TENTATIF PROGRAM
08.00 pagi : Kehadiran dan pendaftaran peserta (sarapan disediakan)
08.15 pagi : Taklimat Kesatuan Oleh Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Agama
Malaysia Barat (KKGUMB)
08.30 pagi : Asmaul Husna
Lagu Negaraku
Bacaan Doa Oleh : Ustaz Mat Tabrizi Bin Shahbudin
08.40 pagi : Kata aluan Pegawai Pendidikan Daerah Kerian
08.50 pagi : Ucapan Perasmian
Oleh : YB Tn. Hj. Razman bin Zakaria
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal
Insan, NGO dan Masyarakat Sivil
Merangkan ADUN Kawasan Gunung Semanggol
09:30 pagi Ceramah 1
:
Pemantapan PAK21
Oleh : Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Sahad
Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Pusat Kemajuan Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
11.30 pagi Ceramah 2
:
Memertabatkan Profesional Pendidikan
Oleh : Pn. Nooraini binti Youp
Pengarah OUM Taiping
12.15 tgh : Makan Tengahari (bungkus)
01.00 tgh : Bersurai
PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21 suasana pengajaran dan pembelajaran semakin
berkembang dengan kemunculan pelbagai kemudahan yang membantu dalam proses
pembelajaran.
Pelajar-pelajar semakin terdedah kepada penggunaan pelbagai bahan untuk mengakses
maklumat. Mereka merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam
teknologi maklumat mahupun akademik. Ini merupakan cabaran untuk para guru
melakukan anjakan dan beralih kepada beberapa aspek tranformasi Pendidikan
memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat
mencabar.
MATLAMAT
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang
berkaitan dengan teknologi maklumat. Maklumat boleh dicapai dengan mudah tanpa
batas sempadan. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat
dan corridorraya multimedia seperti 'internet' semakin dekat dan digunakan oleh para
pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 bukanlah
suatu yang bertujuan menggantikan guru tetapi ia adalah untuk menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih
bermakna kepada pelajar.
OBJEKTIF :
1. Membuka minda transformasi pendidikan yang lebih bermaklumat mengenai PAK21.
2. Mendedahkan situasi realiti dunia pendidikan dan cabaran semasa yang berlaku.
3. Memahami cabaran-cabaran pendidikan dan penyelesaiannya .
4. Membuka ruang pemikiran intelek di kalangan warga pendidik.
JAWATANKUASA INDUK
SEMINAR PEMANTAPAN PEMBELAJARAN ABAD 21
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN
Penaung : Tn. Hj. Ahmad Fisal bin Shafeei
Pemangku PPD Kerian, Sektor Perancangan, PPD Kerian
Penasihat : Pn. Rohani binti Hj. Musa
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran,
PPD Kerian
Penyelaras : En. Khairul Anuar bin Arshad
Unit Pendidikan Islam PPD Kerian
Setiausaha : En. Mohd Yusof bin Shoib
PK Kokurikulum , SK Tebuk Pancur
Bendahari : En. Hasbullah bin Ahmad
Unit Pendidikan Islam PPD Kerian
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
SEMINAR PEMANTAPAN PEMBELAJARAN ABAD 21
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN
Pendaftaran : En. Omar bin Sabri SK Telok Medan
Termometer Scale : En. Mohd Redhaudin bin Hamzah SK Matang Gerdu
Pengerusi Majlis : En. Romizamrul bin Kamarjaman SK Alor Pongsu
Bacaan Doa : En. Mat Tabrizi bin Shabudin SK Bagan Serai
Brosur/Flyer : En. Ahmad Supi bin Isahak SK Parit Haji Taib
Persiapan Dewan : En. Shahrir bin Lockman SMK Abu Bakar Al Baqir
Jamuan Tetamu : Pn. Sarimah binti Said SMK Abu Bakar Al Baqir
Jamuan Peserta : En. Abdul Salam bin Samsuri SAR Ar Ridwaniah
Sijil Penyertaan : Unit Sumber & Teknologi Pend. PPD Kerian
Cenderamata : Pn. Nor Hayana binti Mohd Tahir SK Tebuk Pancur
Siaraya / ICT : Juru Teknik & Siaraya SMK Abu Bakar Al Baqir
PROFIL PEKDIS
PEKDIS adalah singkatan bagi Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah - Sekolah
Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula ditubuhkan
pada tahun 2005.
Yang DiPertua PEKDIS yang pertama ialah Yang Berbahagia Hj. Abd. Razak bin
Draman, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral (JAPIM), KPM. Bagi sesi 2009/2010, jawatan Yang DiPertua PEKDIS disandang
oleh Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din, Timbalan Pengarah (Operasi Dakwah), Bahagian
Pendidikan Islam, KPM.
Sehingga 2010, jumlah guru Pendidikan Islam seluruh Negara telah mencapai
angka lebih 42 ribu orang. Jumlah ini dijangka akan mencecah angka lebih 60 ribu
orang apabila semua keperluan jawatan diisi menjelang 2015 nanti.
Sehubungan dengan itu, semua Guru Pendidikan Islam perlu menjadi ahli
pertubuhan bagi mendokong dan membantu aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah
-sekolah serta menjaga kebajikan dan kepentingan perkhidmatan masing-masing.
VISI
Sebuah Organisasi yang berwibawa dalam memperjuangkan nasib ahlinya
tanpa mengabaikan tanggungjwab sebagai Pendidik MISI Memastikan perjuangan
dalam semua aspek kebajikan ahlinya dapat disalurkan dengan cara paling berkesan
demi keselesaan dan kesejahteraan para ahlinya.
TUJUAN
1. Merapatkan Ukhuwwah Islamiah antara Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan
prestasi perkhidmatan dan profesionalisme GPI serta menjaga kebajikan GPI.
2. Menjalinkan kerjasama antara Jabatan dan Institusi Pendidikan dan juga dengan
badan-badan Dakwah dan agensi-agensi lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
3. Meningkatkan kualiti pengurusan Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian
idea dan pengalaman di semua peringkat.
4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI).
5. Membantu pelaksanaan aktiviti Dakwah dan kokurikulum Pendidikan Islam di
sekolah.
6. Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat telah mendapat kelulusan
Pendaftar Pertubuhan dan lain-lain agensi yang berkaitan.
7. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh
meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan PEKDIS seluruh negara dengan
mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu.
KEAHLIAN
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di insti-
tusi-institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telan bersara.
3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pen-
didikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) atau Pejabat Pendidikan Bahagian.