KEDUDUKAN KETIKA MELAKUKAN SOLAT JENAZAH
Jenazah Lelaki
1. Imam berdiri bertentangan dengan kepala, dada atau
bahu jenazah.
2. Kepala jenazah berada di kiri imam.
KEDUDUKAN KETIKA MELAKUKAN SOLAT JENAZAH
Jenazah Perempuan
1. Imam berdiri bersetentangan dengan pinggang jenazah.
2. Kepala jenazah berada di kanan imam.
1) Niat pada takbiratul ihram
2) Berdiri ketika melakukan solat bagi yang berkemampuan
3)Mengangkat 4 kali takbir termasuk takbiratul ihram
4)Takbir pertama dan diikuti dengan bacaaan Al-Fatihah
5)Tabir kedua dan diikuti dengan membaca selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW
6)Takbir ketiga dan diikuti dengan membaca doa untuk jenazah
7) Takbir keempat dan seterusnya memberi salam yang pertama
Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:
Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai:
TAKBIR PERTAMA
Angkat takbir pertama seperti solat biasa dan teruskan dengan bacaan Al-
Fatihah.
TAKBIR KEDUA
Angkat takbir dan teruskan dengan membaca selawat keatas Nabi
Muhammad S.A.W.
* Boleh baca selawat ringkas.lebih afdal baca selawat
ibrahimiyah(tahiyat akhir)
TAKBIR KETIGA
Selepas membaca selawat angkat takbir ketiga dan baca doa ringkas solat
jenazah.
TAKBIR KEEMPAT
Selepas angkat takbir yang keempat, anda boleh diam sebentar dan terus memberi salam.
Anda juga digalakkan untuk melanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat
ini,kemudian baru beri salam.
* BERI SALAM – sunat berpaling ke kiri dan kanan.