The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyakinahazman, 2021-12-11 02:14:20

E-MAJALAH

E-MAJALAH

AHLI KUMPULAN:
§ NURUL SYAKINAH - 18DAT21F1028
§ NURUL ‘IZZATI - 18DAT21F1057
§ ARIEWAN A/P PADOM -18DAT21F1065
§ LEOW YI CHIA - 18DAT21F1019

ISI KANDUNGAN

DEFINISI....................................................3
FAKTOR-FAKTOR.....................................4
KESAN.....................................................10
LANGKAH MENANGANI.........................16
RUMUSAN...............................................21

DEFINISI

Ø PERGAULAN BEBAS adalah salah satu
bentuk perilaku menyimpang dimana
"bebas" yang dimaksudkan ialah melebihi
batas-batas norma yang ada

Ø Pengertian pergaulan bebas dari segi
agama adalah proses bergaul dengan
orang lain tetapi melepasi ikatan batasan
pergaulan.

Ø Di dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang
bermaksud " hendaknya kita menjaga
pandangan mata dalam bergaul" memberi
makna batas dalam pergaulan bebas.

FAKTOR-FAKTOR

Ø Terbahagi kepada tiga faktor iaitu :

DIRI SENDIRI

KELUARGA

PENGARUH RAKAN
SEBAYA

DIRI SENDIRI

1)Tahap Iman yang lemah
• Kebanyakan remaja yang terlibat dalam

pergaulan bebas mempunyai kelemahan
iman, ketandusan ilmu dan kurangnya
penghayatan agama mendorong seseorang
itu dikuasai nafsu daripada menggunakan
akal fikiran yang waras.
• Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya
yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah
tidak takut dan gentar akan hari pembalasan
di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak
dapat membezakan kebaikan dan keburukan
dan antara kebenaran dan kebatilan.

2)  Perasaan ingin mencuba
• Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada

kemahuan untuk merasai kebebasan.
Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari
aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak
mahu dikongkong pergerakannya serta
pemikirannya.
• Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca
remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan
bebas yang akhirnya mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri
• Pada usia remaja juga kita akan mengalami
perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba
perkara-perkara baru dalam hidup.
• Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing
dengan pemikiran yang waras akan
menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara
negatif walaupun telah mengetahui kesan
buruknya sejak awal lagi.

KELUARGA

1) Kurangnya perhatian ibu bapa
• Masalah ini semakin meruncing ekoran

kurangnya kasih sayang dan perhatian
daripada ibu bapa. Ibu bapa yang terlalu sibuk
dan lebih mengutamakan kerjaya mereka
sehingga alpa tanggungjawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang
mereka.
• Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan
disiplin yang bertujuan untuk menarik
perhatian ibu bapa mereka.
• Sesungguhnya, kelalaian ibu bapalah yang
menyebabkan masalah tersebut menjadi-jadi.

2)Konflik dalam keluarga

• Konflik dalam keluarga turut memainkan
peranan yang besar dalam mempengaruhi
remaja untuk menjauhi keluarga serta mencari
teman rapat atau pasangan di luar.

• Masalah dalam perkahwinan, kewangan,
pekerjaan ibu bapa dan ahli keluarga lain adalah
antara isu yang dikenal pasti menjadi konflik
dalam keluarga. Kegagalan ibu bapa dan ahli
keluarga menangani permasalahan yang wujud
menyebabkan remaja lebih selesa untuk berada
di luar rumahnya.

PENGARUH RAKAN SEBAYA

• Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta
mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara
yang berfaedah.

• Rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah
sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang
lain kerana usia yang hampir sama
membolehkan kepercayaan diperolehi dengan
mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah
yang sama menyebabkan remaja merasakan
rakan adalah orang yang paling memahami
dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian
terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan
begitu.

• Kebanyakannya remaja gemar berkawan
secara berkumpulan, remaja juga didapati
mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar
mereka mudah diterima dalam kumpulan.
Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus
perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan.

KESAN

Pembuangan bayi

Keruntuhan akhlak

Tersebarnya penyakit-
penyakit yg membawa

maut

Pembuangan Bayi

• Remaja yang terlibat dalam
pergaulan bebas akan menjalinkan
hubungan di luar tabii. Hal ini
menyebabkan remaja perempuan
mengandung sebelum berkahwin.
Dalam situasi tersebut, remaja yang
hilang pegangan agama akan
menjadi tidak berperikemanusiaan
lalu meninggalkan anak yang baru
dilahirkan di tempat- tempat seperti
tandas awam, tong sampah, tepi
longkang dan sebagainya

Ø gambar di atas menunjukkan statistik
pembuangan bayi pada masa kini

Keratan Akhbar

Keruntuhan Akhlak

• Seks bebas menyebabkan keruntuhan
akhlak kerana pelaku seks bebas akan
mengingkari ajaran agama.

• Mereka akan mengamalkan budaya
hendonisme iaitu budaya yang
mementingkan keseronokan semata- mata
dan mereka tidak peduli akan ajaran-
ajaran agama serta mereka tidak takut
akan dosa

Tersebarnya penyakit-penyakit yg
membawa maut

• Terdapat pelbagai penyakit yang lahir
disebabkan oleh hubungan bebas di antara
lelaki dan wanita, tidak kiralah mental
mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah
AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan
ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari
ini.

LANGKAH MENANGANI
ISU PERGAULAN BEBAS

Ø terbahagi kepada tiga peranan iaitu:

PERANAN INDIVIDU

PERANAN IBU BAPA

PERANAN PIHAK
SEKOLAH

PERANAN INDIVIDU

1) Meningkatkan dan menerapkan ilmu serta
pengetahuan agama dalam diri
• Individu yang mempunyai dasar pendidikan agama

serta moral yang kukuh tidak akan mudah
terjerumus ke dalam pergaulan bebas, kerana
mereka dapat membezakan hal yang benar dan
salah.
• Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat
iman seseorang. Jika sejak kecil seseorang telah
dididik mengenai pengertian benar dan salah,
biasanya ia dapat menghindari pergaulan bebas
yang jelas merupakan hal yang tidak benar.

2) Bergaul dengan rakan yg baik
• pemilihan rakan yg tidak baik akan menyebabkan

individu lebih mudah terjerumus ke dalam
pergaulan yang bebas.
• Oleh itu, penting untuk memilih rakan dan
mengenali sifat keperibadian manusia yang dapat
memberikan pengaruh positif kepada kita .

PERANAN IBU BAPA

1)Ibu bapa harus mengambil berat tentang
pergaulan anak-anak mereka
• Ibu bapa harus mengambil tahu dan

mengenali dengan siapa anaknya berkawan.
• Ibu bapa juga perlu mengawasi perilaku

anak-anak. Peribahasa Melayu ada
menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok
akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang
dilakukan oleh anak-anak pasti ada
penyebabnya.
2) Ibu bapa perlu sentiasa mengikuti
perkembangan diri anak-anak remaja mereka.
• Pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan sudah sinonim dengan
masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga
menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka,
di sinilah ibu bapa perlu memainkan
peranannya iaitu meninjau perubahan sikap
anak-anak mereka.

PERANAN KERAJAAN

1)Menguatkuasakan undang-undang
• Kerajaan merupakan badan yang mempunyai

kuasa membuat, menggubal dan
melaksanakan undang-undang.
• Dalam hal ini, cadangan supaya ketetapan
mewajibkan remaja di bawah umur 21 tahun
perlu berada di dalam rumah bersama
keluarga selepas jam 12.00 malam adalah
satu kewajipan dan mandatori. Disamping itu,
pegawai keselamatan perlu membuat rondaan
secara berkala.

2)Menganjurkan dan melaksanakan program
kesedaran berkaitan masalah sosial di dalam
kalangan remaja.
• Aktiviti ini boleh dilakukan semasa cuti hujung

minggu atau pada musim cuti persekolahan
yang panjang.
• Tarikan kehadiran ialah dalam kalangan kanak-
kanak sekolah bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

RUMUSAN

• Kesimpulannya, pergaulan bebas dalam
kalangan remaja kini banyak memberi
keburukan berbanding kebaikan.

• Usaha yang komprehensif dan proaktif untuk
membanteras pergaulan bebas ini boleh
direalisasikan seandainya ada
pengemblengan tenaga dalam kalangan
ahli masyarakat.

• Oleh hal yang demikian, semua pihak
terutamanya ibu bapa, sekolah malah
kerajaan sendiri perlulah mengambil
inisiatif yang bersesuaian bagi mengatasi
masalah ini.

• Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan
perkara mungkar daripada terus berleluasa
sehingga boleh mencemarkan imej sebagai
sebuah negara Islam yang terkemuka di
dunia.


Click to View FlipBook Version