NAJIS
Najis ialah semua kotoran yang
menghalang daripada sah shalat, tawaf
dan sebagainya
Bahagian NAJIS
Najis dibahagikan kepada 3 bahagian:
1. Najis Mughallazah (berat)
2. Najis Mutawassitah
3. Najis Mukhaffafah (ringan)
BAHAGIAN NAJIS
1. Najis Mughallazah
• Najis Mughallazah ialah najis berat iaitu anjing
dan khinzir serta keturunannya.
Anjing Khinzir
BAHAGIAN NAJIS
Cara Menyucikan Najis Mughallazah
• Hendaklah dibuang najis terlebih dahulu,
kemudian barulah tempat yang terkena najis itu
di sertu, iaitu dicuci dengan air mutlak sebanyak
tujuh kali sekali daripadanya bercampur dengan
tanah sehingga hilang sifatnya [bau, rasa dan
warnanya ].
BAHAGIAN NAJIS
2. Najis Mutawassitah
• Najis Mutawassitah ialah najis pertengahan, iaitu
semua najis selain najis Mukhaffafah dan
Mughallazah seperti darah, nanah, muntah, dan
bangkai binatang.
BAHAGIAN NAJIS
2. Najis Mutawassitah
Darah
Nanah Muntah
BAHAGIAN NAJIS
2. Najis Mutawassitah
Air susu binatang yang
diharamkan untuk
dimakan. Kekotoran yang
keluar dari Qubul
dan Dubur
BAHAGIAN NAJIS
2. Najis Mutawassitah
Bangkai
Arak
BAHAGIAN NAJIS
Cara Menyucikan Najis Mutawassitah
• Hendaklah dibuang najis itu terlebih dahulu,
kemudian barulah dibasuh tempat yang terkena
najis dengan air Mutlak sehingga hilang sifatnya
[ bau, rasa dan warnanya ].
BAHAGIAN NAJIS
3. Najis Mukhaffafah
• Najis Mukhaffafah ialah najis ringan, iaitu air
kencing kanak-kanak lelaki yang belum berusia
dua tahun dan tidak makan apa-apa selain susu
ibunya.
BAHAGIAN NAJIS
Cara Menyucikan Najis Mukhaffafah
• Hendaklah dihilangkan najis itu terlebih dahulu,
kemudian memadai direnjis atau dipercikkan ke
tempat yang terkena najis dsengan air mutlak.
Anda Perlu Tahu
• Semua bangkai binatang adalah najis kecuali
ikan dan belalang
Belalang Ikan
Anda Perlu Tahu
• Semua kulit binatang menjadi suci apabila
disamak kecuali kulit anjing dan babi serta
keturunannya
Kulit Binatang
Cara Menyamak Kulit Binatang
1. Sebelum menyamak, lender, lemak dan darah
yang melekat pada kulit perlu dibuang terlebih
dahulu.
2. Kemudian barulah disamak, iaitu menggosokkan
dengan bahan yang dapat menanggalkan benda
yang melekat pada kulit itu seperti bahan
peluntur, tawas dan sebagainya.
3. Selepas disamak, kulit-kulit binatang hendaklah
dijemur sehingga kering.
SEKIAN
HASIL TUGASAN
KUMPULAN AS-SAB A’
TEKNOLOGI PENGAJARAN
2010