Skim Bantuan
Skim-skim Bantuan Asnaf :
. Skim Bantuan Hari Raya
. Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan
. Skim Bantuan Perubatan
. Skim Bantuan Perumahan
. Skim Bantuan Berdikari
. Skim Bantuan Pendaftaran IPT
. Skim Dermasiswa Pelajar
. Skim Bantuan Pakaian Sekolah
. Skim Bantuan Basikal Pelajar
. Skim Bantuan Cermin Mata Pelajar
. Skim Pembiayaan Tambang Pengajian
. Skim Bantuan Menjelaskan Hutang
. Skim Bantuan dan Kebajikan Saudara Baru
. Skim Bantuan Segera (Kecemasan)
SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT
- Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN
BANTUAN ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang
boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5,
Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat
Agama Daerah berhampiran.
- Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya
yang telah tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di negeri Johor dan
menetap membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam negeri Johor.
- Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan /sumbangan/pinjaman
daripada mana-mana pihak lain.
- Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak
memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
- Pemohon adalah bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T atas
sebarang pemalsuan maklumat dan dokumen yang diberikan.
NOTA :
- Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana
bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada
masyarakat Islam di dalam Negeri Johor.
- Penggunaan atau pengagihan wang zakat adalah berdasarkan keutamaan
dan kepentingan bagi setiap asnaf atau golongan yang ditetapkan di
dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubah, ayat 60
bermaksud:
- ” Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan
orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan muallaf yang
dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk
dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam
perjalanan. (Ketetapan hukum yang demlkian adalah) satu ketetapan
yang datangnya dari Allah, dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana”
Muat turun borang-borang Skim bantuan zakat :
Borang Bantuan MAIJ (Sara Hidup,
Perubatan,Berdikari,Perumahan,Menjelaskan Hutang)
Borang Skim Bantuan Dermasiswa Pelajaran
Borang pengesahan pendapatan/bantuan