The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04126721, 2021-05-17 08:00:36

2_MODUL 1 -ASAS MULTIMEDIA

2_MODUL 1 -ASAS MULTIMEDIA

MODUL

1

ASAS MULTIMEDIA

1

2

MODUL 1.1A

Standard 1.1 Multimedia dan Kerjaya
kandungan:
1.1.1 Menerangkan definisi dan elemen multimedia.
Standard 1.1.2 Memberi contoh produk, penggunaan dan
pembelajaran:
sumbangan multimedia dalam bidang:
(i) Pengiklanan
(ii) Penyiaran
(iii) Pelancongan
(iv) Pendidikan
(v) Hiburan

Objektif 1. Mentakrif definisi multimedia
Pembelajaran 2. Menyenaraikan elemen multimedia
3. Mengenal pasti produk dan perkhidmatan multimedia
dalam beberapa bidang seperti berikut:

(i) Pengiklanan

(ii) Penyiaran

(iii) Pelancongan

(iv) Pendidikan

(v) Hiburan

Masa: 6 jam

3

NOTA RUJUKAN

1.1.1 DEFINISI DAN ELEMEN MULTIMEDIA

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, multimedia didefinisikan
sebagai:

“penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid atau televisyen,
terutamanya dalam membuat persembahan, mengajar dan menunjuk cara”.

Elemen multimedia ialah audio/suara, video, teks, grafik dan animasi.
Elemen ini akan diproses, disimpn, dihantar dan dipersembahkan sebagai
maklumat dengan menggunakan teknologi komputer.

ELEMEN MULTIMEDIA

Audio

Animasi Video

Elemen
Multimedia

Grafik Teks

Rajah 1.1: Elemen Multimedia

4

Teks
Teks terdiri daripada aksara yang digunakan untuk membina perkataan, ayat
dan perenggan. Contoh aksara adalah seperti huruf (a-z), nombor (0-9) dan
simbol (#%^@).

Grafik
Grafik merujuk kepada imej yang memberikan penekanan secara visual
terhadap sesuatu persembahan informasi secara lebih berkesan.

Audio
Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan
lebih berkesan dalam bentuk bunyi.

Animasi
Animasi merupakan satu siri imej statik yang disusun berjujukan untuk
menghasilkan ilusi pergerakan.

Video
Video merupakan rakaman yang dihasilkan menggunakan kamera video.

5

1.1.2 APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
Aplikasi multimedia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang

seperti :
a) Pengiklanan

Pengiklanan ialah proses pemakluman sesuatu bahan atau produk kepada
orang ramai. Antara pengiklanan multimedia ialah :

a) Iklan di laman sesawang
b) Papan iklan elektronik
c) Pengiklanan melalui televisyen
d) Pengiklanan melalui kiosk

Penggunaan multimedia dalam bidang pengiklanan sangat meluas.
Dalam dunia perniagaan, pengiklanan digunakan untuk tujuan memasarkan
dan mempromosikan produk, persembahan data dan statistik yang mudah
difahami. Ini dapat menarik minat pembeli atau sokongan terhadap sesuatu
produk.

b) Penyiaran
Aplikasi multimedia sangat berguna untuk penyiaran dan penyebaran

maklumat selama 24 jam tanpa henti. Contoh penggunaan multimedia dalam
penyiaran termasuklah siaran langsung berita, sukan serta ramalan cuaca.
Maklumat terkini dapat disampaikan kepada penonton dengan lebih efektif.

c) Pelancongan
Dalam bidang pelancongan, multimedia dapat membantu dalam

menyebarkan maklumat atau produk pelancongan dengan lebih cepat,
meluas dan murah. Contoh penggunaan multimedia dalam pelancongan ialah
kiosk maklumat, laman sesawang dan aplikasi media sosial.

6

d) Pendidikan
Penggunaan komputer multimedia dapat meningkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Contoh pengunaan multimedia dalam bidang pendidikan ialah:
a. Buku cerita elektronik
b. Simulasi
c. Permainan pendidikan interaktif
d. Pembelajaran dan tutorial interaktif
e. Koswer pembelajaran
Multimedia memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran

dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik darjah.

e) Hiburan
Dalam bidang hiburan pula, elemen multimedia digunakan untuk

membangunkan permainan digital, filem dan animasi. Penggunaan multimedia
dalam hiburan mampu mewujudkan pelbagai grafik dan aksi serta kesan audio,
video dan animasi yang menarik. Contoh penggunaan multimedia dalam
bidang hiburan ialah klip video, persembahan multimedia dan muzik interaktif.

7

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Perisian MS Powerpoint
2. Capaian Internet
3. Bahan Media Cetak / Elektronik

TUGASAN Kerja Berkumpulan

Murid meneroka penggunaan aplikasi multimedia dalam
kehidupan seharian mengikut pelbagai bidang. Murid
membuat huraian pendek mengenai perkara-perkara
berikut.

(i) Multimedia dalam pengiklanan
(ii) Multimedia dalam penyiaran
(iii) Multimedia dalam pelancongan
(iv) Multimedia dalam pendidikan
(v) Multimedia dalam hiburan

LANGKAH KERJA

1. Murid mencari maklumat berkaitan penggunaan dan sumbangan
multimedia dalam bidang-bidang berkaitan dalam buku, laman
sesawang dan sebagainya.

2. Murid membuat persembahan Powerpoint bagi menerangkan:
 Tujuan penggunaan multimedia;
 Aplikasi dan elemen multimedia yang digunakan;
 Sumbangan aplikasi multimedia dalam bidang-bidang berkaitan.

8

PENILAIAN

1. Nyatakan lima elemen multimedia
a. ………………………………..
b. ………………………………..
c. ………………………………..
d. ………………………………..
e. ………………………………..

2. Nyatakan definisi multimedia
………………………………..……………………………….……………………………….
.………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………….…………………………………..

9

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: 1.1 Multimedia dan Kerjaya

Standard 1.1.1 Menerangkan definisi dan elemen multimedia.
Kandungan: 1.1.2 Memberi contoh produk, penggunaan dan

sumbangan multimedia dalam bidang:

(i) Pengiklanan
(ii) Penyiaran
(iii) Pelancongan
(iv) Pendidikan
(v) Hiburan

Pencapaian Catatan

Bil Perkara yang dinilai Belum
Terampil
Terampil

1 Menyatakan definisi Multimedia

2 Menyatakan elemen multimedia

Menjelaskan penggunaan dan
3 sumbangan multimedia dalam

pelbagai sumber

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)

Nama Guru: Tandatangan
Disahkan oleh: & Tarikh

Tandatangan
& Tarikh

10

MODUL 1.1B

Standard 1.1 Multimedia dan Kerjaya
kandungan:

Standard 1.1.3 Menentukan skop kerja ahli pasukan produksi
pembelajaran: multimedia.

1.1.4 Menentukan peluang dan peranan kerjaya
dalam bidang multimedia.

1.1.5 Menyediakan portfolio kerjaya dalam bidang
produksi multimedia.

Objektif 1. Mengenal pasti ahli pasukan produksi multimedia.
Pembelajaran
2. Memberi contoh peluang kerjaya dalam bidang
multimedia

Masa: 8 jam

11

NOTA RUJUKAN

1.1.3 SKOP KERJA AHLI PASUKAN PRODUKSI MULTIMEDIA

Produk multimedia yang berkualiti merupakan hasil usaha daripada kerja
berpasukan. Produk yang bermutu tinggi seperti permainan komputer, kiosk
informasi interaktif, latihan korporat, halaman sesawang interaktif dan aplikasi
pendidikan selalunya dibangunkan oleh sepasukan pakar yang mempunyai
pengalaman dalam bidang pengurusan projek dan kemahiran teknikal
mengenai pembangunan aplikasi multimedia. Pasukan ini terdiri daripada:

Jadual 1.1 : Pasukan Produksi Multimedia

BIL PASUKAN PRODUKSI MULTIMEDIA SKOP KERJA

1. Pengurus Produksi -Memastikan skop dan jangka masa

projek dipatuhi

-Berbincang dengan pelanggan/klien
tentang keperluan produk

-Mencari sumber kewangan,
kemudahan dan peralatan

-Menguruskan ahli kumpulan produksi

2. Pakar Kandungan -Melakukan penyelidikan tentang

kandungan program/produk/aplikasi.

-Mengadakan isi kandungan
multimedia seperti maklumat
berkaitan dengan projek, data, grafik
dan fakta yang ingin dipersembahkan
dalam persembahan multimedia.

12

3. Penulis Skrip -Tentukan konsep pengajaran yang

terbaik.

-Menentukan arah navigasi dan
pautan berdasarkan jenis
persembahan multimedia iaitu sama
ada linear atau bukan linear.

4. Pengaturcara -Menulis kod program atau skrip

menggunakan perisian persembahan

yang dipilih.

-Menggabungkan elemen multimedia
ke dalam program multimedia.

5. Pereka Grafik

-Mereka elemen grafik termasuklah:
latar belakang / butang / gambar /
objek-objek 3D / logo / animasi.

6. Penyunting Audio dan Video -Bertanggungjawab untuk merekod

suara /mengedit kesan bunyi.

-Mengedit dan merekod muzik.

-Menangkap , mengedit dan
mendigitalkan video.

7. Pereka Bentuk Multimedia Bertanggung jawab untuk

mengintegrasikan semua elemen

multimedia dengan menggunakan

program perisian pengarangan

produk multimedia.

13

1.1.4 PELUANG KERJAYA
Pelbagai peluang pekerjaan diwujudkan kepada graduan lepasan

bidang kreatif multimedia sejajar perkembangan pesat industri tersebut di
negara ini. Antaranya;
 Pereka Multimedia (Multimedia designer)
 Pereka Antara Muka (Interface designer)
 Pereka Laman Sesawang (Webmaster)
 Pengurus Projek Teknologi Maklumat (IT project manager)
 Penulis Teknikal (Technical writers)
 Arkitek Maklumat (Information architect)
 Instruktor Teknologi Maklumat (IT instructor)
 Pereka Instruksional (Instructional designer)
 Pengarah Seni Kreatif (Art/creative director)
 Juruanimasi 2D dan 3D (2D or 3D animator)
 Penerbit/Penyunting Video (Video editor/producer)

14

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Perisan MS Word
2. Perisian MS Powerpoint
3. Bahan Media Cetak / Elektronik
4. Ring File
5. Kertas A4

TUGASAN 1 Main Peranan (Role Play)

Murid membentuk pasukan kerja dalam kumpulan mengikut
bidang diberikan oleh guru serta menjelaskan peranan ahli
pasukan tersebut.

LANGKAH KERJA

1. Murid ditayangkan satu contoh produk multimedia dalam bidang
tertentu.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberikan satu kepakaran ahli pasukan multimedia.
4. Murid mendapatkan maklumat mengenai pasukan produksi multimedia

melalui Internet, media cetak atau buku-buku rujukan.
5. Kumpulkan semua maklumat dan persembahkan kepada kelas.

TUGASAN 2

Murid merancang kerjaya individu mereka dengan menghasilkan
portfolio dan mengemas kini portfolio tersebut dari masa ke masa.

LANGKAH KERJA

1. Murid dikehendaki memilih satu kerjaya dalam bidang multimedia.
2. Murid menghasilkan portfolio kerjaya yang dipilih serta mengemas kini

portfolio dari masa ke masa.
3. Dalam portfolio tersebut hendaklah mengandungi kandungan seperti

berikut:
(a) Gambar murid
(b) Kerjaya yang dipilih
(c) Senarai tugas-tugas kerjaya yang dipilih
(d) Refleksi

15

PENILAIAN

1. Berikan lima contoh peluang kerjaya dalam bidang multimedia:
a) …………………………
b) ….……………………..
c) ….……………………..
d) ….……………………..
e) ….……………………..

16

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid: 1.1 Multimedia dan Kerjaya
Tahun: 1.1.3 Menentukan skop kerja ahli pasukan produksi
Kelas multimedia.
Modul: 1.1.4 Menentukan peluang dan peranan kerjaya
Standard
Kandungan:

dalam bidang multimedia.

1.1.5 Menyediakan portfolio kerjaya dalam bidang

produksi multimedia.

Pencapaian Catatan

Bil Perkara yang dinilai Terampil Belum
Mengenal pasti ahli pasukan Terampil

1 Produksi Multimedia

Memberi contoh peluang
2 kerjaya dalam bidang multimedia

Menyediakan satu portfolio kerjaya
3 kendiri dalam bidang produksi

multimedia.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Tandatangan &
Nama Guru: Tarikh
Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

17

MODUL 1.2A

Standard 1.2 Perkakasan dan Perisian Multimedia
kandungan:

Standard 1.2.1 Mengenal pasti sumber pemerolehan elemen
pembelajaran: multimedia.

1.2.2 Menerangkan spesifikasi perkakasan komputer
multimedia.

1.2.3 Menjelaskan fungsi perkakasan multimedia.

Objektif 1. Mengenal pasti spesifikasi minimum perkakasan
Pembelajaran Komputer Multimedia.

2. Mengenal pasti peranti input yang digunakan untuk
teks, grafik, audio dan video.

3. Mengenal pasti peranti output yang digunakan
untuk teks, grafik, audio dan video.

Masa: 6 jam

18

NOTA RUJUKAN

1.2.1 Sumber pemerolehan elemen multimedia seperti:

Kamera
video digital

Kamera Sumber Ciptaan
digital Pemerolehan sendiri

Cakera padat Elemen Pengimbas
Multimedia

A Clipart

Laman Sesawang

Rajah 1.2 : Sumber Pemerolehan Elemen Multimedia

19

1.2.2 SPESIFIKASI PERKAKASAN KOMPUTER MULTIMEDIA

Cadangan spesifikasi minimum untuk memproses dan menghasilkan produk
multimedia:

Komponen Spesifikasi Minimum
Pemproses Pentium atau AMD
Memori Utama (RAM) 1 GB 32-bit
Ruang Storan 256 GB
Paparan LCD Monitor
Kad Audio Digital Audio, saluran mono dan stereo
Paparan Grafik 1024 x 768 piksel
Sistem Pengoperasian Windows 7

1.2.3 FUNGSI PERKAKASAN MULTIMEDIA

Peranti Input

 Peranti input adalah komponen perkakasan yang membolehkan data
dan arahan ke dalam komputer. Arahan boleh dimasukkan ke dalam
komputer dalam bentuk program, perintah (commands) dan respon
pengguna.

Jadual 1.2 : Peranti Input

BIL NAMA PERANTI PENERANGAN

1. Papan Kekunci (Keyboard)  Merupakan peranti yang

digunakan untuk memasukkan

data dan arahan dalam bentuk

aksara.

20

2. Pengimbas  Peranti ini membaca teks atau
3. Kamera Digital grafik bercetak untuk dijadikan
4. Mikrofon dalam bentuk digital yang boleh
5 Kamera Video Digital diproses oleh komputer.

 Terkini terdapat pengimbas tiga
dimensi (3D) yang mengimbas
objek seperti perabot, manusia dan
sebagainya.

 Kamera digital adalah sama
dengan kamera tradisional kecuali
imej direkod secara digital pada
cakera atau dalam ingatan
kamera dan bukan filem.

 Kamera digital mempunyai
pelbagai ciri termasuk saiz, kapasiti
penyimpanan, megapiksel dan
penilaian zoom optik.

 Peranti input audio digunakan
untuk merekod atau menukarkan
muzik analog kepada bentuk
digital.

 Peranti ini membolehkan gambar
video ditukar kepada bentuk
digital melalui kad khusus.

6 Peranti Penunjuk  Peranti ini digunakan untuk
memberikan arahan kursor
penunjuk (pointing cursor).

21

Peranti Output:

 Peranti output ialah perkakasan yang digunakan untuk
mempersembahkan maklumat yang telah diproses. Contoh-contoh
peranti output adalah seperti :

Jadual 1.3 : Peranti Output

BIL NAMA PERANTI KETERANGAN
1. Paparan  Memaparkan teks, grafik dan maklumat

video.
 Antara jenis paparan adalah seperti

monitor - CRT (Cathode Ray Tube), LCD
(Liquid Crystal Display), paparan Plasma
dan Light-Emitting Diode (LED) .

2. Pencetak  Pencetak ialah peranti yang digunakan
3. Pembesar Suara untuk mencetak teks, grafik dan gambar
pada kertas, kanvas, plastik, kayu dan
sebagainya.

 Terdapat beberapa jenis pencetak di
pasaran. Antaranya ialah pencetak ink-
jet, dot-matrix, plotters dan laser.

 Terkini terdapat pencetak tiga dimensi
(3D) yang mencetak objek seperti
perabot, model dan sebagainya.

 Alat untuk memperdengarkan audio
yang telah dirakam atau disunting.

22

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Sumber Internet
2. Komputer Multimedia

TUGASAN

1. Mendapatkan maklumat tentang spesifikasi sebuah
Komputer Multimedia dan keperluan perkakasan dalam
membangunkan produk multimedia.

* Guru digalakkan menggunakan pelbagai kaedah PdPc abad ke-21.

LANGKAH KERJA

1. Murid dalam kumpulan mendapatkan maklumat tentang spesifikasi
komputer multimedia.

2. Murid menyenaraikan peranti input dan output yang diperlukan dalam
membangunkan produk multimedia.

3. Murid membentangkan hasil tugasan.
* Guru digalakkan menggunakan pelbagai kaedah Pdpc abad ke-21.

23

PENILAIAN

1. Lengkapkan jadual di bawah.

PERANTI JENIS PERANTI NAMA PERANTI FUNGSI PERANTI

24

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:

Tahun:

Kelas

Standard 1.2 Perkakasan dan Perisian Multimedia
Kandungan:

Standard 1.2.1 Mengenal pasti sumber pemerolehan elemen multimedia.
Pembelajaran:
1.2.2 Menerangkan spesifikasi perkakasan komputer

multimedia.

1.2.3 Menjelaskan fungsi perkakasan multimedia.

Pencapaian Catatan

Bil Perkara yang dinilai Belum
Terampil
Terampil

Mengenal pasti spesifikasi minimum (CAPAI / TIDAK CAPAI)
1 komputer multimedia.

Mengenal pasti peranti input yang
2 digunakan untuk teks, grafik, audio

dan video.

Mengenal pasti peranti output
3 yang digunakan untuk teks, grafik,

audio dan video.

KEPUTUSAN

TARIKH

Nama guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

Tandatangan &
Tarikh

25

MODUL 1.2B

Standard 1.2 Perkakasan dan Perisian Multimedia
kandungan:

Standard 1.2.4 Menilai keperluan perisian reka bentuk multimedia
pembelajaran: iaitu:

Objektif (i) Perisian Grafik
Pembelajaran (ii) Perisian Animasi
(iii) Perisian Penyuntingan Video
Masa: (iv) Perisian Penyuntingan Audio
(v) Perisian Pengarangan

1.2.5 Mencadangkan jenis perisian pengarangan
berasaskan:

(i) Kerangka masa (time frame)
(ii) Ikon
(iii) Kad

1. Mengelaskan perisian reka bentuk multimedia.
2. Menyenaraikan contoh perisian reka bentuk

multimedia dalam pembangunan produk
multimedia.
3. Menyatakan jenis-jenis perisian pengarangan
berasaskan kerangka masa (time frame), ikon dan
kad.

8 jam

26

NOTA RUJUKAN

1.2.4PERISIAN REKA BENTUK MULTIMEDIA

Perisian reka bentuk atau pengarangan multimedia merupakan perisian yang
digunakan untuk membangunkan produk multimedia. Perisian-perisian tersebut
terdiri daripada:

a) Perisian grafik

Perisian yang digunakan untuk menghasilkan dan menyunting data
media dalam bentuk grafik. Antara perisian grafik yang sering diguna
ialah Inkscape, Blender, SketchUp, Krita, Adobe Photoshop, Corel Draw,
Paint Shop Pro, Adobe Illustrator dan Ms Paint

b) Perisian animasi

Perisian yang digunakan untuk menghasilkan dan menyunting animasi.
Antara perisian animasi yang biasa digunakan ialah Adobe Flash, Gif
Animator, Adobe Animate, Toon Boom, Autodesk Maya, Swish Max dan
Corel Motion Studio 3D.

c) Perisian video

Perisian yang digunakan untuk menyunting video yang dihasilkan
daripada peranti input seperti perakam video. Antara perisian video yang
biasa digunakan ialah OpenShot, Adobe Premier, Ulead Video Editor,
IFilm Edit, Pinnacle Studio, Windows Movie Maker, VideoPad, Video Spin.

d) Perisian audio

Perisian yang digunakan untuk menghasilkan dan menyunting audio.
Antara perisian audio yang biasa digunakan ialah Sound Forge, Audio
Grabber, Sound Recorder, Audacity, Adobe Audition dan Amadeus Pro.

e) Perisian pengarangan

Perisian yang digunakan untuk menghasilkan aplikasi multimedia yang
menggabung teks, animasi, grafik, audio dan video. Antara perisian
pengarangan biasa digunakan ialah Adobe Director dan Adobe Flash.

27

1.2.5 JENIS-JENIS PERISIAN PENGARANGAN
 Berasaskan kerangka masa (time frame)
o Perisian ini diorganisasikan serta dikawal mengikut penggunaan
kerangka masa dan frame.
o Susunan frame dibuat berdasarkan tempoh masa suatu objek yang
hendak dipersembahkan.
o Amat sesuai untuk menghasilkan satu persembahan berbentuk
animasi.
o Perisian pengarangan berasaskan kerangka masa adalah seperti
Adobe Director dan Adobe Flash.

Rajah 1.3 : Antara muka perisian Adobe Director

Contoh susunan frame berasaskan masa yang terdapat dalam perisian
pengarangan Adobe Director.

Rajah1.4: Antara muka Perisian Pengarangan Adobe Flash

28

Contoh susunan frame berasaskan masa yang terdapat dalam perisian
pengarangan Adobe Flash.

 Berasaskan ikon
o Perisian pengarangan ini menggunakan ikon-ikon yang disusun
dalam suatu carta alir yang akan membentuk satu persembahan
penuh.
o Setiap ikon mewakili paparan yang menempatkan pelbagai isi
kandungan dan arahan-arahan tertentu.
o Contoh perisian pengarangan yang berasaskan ikon ialah Adobe
Authorware.

Rajah 1.5 : Perisian Pengarangan Adobe Authorware
 Berasaskan kad

o Perisian pengarangan ini berasaskan susunan objek-objek pada skrin
yang dikenali sebagai kad atau buku.

o Setiap kad atau buku mengandungi isi kandungan dan fungsi yang
pelbagai serta ciri-ciri tertentu yang dihubungkan kepada kad atau
buku lain yang berkaitan.

o Antara perisian pengarangan yang berkonsepkan kad adalah
seperti Asymetrix Toolbook dan Comil.

29

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Sumber Internet
2. Perisian Pengarangan
3. Powerpoint

TUGASAN Kerja Berkumpulan

Tugasan

Murid dikehendaki merancangkan

pembangunan satu produk multimedia dan mewujudkan satu

pasukan pembangun multimedia. Mereka juga perlu

mencadangkan perkakasan dan perisian yang terlibat dalam

pembangunan produk multimedia tersebut.

LANGKAH KERJA

1. Murid secara berpasangan membuat carian maklumat dan
mengemukakan contoh aplikasi atau produk multimedia.

2. Murid menganalisis keperluan ahli pasukan serta spesifikasi perkakasan
dan perisian yang terlibat dalam pembangunan produk multimedia.

3. Murid menyediakan slaid pembentangan dan membentangkan hasil
dapatan.

4. Murid memberikan justifikasi keperluan ahli pasukan kerja produksi
multimedia berdasarkan peranan dan kepakaran mengunakan
perkakasan dan perisian dalam pembanguan produk multimedia secara
rasional.

30

PENILAIAN

1. Padankan produk multimedia di bawah dengan perisian reka bentuk
multimedia yang betul.
PRODUK MULTIMEDIA
Perisian Video

Perisian
Penyuntingan

Audio
Perisian Grafik

Perisian Teks

31

2. Lengkapkan peta pokok di bawah dengan perisian reka bentuk multimedia
yang betul.

Notepad Macromedia Autodesk Pinnacle Adobe Quicktime
Fireworks Maya Studio Director
Sound Forge MS Adobe Adobe
MS Word Swish Max Illustrator Flash
Macromedia PowerPoint TextMate
Freehand Adobe Authorware Windows Audacity
Amadeus Premier Movie Maker OpenOffice
Pro Ulead Corel Motion .org.Writter Gif
Toolbook Video Animator
Editor Studio 3D

Perisian Reka Bentuk
Multimedia

Perisian Grafik Perisian Perisian Perisian Perisian Perisian Teks
Animasi Penyuntingan Penyuntingan Pengarangan

Video Audio

32

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Standard 1.2 Perkakasan dan Perisian Multimedia
Kandungan:

Standard 1.2.5 Menilai keperluan perisian reka bentuk multimedia iaitu:
Pembelajaran: (i) Perisian Grafik
(ii) Perisian Animasi
(iii) Perisian Penyuntingan Video
(iv) Perisian Penyuntingan Audio
(v) Perisian Pengarangan
Mencadangkan jenis perisian pengarangan berasaskan:
1.2.6 Kerangka masa (time frame)
(i) Ikon
(ii) Kad
(iii)

Pencapaian Catatan

Bil Perkara yang dinilai Belum
Terampil
Terampil

Mengelaskan perisian reka bentuk
1

multimedia.

Menyenaraikan contoh perisian reka

2 bentuk multimedia dalam

pembangunan produk multimedia.

Menyatakan jenis-jenis perisian
3 pengarangan berasaskan kerangka

masa (time frame), ikon dan kad.

KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan & Tarikh
Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh

33

KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI

Nama Murid:
Tahun:
Kelas

Modul: 1.0 ASAS MULTIMEDIA
1.1 Multimedia dan Kerjaya
Standard 1.2 Perkakasan dan Perisian Multimedia
Kandungan:

Standard Prestasi Terampil
Ya Belum
Tahap Tafsiran
Penguasaan

Menyatakan definisi dan elemen
1

multimedia.

Menjelaskan produk, penggunaan dan
2 sumbangan multimedia dalam pelbagai

bidang.

Mengklasifikasikan elemen dengan perisian
3 reka bentuk multimedia yang digunakan

dalam pembangunan produk multimedia.

Menganalisis keperluan ahli pasukan serta
spesifikasi perkakasan dan perisian yang
4
terlibat dalam pembangunan produk
multimedia.

34

Standard Prestasi Terampil
Ya Belum
Tahap Tafsiran
Penguasaan

Memberi justifikasi keperluan ahli pasukan
kerja produksi multimedia berdasarkan
peranan dan kepakaran menggunakan
5 perkakasan dan perisian dalam
pembangunan produk multimedia secara
rasional.

Merancang kerjaya yang ingin diceburi
dalam bidang multimedia dengan
6 menghasilkan portfolio pereka bentuk
multimedia secara beretika, sistematik,
bermakna dan kreatif.

Keputusan Tahap

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh

Tandatangan &
Tarikh

35


Click to View FlipBook Version