MPU 13012
PENDIDIKAN ISLAM
PENGERTIAN
AKIDAH
MUHAMMAD SAFIQ BIN SAB’E
MUHAMMAD AZRUL HAKIMI BIN
RUSMAN
MUHAMMAD HARIZ ZAKWAN BIN 1
ROSLIN RAHIMI
Aqidah
AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA
1.0. PENGENALAN
Apabila kita bercakap mengenai aqidah sesungguhnya kita sedang bercakap dalam daerah
kepercayaan, keyakinan dan keimanan. Hal itu jelas apabila kita merujukkan perkataan aqidah itu
sendiri yang menjurus kepada kepercayaan dan keyakinan sedangkan perkataan keyakinan yang
merupakan salah satu unsur makna kepada perkataan aqidah itu pula merupakan salah satu unsur
makna kepada perkataan keimanan, maka itu ungkapan aqidah merujuk kepada perihal keimanan,
kepercayaan serta keyakinan. Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa aqidah dan keimanan itu
merupakan dua istilah yang mempunyai makna yang sama.
1.1 PENGERTIAN AQIDAH
Dari segi bahasa aqidah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa arab makna literalnya
merujuk kepada ikatan kemas atau simpulan mati.
Dari segi istilah aqidah Islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat
dan nilai yang mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan
oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin terurai
dalam apa jua keadaan dan suasana.
Ciri-Ciri Aqidah yang Benar
Aqidah atau keimanan yang tulin itu mestilah mengandungi ciri-ciri yang berikut:
•Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berasaskan kefahaman minda dan ilmu yang mantap
(wahyu Ilahi)
•Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang cukup teguh, bahkan ia tidak
boleh menerima sebarang bentuk syak dan tidak mungkin digugat oleh sebarang kepercayaan lain
sebagaimana firman Allah s.w.t.
َّ
َ ْ ُ ْ
ْ ُ َ َ
ْ ُ َ
َ َ
َ
ُ
َّ ْ ُ َ مث مل ِ هلوسرو ِ اللاب ِ اونماء نيذ لا ِ نونمؤملا امنإ ِ
ِ
ِ
ْ ُ َ َ َ ْ
اوباَتري.
2
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya kemudian mereka tidak
meragu- ragukan”.
•Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula diikuti bersama dengan perkataan ataupun
kepatuhan hati serta kemahuan untuk mempraktikkan segala hukum atau suruhan dengan penuh
rasa rela tanpa sebarang bantahan.
Ciri-Ciri Aqidah Yang Salah (Fasad)
Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang bercanggah dengan nas-nas
syariah dari al Quran dan as Sunnah.
Akidah yang berpunca dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun penyelewengan aqidah
yang sahih yang diselewengkan menurut akal fikiran hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam
aqidah Yahudi, Nasrani, golongan tarikat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan batiniah dan
lain-lain lagi.
1.2 KEPENTINGAN AQIDAH
Berhubung dengan persoalan aqidah dalam kehidudupan seharian seseorang muslim, maka perlu
dinyatakan bahawa aqidah merupakan perkara yang cukup asas dan mendasar sekali. Ia bagaikan
batang yang subur kepada sepohon pokok iaitu semua dahan dan ranting pokok berkenaan amat
memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di atasnya. Demikianlah
tamsilnya apabila aqidah yang benar dan tidak terseleweng yang diperlukan oleh seseorang manusia
untuk menjadikan asas bagi membolehkan semua amalan kebaikan sehariannya yang dilakukannya
demi untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. diterima dengan baik
Di antara kepentingan aqidah dalam kehidupam muslim ialah:
•Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t. dan kesempurnaan
sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al
Ikhlas : 1-4 yang bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa.
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk itu memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan
tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapa yang serupa denganNya.”
3
•Supaya melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh kehidupannya adalah di bawah
kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah s.w.t.
•Supaya dapat merealisasikan keyakinan aqidah yang kukuh dalam tindakan dan amalan setiap
mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.
ْ َ ً ْ ُ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ
نا ارمأ هلوسرو الل ضق اذإ ِ ةنمؤم لو نمؤمل ِ ناَك امو
ِ
ِ
ُ
ْ َ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ْ َ َ ُ ُ َ َ ْ َ
دَقف هلوسرو الل صعي نمو م ِ هرمأ نم ِ ة َ يخلا ِ مهل نوكي
ِ
ِ
َ ْ ا ُ َ َّ َ
انيبم للض لض
ِ
“Tidak patut bagi laki-laki mukmin dan bagi perempuan, apabila Allah dan rasulNya telah
menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka dan barang
siapa yang menderhakai Allah dan rasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata"
(Surah al-Ahzab: 36)
•Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan umat atau bangsa yang
mulia.
•Akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.
1.3 KESAN PELANGGARAN AQIDAH YANG BENAR
Antara kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar ialah:
•Melahirkan manusia yang menyengutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat dan perbuatanNya.
•Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar kufur yang memalingkan
manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai tempat pengabdian dan tempat tuju.
•Melahirkan masyarakat yang membenci sesuatu dari sistem Islam atau melebihkan sistem yang
lain.
•Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quaran dan Sunnah sehingga
mengakibatkan masyarakat berpecah-belah.
•Mewujudkan berbagai-bagai ajaran sesat di dalam masyarakat.
4
1.4 AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kemunculannya.
Ahli Sunnah ertinya penganut sunnah nabi dan wal Jamaah ertinya jemaah para sahabat nabi s.a.w;
maka pengikut aliran ahli sunnah wal Jamaah ialah orang-oranag yang menganut iktikad yang dianuti
oleh nabi Muhammad s.a.w. dan iktikad para sahabat baginda, iktikad pegangan nabi s.a.w. dan para
sahabatnya terkandung di dalam al- Quran dan as- Sunnah rasul sendiri.
Dalam sejarah Islam, usaha mengumpul Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada akhir abad ketiga
hijrah yang diusahakan oleh dua orang ulamak yang besar dalam Usuluddin iaitu Sheikh Abu Hassan
Ali as-Syaari dilahirkan di kota Basrah dan wafat pada tahun 324 hijrah; dan Sheikh Abu Mansor al-
Maturidi, wafat pada 333 hijrah.
Pegangan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
Di antara pegangan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah ialah:
i.Perbuatan hamba: berpendapat bahawa Allah telah menjadikan perbuatan hamba yang berbentuk
usaha dan ikhtiar baginya.
ii.Sifat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat kesempurnaan yang
layak baginya seperti berkuasa, berkemampuan dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut ada pada zat
Allah s.w.t.
iii.Melihat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa pada hari akhirat orang mukmin dapat melihat Allah
s.w.t. itu adalah harus pada akal dan wajib pada hukum syarak kerana Allah itu yang Maha Wujud.
iv.Mengenai al Quran: berpendapat bahawa al Quran itu kalamullah yang qadim dan azali kerana
kandungan isinya adalah dari kalamullah yang qadim, tidak berhuruf dan bersuara.
v.Dosa besar: berpendapat bahawa orang-orang mukmin yang melakukan dosa besar yang belum
gugur imannya maka masih dianggap mukmin kerana iman itu adalah amalan hati. Seluruh umat
Islam bersepakat bahawa orang yang melakukan dosa besar wajib disembahyangkan jenazahnya.
Kepentingan berpegang dengan Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah
•Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah itu diambil dan digali daripada al Quran dan al Hadis Nabi s.a.w.
•Kepercayaan Ahli Sunnah wal Jamaah itu merupakan iktikad yang telah dipegang oleh rasulullah
s.a.w dan para sahabat sebelum ini.
•Memastikan manusia menjadikan al Quran dan al Hadis nabi s.a.w. dirujuk bagi setiap perkara.
5
•Memahami iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah akan membolehkan seseorang membezakan antara
iktikad yang benar atau sebaliknya.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA
2.0 PENGENALAN
Manusia ialah makhluk Allah swt. yang dijadikan seelok kejadian dan dilengkapkan dengan akal
fikiran iaitu tugas membina dan memakmurkan bumi Allah swt. , menggunakan nikmat Allah swt.
untuk menegakkan keadilan, keamanan, kesejahteraan, kebaikan dan keamanan, mencegah
daripada berlaku kerosakan, kekejian, kebinasaan terhadap Allah swt.
2.1 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Walaupun manusia telah mengkaji dan mencari dan terus mengkaji dan mencari hakikat dirinya hasil
daripada naluri ingin mengetahui yang telah sedia ada dalam dirinya, namun manusia tetap tidak
akan mengenal dirinya selama manusia itu tidak mahu menerima hakikat kejadian dirinya yang
dikemukakan Allah s.w.t. yang Maha Pencipta. Oleh itu logiknya ialah Allah s.w.t yang mencipta
manusia sahaja dan Dialah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia sebagaimana firman Allah
s.w.t dalam surah al-Mulk :14 yang bermaksud: “Tidakkah Allah yang menciptakan segala makhluk
itu mengetahui segala-galanya sedang Dia amat halus urusan tadbirnya lagi amat mendalam
pengetahuanNya, Maha Mengetahui segala ciptaanNya.”
Kejadian Manusia Yang Pertama
Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t adalah nabi Adam a.s. Dia dijadikan daripada
tanah liat yang kering dan banyak istilah yang digunakan di dalam al Quran terhadap kejadian Nabi
Adam a.s. seperti at-turab (tanah), at-tin al-lazib ( tanah liat), sulalatin min tin (pati tanah), hamma in
masnun (tanah yang panas, minal ardhi (tanah bumi) dan lain-lain lagi sebagaimana firman Allah
s.w.t
َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ْ ْ َ ً َ َ َ ُ َ ِ َ َ َ ْ َ ُْ َ َ ْ َ
نونسم إمح نم لصلص نم ِ ا شب قلخ ِ نإ ِ ِ ةك ِ ئلملل ِ كبر لاقذإو.
ِ
ِ
“Dan ingatkanlah peristiwa ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia dari tanah liat yang kering yang berasal dari tanah kental yang berubah warna
6
dan baunya.” Setelah disempurnakan kejadiannya lalu Allah s.w.t meniupkan ruh dalam tubuh nabi
Adam a.s.
(Surah al-Hijr : 28)
Proses Kejadian anak Adam
Kejadian anak Adam adalah melalui proses seperti berikut:
i.Sperma lelaki akan bercampur dengan ovum perempuan dan membentuk nutfah.
ii.Nutfah akan bertukar menjadi alaqah (segumpal darah).
iii.Kemudia alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging).
iv.Daripada segumpal daging itu terbentuk pula izaman (tulang-belulang).
v.Kemudian tulang-belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang membaluti)
vi.Selepas itu akan terbentuklah manusia dengan anggota.
vii.Seterusnya Allah s.w.t. mengutuskan malaikat meniupkan ruh ke dalam tubuh manusia.
Proses kejadian manusia di atas telah dinyatakan oleh Allah s.w.t.
َ ْ َ َ َ ا َ ْ ُ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ ا َ َ َ َ َ ْ ُْ َ ْ َ َ َّ ُ ْ َ َ َ َ َ ْ ُْ َ ْ َ َ َّ ُ ْ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ
انقلخف ةغضم ةقلعلا انقلخف ةقلع ةفطنلا انقلخ مث . َ يكم ِ رارق ِ ف ةفطنلا انقلخ مث . َ ي ِ ط نم ِ ةللس نم ِ نسنلإا انقلخ دقلو
ِ
َ ْ ُ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ً ْ ُ َ َ ْ َّ ُ َ ً ْ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َ َ ْ ُ ْ
َ ي ِ ق ِ لخلا نسحأ كرابَتف رخاء اقلخ هناشنا مث امحل مظعلا ِ نوسكف ا مظع ِ ةغضملا
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah, kemudian Kami
jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh ( rahim), kemudian mani itu
Kami jadikan segumpal darah lalu seketul daging dan seketul daging itu Kami jadikan tulang-belulang
lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (
berbentuk) lain, maka Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Maha Baik.”
(Surah al-Mukminun: 12 – 14)
Daripada ayat di atas jelaslah bahawasanya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dengan sebaik-baik
kejadian, dikurniakan akal, kesempurnaaan rohani dan jasmani dan membekalkan ilmu pengetahuan
supaya manusia dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan di muka
bumi ini.
7
2.2 MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T. DI MUKA BUMI
Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan
matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja
(sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak
akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu’minun:115)
Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi
ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah
kepadaNya.
Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba.
Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang di tempatkan
di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi hamba Allah SWT. Sebagai
hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di dalam kehidupannya, meliputi semua
keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya.
Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk dikembalikan
semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha dan amal yang dilakukan
selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap kenyataan dan hakikat wujudnya hari
pembalasan telah dibuat maka tugas yang diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan.
Manusia Sebagai Khalifah Allah.
Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi khalifah atau
wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan
kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah.
8
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi
seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang
melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis
dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)
Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan tanggungjawab
tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang paling istimewa.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada
ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah)
sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Al-Ahzab: 72)
2.3 TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP ALLAH S.W.T. MANUSIA SERTA TERHADAP ALAM
a. Tanggungjawab Manusia Terhadap Allah s.w.t :
•Mentauhidkan Allah s.w.t yang Maha Esa
•Tidak menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu
•Mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhanNya dan
meninggalkan segala laranganNya.
9
•Melakukan ibadat dalam bentuk amar makruf dan nahi mungkar.
•Mengingati Allah sama ada dalam keadaan senang ataupun dalam kesusahan
b.Tanggungjawab Manusia Sesama Manusia
•Menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
•Saling-bantu-membantu sesama manusia
•Menjaga kesejahteraan masyarakat dan tidak menimbulkan perpecahan sesama manusia.
•Hormat-menghormati di antara satu sama lain.
•Berakhak mulia di antara satu sama lain.
c.Tanggungjawab Manusia Terhadap Alam
•Tidak melakukan kerosakan dan kemusnahan alam seperti pencemaran sungai, udara dan
seumpamanya.
•Menjaga kebersihan dan keindahan alam.
•Menyayangi makhluk-makhluk lain.
KONSEP PAHALA DAN DOSA
3.0 PENGENALAN
Setiap mukmin yang beriman kepada Allah s.wt. hendaklah sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan iman dan amal soleh dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala
laranganNya. Setiap perbuatan manusia sama ada baik atau jahat, kecil atau besar, semuanya akan
diadili oleh Allah s.w.t. dan diberi ganjaran sama ada pahala ataupun dosa. Firman Allah s.w.t.
ً ْ َ
ْ
ْ ْ
ْ َ َ
َ َّ
َ َ
َ ْ َ
َ َّ
ْ َ ْ َ
ْ َ َ
ًّ َ
ةري اش َ ةرذ َ لقثم ِ لمعي نمو . ةري َ ايخ َ َ ةرذ َ لقَثم ِ لمعي نمو
“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya akan diperlihatkannya dan barang
siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya akan diperlihatkannya.” (Surah al-
Zalzalah:7-8)
10
3.1 PAHALA
Pahala ialah ganjaran baik yang diberikan oleh Allah di akhirat kelak kepada mukmin yang taat dan
patuh kepada Allah s.w.t. serta melakukan amalan-amalan soleh. Firman Allah s.w.t
َ ْ ْ َ ْ َ ّ َ ْ ُ ُ ْ ُ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ
اه ِ تحت نم ِ ىرجت تنج مهل ِ خدنس ِ تح ِ لصلا اول ِ معو اونماء ني ِ ذلاو
ِ
ا ْ َ ُ َ ْ َ ْ َ َ ًّ َ َ ْ َ ً َ َ ْ ْ ُ ْ َ
ليق ِ ِ الل نم ِ قدصا نمو اقح ِ الل ادعو ادب أ هيف ِ ني ِ دلخ ِ رهنلأا
“Dan orang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan ke dalam syurga mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya sebagai janji Allah s.w.t yang
benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya (selain) daripada Allah? (Surah an-Nisak:122)
Antara perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh mendatangkan pahala ialah:
•Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya.
•Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah menunaikan ibadat yang
fardu.
•Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan dan berfaedah untuk diri, keluaraga, masyarakat dan
negara.
•Menjalin hubungan baik sesama manusia sama ada terhadap ibu bapa, keluarga, jiran dan
masyarakat.
•Melakukan amar makruf dan nahi mungkar, sebagaimana firman Allah s.w.t
ْ
َ ْ ّ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ ُ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ ُ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ ْ ُ
َ ي ِ ح ِ لصلا نم ِ ك ِ ئلوأو ِ تا َ يخلا ِ ف نوعشيو ركنملا نع نوهنيو ِ فورعملاب ِ نورمءايو ر ِ خلأا مويلاو ِ للاب ِ نونمؤي
ِ
ِ
ڹ
ِ
ِ
ِ
ِ
“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat perkara kebaikan dan
melarang daripada perkara mungkar dan mereka pula bersegera pada mengerjakan berbagai
kebaikan dan mereka itu adalah daripada orang-orang yang soleh.” (Surah aali-Imran: 114)
11
3.2 DOSA
Dosa ialah balasan buruk yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya yang tidak patuh
(engkar) pada perintah Allah s.w.t. dan melanggar segala laranganNya. Allah s.w.t. menjadikan dosa
adalah sebagai satu tanda keadilanNya dan sebagai peringatan terhadap hambaNya di mana setiap
perlakuan dosa itu akan dipertanggungjawabkan, seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana
yang telah dijanjikan. Setiap manusia yang melakukan dosa itu tidak akan terlepas daripada
pemerhatian Allah s.w.t Segala dosa yang dilakukan oleh manusia dikategorikan kepada dua iaitu:
Pertama: Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap TuhanNya. Dosa jenis ini biasanya dilakukan
oleh manusia kerana meninggalkan hak-hak PenciptaNya yang meliputi segala suruhan dan
laranganNya. Walaupun demikian, dosa-dosa ini agak mudah dan lebih senang untuk mendapat
keampunan sekiranya memenuhi tuntutan yang telah disyariatkan dalam kesempurnaan bertaubat.
Firman Allah s.w.t
ُ َ
ُ
ْ ْ َ َ ِ َ ْ ُ ْ ُْ َ َ َ َ ْ ُ َ ا َ َ ْ ُ ْ ُ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ُْ
َ ْ
مكنع رفكي نأ مكبر سع احوصن ةبوت ِ الل لا ِ اوبوت اونماء نيذلا ِ اهيأ اي
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat
yang bersungguh-sungguh).” (Surah at-Tahrim: 8)
Semua dosa yang dilakukan oleh hambaNya akan diampunkan oleh Allah s.w.t selagi hayat
dikandung badan kecuali dosa menyekutukanNya sebagaimana firman Allah s.w.t
ُ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ َ ُ ْ َ َ َ ْ ْ ُ َ ُ َ َ ْ َ
َ َ
ءاشي نمل ِ كلذ ِ نود ام ر ِ فغيو ِ ِ هب كشي نأ ر ِ فغي ل الل نإ َّ ِ
“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa orang yang menyekutukanNya dan Dia
mengampunkan selain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki.” (Surah an-Nisak : 48)
Kedua: Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk. Ianya berlaku apabila seseorang itu tidak
dapat menunaikan atau melanggar hak-hak orang lain. Dosa ini adalah lebih berat dan lebih sukar
untuk mendapat keampunan. Mereka yang melakukan kesalahan terhadap sesama makhluk ini
terpaksa bertemu sendiri dengan orang yang dilakukan penganiayaan itu serta menyatakan segala
kesilapannya, seterusnya meminta kemaafan atau terpaksa menerima pembalasan darinya sebagai
tebusan dari apa yang telah dilakukan. Firman Allah s.w.t
12
َّ َ ْ َ َ َ ْ َّ َ ْ ُ ُ َ َ ْ َ ُ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ
سانلا نم لبحو ِ الل نم لبحب ِ ِ لإ اوفقث ام ِ نيأ ةلذلا ِ مهيلع تبض
ِ
ِ
ِ
ِ
ِ
“Mereka itu ditimpakan kehinaan dari segenap penjuru di mana sahaja mereka berada kecuali
dengan ada tali hubungan dari Allah s.w.t. dan hubungan dari manusia.... ( Surah Ali-Imran : 112)
Antara sifat-sifat buruk manusia yang yang mendorong kepada melakukan dosa-dosa, boleh
dibahagikan kepada empat sifat besar iaitu:
•Pertama: Apabila terdapatnya sifat Rububiyyah (Ketuhanan) dalam jiwa. Sifat-sifat ini hanya layak
pada zat Allah s.w.t.. Sifat-sifat ini adalah seperti sifat-sifat membangga diri (riyak), bermegah-
megah, suka dipuji dan disanjung, memuji diri dan lain-lain lagi sifat-sifat Allah s.w.t. yang
sememangnya tidak layak bagi hamba untuk menirunya. Sifat-sifat ini boleh mendorong kepada
melakukan dosa-dosa yang lain.
•Kedua: Apabila terdapatnya sifat syaitaniyyah (kesyaitanan) dalam jiwa. Sifat ini boleh
menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad dengki, suka menganiaya, menipu, mendorong kepada
melakukan kerosakan dan kebinasaan, menyeru kepada melakukan perbuatan keji dan mungkar,
bersifat munafik dan mengajak kepada membuat perkara bid’ah dan kesesatan.
•Ketiga: Apabila terdapatnya sifat bahimah (kebinatangan) dalam jiwa. Sifat ini lebih cenderung
kepada sifat-sifat binatang, iaitu sifat yang timbul dari hawa nafsu yang tidak terkawal. Ini
termasuklah seperti sifat-sifat mencuri, suka mementingkan diri sendiri, tamak haloba, melepas
nafsu syahwat sesuka hati sehingga berlakunya perbuatan zina dan liwat, memakan harta anak yatim
dan sebagainya.
•Keempat: apabila terdapatnya sifat sabi’iyyah (kebuasan) dalam jiwa. Sifat ini biasanya boleh
menimbulkan sifat marah,iri hati, pukul memukul tanpa sebab yang munasabah, memaki hamun
sesuka hati, membunuh dengan sengaja dan sifat-sifat lain yang berunsurkan keganasan dan
kekejaman.
Kesemua sifat ini boleh menimbulkan berbagai-bagai lagi dosa kerana ia adalah sebagai induk
kepada segala dosa. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya
dihindarkan daripada terdapatnya sifat-sifat ini dai dalam jiwa kita.
13
Pembahagian Dosa
Para ulamak telah bersepakat membahagikan dosa-dosa itu kepada dua bahagian iaitu dosa-dosa
besar dan dosa-dosa kecil. Firman Allah s.w.t
ً َ ا َ ْ ْ ُ ُ ُ ْ ُ ْ َ ُ َ ِ ْ َ ْ ْ ُ ْ َ ِ َ ُ ُ ْ َ َ ْ َ ْ ُ َ ْ ُ َ ْ ْ َ
اميرك لخدم مكل ِ خدنو مك ِ تائيس نم ِ مكنع رفكن هنع نوهنت ام اوب ِ نتجت نإ ِ
ِ
“Jika kamu sekelian menjauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang melakukannya, maka Kami
hapuskan dosa-dosa kamu yang kecil-kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia.” (Surah
an-Nisak: 31)
(a) Dosa Besar
Dosa besar adalah segala perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. mealkukannya sepertimana yang
terdapat di dalam al Quran dan as Sunnah. Segala perbuatan yang dilakukan ini akan membawa
kepada balasan terhadap pelakunya semasa di dunia dan dijanjikan dengan neraka oleh Allah s.w.t.
di akhirat kelak. Begitu juga sesuatu perkara yang sekiranya dilakukan akan membawa kemurkaan
Allah s.w.t. Sesetengah ulamak mengatakan sekiranya hendak membezakan antara dosa-dosa besar
dengan dosa-dosa kecil adalah dengan melihat kesan kerosakan yang ditimbulkan disebabkan dosa-
dosa tersebut. Sekiranya kesan kerosakannya itu besar maka besarlah dosa itu, sebaliknya jika kesan
kerosakannya maka kecillah dosa itu.
Para ulamak salaf berpendapat bahawa yang dikatakan dengan dosa-dosa itu adalah segala maksiat
yang dilakukan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t dengan balasan api neraka. Para sahabat dan tabiin
telah berselisih pendapat tentang bilangan dosa-dosa besar itu. Abu Talib al Makki berkata: Bilangan
dosa-dosa besar itu kesemuanya berjumlah 17 berdasarkan beberapa buah hadis iaitu:
Empat perkara yang berkaitan dengan hati:
1) Syirik kepada Allah s.w.t
2) Melakukan maksiat secara rela hati
3) Berputus harap dari rahmat Allah s.w.t
4) Merasai terlindung dari balasan dan ancaman Allah s.w.t
Empat perkara yang berkaitan dengan lidah:
5) Bersaksi bohong
6) Menuduh zina
14
7) Sihir
8) Bersumpah palsu iaitu bersumpah dengan menyalahkan yang hak dan membenarkan yang batil.
Tiga perkara yang berkaitan dengan perut:
9) Minum arak
10) Memakan harta anak yatim
11) Memakan riba
Dua perkara yang berkaitan dengan alat kelamin:
12) Zina
13) Liwat
Dua perkara yang berkaitan dengan tangan:
14) Membunuh
15) Mencuri
Satu perkara yang berkaitan dengan kedua kaki:
16) Melarikan diri dari medan perang.
Terakhir sekali yang berkaitan dengan:
17) Menderhaka terhadp kedua ibu bapa.
(b) Dosa Kecil
Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat dan tidak
diperuntukkan hukuman tertentu di dunia. Contohnya melihat aurat bukan muhrim, ingkar arahan
guru, tidak bermoral dan seumpamanya lagi.
Allah s.w.t. berfirman
ْ
َ ْ
َ ْ َ
َ ٰ
ْ ُ َ ْ َ
َ َ
َ َ
َ
ُ
َ
َ
عسو ِ كبر َّ َ َ ِ نإ ممللا َّ ِ لإ ش ِ حاوفلاو مثلإا ِ يبك َ اوب ِ نتجي ني ِ ذلا
ِ
ٰ ْ ْ
َ
َ
ةر ِ فغملا
15
ٰ
َ "Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan yang keji kecuali dosa-
dosa kecil sesungguhnya Tuhan engkau Maha luas keampunanNya.”
(Surah an-Najm: 32)
Ayat yang tersebut menjelaskan perkataan ‘al-Lam am’ yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. sebagai
dosa-dosa kecil yang tidak dapat dihindari dari melakukannya oleh setiap manusia biasa kecuali
orang yang dipelihara oleh
Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya dosa-dosa kecil. Dosa kecil ini rendah sedikit
tarafnya kalau hendak dibandingkan dengan dosa-dosa
besar. Dosa-dosa kecil ini adakalanya terhapus apabila melakukan kebajikan dan amal kebaikan,
sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Solat lima waktu, solat Jumaat hingga
ke solat jumaat yang berikutnya dan Ramadan hingga Ramadan berikutnya dapat menghapuskan
dosa-dosa kecil selama tidak melakukan dosa-dosa besar.”
Namun demikian jangan sekali-kali kita menganggap bahawa dosa-dosa kecil ini satu perkara yang
remeh dan tidak membawa kepada kemudharatan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Awaslah kamu terhadap dosa-dosa yang remeh, kerana dosa-
dosa itu akan terkumpul dan akan membinasakannya.”
Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa dosa-dosa kecil yang sentiasa dilakukan akan
terkumpul dan akan menjadi perkara yang besar serta memudaratkan. Apabila sesuatu perkara
buruk yang dilakukan akan membawa kemudaratan, maka sudah semestinya ia wajib dijauhkan dan
dihindarkan.
16
2.3.3 KESAN PSIKOLOGI TERHADAP KEYAKINAN DAN KEFAHAMAN TENTANG DOSA DAN PAHALA
Beriman kepada Allah dan Rasul serta rukun-rukun iman yang lain dengan sepenuh hati.
Mendorong seseorang melakukan amal soleh yang diredhai Allah s.w.t
Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-
perkara yang ditegah syarak.
Ikhlas melakukan amal ibadat dan kebajikan.
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w dengan memperbanyakkan selawat dan mencontohi
akhlak baginda.
Berusaha menghindarkan diri daripada perbuatan yang dimurkai Allah s.w.t.
Sentiasa bertaubat dan beristighfar daripada dosa dan berusaha tidak mengulanginya.
Sentiasa berkorban harta, tenaga, fikiran dan nyawa utuk menegakkan agama Allah s.w.t.
KESIMPULAN
Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hati akan sentiasa menginsafi
bahawa Allah s.w.t bersifat Maha Adil yang akan memberi pembalasan di atas perbuatan hambaNya.
Balasan neraka yang dijanjikan Allah s.w.t akan mengingatkan manusia tentang siksa yang
mengerikan di atas perbuatan dosa yang dilakukan, sebaliknya segala pengorbanan dan amalan baik
yang dilakukan di dunia akan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak.
17
SUMBER RUJUKAN :
https://abdullahdazid.blogspot.com/p/akidah.html
https://fitrahislami.wordpress.com/2012/06/07/pengertian-aqidah-atau-tauhid/
18