CINTA AKAN
NEGARA
MALAYSIA DI HATI KU
MEMUPUK SEMANGAT MALAYSIA DI HATI KU
CINTAKAN NEGARA DAN
MENGATASI MASALAH
MENGENAI BENDERA
KEBANGSAAN
MASYARAKAT HIDUP AMAN DAN MAKMUR
ahli kumpulan
REX ANTHONY CHARLES ANDREW
ANTHONY
(07DTP21F1010)
(07DTP21F1020)
WALTER KAYA ELLYANNA DANIA
KEPONG
(07DTP21F1038)
(07DTP21F1026)
ISI KADUNGAN
01 02 03
Pengenalan Memupuk Mengekalkan
tajuk semangat tradisi dan
cinta akan
04 negara budaya
tempatan
Melawat ke 05
tempat 06
Mendorong anak-
bersejarah anak untuk Mengatasi
masalah jalur
07 mengikuti aktiviti
yang berasakan gemilang
Kesimpulan semangat cinta
09
akan negara
Sumber
08 rujukan
Harapan
PENGENALAN TAJUK
Memupuk semangat cinta akan negara
dalam kalangan masyarakat negara kita
amatlah penting. Hal ini dikatakan demikian
kerana semangat cinta akan negara adalah
salah satu elemen penting dalam proses
mengekalkan perpaduan dan kesejateraan
negara. Sejak azali lagi, masyarakat Malaysia
telah diajar untuk memupuk semangat cinta
akan negara dalam diri. Namun, banyak
pihak telah mendakwa bahawa semangat
cinta akan negara dalam kalangan
masyarakat semakin luntur. Bak kata
pepatah, bagai kerang mendapat bunga.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
haruslah memupuk semangat cinta akan
negara. Tetapi, terdapat sesetengah rakyat
Malaysia yang tidak menghormati bendera
Malaysia seperti mengibarkan bendera
Malaysia secara terbalik dan melukis
bendera dengan tidak menepati…
MEMUPUK SEMANGAT CINTA
AKAN NEGARA
Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan
daripada penjajahan asing, pelbagai kemajuan
yang telah dikecapi. Siapa sangka, negara yang
terdiri daripada berbilang kaum mampu untuk
mencapai kemerdekaan dan seterusnya
melangkah maju ke hadapan bersaing dengan
negara membangun yang lain. Namun begitu, kita
acapkali tersentak dengan pelbagai
permasalahan yang dicetuskan oleh masyarakat
kita sendiri yang mempu mengganggu gugat
kemakmuran negara kita. Oleh itu, sebagai
warganegara yang cinta akan tanah air, kita
seharusnya menyemai sifat patriotisme di dalam
setiap peringkat umur masyarakat agar
kemerdekaan yang dicapai tidak disia-siakan.
Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa
rambut sama hitam tetapi hati masing-masing
lain. Walaupun kita berbeza dari pelbagai sudut,
dengan sifat toleransi dan keterbukaan, kita
mampu menjadi negara yang bersatu padu
dalam mencapai kemajuan sejagat. Mari kita
bincangkan kepentingan menerapkan semangat
cinta akan negara kepada nusa bangsa.
MENGEKALKAN TRADISI DAN
BUDAYA TEMPATAN
semangat cinta akan negara adalah
penting bagi mengekalkan tradisi dan
budaya masyarakat tanah air kita. Dewasa
ini, generasi muda kita lebih terdedah
dan terpengaruh dengan anasir dari
negara luar sehingga melupakan tradisi
dan budaya yang kita miliki. Keunikan seni
budaya tempatan semakin dilupakan dan
pengamalnya mencari-cari pengganti
yang akan mewarisi budaya atau tradisi
tempatan ini. Jika tidak dijumpai maka, ia
akan pupus dan hilang dek ditelan
kealpaan masyarakat kita menghargai
dan memelihara keunikan nenek dan
moyang kita yang terdahulu. Kemodenan
hari ini merupakan cabaran yang perlu
kita tempuh tetapi ia tidak sepatutnya
menjadi alasan untuk kita melupakan
tradisi dan budaya kita. Bak kata pepatah
Melayu, hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah. Mungkin generasi hari
ini perlu menyelami budaya dan tradisi
yang diamalkan oleh masyarakat
terdahulu supaya muncul kembali
perasaan atau semangat cinta akan
negara.
MELAWAT KE TEMPAT
BERSEJARAH
Generasi muda hendaklah digalakkan
melawat tempat-tempat
bersejarah.Contohnya, sekolah
mengadakan lawatan ke tempat
bersejarah. Lawatan ini perlulah
disertai oleh pelajar-pelajar dari setiap
tingkatan terutamanya pelajar yang
kurang berminat pada matapelajaran
S
ejarah. Hal ini kerana pemerhatian
mereka kepada kesan-kesan
peninggalan sejarah akan melahirkan
semangat juang untuk
mempertahankan negara daripada
ancaman musuh. Misalnya,kunjungan
ke tempat-tempat yang bersejarah
seperti Bandar Hilir, Melaka akan
mengingatkan mereka kepada Sejarah
hitam negara ketika dijajah oleh
Portugis, Belanda dan Inggeris. Ibu
bapa juga boleh membawa anak-anak
mereka untuk melawat tempat
bersejarah ketika ada masa terluang.
Hal ini akan meningkatkan semangat
cinta akan negara dalam diri generasi
muda kerana ingin menghargai jasa
pahlawan-pahlawan yang telah
berjuang pada zaman dahulu.
MENDORONG ANAK-ANAK
UNTUK MENGIKUTI AKTIVITI
YANG BERASASKAN SEMANGAT
CINTA AKAN NEGARA
Dalam kita sedar ataupun tidak, ibu bapa juga
memainkan peranan penting dalam
mencorakkan dan menanam sikap patriotisme
dalam diri anak-anak mereka. Anak adalah
seperti kain putih, ibu bapalah yang patut
mencorakkannya. Ibu bapa adalah contoh
teladan kepada anak- anak sejak mereka lahir ke
dunia kerana peribadi anak-anak melambangkan
sikap ibu bapa mereka kerana peribahasa ada
menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka
untuk mengikuti aktiviti seperti sambutan hari
kemerdekaan untuk menanamkan sikap
patriotisme tersebut di dalam hati mereka. Ibu
bapa juga boleh membeli buku-buku yang
menceritakan tentang pemimpin-peminpin
negara tanpa mengira bangsa dan agama.
Dengan itu anak- anak akan menjadi masyarakat
yang mampu mencontohi pemimpin-pemimpin
terdahulu untuk menjadi bangsa yang berjaya.
Jelaslah bahawa ibu bapa mampu menanamkan
sikap cinta akan negara dalam diri anak-anak
mereka supaya menjadi pemuda-pemudi
harapan bangsa.
MENGATASI MASALH JALUR
GEMILANG
Cara untuk memupuk semangat cinta akan negara
adalah dngan merajinkan diri untuk melayari
internet untuk mencari rujukan tentang bagaimana
rupa bendera yang betul dan tidak membuat
bendera Malaysia salah seperti kurang jalur atau
salah warna , benda ini juga boleh diajarkan dengan
memupuk semangat patriotik sejak dari awal umur
lagi seperti di bangku sekolah. Hal ini membolehkan
semangat patriotik hidup sebati dalam diri pelajar
seperti kata pepatah Melayu iaitu “melentur buluh,
biarlah dari rebungnya”.Hal ini disebabkan para
guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan
sifat-sifat patriotik di dalam kelas. Mereka perlu
mendorong kanak-kanak untuk melahirkan
perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta
cinta akan tanah air. Sebagai contoh, pihak sekolah
boleh mengadakan program seperti sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu
Negara ku ketika perhimpunan dan banyak lagi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang dapat
kita bincangkan terhadap topik semangat cinta akan
negara. Perkara ini adalah mustahak dalam
menjamin kebolehan sesebuah negara untuk duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-
negara lain. Janganlah kita bersikap terlalu meraikan
kehadiran pelabur atau pendatang asing tanpa
memastikan masyarakat di negara kita mendapat
manfaat yang terbaik yang boleh diberikan oleh
negara kita sendiri. Persis kata peribahasa Melayu,
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Oleh yang
demikian, setiap di antara kita perlu
memanifestasikan fikiran dalam mencari mekanisma
terbaik untuk memajukan negara di samping
mengangkat elemen-elemen tempatan yang dimiliki
oleh kita. Kekitaan yang kita tunjukkan mampu
menjadi ejen penyatuan masyarakat dunia yang
kerap kali dicabar dengan perang saudara atau
kuasa di mana pengakhirannya hanyalah merugikan
tamadun manusia.
HARAPAN
Antara harapan yang ingin saya sampaikan
ialah saya berharap perkara yang telah
dibincangkan dalam majalah ini dapat
membuka ruang dan minda seseorang betapa
pentingnya semangat cinta akan negara. Selain
itu, kita semua berharap agar negara Malaysia
terus aman dan tenteram. Seterusnya , saya
berharap generasi anak muda pada hari ini
akan menjadi suri teladan kepada generasi yang
bakan datang dengan menunjuk teladan dan
etika yang sepatutnya. Akhir sekali, kami
berharap agar kemakmuran dan perpaduan
kepada penduduk Malaysia pada hari ini akan
sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini kerana
sekiranya berlaku persengkataan dapatlah ianya
dielakkan untuk berlaku kali kedua.
SUMBER RUJUKAN
1. https://harakahdaily.net/index.php/2019/08/2
3/rakyat-malaysia-perlu-hormati-jalur-
2.gemilang/
https://www.scribd.com/document/494494470/Cara-
cara-Memupuk-Semangat-Cinta-Akan-Negara
3.https://www.utusanborneo.com.my/2017/08/
20/semangat-cintai-ne
gara-harus-ada-dalam-
jiwa-rakyat-malaysia
4.https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/
2015/08/71497/pendidikan-awal-pupuk-
5.sNeamsaihngaatt-dpiahtraiodtaispmaen-gpeneenraassii-hmautda
6. Sumber buka rujukan penghayatan etika
dan peradapan.