The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skpht2013, 2020-12-22 06:14:27

MODS FAQ PI NETWORK (BAHASA MALAYSIA)

FAQ
















BAHASA







MALAYSIA



















PI NETWORK





MALAYSIA

The following text has been translated by Pi's community members
and may contain some inaccuracies. For full accuracy, always refer to

the English FAQ.

Teks berikut telah diterjemahkan oleh ahli komuniti Pi dan mungkin

mengandungi beberapa ketidaktepatan. Untuk ketepatan penuh,
sentiasa merujuk kepada soalan lazim Bahasa Inggeris.


FAQ - BAHASA MALAYSIA


Soalan-Soalan Lazim


Selamat datang ke FAQ rasmi Pi!


1. Penafian: PI bukanlah wang percuma.


Pi bukanlah wang percuma. Ia adalah satu projek jangka panjang yang
kejayaannya bergantung kepada sumbangan kolektif ahli-ahlinya.
Pi didedikasikan untuk membantu orang ramai memperolehi

lebih banyak nilai ekonomi, di mana hari ini banyak memihak kepada
bank-bank, gergasi teknologi (misalnya, Facebook, Amazon), dan

perantara lain. Pi bergantung pada sumbangan kolektif ahli-ahlinya.
Sekiranya anda mencari wang dengan cepat, lihat di tempat lain.


2. Apakah itu PI?


Pi adalah matawang kripto baru untuk dan oleh orang-orang
kebanyakan yang anda boleh "melombong" (atau mendapat) dari

telefon bimbit anda. Matawang kripto adalah bentuk baru wang
digital yang dikekalkan dan dijamin oleh komuniti, bukannya oleh

kerajaan atau bank. Hari ini, anda boleh melombong (atau
memperolehi) Pi dengan membantu mengamankan (mendapatkan)

matawang dan dengan mengembangkan rangkaian yang dipercayai Pi.
Walaupun kebanyakan matawang kripto (seperti Bitcoin) sudah

menjadi sangat sukar untuk digunakan dan diakses oleh orang-orang
kebanyakan, Pi meletakkan kuasa matawang kripto ke telapak tangan
anda.

3. Adakah ini BENAR? Adakah PI satu PENIPUAN?


Pi bukan satu penipuan. Ini adalah usaha tulen oleh sebuah pasukan
dari siswazah Stanford untuk memberikan orang-orang kebanyakkan

akses kepada matawang kripto.


Pasukan Teras Pi dipimpin oleh dua graduan PhD Stanford dan satu
graduan MBA Stanford, semuanya membantu membina komuniti

blockchain Stanford. Kami tidak dapat menjamin projek ini akan
berjaya. Walau bagaimanapun, kami berjanji untuk bekerja keras

untuk menjadikan impian kami menjadi kenyataan, sambil
mengekalkan kepiawaian integriti yang tertinggi. Anda boleh
mengetahui lebih lanjut mengenai kami dalam halaman "Pasukan

Teras" dalam menu utama aplikasi.



4. Bagaimana aplikasi ini berfungsi? Bagaimanakah saya mendapat
lebih banyak PI?


Aplikasi ini membolehkan anda untuk mendapatkan Pi dengan

membuat sumbangan mudah kepada komuniti Pi. Semakin banyak
anda menyumbang, semakin banyak Pi yang akan anda perolehi.


Untuk mula mendapatkan Pi, lawat aplikasi PI setiap 24 jam dan tekan

butang 'kilat' untuk memulakan sesi perlombongan. Sebaik sahaja
anda mula 'melombong', anda boleh meningkatkan kadar pungutan π
setiap jam (π/hr) dengan menjemput rakan dan keluarga yang

dipercayai untuk menyertai komuniti. Selepas 3 hari perlombongan,
anda boleh meningkatkan pendapatan anda dengan membina

lingkaran keselamatan anda, yang menyumbang kepada keselamatan
keseluruhan rangkaian. Perlu diingat, ahli-ahli yang lebih awal

menyertai Rangkaian PI 'melombong' pada kadar yang lebih tinggi
daripada yang datang selepas mereka.

5. Adakah saya perlu meninggalkan aplikasi terbuka untuk
saya? Adakah aplikasi mengalirkan bateri atau data saya?


Anda tidak perlu meninggalkan aplikasinya terbuka untuk
'melombong' PI (π). Pi tidak menjejaskan prestasi telefon anda,

menyalirkan bateri anda, atau menggunakan data rangkaian anda.

Sebaik sahaja anda menekan butang 'kilat' ⚡, anda juga boleh
menutup aplikasi dan anda akan terus melombong Pi.


Jadi bagaimana anda boleh 'melombong' matawang kripto
(cryptocurrency) tanpa menyalirkan bateri atau data anda? Daripada

membakar tenaga sebagai bukti kerja, matawang kripto seperti
Bitcoin, Pi menjamin lejarnya apabila ahli menjamin satu sama lain

sebagai boleh dipercayai. Ini membentuk rangkaian antara "lingkaran
keselamatan" yang menentukan siapa yang dapat melaksanakan

transaksi. Pendekatan novel ini membolehkan 'perlombongan' kripto
di telefon anda dengan memanfaatkan sambungan sosial anda yang
sedia ada, tanpa kos kewangan, tidak ada saliran bateri dan jejak

cahaya di planet ini. Bacalah bahagian teknikal dalam Kertas Putih
('White Paper') kami untuk penjelasan yang lebih tepat dan terperinci.


6. Mengapakah ahli-ahli yang terdahulu 'melombong' pada kadar

yang lebih tinggi?


Para ahli terdahulu mempunyai kadar yang lebih tinggi kerana
itu adalah ganjaran untuk sumbangan mereka kepada rangkaian PI
apabila ia sangat diperlukan.

Pi bertujuan untuk menjadi matawang kripto yang paling banyak
digunakan dan diedarkan di dunia. Untuk mencapai matlamat itu, Pi

mendorong ahli-ahlinya yang terawal untuk membuat sumbangan
yang akan memastikan kejayaannya (contohnya, mengamankan dan
mengembangkan Rangkaian PI). Bagi mencerminkan kepentingan

sumbangan awal, kadar perlombongan (π/hr) berkurangan apabila
lebih ramai orang menyertai Rangkaian PI. Pada masa ini, kadar dasar

perlombongan berkurang setiap kali bilangan pengguna aktif
meningkat dengan faktor 10 (lihat graf di bawah). Kadar ini akhirnya

akan jatuh ke 0 apabila rangkaian mencapai bilangan pengguna

tertentu (misalnya = 10 juta atau 100 juta). Pada ketika itu, seperti
Bitcoin, pelombong akan terus diberi ganjaran melalui yuran transaksi

dan bukan melalui penempaan ('minting') matawang baru.

7. Apakah peranan Duta ('Ambassador')? Bagaimanakah kerja

Pasukan Pendapatan (Earning Team)?


Sebagai Duta, anda mendapat bonus 25% pada kadar perlombongan
asas anda untuk setiap orang yang anda jemput ke Rangkaian PI.

Anda menjadi Duta (Ambassador) ketika anggota baru
menyertai Pasukan Pendapatan anda (Earning Team) dengan

menggunakan kod undangan anda apabila mereka mendaftar untuk Pi
Network. Setiap ahli Pasukan Pendapatan anda akan memberikan
peningkatan sebanyak 25% kepada pendapatan anda apabila mereka

melombong secara aktif. Ahli baru hanya boleh ditambahkan kepada
Pasukan Pendapatan 'penjemput' (inviter) mereka, kerana setiap ahli

hanya menyertai Pi sekali menggunakan satu kod undangan
penjemput. Dengan kata lain, tidak seperti Lingkaran Keselamatan
('Security Circle') di mana orang boleh ditambah sebagai ahli ke dalam

beberapa Lingkaran Keselamatan berdasarkan kepercayaan,
manakala, Pasukan Pendapatan tetap berdasarkan siapa yang

mengundang siapa. Setiap orang yang dijemput di dunia ini hanya
boleh dituntut oleh seorang penjemput (Inviter).


8. Apakah peranan Penyumbang (Contributor)? Bagaimanakah saya

menjadi penyumbang?

Menjadi Penyumbang (Contributor) membolehkan anda

memperolehi lebih banyak Pi dengan membina bulatan keselamatan
(Security Circle) 3-5 ahli yang dipercayai.

Kunci peranan Kontributor Pi akan dibuka kepada pengguna
setelah selesai 3 sesi perlombongan sebagai Perintis (PIoneer).

Selepas 3 hari perlombongan, anda akan melihat ikon baru bulatan
keselamatan (perisai) pada skrin utama aplikasi yang boleh anda klik

untuk memulakan. Untuk menjadi penyumbang, anda perlu
menambah 3-5 orang yang anda percayai pada bulatan keselamatan
anda.

9. Apakah bulatan keselamatan?


Bulatan keselamatan adalah kumpulan 3-5 orang yang dipercayai
yang dibina oleh setiap ahli Pi. Bulatan keselamatan menjamin

matawang dengan membina graf amanah global yang menghalang
pelaku buruk daripada melaksanakan transaksi penipuan.


Sementara kriptografi seperti Bitcoin mengamankan lejer mereka

dengan memaksa pelombong untuk membakar tenaga (bukti kerja), Pi
menjamin lejarnya apabila anggotanya menjamin satu sama lain

sebagai boleh dipercayai. Penyumbang Pi menjamin satu sama lain
dengan membina sekuriti keselamatan yang terdiri daripada 3-5 ahli
yang dianggapnya boleh dipercayai. Bulatan keselamatan hendaklah

terdiri daripada orang yang anda percayai untuk tidak melaksanakan
transaksi penipuan. Bulatan keselamatan rangkaian membentuk graf

amanah global yang menentukan siapa yang boleh dipercayai untuk
melaksanakan urusniaga pada lejar Pi.



10. Apakah nilai PI?


Hari ini PI bernilai 0 dolar/euro/ringgit dan sebagainya, sama seperti

Bitcoin pada tahun 2008. Nilai Pi akan disokong oleh masa, perhatian,
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli yang lain

dalam Rangkaian PI.

Dengan menyatukan perhatian, barangan dan perkhidmatan kita di

sekeliling matawang bersama, ahli-ahli Pi berusaha untuk
mendapatkan lebih banyak nilai yang biasanya pergi ke bank, gergasi

teknologi (misalnya, Facebook, Amazon), dan perantara lain. Hari ini,
kami sedang meletakkan infrastruktur untuk matawang dan pasaran

digital ini dengan mengagihkan matawang, membina komuniti, dan
membangunkan teknologi untuk memastikan keselamatannya.

11. Bolehkah saya menarik balik (keluarkan) PI saya? Apakah garis
masa untuk pengeluaran?


Tidak, anda tidak boleh menarik balik Pi lagi. Anda akan dapat menarik
balik Pi atau pertukaran untuk matawang 'Fiat' atau matawang kripto

yang lain dalam Fasa 3 projek ini apabila peralihan Pi kepada blok
terdesentralisasi sepenuhnya.


Pi melancarkan Fasa 1 projek pada 14/3/2019 (Hari Pi). Semasa Fasa

1, baki anda direkodkan dengan jaminan yang dihormati apabila
peralihan Pi ke Fasa 3 (Mainnet). Pemindahan Pi adalah terhad

sehingga kami sampai ke mainnet untuk mengelakkan pelaku buruk
daripada mengumpul Pi dari akaun-akaun palsu. Sebagai contoh,
seorang pelaku yang tidak baik dapat melombong dari akaun palsu,

memindahkan Pi ke akaun yang sah, dan kemudian melalui proses
pengesahan akaun Pi walaupun keuntungan mereka tidak sah. Kami

masih lagi dalam proses menyempurnakan garis masa pembangunan
yang tepat untuk projek ini. Untuk butiran lanjut, sila rujuk bahagian
Pelan Jalanan (Roadmap) daripada Kertas Putih kami.


12. Bilakah PI bernilai sesuatu? Bilakah saya boleh menukar PI Ke

wang "sebenar"?


Pemegang Pi akan dapat menjadikan Pi wang "sebenar" apabila
mereka sama ada membeli barangan dan perkhidmatan di pasaran Pi

atau menukar Pi untuk mata wang 'Fiat'.

Pemegang matawang kripto (cryptocurrency) mempunyai dua pilihan

untuk menukar pegangan mereka menjadi "wang sebenar" (atau
"keluar wang tunai") :

i) Membeli secara langsung barangan dan perkhidmatan dengan
kripto mereka


atau


ii) Menukar kripto mereka untuk mata wang 'Fiat' (misalnya, dolar,
euro , RM , dan lain-lain) di bursa-bursa matawang kripto.


iii) Membeli secara langsung barangan dan perkhidmatan dengan Pi

anda.


Pi Network sedang membina sebuah pasaran 'peer-to-peer' di
mana ahli-ahli kami dapat membelanjakan PI dengan secara langsung
untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Kami berhasrat untuk

memulakan eksperimen dengan pemindahan-dalam-aplikasi (In-App-
Transfer) Pi secepat Q4 2019.


i) Bertukar Pi untuk matawang 'Fiat' di bursa-bursa matawang kripto.


Pasukan Teras Pi tidak mengawal ketika bursa-bursa matawang kripto
(seperti Binance, Coinbase, Kraken dan lain-lain) memutuskan untuk

menyenaraikan Pi. Walau bagaimanapun, Pi akan dapat diniagakan
dalam Fasa 3 projek (iaitu, Mainnet). Pada ketika itu, bursa-bursa

boleh memilih untuk menyenaraikan Pi. Sementara itu, Pasukan Teras
Pi berfokus pada pelaksanaan pelan jalanan teknikal kami (lihat Kertas

Putih kami) untuk mencapai Fasa 3.

13. Bolehkah saya melombong dari lebih daripada satu peranti?

Bagaimanakah rangkaian menghalang akaun palsu, bot, dan lain-lain
daripada mendapatkan PI?


Tidak, anda tidak boleh melombong dari lebih daripada satu peranti.

Rangkaian ini mempunyai peraturan yang ketat, setiap orang satu
akaun. Pi menggunakan strategi pelbagai serampang untuk

memastikan Pi tidak dilombong oleh akaun-akaun palsu. 7

Pertama, Rangkaian menggunakan recaptcha v3 Google untuk
mengetahui jika peranti dikendalikan oleh manusia atau mesin.

(Teknologi ini tidak dapat dilihat sepenuhnya oleh kebanyakan
pengguna, kerana mereka adalah manusia yang sebenar, tetapi bot
mungkin mula melihat captchas jika algoritma google menangkap

mereka). Dari masa ke masa, kami juga membangunkan algoritma
pembelajaran mesin berdasarkan tingkah laku perlombongan

pengguna sebenar untuk meramalkan bot.


Kedua, keperluan algoritma konsensus Pi (lingkaran keselamatan)
menjadikannya mudah untuk mengesan akaun palsu. Akaun palsu

tidak akan mempunyai cukup orang sebenar untuk menunjuk mereka
melalui 'lingkaran keselamatan'. Paling tidak, akaun palsu akan
menunjuk satu sama lain dengan sangat sedikit petunjuk masuk dari

seluruh rangkaian. Anomali ini mudah dikesan dengan algoritma
komputer.


Akhir sekali, apabila Pi memasuki Fasa ke-3 dan terakhir, Mainnet,
hanya akaun yang disahkan sebagai milik individu sebenar yang

berbeza akan dihormati. Dalam erti kata lain, walaupun semua
kaedah lain tidak terjawab pada beberapa akaun "bot", proses

pengesahan pengguna ini akan menghilangkannya lagi kerana pemilik
bot tidak akan dapat membuktikan bot sebagai orang sebenar dengan

nama sebenar. Kami sedang meneroka proses KYC yang
terdesentralisasi gangguan yang minima.

14. Adakah aplikasi ini satu dompet (wallet)? Adakah kita akan
memegang kunci peribadi/awam kita sendiri? Dan bolehkah kita

menggunakan dompet luaran untuk memegang PI kita pada masa
akan datang?


Ya, telefon anda akan berfungsi sebagai dompet matawang kripto
(cryptocurrency) yang akan dihubungkan dengan akaun semasa anda

(nombor / Facebook).


Seperti dengan mana-mana blockchain awam yang lain, blockchain Pi
juga akan membenarkan dompet dalam-app/luaran untuk memegang

Pi dan berurusniaga dengannya, dengan menghantar urus niaga
langsung ke blockchain.


Ini adalah fungsi yang sedang kami sediakan pada masa ini dan
dijadualkan pada Fasa 3 projek (Mainnet). (sebagai peringatan :- kita

sudah melancarkan Testnet sebagai Fasa 2, pada 14 Mac 2020 dan
Fasa 3 akan menyusul apabila Mainnet dilancarkan).


Semasa Fasa 3 projek, anda juga akan mempunyai pilihan untuk
mengambil pemilikan penuh kunci peribadi/awam anda. Pi bertujuan

untuk menjadi lebih mudah diakses oleh orang-orang kebiasaan,
sebab itulah kami cuba membina antara muka (interface) bersepadu

ini. Kami telah memilih pelaksanaan berperingkat ini untuk
menjadikannya lebih mudah untuk digunakan orang kebiasaan. Kami

masih lagi berada di peringkat awal, dan teruja untuk maju ke
hadapan.


Click to View FlipBook Version