The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niaaa, 2023-05-16 08:11:52

Kes Pembuangan Bayi (efolio)(mpu23042)

Your paragraph text (1)

KES PEMBUANGAN BAYI NILAI MASYARAKAT MALAYSIA MPU23042 NAMA PENSYARAH: PUAN LEZAWATI BINTI SERON


20DKA22F1026 LOUISA NAYUN ANAK MINGGU INIELYN'NIA INDANG 20DKA22F1046 GLORIA ANAK LOUIS 20DKA22F1008 CHRISTINA OLIVIA ANAK FRANKI PAUL 20DKA22F1029 BIODATA PENULIS


Menyimpulkan masalah pembuang bayi di kalangan generasi muda OBJEKTIF Menerangkan isu tentang pembuangan bayi. Menyatakan peranan semua pihak bagi membendung masalah pembuangan bayi Menyatakan faktor, kesan, cara mengatasi serta isu pembuangan bayi di negara kita. Memberi penerangan isu pembuangan bayi untuk menyedarkan generasi muda.


Dalam menyediakan e-folio ini, pelbagai cabaran dan halangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menjayakannya menjadi satu e-folio yang lengkap terutamanya dari segi isi - isi penyampaian setiap aspek tersebut. Kandungan tentang isu ini adalah berkaitan dengan tanggungjawab seseorang individu dalam melakukan permasalahan mereka agar isu ini dapat dikurangkan di dalam negara Malaysia. E-folio ini bukan sahaja mengupas dengan teperinci tentang aspek yang memang wajar diperkatakan di dalam malah juga memberi satu penagajaran yang besar kepada remaja-remaja yang sedang berjinak-jinak dalam percintaan. Penulisan tentang isu semasa seperti isu pembuangan bayi ini merupakan salah satu penulisan dalam e-folio yang pertama kami lakukan untuk dedikasi kepada seluruh pembaca rakyat jelata. Oleh itu, tentu banyak kelemahan dan kekurangan yang ada dalam e-folio ini maka dengan ini kami menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka dan ikhlas jika terdapat pandangan dan ulasan tidak kira baik atau buruk dalam pembinaan e-folio ini. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah karunianya yang telah dicurahkan maka e-folio kami telah berjaya ditubuhkan dah telah pun siap dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah kami. Dengan penubuhan e-folio yang mengandungi isi yang berkaitan isu semasa iaitu kes pembuangan bayi ini, kami telah menyelitkan beberapa aspek yang dapat diambil sebagai iktibar seluruh masyarakat-masyarakat di negara ini terutamanya kepada masyarakat yang berdarah muda. Antara aspek yang kami selitkan dalam e-folio kami adalah tentang isu pembuangan bayi, faktor,kesan dan cara mengatasi isu tersebut, penjelasan tentang isu ini dan peranan semua pihak yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini. Aspek -aspek ini kami akan terangkan dengan lebih terperinci lagi dengan contoh isu yang akan disertakan. Prakata


Cabaran dan isu ini telah membawa imej yang buruk terhadap negara kita jika budaya pembuangan bayi ini tidak dibendung. Dalam e-folio kali ini, akan kami bahaskan tentang faktor, kesan dan cara mengatasi masalah ini. Bahkan isu jenayah pembuangan bayi ini kian berlarutan masa ke semasa hingga hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman(D11), Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Siti Kamsiah Hassan berkata statistik PDRM kes pembuangan bayi di seluruh negara kita dilaporkan sebanyak 443 kes dicatatkan sejak 2018 hingga 2021. Dimana pada 2018 mencatatkan 128 kes diikuti 125 kes (2019), 104 kes (2020) dan 86 ke pada tahun 2021. Jika dilihat melalui statistik tersebut, hanya sedikit penurunan namun adakah masalah ini akan terus menurun atau bahkan semakin meningkat pada masa akan datang? Di negara kita Malaysia, Isu Pembuangan Bayi merupakan isu sosial yang serius dan memerlukan perhatian yang serius dari orang ramai dan pihak berkuasa. Tindakan membuang bayi yang tidak berdosa di tempat-tempat awam seperti longkang, sungai, hutan, dan sebagainya seringkali dilakukan oleh individu yang mengalami tekanan sosial akibat daripada hamil di diluar nikah, masalah kewangan, atau masalah kehamilan yang tidak diingini iaitu mendapati anak yang dilahirkan tidak normal. Tindakan ini tidak hanya membahayakan nyawa bayi yang dibuang, tetapi juga membawa kesan negatif terhadap psikologi individu tersebut, ibu bapa, masyarakat dan negara. Baru-baru ini, ditulis oleh Maszureen Hadzman dalam Utusan Malaysia berkenaan “Bayi ditemui di tempat pembuangan sampah”. Kes ini telah berlaku di Petaling Jaya dimana seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan telah ditemukan di tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Masjid. Menurut berita tersebut, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid, usaha mengesan Isu pembuangan bayi bukanlah isu yang baru-baru bahkan sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Pembuangan bayi merupakan suatu jenayah akibat sebuah kehamilan yang tidak diinginkan oleh seorang wanita yang telah hamil diluar nikah. Akibat perasaan malu dan takut yang akan ditanggung, pemikiran untuk melakukan jenayah terhadap bayi akan sering terbayang di benak fikiran mereka iaitu dengan membun uh atau membuang bayi tersebut


Kurang didikan agama Sudah tentu semua ibu bapa mementingkan pekerjaannya untuk mendapatkan sesuap nasi untuk terus hidup, tetapi tanpa mereka sedar, tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa diabaikan. Ibu bapa haruslah mengajarkan anakanak serta menerapkan nilai rohani dalam diri mereka agar mereka tidak melakukan hal yang melanggar hukum agama. Kurang kasih sayang Anak-anak yang kurang perhatian daripada ibu bapa mereka juga bakal menyebabkan mereka kesunyian serta melakukan perkara dengan terburu-buru tanpa berfikir panjang. Kadang-kadang ada juga remeja yang sengaja melibatkan diri dalam perkara yang tidak baik semata-mata untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka. Oleh hal itu, peranan ibu bapa amatlah penting dalam membentuk anak-anak dengan baik agar mereka bertumbuh dan menjadi insan yang takut akan melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Pengaruh sosial media dan rakan sebaya Pada zaman teknologi terkini, banyak anak muda yang mudah terpengaruh perkara dalam media sosial. Mereka mudah mengikuti trend-trend yang tidak berfaedah seperti melakukan aksi yang tidak baik lalu berkongsi dalam halaman sosial. Jika ibu bapa tidak menetapkan waktu bagi anak-anak untuk bermain telefon, ini juga mampu dijadikan sebagai cabaran mereka untuk terlibat dalam pelbagai perkara yang tidak baik seperti pornografi. Remeja juga dapat dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka untuk melakukan perkara buruk. Mereka tidak mampu menolak ajakan serta terlalu menjaga hati rakan mereka. Hal ini juga dijadikan salah satu cabaran bagi perkara ini berlaku. FAKTORCABARAN


Tiada pendirian diri yang tetap Remaja yang mempunyai sikap mudah melepaskan tangan setelah melakukan sesuatu yang tidak baik. Contohnya, mereka tidak bertanggungjawab untuk anak luar nikah mereka tanpa berfikir panjang akan akibat buruknya. Mereka tidak menghiraukan nyawa anak mereka yang terkorban demi menyelamatkan diri mereka saja. Hal ini juga didapati berlaku keranan mereka terlalu malu akan dengan masyarakat dan juga terlalu takut akan dipandang hina oleh masyarakat. Oleh hal yang demikian, banyak kes seperti pembuangan bayi berlaku. Hilangnya moral dan akhlak diri Remeja yang tidak menghiraukan perasaan orang tua demi mencapaikan kepuasaan mereka. Mereka mementingkan gaya hidup yang berfoya-foya serta keseronokkan diri seperti pergi ke kelab malam, bermabukkan dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pergaulan yang tanpa batasan juga akan menyumbangkan perkara yang tidak diigini akan berlaku seperti seks bebas. Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa memerhati serta menasihati anak-anak agar mereka tidak menjadi manusia seperti ini.


Dalam isu ini, kita tahu bahawa isu ini dapat menyumbangkan beberapa kesan terhadap individu terlibat, masyarakat, keluarga, negara dan juga sosial. Dalam sumbangan kesan - kesan dari aspek ini sudah jelas ini dapat dilihat secara negatif dari pandangan warga tempatan. Hal ini kerana, pemikiran setiap individu mempunyai pandangan tersendiri terhadap isu ini tidak kira dari segi positif ataupun buruk kerana isu pembuangan bayi ini adalah isu yang perlu diambil berat oleh semua orang terutamanya kepada remaja yang di bawah umur. Antara kesan yang pertama iaitu dari segi individu secara umumnya mentaliti mereka ataupun mentaliti ibu tersebut akan mudah terganggu akibat perbuatan yang dilakukan olehnya. Dari terkena gangguan secara mental sudah pasti fikiran mereka akan terlintasnya rancangan hendak menyakiti diri sendiri secara fizikal atas perbuatan individu tersebut dalam pembuangan bayinya. Sebagai contoh, ibu kepada anak yang telah diabaikannya akan mula menyalahkan dirinya serta dengan alasannya yang belum sedia lagi dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang ibu. Sehubungan itu, maruah diri mereka juga akan tercemar kerana perbuatan mereka yang keji dalam membuang ataupun mengabaikan seorang cahaya mata yang tidak berdosa di tempat yang tidak dalam keadaan yang baik. Selain dari itu, sebagai seorang manusia yang mempunyai hati perut, mereka juga akan berasa malu akan perbuatan mereka lalu isu perbuatan mereka akan dijadikan sebuah cerita yang hangat kepada seluruh masyarakat. Selanjutnya, kesan yang melibatkan keluarga sendiri adalah seperti biasa nama dan maruah keluarga akan tercemar atas perbuatan yang dilakukan anak mereka dalam pembuangan bayi di mana isu anak mereka telah disebar dan diperkatakan oleh saudara-mara mereka serta keluarga mereka adakn dipandang serong oleh keluarga turun-temurun mereka kerana hanya satu kesalahan saja tetapi merupakan kesalahan yang besar dilakukan oleh sebahagian darah daging mereka maka wujudnya perbalahan di antara keluarga di mana menyebabkan suasana kekeluargaan akan mula renggang sama ada hubungan antara keluarga akan putus begitu sahaja. KESAN-KESAN


Di samping itu, kesan dari pandangan masyarakat setempat pula mereka akan mengelar perbuatan ibu kepada anak yang dibuang itu merupakan salah satu perbuatan yang keji dan tidak berperikemanusiaan serta kejam. Hal ini kerana umum mengetahui bahawa perbuatan itu adalah merupakan perbuatan yang salah kerana melibatkan bayi yang tidak bersalah akan perbuatan yang dilakukan oleh ibunya. Atas perbuatan keji ini, masyarakat merasa kecewa kerana masih ada lagi masyarakat melakukan perbuatan keji seperti itu terutamanya yang paling mengejutkan isu itu dilakukan di antara remaja di bawah umur atas sebab nafsu yang tidak dapat dikawal oleh pasangan muda itu. Atas sebab bayi yang dibuang tidak berdosa, kebanyakkan masyarakat akan berasa simpati terhadap anak yang terbuang itu kerana masih banyak lagi pasangan - pasangan di luar sana masih menunggu cahaya mata hadir dalam keluarga mereka. Selain daripada masyarakat yang dipengaruhi oleh isu ini, negara juga dipengaruhi dengan dengan perbuatan yang tidak bermoral ini.Antara kesan yang ketara adalah penurunan ekonomi semakin merosot akibat kekurangan interaksi berlaku di antara negara luar yang hendak melakukan kerjasama dalam hubungan ekonomi akan tetapi terbatal niat atas sebab kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat terjadi maka secara tidak langsung nama negara akan tercemar atas isu-isu pembuangan bayi yang berlaku secara mendada sekali. Ekonomi negara merosot juga atas akibat banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh simpanan negara untuk menampung pembelian barang - barang bayi yang ada di dalam rumah kebajikan. Hal ini dilakukan sedemikian agar bayi-bayi tersebut dapat merasakan keselesaan yang nyaman dari kehidupan kecil lagi. Untuk yang terakhir dari aspek sosial. Kehidupan secara sosial ini amat penting untuk individu-individu dalam adaptasi kehidupan mereka dengan persekitaran sekeliling. Dalam isu ini, pembuangan bayi ini menyebabkan individu yang terlibat dalam isu ini akan kurang berinteraksi dengan masyarakat luar di mana akan menyebabkan diri mereka merasa murun. Sehubungan dengan itu, mereka juga akan kurang mengetahui tentang beritaberita luar. Sebagai contoh, tentang perkembangan berita dunia luar dan dalam. Maka hal seperti ini amat mudah menyebabkan kesihatan mental mereka terjejas dengan serta-merta.


INDIVIDU Mengelakkan diri dari terpengaruh kepada budaya yang terlalu bebas dan mengambil serius terhadap masalah kehamilan diluar nikah Mendengar nasihat dan teguran dari ibu bapa agar tidak terjerumus dalam pergaulan bebas Mendekatkan diri dengan Tuhan dengan mempelajari ajaran agama Meluangkan masa dengan keluarga dan saling menceritakan masalah yang dihadapi sekiranya berasa tertekan Berani berkata tidak dan tahu membezakan mana yang baik dan buruk Menerapkan nilai-nilai murni dan adab sopan santun serta etika pergaulan kepada anak-anak Memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang MeLuangkan masa bersama anak-anak pada setiap masa dengan mendengar masalah yang mereka sedang hadapi Membentuk corak dan didikan yang betul dalam mendidik anak-anak Mengawasi pergaulan anak-anak dari masa ke semasa IBU BAPA MASYARAKAT Mengubah persepsi dan pemikiran dengan tidak mudah menghukum mereka yang telah hamil di luar nikah Menjaga mental dan fizikal jiran yang terkena musibah hamil di luar nikah Membantu memberi sokongan moral yang positif kepada mangsa-mangsa hamil di luar nikah Tidak menyebarkan aib mereka yang menjadi mangsa hsmil di lusrnikah agar tidak menimbulkan tekanan kepada mangsa Menyokong usaha pihak berkuasa untuk mengurangkan isu pembuangan bayi CARA MENGATASI


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) Membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala pembuangan bayi Menyediakan khidmat kaunseling kepada Wanita yang telah terlanjur Menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi Membantu kerajaan megesan penjualan dan pembelian pil pengguguran bayi yang dilakukan atas talian Munubuhkan pusat bank bayi bagi ibu yang melahirkan tapi tidak mampu menjaga anak tersebut dan pusat bank bayi juga berfungsi bagi pasangan yang telah lama berkhawin tapi tidak dikuniakan zuriat namun berhasrat untuk mengambil anak angkat PIHAK BERKUASA DAN MEDIA MASSA Menguatkuasakan dan memperketatkan undang-undang sedia ada Mengadakan kempen-kempen kesedaran Media Massa menyiarkan kesan buruk tentang kes pembuangan bayi melalui pelbagai saluran contohnya television Memperluaskan lagi cadangan “Tabung DNA” bagi mengesan DNA ibu bapa Memberikan didikan tentang keburukan seks bebas dan pembuangan bayi kepada para pelajar melalui subjek Pendidikan Kesihatan dan Seks


CONTOH ISU MASALAH MAYAT BAYI DITEMUKAN DI PERKARANGAN MASJID TERDAPAT BEBERAPA HOSPITAL DIJADIKAN SEBAGAI " HOSPITAL LUBUK BUANG BAYI. "


PEMBUANGAN BAYI DI MERATARATA TEMPAT SEPERTI SAMPAH, DALAM PAM TANDAS DAN LAIN - LAIN. WUJUDNYA " BABY HATCH " SEBAGAI TEMPAT PERLINDUNGAN BAYI YANG DIBUANG PERGAULAN BEBAS DI ANTARA REMAJA BAWAH UMUR


Tuntas bicara, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng. Masalah pembuangan bayi ini bukan sahaja memberi efek kepada bayi bahkan membrikan kesan yang buruk ke atas ramai pihak apabila ianya dipandang enteng oleh masyarakat. Jelaslah bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani kes pembuangan bayi agar tidak menjadi berleluasa di kalangan generasi akan datang. Dengan adanya kerjasama yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai sirih, percayalah masalah ini akan dapat ditangani dari akar umbinya. Tambahan pula, remaja merupakan golongan yang berharga untuk masa akan datang. Golongan remaja juga seharusya menyayangi diri mereka dan harga diri mereka agar tidak terlibat dalam masalah hamil di luar nikah. Bhakan semua agama di negara kita Malaysia juga melarang berhubungan seks sebelum kahwin. Dalam isu ini, ibu bapa seharusnya memberikan didikan, dukungan dan dorongan agar dapat menjauhkan anak - anak daripada terjerumus dalm masalah ini. Keluarga merupakn rumah pertama bagi anak-anak agar mereka tetap berasa selamat dan tenang untuk meneruskan hidup. Justeru itu, didikan yang betul perlu diberikan kepada mereka sejak kecil lagi kerana mereka ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Hal ini juga bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. KESIMPULAN


RUJUKAN INTERNET http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/kesan-kesanpembuanganbayi.html#:~:text=Kesan%20terhadap%20bayi%20adalah%20menyebabka n,yang%20membuangnya%20dan%20tidak%20menjaganya. https://cikgufarha.com/kesan-pembuangan-bayi/ http://www.myhealth.gov.my/pembuangan-bayi/ https://bidadari.my/punca-pembuangan-bayi/ https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologimara/bachelor-in-business-administration-hons-marketing/faktor-danpunca-gejala-pembuangan-bayi/30071111 1. 2. 3. 4. 5. JOURNAL Berhanundin Bin Abdullah. 2010. Punca Gejala Buang Bayi Dan Penyelesaiannya. dalam Kompilasi Kajian Kanak-Kanak Dan Remaja Di Malaysia (Ketua Editor: Mohamed Fadzil Che Din). Kuala Lumpur: Institusi Sosial Malaysia (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Berhanundin Bin Abdullah (2015). Pembuangan Bayi Penyebab Wujudnya Anak Pungut: Hukum Dan Penyelesaian, Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 1. 2.


LAMPIRAN


LATIHAN PENGUKUHAN Tekan link untuk menjawab sedikit latihan pengukuhan. https://forms.gle/2TGmLxLaQ gZhCnjM7


Tiada beban yang tidak bisa dipikul, dan tiada masalah yang tidak bisa diselesaikan Thank you


Click to View FlipBook Version