The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO GEROUP RUBEN KESIHATAN DAN PERPADUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thavarubenmanogaran, 2022-06-12 06:30:09

e-folio group ruben kesihatan dan perpaduan

E-FOLIO GEROUP RUBEN KESIHATAN DAN PERPADUAN

NAMA AHLI KUMPULAN

THAVARUBEN EMIR
06DSK21F2043 06DSK21F2076

RAVINES NAZMI
06DSK21F2070 06DSK21F2028

APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN

Kesihatan Perpaduan bermaksud
bermaksud keadaan penyatuan yang
sempurna dari segi dipamerkan oleh sesebuah
fizikal,mental dan sosial masyarakat atau kumpulan
dan tidak hanya seketika yang merujuk kepada
ketiadaan sakit. Dalam perhubungan sosial yang
erti kata lain, kesihatan mengaitkan antara sesama
dapat didefinisikan manusia (berlainan
sebagai kemampuan kaum,bangsa dan agama
untuk meneruskan hidup
dengan prospek positif.

Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan
kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam
memastikan masyarakat dengan tidak membezakan
agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua
dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan
harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri
daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan
agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran
bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini
juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan
perpaduan dan kesihatan ini berlaku.

TUJUAN HARI SUKAN NEGARA DIADAKAN

SEMUA RAKYAT BERSATU MENENTANG COVID-19

KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA
TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT

KESTABILAN EKONOMI
TERJEJAS

KESTABILAN
EKONOMI
TERJEJAS

ASPEK
SOSIAL

KEHARMONIAN
NEGARA

TERJEJAS

ASPEK SOSIAL

❖ Hal ini demikian kerana tanpa komunikasi yang baik di
antara rakyat dan kesepakatan komunikasi dapat
menjejaskan kejayaan sesuatu program kesihatan seperti
Bulan Sukan Negara dilaksanakan

❖ Dalam sesebuah komuniti yang terdapat masyarakat yang
berbilang kaum mempunyai komunikasi yang kurang baik
sesama kaum akan mewujudkan jurang antara satu sama
lain dan sekaligus menyukarkan kita untuk bersepadu
ketika melakukan perancangan aktiviti sepanjang Bulan
Sukan Negara

❖ kesihatan sangat memerlukan komunikasi dua hala antara
satu sama lain terutamanya ketika merawat , melawat dan
melakukan pembedahan kepada pesakit.

KEHARMONIAN NEGARA TERJEJAS

Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya
kesepaduan di kalangan rakyat. Kerjasama yang baik
antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses
memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat.
sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini ,
rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan
pihak atasan untuk berkerjasama memutuskan
rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan
peningkatan kes dan kematian pesakit dari semasa ke
semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja
pada pihak atasan malah terhadap kita juga.
Sehubungan itu, keharmonian negara juga tergugat dan
memberikan impak negatif yang agak besar kepada
kesejahteraan rakyat dan negara.

EKONOMI NEGARA TERJEJAS

Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi
menstabilkan ekonomi negara. Namun begitu, apabila
wujudnya masalah kesihatan seperti penularan wabak
COVID-19, maka ini turut menjejaskan lagi kestabilan
ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang
diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang telah mengistiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac
2020, sudah pasti ini akan memberikan kesan yang
mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh dapat
yang kita lihat, berlaku peningkatan bilangan
pengganguran, pegurusan peniagaan yang tidak
mendatangkan banyak keuntungan dan anak- anak muda
yang berhasrat untuk menyambung pelajaran juga
terbantut . Oleh itu, kestabilan ekonomi negara adalah
sangat penting serta memainkan peranan yang besar dari
aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang
aman dan harmoni.

KESIMPULAN

Akhirnya, sektor kesihatan mampu membentuk dan
mewujudkan hubungan perpaduan yang utuh dan
teguh antara masyarakat. Konteks perpaduan itu
sendiri telah membawa makna yang sangat besar
terhadap komuniti dan negara kita yang tercinta.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga
perpaduan yang terbina ini bagi memastikan
kesinambungannya pada generasi akan datang. Jika
tiadanya perpaduan antara masyarakat, maka
keharmonian negara akan tergugat dan sekaligus
menyebabkan penyatuan antara kaum dan bangsa itu
semakin hilang.


Click to View FlipBook Version