah ada juga tidak
menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang
belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka lebih mementingkan keseronokan yang
tiada batasan dan mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika
tiada keseronokan dalam hidup.

Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur antara 11 tahun
hingga 19 tahun. Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam
hiburan yang melampau dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga
remaja yang kurang pemerhatian dari ibubapa akan cuba mencari keseronokan
diluar.

Pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan
masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.Oleh itu,
remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka tidak
sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.
Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa
kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan mereka
inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.

Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah
ditangani dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau
penjaga, pihak sekolah, jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah
berganding bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di
negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari ini merupakan
umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.

20

LAMPIRAN

21

RUJUKAN

 http://dtk5a.blogspot.com/2017/03/kesimpulan.html
 https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2

Fnasional%2F2020%2F05%2F685973%2Flarang-orang-awam-di-mahkamah-terbuka-
bertentangan-undang-
undang&psig=AOvVaw0DEwnXFIYjN_sGxZEExxRY&ust=1637392671664000&source=im
ages&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCMiD1Iz0o_QCFQAAAAAdAAAAABAD
 https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fcdn.hellodoktor.com%2Fwp-
content%2Fuploads%2F2018%2F09%2Fshutterstock_447309433.jpg&imgrefurl=https%3A%
2F%2Fhellodoktor.com%2Fkecergasan%2Fmotivasi-bersenam%2Fjoging-untuk-badan-yang-
sihat%2F&tbnid=JUKk1BQ0hNYQdM&vet=12ahUKEwjdkeDA76P0AhW20nMBHZpUDU4
QMygAegUIARDUAQ..i&docid=XhPKlmRCD7L-
dM&w=7360&h=4912&itg=1&q=joging&ved=2ahUKEwjdkeDA76P0AhW20nMBHZpUDU
4QMygAegUIARDUAQ
 https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fassets.bharian.com.my%2Fimages
%2Farticles%2FHQ010619AA022_1564377626.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.bhar
ian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2019%2F07%2F590284%2Fguru-perlu-diberi-hak-
didik-pelajar-di-
sekolah&tbnid=31A6370zBuZfWM&vet=12ahUKEwjHtYjX7KP0AhU06HMBHeBZCbwQ
MygAegUIARCJAQ..i&docid=9lpCY-
J1Zs8xgM&w=960&h=640&itg=1&q=guru%20didik%20pelajar&ved=2ahUKEwjHtYjX7KP
0AhU06HMBHeBZCbwQMygAegUIARCJAQ
 http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/punca-keruntuhan-akhlak-dalam-
kalangan.html
 https://www.facebook.com/107143921551718/posts/gejala-keruntuhan-
akhlakpenyalahgunaan-bahan-terlarang-dalam-kalangan-pelajar-ip/113419120924198/
 BUKU SIRI POLITEKNIK PENGAJIAN ISLAM

22


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SDC RAMADHAN UKHUWAH
Next Book
ขั้นตอนวิธีการดาวน์โหลดติดตั้งและใช้งาน Application-DLT-Inspection-QR-Scanner สำหรับ Windows