The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Sejarah Perayaan Masyarakat di Malaysia.
Disediakan oleh: Sh Damiairdina
Tahun 6 Anggerik, SK Malawa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Razimah Othman, 2020-12-04 12:14:26

Kajian Sejarah Perayaan Masyarakat di Malaysia

Kajian Sejarah Perayaan Masyarakat di Malaysia.
Disediakan oleh: Sh Damiairdina
Tahun 6 Anggerik, SK Malawa

Keywords: Perayaan Masyarakat di Malaysia

PERAYAAN
MASYARAKAT

MALAYSIA


BIODATA PENDAHULUAN

01 02

OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN

03 04

HASIL DAPATAN KESIMPULAN

05 06
08 RUJUKAN
LAMPIRAN

07


01

BIODATA
Nama murid : Sharifah Damiairdina Maqbul

Kelas : 6 Anggerik

Nama guru : Cikgu Nelly Sanjeh


02 PENDAHULUAN

Malaysia dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak
perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum.
Kita mempunyai Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan
banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini.
Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita
Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupun dan luar tentang erti perayaan sebenar.
Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan
kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini.

Perayaan yang terdapat di Malaysia bukanlah sesuatu kekangan tetapi
satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita
harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan
hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu
mampu dicapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan.
Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambangkan erti
benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.


03

OBJEKTIF KAJIAN


Menyatakan perayaan Menilai kepentingan
masyarakat di sambutan perayaan
Malaysia.
dalam keluarga.
Menjelaskan tujuan
Sambutan perayaan di Menghuraikan keunikan
sambutan perayaan dalam
Malaysia. kalangan masyarakat di

Membandingkan amalan Malaysia.
sambutan perayaan
dahulu dan kini.

OBJEKTIF KAJIAN


04 3. KAEDAH RUJUKAN

KAEDAH KAJIAN Kaedah ketiga ialah melalui media
cetak seperti suratkhabar dan
2. KAEDAH INTERNET majalah. Saya

Kaedah kedua saya ialah melalui boleh mendapatkan sumber ini di
internet dengan mencari maklumat- rumah ibubapa dan datuk daripada

maklumat simpanan
yang berkaitan. Dengan kecanggihan suratkhabar dan majalah-sajalah yang
teknologi dan penggunaannya yang
meluas, saya dapat pelbagai maklumat dibeli oleh mereka.
berhubung dengan kajian saya dengan
1. KAEDAH PEMERHATIAN mudah. Sumber daripada internet ini
amat banyak dan membolehkan saya
Melalui pemerhatian semasa perayaan
tersebut serta hasil wawancara saya menjalankan kajian dengan lebih
terperinci.
bersama kedua-dua ibubapa saya. Saya
telah melalui pengalaman menyambut
perayaan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun
bersama keluarga, saudara-mara dan
sahabat handai serta menulisnya disini
untuk kajian saya. Ini merupakan kaedah
primer atau utama dalam mencari fakta

sejarah tanpa sebarang olahan atau
interpretasi pihak lain.


05

HASIL DAPATAN

“This is a quote. Words full of wisdom that someone
important said and can make the reader get
inspired.”

—SOMEONE FAMOUS


HARI WESAK PESTA
KEAMATAN
HARI RAYA HARI NATAL
AIDILFITRI

TAHUN PESTA
BARU CINA GAWAI

DEEPAVALI

PERAYAAN-PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA


HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Puasa/AidilfitriAgama Islam ialah sebuah agama yang suci dan
mementingkan kebersihan dari segi rohani dan jasmani. Di Malaysia agama Islam
majoritinya dianuti orang-orang Melayu Bumiputera. Islam mengamalkan rukun Islam
dan rukun iman iaitu percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul.
Agama Islam menyambut Hari Raya Puasa yang disambut pada tiap-tiap 1 Syawal,
tahun Hijrah. Perayaan dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah

kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya
bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadhan.Ertinya, pada 1 Syawal,

mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semulajadinya. Sebelum
menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan
Ramadhan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga.Ia
bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya

bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada
malamnya.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal
(rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab

berdasarkan Takwim Tahun Islam.Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal
itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau

pun surau.


TAHUN BARU CINA

Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan
bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling

penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina
adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru

Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina
berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara
umumnya dipanggil “Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata
dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang
dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut
memakai kalendar qamari Cina. Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan
Tahun Baru Cina, etnik yang lain,termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu,
Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur,Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai
adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina Perayaan Tahun Baru Cina akan
berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh
mei yang jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru
Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun.
baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun

yang dinamakan sempena nama haiwan.


DEEPAVALI

Deepavali membawa maksud ‘sebarisan pelita’ ataupun ‘sederetan pelita’. Cahaya pelita melambangkan
penghapusan kegelapan, restu Tuahn akan menghindarkan manusia daripada segala kejahilan dan
kejahatan Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah

menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan
perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan

perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-
cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi.

Hindu Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di
mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini,
Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan. Kematian Rawana
dianggap sebagai penghapusan kegelapan. Manakala kemenangan Sri Rama dianggap sebagai terbitnya

cahaya yang menerangi manusia.

Menurut pandangan suatu lagi variasi, rakyat negara Kosala yang beribukotakan Ayodhya telah
memasang pelita minyak pada awal pagi untuk merayakan kepulangan Sri Rama bersama isterinya Sita
Dewi dari Sri Langka di mana Sita Dewi dipenjarakan oleh Rawana. Kepulangan ini amat bererti kerana

Sri Rama selaku penjelmaan Dewa Vishnu yang menghapuskan Rawana dalam sesi peperangan yang
hebat serta menyelamatkan isterinya. Maka kepulangan Sri Rama membawa cahaya kepada rakyat

negara Kosala. Ulang tahun kepulangan Sri Rama inilah dirayakan sebagai hari Deepavali.

Disamping itu, terdapat satu lagi lagenda yang popular dalam cerita Purana tentang perayaan
Deepavali. Menurut lagenda ini, pada zaman dahulu terdapat seorang pemerintah bernama Naraksuran.

Beliau merupakan seorang pemerintah yang zalim. Ramai rakyatnya dianiayainya. Rakyat ynag
menderita memohon bantuan Dewa Krishna. Dewa Krishna mengabulkan doa


HARI WESAK

Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha.

Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan
fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung
kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras”.

Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah
kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di
seluruh dunia.


HARI NATAL

Krismas dirayakan oleh penganut agama Kristian pada setiap 25hb Disember
sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan
dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna-warni.
Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah pokok krismas dan akan

dibuka pada hari tersebut.

Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapa
mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan. Kanak-kanak tidak digalakkan
menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam, mereka sebaliknya disuruh
tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka tidur, Santa Claus akan datang

membawa hadiah untuk anak-anak mereka.

Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas, mereka akan
mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.


PESTA GAWAI

Gawai atau Pesta Menuai ialah sambutan Tahun Baharu
Kaum Dayak iaitu kaum Iban dan kaum Bidayuh dan

signifikannya sambutan ini ialah sentiasa menjadi sebutan
ramai.Justeru, Utusan Borneo berperanan untuk mengadakan
tinjauan terhadap persiapan sambutan Hari Gawai mengikut

adat lama atau dipanggil animisme disalah sebuah rumah
panjang perkampungan Bidayuh lama yang terletak
diKampung Bunuk, Jalan Puncak Borneo


PESTA KAAMATAN

Gawai Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta
kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan Dusun.

Pesta ini merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi.

Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak
zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang

bertambah baik dan lumayan.


06 KESIMPULAN

Sepanjang membuat kajian ini, banyak impak positif yang saya dapati dan pelajari. Melalui
kajian ini, saya telah mengetahui tentang perayaan utama yang disambut oleh

masyarakat di Malaysia. Kajian ini juga memberi saya maklumat tetang amalan-amalan
yang dilaksanakan untuk perayaan tersebut. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti

pakaian tradisi yang dipakai ketika menyambut perayaan-perayaan tersebut serta
juadah yang dihidangkan.

Saya telah mengalami pengalaman yang amat berguna dalam pembelajaran sejarah
dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam usaha mendapatkan data dan maklumat

berkaitan dengan kajian saya ini.

Akhir sekali, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini.


07 LAMPIRAN HARI RAYA AIDILFITRI


07LAMPIRAN TAHUN BARU CINA


07 LAMPIRAN DEEPAVALI


07 LAMPIRAN WESAK & HARI NATAL


07 LAMPIRAN PESTA GAWAI & KAAMATAN


08 RUJUKAN

1. Buku Teks Sejarah Tahun 6

2. Buku Rujukan Sejarah (SASBADI)

3.
https://sejkssrt6t2u6.wordpress.com/2017/08/21/

perayaan-masyarakat-di-malaysia/

4. http://anyflip.com/exytk/iqag/basic

5. http://www.academia.edu/17578768/Perayaan_
Di_Malaysia


THANKS

Disediakan oleh :
Sharifah Damiairdina Maqbul

6 Anggerik
SK Malawa


Click to View FlipBook Version