NORMALIZA BINTI BUDIMAN NURINSYIRAH FATHIAH BINTI CIK ALWI
14DPR20F103214DPR20F1046
Masalah
pergaulan bebas
antara pelajar
lelaki dan
perempuan di
politeknik
malaysia
E-FOLIO DPR2B DISEMBER 2021
MPU 23012
PENGAJIAN ISLAM
WAN NURSUHAILA BINTI MEGAT MOHD
14DPR20F1016
ISI KAND
1. 5.
PENGENALAN KESAN PERGAULAN
BEBAS
2. 6.
OBJEKTIF FAKTOR BERLAKUNYA
PERGAULAN BEBAS
3. 7.
MAKSUD PERGAULAN HUKUM PERGAULAN
BEBAS LELAKI & PEREMPUAN
4. 8.
CIRI PERGAULAN BATAS PERGAULAN
1 BEBAS BEBAS
UNGAN
9. 13.
ADAB PERGAULAN CONTOH GAMBAR
BEBAS PERGAULAN BEBAS
10. 14.
PERINGKAT RUMUSAN
PERGAULAN BEBAS
11. 15.
CARA MENGATASI PENGHARGAAN
PERGAULAN BEBAS
12. 16.
DATA PENINGKATAN SUMBER 2
PERGAULAN BEBAS RUJUKAN
PENGENALAN
Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
yang telah menolong dan memberi banyak
kerjasama yang tidak ternilai untuk kami
sekumpulan menyiapkan kerja e-folio Pengajian
Islam ini.
Terlebih dahulu, saya amat bersyukur kepada Tuhan
kerana telah membantu saya dan kumpulan dalam
menyiapkan kerja e-folio pada masa yang telah
ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pensyarah iaitu , Ustazah Siti
Noor binti Hussain. Beliaulah yang telah
memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang
sungguh berfaedah semasa saya dan ahli kumpulan
menjalankan projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa saya kerana telah memberikan banyak
sokongan dan dorongan kepada saya. Rakan-rakan
seperjuangan saya juga telah banyak menolong saya
dalam usaha menyiapkan tugasan e-folio ini.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang telah menolong saya
dalam kerja projek ini. Saya tidak akan lupa
pertolongan yang telah diberikan.
3
OBJEKTIF
•Mengkaji tentang pergaulan
bebas dan ciri-cirinya.
•Mengenal pasti batas dan adab
pergaulan bebas.
•Mengenal pasti kesan dan faktor
terjadinya pergaulan bebas.
•Mengenal pasti cara-cara
mengatasi pergaulan bebas..
•Mengenal pasti apakah hukum
pergaulan antara lelaki &
perempuan..
• Mengenal pasti peringkat-
peringkat pergaulan bebas.
•Mengenal pasti data peningkatan
pergaulan bebas pada setiap
tahun.
4
MAKSUD
PERGAULAN BEBAS
Pergaulan bebas adalah salah satu bentuk
perilaku menyimpang dimana "bebas" yang
dimaksudkan ialah melebihi batas-batas norma
yang ada.
Pengertian pergaulan bebas adalah merupakan
proses interaksi antara individu dengan individu
atau individu dengan kelompok.
Perngertian bebas adalah terlepas dari kewajipan,
aturan, tuntutan, nilai agama, dan nilai kesusilaan.
Pengertian pergaulan bebas dari segi agama adalah
proses bergaul dengan orang lain tetapi melepasi
ikatan batasan pergaulan.
Di dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud
" hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam
bergaul" memberi makna batas dalam pergaulan
bebas.
5
CIRI PERGAULAN
BEBAS
Seks Pranikah Menonton pornografi
Menggunakan Memakai pakaian terbuka
(ubat-ubat terlarang)
Mengkonsumsi alkohol Clubbing 6
KESAN P
BEB
I ) Keruntuhan akhlak :
Seks bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana
pelaku seks bebas akan mengingkari ajaran agama.
Mereka akan mengamalkan budaya hendonisme iaitu
budaya yang mementingkan keseronokan semata- mata
dan merekan tidak peduli akan ajaran-ajaran agama serta
mereka tidak takut akan dosa. Contohnya, salah seorang
Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan
kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan
bahawa para pemuda di negaranya telah rosak,
tenggelam dalam kerosakkan. Di antara tujuh orang
pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam
orang tidak layak disebabkan mereka leka dalam
keseronokan seks. Bagi pelajar yang kerap bersosial dan
sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang
sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-
perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini juga
boleh menukarkan tumpuan utama pelajar kepada
pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan
menghabiskan masa dengan berpacaran dengan
pasangan.
Ii ) Menjejaskan imej negara :
Kegiatan seks banyak membawa implikasi yang negatif
antaranya adalah menjejaskan imej negara. Negara lain
akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kerana
tidak berupaya menangani masalah sosial. Negara kita
akan dianggap sebagai negara yang lemah kerana tidak
mampu untuk menangani masalah sosial dan tanggapan
bahawa pemimpin negara kita tidak akan mengendalikan
negara dengan baik. Kegagalan tersebut menjadi buah
mulut kepada pelancong negara jiran. Media massa juga
menghebohkan perkara tersebut maka imej negara
terjejas. Para pelabur dari luar negara juga akan runtuh
kerana tiadanya pusingan wang asing masuk ke dalam
ekonomi negara kita.
7
ERGAULAN
BAS
III ) Menjejaskan masa depan :
Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan remaja.
Masyarakat sukar menerima remaja sekiranya remaja tersebut
insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan.
Lebih buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana
sukar menerima perbuatan mereka dan telah menconteng arang
maruah keluarga. Kesannya mereka hidup dalam keadaan
terumbang ambing akhirnya bunuh diri kerana tertekan dan tiada
tempat bergantung. Implikasi seterusnya adalah peningkatan kes
pembuangan dan pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah
menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggungjawab yang
berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi.
Tambahan pula, mereka juga berasa malu atas perbuatan mereka
dan bimbang akan masa depan tercemar dan memilih untuk
pembuangan bayi kerana mereka berfikiran bahawa jika
menggugurkan kandungan atau menbuang bayi, maka masalah
mereka akan selesai. Kehamilan luar nikah terutama dalam usia
remaja akan menyukarkan hidup remaja kerana mereka tiada
sumber pendapatan tetap untuk menyara anak tersebut. Oleh
itu, mereka memilih jalan singkat dengan menggugurkan
kandungan mahupun membuang bayi ke dalam lubang tandas,
dalam tong sampah dan di dalam longkang.
IV ) Penyebaran penyakit yang
membawa maut :
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh
hubungan bebas oleh lelaki dan wanita, tidak kiralah
sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Antara
penyakit tersebut adalah AIDS. Penyakit ini boleh
membawa maut dan ubat nya masih lagi belum
ditemui sehingga ke hari ini. Selain itu, orang yang
mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk
mendapat penyakit seperti Hespes Genital, Siplis,
Ganoroe, Klamida, Hipetitis B, Gwnital Wrats dan
kanser serviks. Penyakit-penyakit tersebut amat
berbahaya kerana ia boleh membawa maut sekiranya
tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat mudah merebak
dengan orang lain terutama sekali yang mengamalkan
pergaulan bebas .
8
FAKTOR BER
PERGAULA
I ) Diri Sendiri :
Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri.
Lazimnya , perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal
boleh mendorong seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan
buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja terutamanya paling mudah
terpegaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti
dadah , mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus
kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian , jiwa mereka sering
memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira
sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak.
Remaja terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak
naluri yang mahukan kebebasan , lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran..
Ii ) Institusi Keluarga :
Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan untuk
mengembang dan membangunkan keturunan. Dalam hal ini ibu bapa
berperanan menjaga , melindungi , mendidik dan membimbing anak-anak
hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun, institusi keluarga hari ini dilihat
gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda
yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih
menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat membesar dengan gaya
hidup yang anak. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi
perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak
terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup
masing-masing. Akhirnya , berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari
rumah , bohsia , pelacuran , buang bayi , vandalisme dan sebagainya. Walau
bagaimanapun , masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan
agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.
Iii ) Rakan Sebaya :
Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini
merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang
berusaha untuk mendapatkan identitinya ,sendiri. Bahkan ada di antara remaja
terpaksa meniru perilaku temanya hanya supaya dia diterima oleh melompok
tersebut. Pelbagai desakan yang di terima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki
9atau wanita menyebabkan seseorang melakukan seks bebas. .
RLAKUNYA
N BEBAS
Iv ) Masyarakat :
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara
langsung membina suasana persekitaran dan menyediakan keperluan
masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab melakukan amar makruf dan
juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan
kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang
lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga , ibu bapa , peniaga-peniaga atau
ahli korporat , mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat
sekaligus bertanggungjawab menunju, kkan contoh tauladan yang baik
kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang kononnya “tidak mahu
menjaga tepi kain orang” telah menyebabkan salah laku seks bebas
meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri masyarakat
sekeliling berkelakuan tidak sopan , namun tiada sebarang tindakan
diambil sama ada menegur atau memberi nasihat. Situasi ini mendorong
seseorang melakukan apa sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada
siapa akan ambik peduli. Lebih-lebih lagi jika kurangnya semangat dan
budaya kejiranan , salah laku seks semakin sukar untuk dibendung.
V ) Media massa :
Media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian
masyarakat. Walau bagaimanapun , media massa hari ini memberi ruang yang
terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan
contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. Media massa
elektronik umpamanya , banyak menayangkan tayangan yang berbentuk
kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan , berpelukan dan sebagainya yang
boleh mempegaruhi kehidupan madaasyaanrtaakraa, tatdeerugatanmtearnsyeaburetmdialajakukekaanraohlepheorirlaankug
negatif. Apa yang menyedihkan
Islam yang bukan muhrim untuk memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah filem.
Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang
baik. Umpamanya ,corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran , cara
berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat
juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan dengan mudah terdapat di pasaran
sama ada dalam bentuk bercetak , cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta
bahan media ini juga mudah diperolehi.
10
HUKUM PERGAULAN
ANTARA LELAKI &
PEREMPUAN
Seperti yang kita semua maklum, setiap perkara
yang dilaksanakan pasti akan ada hukum-
hukumnya. Perkara ini juga tidak terkecuali
dalam pergaulan seharian kita. Hukum asal
pergaulan dalam islam adalah HARUS. Pergaulan
sesama manusia adalah dituntut untuk tujuan
tertentu seperti menuntut ilmu, menjayakan
dakwah dan tarbiyah, jihad atau apa sahaja yang
memerlukan pembelaan tenaga antara wanita
dan lelaki. Tetapi di dalam pergaulan haruslah
mematuhi adab-adab yang telah digariskan oleh
syarak. Hal ini dapat dilihat melalui ayat-ayat
yang terdapat dalam Al-Quran, kitab suci umat
Islam sepanjang zaman.
11
BATAS PERGAULAN
BEBAS
Sebenarnya pertemuan antara lelaki dengan
perempuan tidak haram, melainkan jaiz (boleh).
Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila
bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu
yang bermanfaat, amal soleh, kebajikan, perjuangan,
atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik
dari lelaki mahupun perempuan.
Namun, kebolehan itu tidak bererti bahawa batas-
batas diantara keduanya menjadi lebur dan ikatan-
ikatan syariah yang penting dilupakan. Adab dan
batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT
bertujuan mengekang atau menghalang
perbuatan seorang hamba-hambaNya dalam
pergaulan (antara lelaki dengan perempuan). Pada
setiap masa dan keadaan kita perlu memastikan
adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran
Islam tidak kira di mana-mana jua tempat.
Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan
beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu
dijaga oleh setiap umatNya.
12
ADAB
PERGAUL
1] Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya, tidak memandang
kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak
memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Firman Allah s.w.t:
قُ ْل ِل ْل ُم ْؤ ِمنِي َن يَغُ ُّضوا ِم ْن أَ ْب َصا ِر ِه ْم َو َي ْح َف ُظوا فُ ُرو َج ُه ْم ۚ َذ ِل َ أَ ْك َى َل ُه ْم إ نِ ان َهَاّلَ َب ِبي بر بِ َما يَ ْص َنُُو َن
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman:
َوقُ ْل ِل ْل ُم ْؤ ِمنَا ِت يَ ْغ ُض ْض َن ِم ْن أَ ْب َصا ِر ِه ان َويَ ْح َف ْظ َن فُ ُرو َج ُه ان
“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,’’
(An-Nuur: 30-31)
[2] Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh
membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga
warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana
sepatutnya hanya dipakai di rumah bukannya ketika
perjumpaan dengan lelaki.
[3] Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang
disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan
wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh. Firman Allah
S.W.T: ۖ َوََل يُ ْب ِدي َن ِكي َنتَ ُه ان نَِال َما َظ َه َر ِم ْن َها ۖ َو ْليَ ْض ِر ْب َن ِب ُب ُم ِر ِه ان َعلَ ُجيُوبِ ِه ان
“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak
dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya,” (Surah An-Nuur:31) Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian
yang sopan melalui firmanNya : َذ ِل َ أَ ْدنَ أَ ْن يُ ُْ َر ْف َن َف ََل يُ ْؤ َذ ْي َن إ
“Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu
mereka tidak di ganggu.“(Al-Ahzab: 59)
Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan
yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu
setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati
dan menyeganinya.
13
B – ADAB
LAN BEBAS
[4] Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang
perempuan berjumpa tanpa mahram atau teman di sisi mereka, ianya
ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang
ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api
dan kayu bersama kerana semakin ‘terbakar’ kalau dibiarkan berdua.
Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah
mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada
berduaan.
[5] Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat
contohnya mesyuarat dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu
hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan
berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang
boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan,
iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa (anak-anak).
[6] Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika
bermuamalat dengan lelaki, iaitu:
i ) Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan
membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :
فَََل تَ ْب َض ُْ َن ِبا ْل َق ْو ِلفَ َي ْط َم َع الا ِذى ِف قَ ْل ِب ِهۦ َم َر بض َوقُ ْل َن قَ ْوَال ام ُْ ُروفاا َوقُ ْل َن قَ ْوَال ام ُْ ُروفاا
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang
yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,”
(AlAhzab:32)
ii ) Berjalan, Allah SWT berfirman : ۚ َوََل يَ ْض ِر ْب َن ِبأَ ْر ُج ِل ِه ان ِليُ ُْلَ َم َما يُ ْب ِفي َن ِم ْن ِكي َن ِت ِه ان
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan,” (An-Nuur:31)
Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :
َف َجا َءتْهُ نِ ْح َدا ُه َما تَ ْم ِشي َعلَ ا ْس ِت ْحيَاء
“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu
berjalan kemalu-maluan,” (Al-Qasas:25)
iii ) Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai
(berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang
dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang. 14