The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhd.vip98, 2022-06-14 22:52:35

topik 2 aqidah

MPU 13012

PENDIDIKAN ISLAM





TOPIK : PENGERTIAN AQIDAH DAN



KEPENTINGANYA







SITI FARHANA SYAMIMI BINTI MOHD NASIR (B12SSK21F026)

NUR IZZATI BINTI ZAINI (B12SSK21F031)
MOHAMAD EHSAN DANIAL BIN MOHAMAD EZANE(B12SSK21F032)

PENGENALAN .

Apabila disebut perkataan ‘aqidah’ , lazimnya orang dapat memahami bahawa ia berkait dengan
pegangan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu agama sama ada ia agama yang benar ataupun
palsu . Masih ramai orang yang belum betul-betul memahami apakah maksud sebenar pengertian
aqidah , ciri-ciri dan sumbernya berdasarkan pandangan islam .


Begitu juga dengan kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia. Dalam topik ini, kita akan
membincangkan pengertian aqidah dari segi etimologi dan terminology , ciri-ciri aqidah islam dan
sumbernya serta kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia. Apabila kita memahami hal-hal
seperti ini,kita akan mendapat gambaran yang jelastentang tasawur aqidah dan kepentingannya
dalam kehidupan manusia .


PENGERTIAN AQIDAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

Berikut akan dijelaskan maksud perkataan ‘aqidah’ dari segi Bahasa dan istilah .

Dari segi Bahasa , perkataan ‘aqidah’ dalam penggunaan Bahasa melayu bermaksud ‘kepercayaan
dan keyakinan’ (KAMUS DEWAN, 1991) dan dari segi etimologinya, perkataan aqidah merujuk
kepada perkataan aqada yang bermaksud ‘ikatan kemas’ atau ‘simpulan mati’ . Makna literal ini
melambangkan adanya unsur-unsur makna semacam kekuatan dan keyakinan (Zakaria & Mat Asin,
2001 : 102). Makna ini boleh diteliti dalam firman Allah S.W.T berikut :











Maksudnya:

“Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk
bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja”

AL-MA’IDAH(5):89)Dari segi
istilah, Abu Bakar Jabir al-Jaza’iri (al-Jaza’iri, t.t., 23) menjelaskan pengertian aqidah dngan makna
istilah secara yang lebih terperinci seperti berikut :

MAKSUDNYA :


“ himpunan penyataan-penyataan benar yang bersifat badihi ( terbukti kebenarannya tanpa perlu
dibuktikan), diterima (kebenarannya) menerusi (penggunaan) akal yang waras, sumber wahyu dan
fitrah (manusia); manusia kemudiannya menyimpulkan ( secara kemas ) dalam hatinya disemat
secara kemas dalam jiwa raganya dalam keadaan ia memutuskan secara jazam ( pasti)
kesahihannya, ,menerima secara putus kewujudan dan penyabitannya; dia tidak berpandangan
bahawa yang sebaliknya adalah sahih ataupun wujud”.

Aqidah juga apabila dirujuk kepada makna yang khusus iaitu dari segi terminology,ai bermaksud
“kepercayaan atau keyakinan yang cukup pasti lagi putus terhadap sesuatu, tanpa sebarang rasa
syak dan keraguran (Zakariah,2001,103).

Jika diteliti gugusan definisi aqidah yang diketengahkan oleh para ulama, khususnya jika deteliti
terhadap keterangan ayat-ayat al-Quran yang membicarakan tentang keimanan orang-orang
mukmin dan orang-orang munafik, ternyata aqidah bukan sekadar merujuk kepada “kepercayaan”
semata-mata. Malah, ia merujuk kepada beberapa ciri penting yang terkadang dalam perngertian
aqidah seperti pnerimaan hati, pengikraran dengan lidah dan adanya unsur ketundukan yang
terserlah mnerusi kesanggupan manusia melaksanakan sagala perintah Allah S.W.T yang menjadi
tuntutan iman seseorang manusia. Allah S.W.T beriman:











Maksudnya:


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
rasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa raga pada
jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”.

Al-Hujurat (49): 15

Setelah diterangkan tentang maksud perkataan aqidah dan apa yang terkandung dalam pengertian
aqidah, dapat dirumuskan bahwa aqidah Islam adalah berkait dengan himpunan doktrin
kepercayaan yang disimpulkan secara kemas dalam hati sanubari, tanpa diselaputi oleh keraguran
dan ia bersumberkan wahyu Allah S.W.T. Perkara yang disimpulkan itu adalah terkadang dalam
rukun iman, sebagaimana yang terdapat dalam hadis Jibril yang terkenal itu.

SUMBER UTAMA AKIDAH ISLAM


- Al Quran :

Iaitu kalam Allah (wahyu Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW




- Hadis Nabawi :
Iaitu setiap Perkataan / Ucapan , Perbuatan ,Pengakuan & Sifat Rasulullah s.a.w.





ASPEK PERBAHASAAN AQIDAH ISLAM




1. Ar- Rububiyyat :

Berkaitan : Mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Penguasa


2. Al- Uluhiyyat :

Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Hanya Allah wajib
disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap





· 3. An- Nubuwwat :

Kenabian Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Allah utk disampaikan kepada
umat manusia



·

4. As- Samiyyat :

Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh ancaindera dan tidak wajib
disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap dapat difikir oleh akal
manusia , diketahui melalui al-Quran & hadis rasulullah seperti kaimat, dosa, pahala,
melalui al-Quran & hadis rasulullah seperti kaiamt, dosa, pahala,
syurga dan neraka

PERKARA /AMALAN YANG MEROSAKKAN AQIDAH


- Aqidah seseorang boleh rosak melalui Perkataan, Perbuatan dan Hati



PERKATAAN

- Menghina Islam seperti mencela Allah.Al Quran dan Hadis

- Mengubah hukum dengan perkataan seperti menolak kewajipan solat fardu dan menolak
kewajipan menutup aurat

- Bersumpah dengan selain nama Allah seperti demi bulan matahari

- Menyanyi lagu-lagu yang liriknya bertentangan dengan akidah
- Mengubah ayat al Quran atau hadis



PERBUATAN

- Menyembah selain daripada Allah seperti berhala , pokok,syaitan dll

- Memakai lambing mana-mana agama seperti salib

- Menghina Al Quran seperti mengoyak,memijak,mencampak

- Menyertai upacara agama lain seperti upacara penyembahan berhala dan penyucian dosa (babtis)
di gereja

- Sujud selain daripada Allah seperti sujud kepada manusia , batu dan lain-lain



HATI

- Meyakini bahawa alam ini terjadi dengan sendiri

- Percaya bahawa pencipta alam ini sama seperti makhluk lain

- Ragu-ragu dgn rukun Iman, rukun Islam dan hukum Islam

- Berniat keluar daripada Islam

PERKARA YANG MENDORONG SALAH LAKU AQIDAH

- Kurang mendalami ilmu agama Islam
- Tidak suka mendampingi ulamak & pendidik
- Terpengaruh dengan budaya dan hiburan asing yang merosakkan akhlak
- Berkawan dengan orang yang rosak akhlak




PERKARA / AMALAN UNTUK MEMANTAPKAN AQIDAH


LISAN

1. Membaca dan memahami al Quran dan hadis nabi

2. Berzikir,bertahlil,bertasbih dan bersalawat

3. Bercakap benar

4. Nasihat menasihati kearah kebenaran
5. Berdoa



PERBUATAN

1. Menunaikan Ibadat samada fardu atau sunat

2. Menolong gol yang memerlukan bantuan seperti anak yatim,fakir miskin

3. Menuntut ilmu yang berfaedah

4. Beradab sopan dalam pergaulan
5. Melakukan kerja yang baik seperti berniaga, bertani



HATI

1. Sentiasa mengingati Allah s.w.t.

2. Yakin dengan pertolongan Allah

3. Ikhlas melakukan ibadat dan amal kebajikan

4. Sangka baik terhadap Allah
5. Bercita-cita tinggi dan bertawakal kepada Allah

KEPENTINGAN AKIDAH DALAM ISLAM


- Membentuk jati diri sebagai muslim sejati
- Menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan
- Benteng daripada perkara khurafat dan syirik
- Syarat amalan diterima Allah swt
- Penentu kebahagiaan didunia dan diakhirat
- Tunjang kekuatan umat dan negara-negara Islam




KESAN AKIDAH DALAM ISLAM



- Berpandangan luas

Menurut al-Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin
mempunyai pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang

Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur,
Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang

ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah

milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang dapat menghalang
dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk memberi

pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.






- Melahirkan rasa bangga dan harga diri
Orang yang beriman kepada Allah berasa bangga sebagai manusia dan

mempunyai harga diri. Dia mengetahui Allah adalah Pemilik sebenar segala

kekuatan yang ada dalam alam ini, tidak ada yang memberi manfaat dan
mudarat kecuali Allah, tidak ada yang menghidup dan mematikan kecuali

Allah serta tidak ada yang memiliki hukum, kekuasaan dan kedaulatan kecuali

Allah.

- Rendah hati sesama manusia

Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin menjadi angkuh, tidak mensyukuri
nikmat dan tidak terpedaya dengan kekuatan dan kemahiran yang dimilikinya kerana

dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan Allah kepadanya. Malah dia sedar
Allah berkuasa mengambilnya kembali apabila Dia menghendaki.






- Jiwa yang bersih dan beramal saleh

Orang yang beriman dengan Allah yakin tidak ada jalan untuk mencapai
keselamatan dan keuntungan kecuali dengan jiwa yang bersih dan beramal

saleh. Kesedaran itu timbul kerana dia beriman kepada Allah yang Maha

Kaya dan Maha Adil, bergantung harap segala sesuatu kepada-Nya.



KESIMPULAN


- Akidah Islam adalah prinsip utama dalam pemikiran Islami yang
dapat membina setiap individu muslim sehingga memandang alam
semesta dan kehidupan dengan kaca mata tauhid dan melahirkan
konotasi-konotasi valid baginya yang merefleksikan persfektif Islam
mengenai berbagai dimensi kehidupan serta menumbuhkan
perasaan-perasaan yang murni dalam dirinya. Atas dasar ini, akidah
mencerminkan sebuah unsur kekuatan yang mampu menciptakan
mu’jizat dan merealisasikan kemenangan-kemenangan besar di
zaman permulaan Islam. Demi membina setiap individu muslim,
perlu kiranya kita mengingatkannya tentang sumbangsih-sumbangsih
akidah yang telah dimiliki oleh orang-orang sebelumnya dan
meyakinkannya akan validitas akidah itu dalam setiap zaman dan
keselarasannya dengan segala era.




SUMBER RUJUKAN


https://anyflip.com/hzbfg/uyfz/basic

http://aqidahsv.blogspot.com/p/asas-aqidah-islam.html
https://aqidahku123.blogspot.com/2018/12/kepentingan-akidah-dalam-kehidupan.html

https://www.haluan.org.my/kesan-aqidah-dalam-kehidupan-manusia/


Click to View FlipBook Version