The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skpht2013, 2021-09-23 12:18:16

LAPORAN TAHUNAN PANITIA 2020 SKPHT

PENDAHULUAN


Panitia Pendidikan Islam SK Parit Haji Taib terdiri daripada beberapa orang guru Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud
kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus

dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan
dan berkesan.





OBJEKTIF


1. Melahirkan murid yang celik Al-Quran dan pintar Jawi.

2. Memantapkan pengetahuan dan kefahaman yang jelas tentang ibadah dan mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian.

3. Meningkatkan sahsiah murid agar berkeperibadian tinggi dan berakhlak mulia.

4. Mencungkil, mengembangkan dan mengasah bakat serta potensi murid ke arah
kecemerlangan.






VISI


Beriman, Berilmu dan Beramal





MISI



• Membentuk peribadi mulia dan bertaqwa

• Melahirkan generasi berilmu dan beramal

• Melahirkan generasi celik Al-Quran dan pintar Jawi

NAMA-NAMA AHLI JAWATANKUASA :






KETUA PANITIA : PN. NORWAHIDA BINTI IDRIS


SETIAUSAHA : EN. AHMAD SUPI BIN ISAHAK

AHLI JAWATANKUASA : EN. MOHD FARID BIN HAMZAH

: PN. NUR NAZRAH BINTI ZAINAL








AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN 2020




BIL AKTIVITI

1 KEM BESTARI SOLAT (KBS)

Objektif :

1. Murid dapat melakukan cara-cara berwudhuk, tayammum, solat fardhu, solat ber-
jemaah, solat jenazah, wirid dan doa selepas solat dengan betul dan tertib.

2. Mendidik murid-murid supaya menitik beratkan amalan solat.
3. Murid dapat menjadikan amalan sunat sebagai amalan rutin harian.

2 KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)

Objektif :

1. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.

2. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup.
3. Membaca dan menulis ayat pendek.

3 BACAAN YASIN MINGGUAN

Objektif :

1. Melatih pelajar membaca Yasin dan berdoa kepada Allah,

2. Memupuk rasa kecintaan kepada Al-Quran dan ibadah.


3. Meningkatkan sahsiah dalam diri setiap individu.

BIL AKTIVITI

4 PROGRAM MA’AL HIJRAH

Objektif :

1. Mendedahkan kepada murid peristia yang membawa kepada penghijrahan.

2. Mendedahkan dan membuka minda murid-murid perlunya betapa perlunya hijrah dan ke-
baikan daripada peristiwa hijrah.

3. Mengenang Kembali peristiwa bersejarah hijrah nabi Muhammad SAW.



5 PROGRAM MINGGU PENDIDIKAN ISLAM 2020

Objektif :

1. Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat melalui acara yang
diadakan.

2. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan mempunyai keberanian yang tinggi.

3. Melatih murid-murid yang cemerlang mendalami pengetahuan dalam bidang yang
tertentu sebagai persediaan untuk menjadi wakil sekolah.

4. Menanam sikap cintakan tulisan jawi ke dalam jiwa murid-murid bermula dari sekolah
rendah.

5. Mewujudkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.

6. Melahirkan murid yang berpotensi dalam bidang yang diketengahkan.

7. Melahirkan minat di kalangan murid untuk menjiwai pelajaran jawi di sekolah serta
sayangkan jawi.


6 MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)
Objektif :

1. Mengumpul murid-murid sekolah yang berbakat di dalam acara yang dipertandingkan.


2. Memberikan motivasi kepada murid-murid untuk mendalami isi kandungan Al-Quran dan
menghayati kesenian Islam.


3. Mendekatkan diri peserta dan guru-guru yang terlibat dengan program dianjurkan.

BIL AKTIVITI

7 PROGRAM MAULIDUR RASUL


Objektif :

1. Menghayati peristiwa besar kelahiran Nabi Muhammad SAW.

2. Menerapkan amalan bersyariat dalam kehidupan seharian sebagai hamba Allah.


3. Mengambil iktibar daripada kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

4. Membina kekuatan jiwa dan beramal dengan amalan mahmudah.




8 MINGGU BAHASA ARAB

Objektif :

1. Membina keyakinan dalam diri murid-murid untuk berani berkomunikasi dengan menggunakan
Bahasa Arab.

2. Mencungkil bakat murid-murid melalui pertandingan dan persembahan.


3. Mengembangkan mindamurid ke arah pemikiran yang positif



9
















10

KEKUATAN :


• Ahli-ahli menunjukkan semangat bekerjasama yang tinggi dalam menjalankan aktiviti yang
dirancang. Aktiviti yang dirancang juga dapat dijaklankan dengan baik dan lancar
mengikut jadual yang telah di tetapkan.



KELEMAHAN :


• Kekangan masa untuk menjalankan program, kerana tahun 2020 adalah suatu sejarah
baru kerana negara dilanda pandemik covid 19. Ini menyebabkan sekolah terpaksa di-
tutup. Hampir separuh program yang dirancang telah ditangguhkan.



PENUTUP :



• Segala aktiviti dirancang telah dilaksanakan dengan baik dan mengikut takwim yang telah
dirancang. Terima kasih kepada semua ahli panitia kerana menunjukkan Kerjasama yang

baik dan berganding bahu dalam melaksanakan program yang telah dianjurkan. Ucapan
terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SK Parit Haji taib kerana memberikan
kerjasama yang baik Ketika program dijalankan. Tidak lupa juga kepada barisan pentadbir
yang turut memberikan sokongan yang padu dan nasihat yang baik, setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan.












Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

Ahmad Sufi
……………………….. ……………………………….. ………………………………..
(AHMAD SUPI HJ ISAHAK) (PN. NOR WAHIDA BT. IDRIS) (PN. SITI ALPIAH BT. MAT ALI)
SETIAUSAHA PAI KETUA PANITIA PAI GURU BESAR
SK PARIT HAJI TAIB SK PARIT HAJI TAIB SK PARIT HAJI TAIB

PROGRAM MA’AL HIJRAH


TAHUN 2020

MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH – SEKOLAH RENDAH

ZON BAGAN SERAI 2020

PROGRAM MAULIDUR RASUL


TAHUN 2020


Click to View FlipBook Version