BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM
/ PROGRAM’S CODE & NAME FB-100-03:2012 PERAKAUNAN
TAHAP / LEVEL L3 (SEMESTER 1)
NO. DAN TAJUK CONTENT FB-100-3:2012-C02 – ACCOUNTS RECEIVABLE
STANDARD /
CONTENT STANDARD NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. GATHER ACCOUNTS RECEIVABLE (AR)
LEARNING STANDARD / INFORMATION AND DOCUMENTS
LEARNING STANDARD NO.
AND STATEMENT 2. RECORD SALES DOCUMENTS INTO ACCOUNTS
RECEIVABLE LEDGER
3. PROCESS SALES COLLECTION
4. PREPARE SALES REPORT
NO.KOD KSKV / KSKV CODE BAK 1023 & BAK 2023 /KP(1/4) Muka Surat / Page : 1
NO. FB-100-03:2012-C02/KP(1/4) Dpd / of : 27
NO. KOD NOSS / NOSS
CODE NO
TAJUK :
PENGUMPULAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN AKAUN BELUM TERIMA
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan membantu pelatih memahami definasi istilah-istilah
jualan dalam akaun belum terima, format dan kandungan sumber dokumen jualan dan
prosedur penerimaan dokumen jualan.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 2
CODE NO Dpd / of : 27
PENERANGAN :
1.0 PENGENALAN
Aktiviti perniagaan melibatkan urus niaga penjualan dan pembelian antara
dua pihak iaitu, penjual dan pembeli. Urus niaga pula merupakan transaksi yang
berlaku antara penjual dan pembeli dalam proses perniagaan. Media
perantaraannya ialah dokumen-dokumen perniagaan.
Setiap urus niaga memerlukan dokumen perniagaan sebagai bukti bahawa
setiap urus niaga telah berlaku. Terdapat pelbagai dokumen beredar diantara
penjual dan pembeli dan setiap dokumen mempunyai fungsi yang berlainan.
1.1 KEPENTINGAN DOKUMEN PERNIAGAAN.
(i) Mengandungi maklumat tentang jual beli seperti tarikh, butiran
barangan atau perkhidmatan, kuantiti dan harga.
(ii) Menjadi bukti bahawa perniagaan itu telah dijalankan.
(iii) Mengandungi pengesahan penerimaan dan pengeluaran barangan
dan perkhidmatan.
(iv) Menjadi rujukan semasa membuat akaun perniagaan.
1.2 KEPENTINGAN MENYIMPAN DOKUMEN.
(i) Memudahkan mencari dan membuat rujukan.
(ii) Lebih terjamin keselamatan dokumen.
1.3 CARA MENYIMPAN DOKUMEN.
(i) Dokumen boleh disimpan secara manual dan elektronik.
(ii) Penyimpanan secara manual disimpan didalam fail dan buku rekod.
(iii) Penyimpanan secara elektronik disimpan dalam disket atau cakera
keras.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 3
CODE NO Dpd / of : 27
2.0 DEFINISI ISTILAH-ISTILAH AKAUN BELUM TERIMA
Pada amnya semua perniagaan atau organisasi akan menjalankan aktiviti
menjual. Perniagaan akan menjual barangan atau perkhidmatan
perniagaan atau bukan perniagaan. Apabila organisasi menjual barangan
atau perkhidmatan perniagaan ia dikategorikan sebagai jualan, manakala
apabila organisasi menjual barang atau perkhidmatan yang bukan barang
niaga dikategorikan sebagai lain-lain pendapatan.
2.1 APA ITU JUALAN.
Jualan merupakan sumber utama bagi setiap perniagaan. Jualan
ialah hasil yang diperolehi dari aktiviti mendagangkan barangan/
perkhidmatan utama sesuatu perniagaan.
Terdapat dua jenis kaedah jualan setiap kali kita menjual barangan
atau perkhidmatan iaitu:
(i) Jualan Tunai
Jualan tunai adalah aktiviti menjual barang secara tunai.
Sumber dokumen bagi jualan tunai ialah bil tunai.
Walaubagaimanapun bagi perniagaan runcit atau apa-apa
perniagaan yang bilangan jualan tunainya terlalu banyak bil
tunai jarang digunakan sebagai sumber rujukan bagi merekod
jualan. Sebaliknya ringkasan jualan harian dari laporan mesin
daftar tunai digunakan sebagai sumber dokumen atau bukti
jualan. Selalunya tarikh, dan nombor ringkasan digunakan
sebagai rujukan dan kawalan ke atas rekod jualan tunai.
(ii) Jualan Kredit
Jualan kredit adalah aktiviti menjual barang secara hutang
iaitu penjual membenarkan pembeli menggunakan barang
sebelum harganya dijelaskan.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 4
CODE NO Dpd / of : 27
Sumber dokumen bagi jualan kredit ialah invois atau Invois
Cukai. Invois dan Invois Cukai jualan dikawal selia mengikut
nombor siri.
2.2 JENIS-JENIS JUALAN.
(i) Perniagaan
Jualan ialah barangan atau perkhidmatan yang kita niagakan
sebagai sumber utama perniagaan kita.
Contoh: Jualan bagi kedai makan ialah makanan bermasak
yang diniagakan. Sementara kedai basikal ialah basikal dan
membaiki basikal yang diniagakan.
(ii) Bukan Perniagaan
Sementara lain-lain pendapatan ialah pendapatan selain dari
barang atau perkhidmatan yang diniagakan.
Contoh: Perniagaan menerimaan Hiba (Pendapatan) hasil
dari Simpanan Tetap atau Akaun Semasanya dibank. Ini
bukan barang niaga utamanya. Jadi pendapatan ini adalah
lain-lain pendapatan.
2.3 JENIS-JENIS PENERIMAAN.
Adalah penting semua wang yang diterima walaupun satu sen
hendaklah didepositkan ke akaun bank terlebih dahulu sebelum
dibelanjakan.
Terdapat dua jenis penerimaan iaitu:
(i) Penghutang Niaga
Penghutang Niaga ialah orang yang berhutang dengan
perniagaan kita hasil dari jualan barangan atau perkhidmatan
utama sesuatu perniagaan.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 5
CODE NO Dpd / of : 27
Contoh: Kampungku telah memberikan perkhidmatan katering
secara kredit kepada Suasa Sdn Bhd. Suasa Sdn Bhd adalah
penghutang niaga kepada Kampungku.
(ii) Bukan Penghutang Niaga/ Lain-lain Penghutang
Orang yang berhutang dengan organisasi atau perniagaan
kita selain dari hutang barangan atau perkhidmatan yang kita
niagakan.
Contoh: Kampungku telah menjual peti sejuk lamanya kepada
kawanya En. Hassan dengan harga RM700.00. Oleh kerana
menjual peti sejuk bukan aktiviti niaga utama Kampungku,
maka En. Hassan ialah lain-lain Penghutang kepada
Kampungku.
2.4 BUKU UTAMA
Aktiviti perniagaan yang pelbagai hendaklah direkod didalam buku-
buku utama secara terancang dan bersistem. Ini bagi membantu
mengawal selia serta menyemak transaksi tersebut pada bila-bila
masa ianya diperlukan. Buku-buku utama bagi aktiviti jualan adalah:
(i) Buku Jualan
Buku ini merekod kesemua aktiviti jualan secara bersistem.
Melalui rekod jualan secara bersistem kita dapat:
a) Menyelia jualan secara terperinci.
b) Menganalisis jumlah jualan harian/ mingguan/ bulanan
atau tahunan.
c) Menganalisis kaedah jualan.
d) Menganalisis jualan mengikut jenis barangan/
perkhidmatan.
e) Mudah menjurnal jualan bulanan.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 6
CODE NO Dpd / of : 27
(ii) Buku Pulangan Jualan
Buku yang mencatatkan jumlah barang yang dipulangkan kepada
pembekal disebabkan oleh kesilapan jenama, kerosakan, terkurang
sukatan (kg) dan lain-lain.
(iii) Lejar Penghutang
Lejar berfungsi sebagai buku akaun utama untuk merekodkan
semua urusniaga perniagaan. Akaun Lejar Penghutang merupakan
satu ringkasan urusniaga perniagaan yang tepat dan sistematik.
Lejar terbahagi kepada dua iaitu Lejar Am dan Lejar Khas
/ Lejar Subsidiari. Lejar Penghutang dikategorikan sebagai Lejar
Subsidiari.
LEJAR
Lejar Am Lejar Khas
Akaun Aset Akaun Hasil Akaun Lejar Lejar
Ambilan Penghutang Pemiutang
Akaun Liabiliti Akaun Belanja Akaun Modal
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 7
CODE NO Dpd / of : 27
3.0 JENIS DOKUMEN PERNIAGAAN
Dokumen perniagaan yang berkaitan dengan urus niaga jual beli barang
niaga terbahagi kepada tiga berdasarkan peringkat atau proses urus niaga
itu dijalankan. Ketiga-tiganya ialah dokumen perniagaan sebelum, semasa
dan selepas proses urus niaga.
(i) Sebelum urus niaga
● Surat Tanya
● Surat Jawapan
● Sebut Harga
● Katalog/ Senarai harga
(ii) Semasa urus niaga
● Pesanan Belian
● Nota Serahan
● Invois
● Nota Debit
● Nota Kredit
● Keratan Cek
● Slip Daftar Tunai
● Cek
● Slip Bank
● Slip Pindahan Wang
(iii) Selepas urus niaga
● Penyata akaun
● Resit
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 8
CODE NO Dpd / of : 27
4.0 FORMAT DAN KANDUNGAN SUMBER DOKUMEN JUALAN
4.1 DOKUMEN SEBELUM URUS NIAGA JUALAN
(i) Surat Tanya
Surat yang dikirim oleh pembeli kepada pembekal untuk bertanya atau
mendapatkan maklumat yang lengkap tentang barang yang hendak
dibeli. Didalam surat tanya, pembeli biasanya akan bertanyakan
tentang:
a) Jenis dan kuantiti barang.
b) Harga barang.
c) Masa dan cara penghantaran.
d) Syarat bayaran.
e) % diskaun niaga dan % diskaun tunai.
Surat tanya akan dihantar kepada beberapa orang pembekal supaya
pembeli dapat membuat perbandingan untuk mendapatkan tawaran
yang baik
Contoh surat tanya
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 9
CODE NO Dpd / of : 27
(ii) Surat Jawapan
Surat yang akan dikirim oleh pembekal kepada pembeli sebagai
membalas surat pembeli. Pembekal akan memberi maklumat yang
dikehendaki oleh pembeli dan biasanya akan menyertakan sekali sebut
harga atau senarai harga atau katalog.
PENJUAL
Surat jawapan
+
Sebut harga
+
Katalog
PEMBELI
a) Sebut Harga
Surat yang menyatakan harga barang yang diminta oleh pembeli
dalam surat Tanya.
Kandungan terdiri daripada:
● No. rujukan setiap barang.
● Maklumat mengenai barang.
● Syarat bayaran angkutan.
● Syarat bayaran – diskaun niaga dan diskaun tunai.
● Tarikh serahan barang.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 10
CODE NO Dpd / of : 27
Contoh sebut harga:
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 11
CODE NO Dpd / of : 27
b) Senarai harga
Dokumen yang menunjukkan harga semua barang yang dijual
oleh pemborong. Kos percetakan senarai harga lebih murah.
Apabila berlaku perubahan harga senarai harga boleh dicetak
semula
Fungsi senarai harga pula sama seperti sebut harga, namun
terdapat dua perbezaan antara sebut harga dan senarai harga.
Sebut Harga Senarai Harga
Menyenaraikan harga barang Menyenaraikan harga semua
yang ditanya oleh pembeli jenis barang yang dijual oleh
sahaja pembekal
Fungsi khas untuk menjawab Fungsi am iaitu member harga
pertanyaan tentang barang semua barang yang dijual
tertentu
c) Katalog
Buku, bahan atau risalah bercetak yang mengandungi gambar
barang, maklumat ringkas dan no. rujukan barang. Setiap barang
diberi no. rujukan barang.
Bertujuan untuk memudahkan pembeli yang mahu
membuat pesanan dengan merujuk no. rujukan sahaja. Katalog
biasanya disertakan oleh penjual bersama-sama surat jawapan
yang dikirimkan kepada pembeli.
Harga barang biasanya tidak dicetak dalam catalog tetapi
dicetak dalam satu senarai berasingan, ini kerana harga barang
mungkin berubah. Jika berlaku perubahan harga, pembekal
hanya akan mencetak senarai harga barang yang baru untuk
menggantikan senarai harga yang sama.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 12
CODE NO Dpd / of : 27
Contoh Katalog
Contoh Katalog
4.2 DOKUMEN SEMASA URUS NIAGA
Selepas semua maklumat lengkap tentang barang yang diperoleh, urusan
memesan dan membeli barang akan dijalankan. Pembeli akan meneliti sebut
harga dari pembekal yang berlainan akan memilih untuk memesan barang dari
pembekal yang memberikannya tawaran terbaik.
(i) Pesanan Belian/ Nota Pesanan
Dokumen yang dihantar oleh pembeli kepada pembekal/ penjual
untuk memesan barang dari pembekal yang memberikannya
tawaran terbaik.
Mengandungi maklumat tentang barang yang hendak dibeli
seperti jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat
pembayaran dan kadar diskaun.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 13
CODE NO Dpd / of : 27
Contoh pesanan belian
(ii) Nota Serahan
Dokumen yang disertakan bersama-sama barang apabila diserahkan
atau dihantar oleh pembekal dengan kenderaannya sendiri. Dengan
adanya nota serahan, pembeli dapat memeriksa dan mengesahkan
bahawa barang yang diterima adalah betul dan dalam keadaan baik.
Butiran dalam nota serahan adalah seperti jenis barang dan
kuantiti barang (harga barang tidak disebut). Nota serahan hanya
satu senarai semak untuk pembeli memastikan barang yang diterima
menepati pesanan. Oleh itu, harga barang tidak disertakan. Setelah
berpuas hati, pembeli akan menandatangani nota serahan tersebut
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 14
CODE NO Dpd / of : 27
dan menyimpan nota asal untuk rujukannya. Salinan pendua akan
disimpan oleh penjual.
PENJUAL (salinan)
Nota serahan
+
Barangniaga
PEMBELI (asal)
salinan NO: DO 6792 NOTA SERAHAN/ DELIVERY ORDER
TARIKH: 20/08/2015
SO 203 CANTIK SOFEA
NO. PESANAN: 19/08/2015 No.10, Jalan Bukit Bintang
TARIKH
50200 Kuala Lumpur
PESANAN Tel: 03-2710178 Faks : 03-2710188
KEPADA:
Sylo Butik
No.2 Bukit Kiara
55100 Kuala Lumpur
Diakui bahawa barang-barang tersebut telah diterima dalam keadaan baik.
K.K di K.
Diterima oleh, Disediakan oleh,
…………………………. …………………………
. …..
Contoh nota serahan
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 15
CODE NO Dpd / of : 27
(iii) (a) Invois
Digunakan dalam urusniaga kredit iaitu membeli dan menjual barang
niaga atau aset perniagaan secara kredit. Dihantar oleh penjual
setelah barang diterima oleh pembeli.
Dokumen ini bertujuan memberitahu pembeli jumlah hutang yang
perlu dibayar.
Contoh Invois
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 16
CODE NO Dpd / of : 27
(b) Invois Bercukai (Tax Invoice)
Invois Bercukai (Tax Invoice) seperti Invois biasa juga tetapi
mengandungi maklumat tambahan seperti dokumen Invois akan
tertera Invois Bercukai atau Tax Invoice, nombor pendaftaran GST
(Goods and Services Tax) orang berdaftar dan pembekalan, kadar
GST dan jumlah GST yang perlu dibayar seperti yang ditetapkan di
bawah undang-undang CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan)/
GST(Goods and Services Tax). Invois ini digunakan pada 1 April
2015 sehingga 31 Ogos 2018.
Contoh Invois Cukai (Tax Invoice)
(iv) Nota Pulangan Jualan
Dihantar oleh pembeli kepada penjual.
Bertujuan memberitahu penjual berkenaan pulangan
barangan yang dibeli dan sebab-sebabnya. Di dalam dokumen perlu
memberitahu jenis barangan, kuantiti, harga dan nombor dokumen
invois yang dipulangankan
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 17
CODE NO Dpd / of : 27
Contoh nota pulangan jualan
(v) Nota Debit
Digunakan untuk menambah nilai dalam invois yang telah dihantar
oleh penjual.
Dihantar oleh penjual apabila caj pada invois terkurang jumlah
atau terlupa dicatatkan atau pembeli dikenakan caj pengangkutan
atau caj perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk memberitahu
pembeli jumlah hutangnya telah ditambah.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 18
CODE NO Dpd / of : 27
Contoh Nota Debit tanpa GST
Contoh nota debit dengan GST
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 19
CODE NO Dpd / of : 27
(vi) Nota Kredit
Digunakan untuk mengurangkam nilai dalam invois yang telah
dihantar oleh penjual.
Dihantar oleh penjual setelah barang yang dipulangkan oleh
pembeli atau invois yang dihantar terlebih jumlah. Tujuannya adalah
untuk memberitahu pembeli jumlah hutangnya telah dikurangkan.
Contoh Nota Kredit tanpa GST
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 20
CODE NO Dpd / of : 27
Contoh nota kredit
dengan GST
5.0 ALIRAN DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARA PEMBELI DAN PENJUAL
5.1 LANGKAH-LANGKAH ALIRAN DOKUMEN JUALAN
Langkah-langkah Aliran Dokumen Perniagaan
Urus niaga perniagaan merupakan transaksi yang berlaku antara penjual dengan
pembeli dalam proses perniagaan yang memberi kesan kepada kewangan sesuatu
perniagaan.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 21
CODE NO Dpd / of : 27
Urus niaga perniagaan terbahagi kepada dua iaitu:
(a) Urus niaga secara tunai.
(b) Urus niaga secara kredit.
SURAT TANYA
PP
E ESURAT JAWAPAN
+
KATALOG
M N
B JPESANAN BELIAN
E BIL TUNAI U
LA
TUNAI / CEK
I
L
RESIT
Aliran dokumen antara pembeli dengan penjual dalam urus niaga tunai
Aliran dokumen antara pembeli dengan penjual dalam
urusniaga kredit
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 22
CODE NO Dpd / of : 27
5.2 PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENYEDIAKAN DAN
MENGESAHKAN DOKUMEN JUALAN
Bil Aktiviti Sumber Penyedia Dokumen Pengesahan
Dokumen Dokumen
1 Memohon kelulusan Nota Minta Orang yang memerlukan (Pihak Yang
Menerima
untuk membeli barangan/ perkhidmatan Dokumen
barangan/ (Requisition tersebut dalam sesuatu Berikut)
PENJUAL
perkhidmatan Order) organisasi. (PEMBELI)
PEMBELI
2 Meminta harga Sebut Harga Disediakan oleh bakal
PENJUAL
barangan yang hendak penjual barangan/
PEMBELI
dibeli (Quatation) perkhidmatan atas
permintaan orang yang
hendak membeli.
(PENJUAL)
3 Membuat pesanan Nota Pesanan/ Disediakan oleh orang
pembelian barangan/ Pesanan yang hendak membeli
perkhidmatan Belian selepas mengenalpasti
pembekal yang diluluskan.
(Purchases (PEMBELI)
Order)
4 Pengesahan Nota Serahan/ Disediakan oleh pembekal
penghantaran Nota Hantaran semasa penghantaran
barangan/ atau selesai menyediakan
perkhidmatan (Delivery sesuatu perkhidmatan.
Order/ Service (PENJUAL)
Note)
5.3 PROSEDUR PENERIMAAN (SOP) DOKUMEN SUMBER JUALAN
Menerima dokumen sumber jualan
Menyemak ketepatan dokumen sumber jualan
Memaklumkan penerimaan dokumen sumber jualan
Memaklumkan kepada jabatan berkaitan sekiranya
terdapat maklumat yang silap atau tidak lengkap
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 23
CODE NO Dpd / of : 27
5.4 MAKLUMAT ASAS DALAM DOKUMEN PERNIAGAAN
Antara maklumat-maklumat asas yang terdapat dalam dokumen perniagaan
ini serta keterangannya ditunjukkan dalam jadual 1.
Maklumat asas Keterangan
Jenis dokumen ● Merujuk kepada tajuk dokumen.
● Contoh pesanan belian, invois, nota debit dan
Nombor rujukan
sebagainya.
Tarikh ● Merujuk kepada nombor dokumen perniagaan.
● Untuk memudahkan penjual dan pembeli membuat
Pihak
penghantar rujukan.
● Merujuk kepada tarikh dokumen dikeluarkan.
Pihak penerima ● Supaya tarikh urus niaga diketahui secara tepat.
● Merujuk kepada nama dan alamat, nombor telefon
Butiran urus
niaga serta nombor faksimili, dan alamat e-mel
perniagaan yang menghantar dokumen (penjual/
pembekal).
● Merujuk kepada nama dan alamat lengkap
penerima atau pembeli.
● Merujuk kepada keterangan tentang sesuatu urus
niaga (butir-butir), harga seunit, kuantiti dan jumlah
harga.
Jumlah atau ● Merujuk kepada jumlah harga yang ditulis dalam
amaun angka dan perkataan.
Syarat atau ● Syarat serahan.
makluman Syarat serahan yang lazim tercatat dalam invois
ialah “angkutan dibayar” yang bermaksur segala
kos tentang penghantaran barang dibiayai oleh
penjual.
● Syarat pembayaran.
Syarat pembayaran merujuk kepada kadar diskaun
niaga dan diskaun tunai.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 24
CODE NO Dpd / of : 27
K&K di K ● Merupakan singkatan daripada kesilapan dan
ketinggalan dikecualikan.
● Bermaksud pihak penjual sahaja yang berhak
membetulkan sebarang kesilapan atau ketinggalan
dalam invois melalui nota debit atau nota kredit.
Jadual 1 Maklumat asas dan keterangannya
Diskaun Niaga
● Diskaun niaga merupakan potongan harga daripada harga
senarai atau harga katalog.
● Tujuan pemberian diskaun niaga adalah untuk menggalakkan
pembeli membeli secara pukal atau dalam kuantiti yang banyak.
● Semakin banyak barang yang hendak dibeli, semakin tinggi kadar
diskaun niaga.
● Kadar diskaun niaga dinyatakan dalam bentuk peratus seperti
berikut.
Syarat: Diskaun niaga 10%
● Sekiranya berlaku pemulangan barang, diskaun niaga perlu
diambil kira dengan menolak diskaun niaga yang diberi.
● Diskaun niaga tidak direkodkan dalam mana-mana buku.
Diskaun Tunai
● Diskaun tunai adalah potongan harga yang diberikan jika
penghutang dapat menjelaskan bayaran dalam tempoh yang
ditetapkan.
● Tujuan diskaun tunai diberikan adalah untuk menggalakkan
pembayaran hutang dengan segera.
● Pembayaran hutang dengan segera dalam mengurangkan risiko
hutang lapuk.
● Kadar diskaun dinyatakan dalam bentuk peratus seperti yang
berikut.
Syarat: Diskaun Niaga 10% 10 hari
5% 30 hari
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 25
CODE NO Dpd / of : 27
6. PROSEDUR SEMASA MENERIMA DOKUMEN BAGI AKAUN BELUM TERIMA
Dokumen perniagaan merupakan satu bukti bertulis bahawa sesuatu urus niaga
telah berlaku. Oleh kerana itu, dokumen sumber amat penting dan perlu di simpan
untuk rujukan dalam perniagaan.
Berikut merupakan prosedur semasa menerima dokumen sumber:
a) Menerima dokumen sumber Akaun Belum Terima;
⮚ Dokumen sumber Akaun Belum Terima ialah Salinan invois atau Tax
Invoice. Kenal pasti sama ada dokumen tersebut adalah dokumen
yang berkaitan bagi Akaun Belum Terima.
b) Semak ketepatan pada dokumen sumber yang diterima;
⮚ Kenalpasti sama ada dokumen tersebut mempunyai kekurangan,
percanggahan atau kesilapan.
c) Memaklumkan penerimaan dokumen sumber yang diterima;
⮚ Sedia maklum bahawa dokumen sumber tersebut adalah benar dan
sah.
d) Memberitahu pihak yang berkaitan tentang kesalah atau percanggahan
dalam dokumen.
⮚ Sekiranya berlaku kesilapan pada dokumen, maklumkan kepada
pihak yang berkaitan untuk tindakan yang selanjutnya.
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 26
CODE NO Dpd / of : 27
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apakah fungsi invois (Salinan) ?
__________________________________________________________________________.
2. Invois asal disimpan oleh ___________ manakala salinan invois disimpan oleh
___________.
3. Apakah maksud “Serahan: Angkutan dibayar”?
_____________________________________________________________________
4. Nyatakan maksud “ K & K di K”?
_____________________________________________________________________
5. Lengkapkan carta alir urus niaga tunai di bawah:
6. Nyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan dokumen perniagaan di
bawah:
Bil Sumber Dokumen Penyedia
1 Nota Minta
2 Sebut harga
3 Nota pesanan/ pesanan belian
4 Nota serahan
5 Invois
NO. KOD NOSS / NOSS FB-100-3:2012-C02/KP(1/4) Muka Surat / Page : 27
CODE NO Dpd / of : 27
RUJUKAN :
Mohd. Hodi bin Reduwan, Norrohani binti Othman dan Nawawi bin Mohd Jan (2005).
Perakaunan Perniagaan Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zan’ Asri bin Tasir, Sharini binti Haji Ramli dan Salina binti Kassim (2010). Prinsip
Perakaunan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Amali Perakaunan Untuk Peniaga Kecil dan Sederhana . Kuala Lumpur: Xelfact Sdn.
Bhd .
http://www.customs.gov.my/ms/pg/pg_sg/Invois%20Cukai%20dan%20Penyimpanan%2
0Rekod.pdf