SK PARIT HAJI TAIB
34300 BAGAN SERAI PERAK
DARUL RIDZUAN
MINIT MESYUARAT
KOKURIKULUM
KALI KE 2
SESI 2020
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB, 34300 BAGAN SERAI PERAK
BIL.2 TAHUN 2020
Tarikh : 14.9.2020
Hari : ISNIN
Masa : 1.35 tengahari – 3.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Parit Haji Taib
___________________________________________________________________
KEHADIRAN :
Bil Nama Jawatan
.1 Pn. Siti Alpiah bt Mat Ali Guru Besar
2. En. Abd Aziz Bin Hassan Guru PK Pentadbiran
3. En.Mohammed Jeffri Bin Che Sap Guru PK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Fatimah Binti Masdar Guru PK Kokurikulum
5. Tn.Hj. Mohamad Nasir Bin Samsuri Guru Cemerlang B. Melayu
6. Pn Hjh Asmah Binti Lokman Guru Penolong
7. En Ahmad Supi Bin Hj Isahak Guru Penolong / Setiausaha
8. En Khairul Kamal Bin Abd Rahman Guru Penolong
9. En Khairudin Bin Ibrahim Guru Penolong
10. Tn. Hj Nordin Bin Jaafar Guru Penolong
11 Pn Norwahida Bt Idris Guru Penolong
12. Pn Norizan Binti Arshad Guru Penolong
13. Pn Norhida Binti Md Saad Guru Penolong
14. Pn Nora Binti Mohamad Arshad Guru Penolong
15. En. Mohd Farid Bin Hamzah Guru Penolong
16. Pn. Nur Nazrah Binti Zainal Guru Penolong
17. Pn. Nur Adyani Binti Mohamad Salim Guru Penolong
Tidak Hadir Dengan Makluman
Bil Nama Jawatan
Tiada
AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN ALU-ALUAN
1.1 Ucapan Guru Besar (Pn.Siti Alpiah bt Mat Ali)
1.1.1 Memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan membaca surah Al-
Fatihah.
1.1.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat hadir
dalam mesyuarat pada hari in
1.1.3 Beliau meminta guru-guru memberi perhatian yang serius tentang
keselamatan murid dan mengikut SOP yang ditetapkan dalam setiap aktiviti/
program yang melibatkan kokurikulum.
2. Ucapan Guru Pen. Kanan Kokurikulum (Pn. Fatimah Binti Masdar).
2.1.1 Beliau mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua guru
dalam mesyuarat kali ini.
2.1.2 Beliau memaklumkan tentang mesyuarat pada hari ini ialah untuk
membincangkan tentang penataran garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan
dan kokurikulum yang dikeluarkan oleh KPM dan pelaksanaan aktiviti yang
akan dijalankan.
2.1.3 Beliau berharap semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik dan
mengikut SOP yang ditetapkan dalam menjayakan aktiviti sukan dan
kokurikulum.
Tindakan :Makluman
3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Minit Mesyuarat Bil. 1 Tahun 2020 telah dibentang dan disahkan tanpa pindaan .
Pencadang : Tn. Haji Mohd Nasir Bin Haji Samsuri.
Penyokong : En. Khairudin bin Ibrahim
4. PERKARA BERBANGKIT
4.1.1 Tiada.
5. ISU – ISU YANG DIBINCANGKAN.
5.1.1 Penataran Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
Pn.Fatimah membentangkan perkara di atas antaranya:
1.Punca kuasa yang membenarkan aktiviti dilaksanakan iaitu Garis Panduan
Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikul bertarikh 27 Ogos 2020 dibaca
bersama
i) Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM (Surat
Siaran KPM. Bil.5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020)
ii) SOP Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh KBS
iii) SPI, Surat Siaran dan Arahan serta Peraturan yang berkaitan yang
dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa
2.Peranan Pentadbir
i. Memaklumkan, memberi taklimat dan penerangan Garis Panduan ini kepada
guru-guru.
ii. Memastikan murid yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti.
iii. Memastikan murid yang berimuniti rendah mendapatkan kebenaran
penjaga sebelum menyertai aktiviti.
iv. Memastikan guru mematuhi SOP yang telah ditetapkan.(Penjarakan fizikal,
kebersihan dan keselamatan)
3. Peranan Guru Penasihat Sukan Dan Kokurikulum
i. Merancang aktiviti mengikut kesesuaian ruang/tempat dalam kawasan
sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal.
ii. Melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan kemudahan peralatan
iii. Boleh melaksanakan aktiviti secara bersemuka atau secara talian
4. Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
SEBELUM
- Kehadiran guru dan murid berdasarkan jadual
- Penggunaan padang, gelanggang dan ruang perlu bersesuaian
- Peralatan yang digunakan perlu bersih dan selamat
- Murid digalakkan menggunakan peralatan sendiri
- Bilik mandi/persalinan/tandas berada dalam keadaan bersih dan penggunaan
perlu ikut kapasiti yang sesuai.
SEMASA
- Penjarakan fizikal dan prosedur perlu dipatuhi
-1 hingga 3 meter – aktiviti statik
-3 hingga 5 meter – aktiviti dinamik
- Maklumat disampaikan secara lisan tanpa sentuhan
- Murid hendaklah membawa air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan
peralatan peribadi sendiri.
SELEPAS
- Peralatan dan ruang yang digunakan dibersihkan/disanitasi
- Murid tidak dibenarkan bersentuhan dan bersalaman
- Perlu cuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan
- Perlu tinggalkan kawasan aktiviti dengan segera
5. Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum Dengan Pelibatan Agensi Luar
1. Perlu dapat kebenaran KPM/JPN/PPD
2. Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM
3 Mendapatkan kebenaran bertulis daripada penjaga.
5.1.2- BULAN KOKURIKULUM
Pn. Fatimah membentangkan kertas kerja/cadangan pelaksanaan aktiviti
sempena Bulan Kokurikulum
- Rujuk kertas cadangan.
• Tarikh pelaksanaan bermula 1.10.2020
• Tempat program diadakan di SK Parit Haji Taib
• Program ini melibatkan 4 unit persatuan dan kelab iaitu Persatuan Bahasa
Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Agama Islam dan Persatuan
Sains dan Matematik dan serta 3 Pasukan Badan Beruniform
• Senarai aktiviti dan jawatakuasa yang terlibat adalah seperti di dalam kertas
cadangan tersebut.
• Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan perkara-perkara yang telah
dibincangkan seperti yang terkandung dalam kertas cadangan yang telah
dibentangkan.
1. HAL-HAL LAIN.
1.1 Tuan Guru Besar berharap semua guru dapat memberikan kerjasama
dan bertanggungjawab dalam mempastikan program dilaksanakan mengikut
ketetapan dan SOP yang ditetapkan.
Tindakan : Makluman
2. Ucapan penangguhan.
7.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran
guru-guru dalam mesyuarat pada kali ini.
7.2 Pengerusi berharap agar semua guru mengambil berat tentang aspek
keselamatan dan kesihatan murid semasa program ini dilaksanakan supaya
dapat berjalan dengan lancar.
3. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang .
Disediakan oleh : Disahkan oleh:
Ahmad sufi
……………………………. …………………………….
(AHMAD SUPI HJ ISAHAK) (FATIMAH BT MASDAR)
Setiausaha Kokurikulum , Penolong Kanan Kokurikulum
SK Parit Haji Taib SK Parit Haji Taib