The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9245878, 2022-12-15 16:06:41

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 2022 PDF

Nur Umaira Batrisya Binti Almizan (3D)

SEKOLAH MENENGAH (P) METHODIST KLANG
41400 , KLANG , SELANGOR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 2022

TAJUK : ISU DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
DI TAMAN KIAI KHUSAIRY

NAMA : NUR UMAIRA BATRISYA BINTI
ALMIZAN

KELAS : 3 DEDIKASI
NAMA : PN. SITI HAJAR BINTI SUKAHAR
GURU


JADUAL KERJA

Tarikh Aktiviti Catatan

1) 29/11/2022 Penerangan kajian oleh guru Guru telah

dan pemilihan tajuk menerangkan kajian

lapangan semasa kelas

Geografi.

2) 30/11/2022 Menulis penghargaan dan Menulis penghargaan
pendahuluan kepada individu
3) 30/11/2022 terlibat.
4) 1/12/2022 Menulis pendahuluan
5) 1/12/2022 tentang latar belakang
6) 2/12/2022 tempat kajian.
7) 2/12/2022
Memilih objektif kajian Memilih 5 objektif
berdasarkan soalan yang kajian.
diberi.

Menulis latar belakang Latar belakang terdiri
Kawasan kajian. daripada ciri fizikal dan
Menulis kaedah kajian. budaya.

Membuat dan mengedarkan Mengedarkan borang

borang soal selidik. soal selidik kepada 12

orang responden.

Mula menulis hasil kajian. Melukis carta pai
Hasil kajian yang pertama berpandukan data
adalah membuat carta pai. yang diperolehi
daripada soal selidik.

Membuat tafsiran carta pai. Tafsiran merangkumi
tentang bahan-bahan
yang sering dikitar
semula.


8) 3/12/2022 Menghuraikan tentang REUSE
9) 5/12/2022 amalan konsep 3R. REDUCE
RECYCLE
Menghuraikan faktor yang
mempengaruhi amalan kitar Menulis 3 faktor yang
semula di kawasan kajian. mempengaruhi
amalan kitar semula.

10) 5/12/2022 Menghuraikan kesan tidak Menulis 3 kesan tidak
mengamalkan kitar semula mengamalkan kitar
terhadap alam sekitar di semula terhadap alam
kawasan kajian. sekitar.

11) 8/12/2022 Menulis cadangan untuk Menulis 4 cadangan

memantapkan amalan kitar untuk memantapkan

semula. amalan kitar semula.

12) 10/12/2022 Membuat rumusan Rumusan yang dibuat
13) 14/12/2022 keseluruhan kajian. berpandukan kajian
yang telah
14) 16/12/2022 Menulis rujukan dan dilaksanakan.
menyusun hasil kajian.
Gambar dan sumber bahan Menulis rujukan
diletakkan di lampiran. berpandukan KLGT3.
Lampiran diletakkan di
Menghantar hasil kajian. bahagian belakang
kajian.
Mempunyai gambar
kawasan kajian dan
sumber-sumber.

Kajian yang telah
lengkap dihantar
kepada guru.


SENARAI KANDUNGAN M/S

ISI KANDUNGAN 1
2
1.0 Pengenalan 3
4
2.0 Pendahuluan 5

3.0 Objektif Kajian 6-11

4.0 Kawasan Kajian 12-13
14-15
5.0 Kaedah Kajian 16-30

6.0 Hasil Kajian

6.1 Konsep amalan kitar semula
6.2 Mentafsir carta pai
6.3 Amalan kitar semula
6.4 Kesan tidak mengamalkan kitar

semula
6.5 Cadangan memantapkan amalan

kitar semula
7.0 Rumusan

8.0 Rujukan

9.0 Lampiran


1.0 PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin , limpah dan kurniaa-NYA dapat saya
menyiapkan kerja lapangan Geografi ini sehingga
selesai . Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pengetua SMK (P) Methodist Klang,
Puan Sangeetajitkaur A/P Jag Singh kerana
memberi kebenaran kepada saya dan rakan-
rakan yang lain untuk menjalankan kerja
lapangan ini dengan jayanya .

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada guru Geografi saya , iaitu Puan Siti Hajar
Binti Sukahar yang telah memberi bimbingan ,
tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini
dijalankan .

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
kedua ibu bapa saya , iaitu Almizan Bin Ismail
dan Siti Hajar Binti Mohd Sani yang sentiasa
memberi sokongan dan dorongan kepada saya
untuk menyiapkan kerja lapangan ini .

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan
kepada rakan saya , iaitu Ain Eldeena Binti Mohd
Tharmizee yang telah membantu saya dalam
menyiapkan kerja lapangan ini . Akhir sekali ,
saya mengucapkan terima kasih kepada
responden-responden Taman Kiai Khusairy
kerana sudi memberi kerjasama .

1


2.0 PENDAHULUAN

Kerja lapangan ini perlu dilakukan kerana ia
merupakan pensijilan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) . Kami semua telah diberikan tajuk Isu dan
Pengurusan Alam Sekitar . Oleh itu , saya telah
diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di
Kawasan yang mempunyai amalan kitar semula .
Oleh sebab itu , saya Nur Umaira Batrisya Binti
Almizan telah memilih Taman Kiai Khusairy
sebagai kawasan kajian kerja lapangan Geografi
saya .
Tempoh yang diberikan kepada kami untuk
menjalankan kajian ini adalah selama 2 minggu .

2


3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti kawasan kajian di kawasan
tersebut

2. Menentukan kaedah kajian yang sesuai untuk
mendapatkan data dan maklumat berkaitan
amalan kitar semula di Kawasan tersebut

3. Melukis dan mentafsir carta yang sesuai
tentang amalan kitar semula di kawasan
kajian

4. Menghuraikan amalan kitar semula dan kesan
tidak mengamalkan kitar semula di kawasan
kajian

5. Mencadangkan usaha untuk memantapkan
amalan kitar semula di kawasan kajian
tersebut

3


4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Taman Kiai Khusairy
di Kampung Sungai Udang . Ia terletak di daerah
Klang di dalam negeri Selangor . Jarak kawasan
ini dari pusat bandaraya Shah Alam adalah 10
kilometer .
Masa perjalanan ke Pusat Bandara kira-kira 10
minit . Kawasan ini merupakan Kawasan
perkampungan . Pandang darat fizikal yang ada
di sini termasuklah rumput dan sungai . Pandang
darat budaya yang ada di sini termasuklah
penempatan , masjid dan pokok kelapa .

4


5.0 KAEDAH KAJIAN

A. Pemerhatian :
Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar
Taman Kiai Khusairy untuk mengenal pasti isu
pengurusan alam sekitar di kawasan tersebut .

B. Rujukan :
Saya melayari internet untuk mendapatkan
maklumat tentang amalan kitar semula dan
kesan tidak mengamalkan amalan alam sekitar .
Selain itu , saya juga merujuk Buku Teks Geografi
Tingkatan 3 dan bahan rujukan lain untuk
mendapatkan maklumat .

C. Soal Selidik :
Saya juga telah menyediakan 12 borang soal
selidik dengan menggunakan google form yang
perlu diisi oleh 12 orang responden di Taman
Kiai Khusairy , untuk amalan kitar semula di
Kawasan perumahan mereka .

5


6.0 HASIL KAJIAN

6.1) Gambar carta pai

6


6.2) Mentafsir Carta Pai

Carta pai menunjukkan antara bahan yang
sering penduduk Taman Kiai Khusairy kitar
semula , iaitu plastik , kaca , kertas dan juga
pakaian . Jumlah keseluruhan bilangan
responden adalah seramai 12 orang .

Jumlah peratus bahan-bahan tersebut
merangkumi plastik sebanyak 66.7% , kaca 8.3% ,
kertas 16.7% manakala pakaian pula adalah
sebanyak 8.3% . Justeru , secara tidak langsung
bahawa bahan yang sering penduduk Taman Kiai
Khusairy kitar semula adalah plastik . Hal ini
demikian kerana plastik boleh digunakan semula
, lebih-lebih lagi untuk mengisi barang ketika
membeli belah dan perkara ini dapat
menjimatkan kos serta menjaga alam sekitar . Di
carta pai juga bahan kertas merupakan bahan
kedua yang sering penduduk Taman Kiai
Khusairy kitar semula , ini kerana kertas boleh
berulang-ulang penggunaannya . Manakala
bahan kaca dan pakaian mempunyai bilangan
peratus yang sama .

Secara keseluruhannya , penduduk Taman Kiai
Khusairy secara majoritinya mereka
mengamalkan amalan kitar semula di kawasan
perumahan .

7


6.3) Amalan Kitar Semula

o Terdapat beberapa amalan kitar semula
yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan
seharian .

o Antara amalan yang sering dilakukan oleh
penduduk Taman Kiai Khusairy adalah :

i. Konsep 3R
Penduduk Taman Kiai Khusairy sering
mengamalkan konsep 3R iaitu Reuse ,
Reduce dan Recycle dalam mengitar semula
bahan . Perkara tersebut telah
menyebabkan persekitaran kawasan
perumahan menjadi bersih .

ii. Beg mesra alam
Penduduk Taman Kiai Khusairy lebih
cendorong untuk menggunakan beg mesra
alam ketika membeli belah .

iii. Mengasingkan bahan kitar semula
Di Taman Kiai Khusairy terdapat 3 tong kitar
semula berwarna mengikut kategori , iaitu
tong berwarna jingga khusus untuk plastik
dan aluminium , tong berwana biru khusus
untuk kertas manakala tong berwarna coklat
pula khusus untuk bahan kaca .

8


6.4) Kesan Tidak Mengamalkan Kitar Semula

Daripada hasil kajian saya , terdapat beberapa
kesan jika tidak mengamalkan kitar semula
dalam kehidupan iaitu :

1) Berlaku pencemaran alam
Pencemaran merupakan kemasukan bahan kimia
, haba , cahaya dan tenaga di alam sekitar .
Perkara tersebut boleh membahayakan
kesihatan manusia , mengancam sumber alam
serta mengganggu ekosistem hidupan .

2) Ketidakseimbangan ekosistem
Perbuatan masyarakat yang tidak
bertanggungjawab dalam mengendahkan
amalan kitar semula , boleh mengakibatkan
ekosistem sesuatu habitat menjadi tidak stabil
kerana perlonggokan sampah di merata tempat .

3) Kegiatan manusia terjejas
Perkara ini boleh mengakibatkan kelangsungan
generasi manusia semakin sedikit mengikut
masa ke semasa , kerana ramai manusia yang
jatuh sakit oleh kerana persekitaran yang kotor .

9


6.5) Cadangan memantapkan amalan kitar
semula

Antara beberapa cadangan amalan kitar semula
adalah :

1) Ibu bapa memberi pendidikan awal terhadap
anak-anak

Ibu bapa memain peranan penting dalam
memberi didikan tentang kemaslahatan amalan
kitar semula terhadap anak-anak.

2) Penggunaan beg mesra alam menggantikan
beg plastik

Masyarakat haruslah latih dalam diri untuk
menggunakan beg mesra alam demi
menggantikan beg plastik ketika membeli
barangan di pasar raya . Perkara tersebut malah
dapat menjimatkan duit , kerana beg plastik
akan dicaj. Hal ini secara tidak langsung dapat
menjaga alam sekitar .

10


3) Mengadakan tong sampah kitar semula
mengikut kategori

Kerajaan hendaklah mengambil inisiatif untuk
menyediakan tong sampah kitar semula di
kawasan-kawasan perumahan . Perkara ini ,
secara tidak langsung dapat melatih masyarakat
untuk mengamalkan amalan kitar semula .

4) Mengadakan kempen kesedaran
Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat
disuntik kepada masyarakat dengan mengadakan
kempen cintai alam sekitar . Dengan harapan
tersebut , masyarakat akan lebih cakna dan peka
terhadap alam sekitar . Maka , pihak atasan
sewajarnya berganding bahu dalam memastikan
kempen ini terlaksa .

11


7.0 RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian , saya telah
menemui beberapa sumber yang berkaitan
dengan isu pengurusan alam sekitar di kawasan
penempatan Taman Kiai Khusairy .

Antaranya adalah , penduduk Taman Kiai
Khusairy majoritinya mengamalkan amalan kitar
semula di rumah , dan bahan yang sering
mereka kitar semula adalah seperti plastik, kaca ,
kertas dan juga pakaian .

Selain itu , penduduk di situ juga akan mebuat
amalan kitar semula setiap seminggu sekali .
Seterusnya , di dalam soal selidik , mereka telah
memberi beberapa kesan jika tidak
mengamalkan kitar semula , iaitu berlaku
pencemaran alam , kegiatan manusia akan
terjejas , ekosistem menjadi tidak stabil dan
berlaku pemanasan global .

12


Di samping itu , penduduk Taman Kiai Khusairi
juga tidak alpa dalam memberi beberapa usaha
yang boleh masyarakat majmuk lakukan dalam
mengamalkan amalan kitar semula .
Sebagai konklusinya , semua pihak perlu
berganding bahu bagai aur dan tebing bagi
merealisasikan iltizam dalam membudayakan
amalan kitar semula .

13


8.0 RUJUKAN

1) Buku Teks
Ahmad Ridzuan Bin Abdul Rahman , Rajini Gauri
Muthusamy , Pau Anak Utek (2018) . Geografi
Tingkatan 3 Johor: IMS Books Trading SDN. BHD.

2) Internet
-https://anyflip.com/zkxpf/unrv/basic
-https://anyflip.com/aexmc/hotj/basic
-https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
-https://www.scribd.com/doc/294102832/Apakah-
Itu-3r

3) Orang Sumber
• Ain Eldeena Binti Mohd Tharmizee-15 Tahun

(No38 , Jln Kiai Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang
, Selangor)
• Siti Fateha Binti Ismail-27 Tahun (No42 , Jln Kiai
Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang , Selangor)
• Jefferi Binti Ismail-39 Tahun (No51 , Jln Kiai
Khusairy ks/03 , Klang , Selangor)

14


• Mohd Nazrin Bin Ismail-29 Tahun (No15 , Jln Kiai
Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang , Selangor)

• Norfaizah Binti Samat-37 Tahun (No51 , Jln Kiai
Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang , Selangor)

• Nur Syafiqa Najwa Binti Norazlan-36 Tahun
(No11 , Jln Kiai Khusairy ks/03 , Jln Hassan ,
Klang , Selangor)

• Nurul Amirah Binti Mohd Kamil-29 Tahun (No15 ,
Jln Kiai Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang ,
Selangor)

• Siti Fateha Binti Ismail-27 Tahun (No7 , Jln Kiai
Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang , Selangor)

• Siti Hajar Binti Mohd Sani-41 Tahun (No69 , Jln
Kiai Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang ,
Selangor)

• Siti Fatimah Binti Ismail-34 Tahun (No28 , Jln Kiai
Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang , Selangor)

• Nurul Ain Binti Muhammad Fuad-39 Tahun , Jln
Kiai Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang ,
Selangor)

• Siti Aisyah Binti Mohd Sani-40 Tahun (No21 , Jln
Kiai Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang ,
Selangor)

• Rosliza Binti Hassim-41 Tahun (No33 , Jln Kiai
Khusairy ks/03 , Jln Hassan , Klang , Selangor)

15


8.0 LAMPIRAN

Peta Taman Kiai Khusairi

16


Gambar Kawasan Kajian

17


18


Contoh Borang Soal Selidik
1)

19


2)

20


3)

21


4)

22


5)

23


6)

24


7)

25


8)

26


9)

27


10)

28


11)

29


12)

30


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version