BESTARI 2022
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN FALSAFAH, VISI, MISI, MOTO DAN SLOGAN SEKOLAH DATA ENROLMEN 2022 SENARAI NAMA GURU DAN AKP SENARAI GURU KELUAR MASUK BARISAN PENTADBIR SIDANG REDAKSI GURU-GURU SMKBSP PEMIMPIN-PEMIMPIN PELAJAR PRESTASI AKADEMIK AKTIVITI SEPANJANG TAHUN KELAB, PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM ALBUM KELAS CETUSAN MINDA PELAJAR 3 11 18 20 26 27 28 29 30 32 36 102 160 194 ISI KANDUNGAN
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, serta menyediakan pendidikan terbaik untuk warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah 'Anak yang Baik lagi Cerdik' (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan 'Trust and Inspire' akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera. DATO HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ucapan terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sekolah bagi tahun 2022. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah sekolah yang telah berjaya meneruskan penerbitannya bagi tahun 2022. Semoga majalah ini mampu meningkatkan rasa cinta akan sekolah serta menyemai budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Kejayaan ini merupakan sambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan makna yang besar kerana menerusi majalah sekolah, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman warga sekolah semasa berada di sekolah. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah Pendidikan yang cemerlang ialah kunci kepada pembetukan pelajar yang berilmu. Justeru, setiap pihak harus sentiasa bergerak pantas seiring dengan perkembangan terbaharu serta kehendak global agar generasi yang dilahirkan mampu bersaing di persada dunia. Anjakan pemikiran yang menjangkau masa depan dan merentasi pelbagai disiplin keilmuan serta kemahiran itu perlu digarap secara mapan agar kepimpinan sekolah dan guru sentiasa komited bagi menyedia dan melahirkan modal insan yang mampu menghadapi cabaran global pada hari ini. JPN Kedah menaruh harapan agar slogan Kebersamaan Memacu Pendidikan Kedah dan moto JPN Kedah iaitu "Pendidikan Cemerlang Kedah Terbilang" akan sama-sama digapai seiring dalam membentuk murid yang boleh mendepani masa hadapan, murid yang boleh mengisi peluang pekerjaan dan berupaya mencipta peluang pekerjaan dan murid yang boleh mencipta teknologi yang bakal mengubah dunia. Saya amat yakin bahawa penerbitan majalah sekolah pada tahun ini merupakan satu manifestasi kolaboratif, komitmen, kreativiti dan pemikiran kritis semua warga sekolah yang disokong oleh pihak ibu bapa serta komuniti. Akhir kata, marilah kita sama-sama memacu pendidikan negeri Kedah agar sentiasa cemerlang dan gemilang. Saya juga mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sekian, terima kasih. HAJI ROZAINI BIN AHMAD, SDK., AMK., BCK. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpahan kurnia dan keizinan- Nya, saya diberikan kesempatan serta kekuatan untuk menukilkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada warga sekolah yang sudi memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah terutamanya Sidang Redaksi yang berjaya menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Sesungguhnya penerbitan majalah sekolah merupakan suatu wadah untuk kita mendokumentasikan semua acara yang berlangsung di sekolah dalam setahun ini. Dalam era pendigitalan maklumat ini, terdapat pelbagai medium dan platform untuk kita merakamkan setiap gerak acara di sekolah, namun penerbitan majalah sekolah masih lagi relevan sebagai suatu perakam kepada nostalgia indah murid-murid dan guru-guru di sekolah. Kita baharu sahaja melepasi suatu tempoh sukar dalam pendidikan kita, iaitu fasa pandemik COVID-19. Dalam fasa pasca pandemik kini, kita haruslah bersama-sama bangkit demi meningkatkan kembali kualiti pendidikan yang lebih gemilang. Sesungguhnya, kebersamaan kita dalam menempuh ranjau bagi mencapai keberhasilan murid dan sekolah berkualiti ini terletak kepada semua pihak. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang, tetapi harus terus ke hadapan. Oleh sebab itulah, saya sentiasa menerapkan slogan KEEP MORE YIELDS kepada semua warga pendidikan di daerah ini agar sentiasa berusaha meningkatkan keberhasilan kita dalam semua bidang, sama ada kurikulum, kokurikulum mahupun hal ehwal murid. Kita harus sentiasa mencipta momentum terbaik dan menerapkan budaya kerja yang konsisten dan berterusan demi kualiti pendidikan yang kita harap-harapkan. Saya mengucapkan terima kasih atas segala pencapaian gemilang murid-murid, guru-guru dan pihak sekolah sepanjang tahun ini. Semoga kita akan terus bersinergi sebagai kebersamaan ke arah pencapaian yang lebih gemilang. KMY MELANGKAH LEBIH JAUH DENGAN HEBAT Salam hormat, MUKHTAR BIN MANSOR B.C.K., P.K. Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK BANDAR SUNGAI PETANI Bismilahirohmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Majalah BESTARI tahun 2022. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa majalah BESTARI atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Sesungguhnya penerbitan majalah sekolah merupakan satu usaha murni dalam mendokumentasikan maklumat berkaitan sekolah, merakam kenangan dan menghargai kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2022. Saya percaya semua warga sekolah sentiasa memainkan peranan yang penting dalam memastikan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013- 2025) dapat dicapai. Warga pendidik sentiasa ingin memastikan pendidikan terbaik kepada semua murid. Murid yang kita harapkan ialah ”Anak yang Baik lagi Cerdik” (ABC) merangkumi keteguhan minda , ketrampilan diri , dan sahsiah terpuji. Sebagai peneraju SMK Bandar Sungai Petani saya berhasrat untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang dapat melonjakkan prestasi murid-murid secara holistik. Penanda aras kepada kejayaan murid-murid ialah kemenjadian murid.. Oleh itu, saya berharap kerjasama bersepadu daripada warga SMK Bandar Sungai Petani dapat menjana kejayaan murid berdasarkan visi dan misi sekolah. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar SMK Bandar Sungai Petani menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Sekian. Terima kasih. “ Sederap Melakar Kejayaan Bangunkan Sistem Pendidikan ” CIKGU JAMIL BIN OTHMAN Pengetua SMK Bandar Sungai Petani.
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SMK BANDAR SUNGAI PETANI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, Majalah BESTARI 2022 dapat diterbitkan dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa majalah BESTARI 2022 kerana telah berjaya menghasilkan majalah sekolah yang memaparkan pelbagai aktiviti sekolah sepanjang tahun 2022. PIBG SMK Bandar Sungai Petani berhasrat untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Oleh itu , permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang utama bagi menzahirkan matlamat tersebut. Sebagai YDP PIBG sekolah ini , saya amat yakin dengan keupayaan pentadbiran sekolah dan juga guru-guru untuk merealisasikan kemenjadian murid-murid di sekolah. Kecemerlangan murid secara holistik melibatkan kolaborasi antara guru-guru dan sokongan pelbagai pihak , terutamanya para ibu bapa PIBG sentiasa berharap kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dapat diteruskan . Kejayaan sekolah membuktikan bahawa sekolah mampu melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kurikulum malah dalam bidang kokurikulum. Akhir kata, sekalung ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik SMK Bandar Sungai Petani yang begitu komited dalam memastikan kejayaan murid-murid . Harapan saya semoga segala perancangan yang melibatkan pihak sekolah bersama PIBG dapat memberikan manfaat kepada pembangunan sekolah dan pembangunan sahsiah pelajar. Sekian,terima kasih. ENCIK ABDUL AZIZ BIN HAJI MAT PIAH Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Sungai Petani
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN KETUA PENGAWAS SMK BANDAR SUNGAI PETANI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin limpah kurnia-Nya, Majalah BESTARI tahun 2022 dapat diterbitkan dengan jayanya. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa majalah kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah pada tahun ini. Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa majalah BESTARI 2022 kerana dengan usaha yang bersungguh-sungguh majalah BESTARI dapat diterbitkan. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pentadbir sekolah dan guru-guru di SMK Bandar Sungai Petani, atas jasa dan keprihatinan memberikan kerjasama kepada badan pengawas mengurus disiplin sekolah. Sememangnya saya berasa bangga menjadi murid di sekolah ini apatah lagi diberi tugas dan tanggungjawab sebagai ketua murid untuk memimpin murid yang lain bagi memartabatkan disiplin sekolah. Saya mewakili murid yang lain berasa teruja kerana dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah ini. Melalui kerjasama yang diberikan oleh rakan pengawas, tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Akhir kata, saya berharap agar SMK Bandar Sungai Petani menjadi sebuah sekolah yang unggul dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Sekian. Terima kasih. ALIFF MOHD RADZI Ketua Pengawas SMK Bandar Sungai Petani
BESTARI 2022 KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR SMK BANDAR SUNGAI PETANI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Alhamdulliah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, majalah BESTARI tahun 2022 yang menjadi dokumentasi sekolah dapat diterbitkan pada tahun ini. Majalah BESTARI 2022 pada tahun ini menyajikan pelbagai maklumat sekolah merangkumi kejayaan dalam bidang akademik, program-program sekolah, serta kemenjadian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK guru Majalah BESTARI 2022 yang bekerjasama untuk menghasilkan majalah dan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam proses penerbitan majalah tahun 2022. Saya selaku Ketua Editor berharap agar mutu penerbitan majalah BESTARI dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Semoga warga sekolah dapat memanfaatkan majalah ini dengan sebaiknya. Akhir kata, marilah kita sama-sama menjadikan SMK Bandar Sungai Petani sebuah sekolah yang disegani oleh komuniti setempat. Saya mendoakan semua warga sekolah dapat meneruskan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Semoga SMK Bandar Sungai Petani terus unggul di persada pendidikan. Sekian. Terima kasih. CIKGU ZURAIDA BINTI ISA Ketua Editor Majalah BESTARI
BESTARI 2022 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
BESTARI 2022 VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI SEKOLAH Melestarikan Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara BERILMU BERBAKTI . MOTO SEKOLAH SLOGAN SEKOLAH SEMEDAR TETAP HEBAT, SEMEDAR TETAP GAH 2022
BESTARI 2022 IKRAR RUKUN NEGARA Maka Kami Rakyat Malaysia Berikrar akan menumpukan Seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita tersebut Berdasarkan atas prisip-prinsip berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kepercayaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kedaulatan dan Kesusilaan
BESTARI 2022 IKRAR PELAJAR Bahawanya kami pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani BERIKRAR : Akan mematuhisegala peraturan sekolah dan menjadipelajar yang berdisiplin dalam meningkatkan imejsekolah ini. Memberisepenuh komitmen dalam bidang akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Menjaga kedaulatan negara, menghormati rukun negara dan sentiasa berusaha untuk mencapai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia.
BESTARI 2022 SORAK SEMEDAR Kami SEMEDAR SEMEDAR amalkan sepakat SEMEDAR junjung akademik SEMEDAR gendong jaya SEMEDAR pantang menyerah Kami sanjung SEMEDAR SEMEDAR terus gah SEMEDAR tetap gah Sepakat melakar kecemerlangan Elemen kemenjadian murid Menjadi focus warga SEMEDAR Elokkan sahsiah dan keperibadian murid Doa menjadi tunjang Rangkumkan mereka mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
BESTARI 2022 LAGU SEKOLAH Kami Putra Putri SMKBSP Berbilang Bangsa dan Agama Bersedia Untuk Berganding Bersama Mencapai Wawasan Negara Berilmu Berbakti Itulah Kata Sakti Prihatain Penyayang Amalan Kami Mewujudkan Budaya Yang Harmoni Untuk Warga SMKBSP Oh! Tuhan Kami Restuilah Perjuangan Ini Berkatilah Usaha Murni Untuk Mencapai Matlamat Kami Cemerlang Dalam Bidang Pelajaran Cergas Dalam Arena Sukan Berjaya Kita Berjaya Mengahrumkan Nama Negara
BESTARI 2022 Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1982 dengan nama asalnya SMK Khir Johari 2. Pada perigkat awalnya sekolah ini menumpang di premis SMK Khir Johari Sungai Petani dengan jumlah pelajar 377 orang dan 16 orang guru. Sekolah ini diterajui oleh Encik Sathiasalam sebagai PenyeliaPetang. Pada tahun 1984 barulah sekolah ini mempunyai pengetua yang pertama iaitu En. Ahmad bin Abdul. Pada 08 September 1993, sekolah ini telah diberi imej sendiri dengan nama SMK Bandar Sungai oleh pengetua pada masa itu Tn Hj Rosli bin Pin. Pada tahun 2002 sekolah ini mencatatkan sejarah penting apabila telah berpindah ke kompleks bangunan baru yang terletak di Jalan Pahlawan, Tasek Apong, Sungai Petani. Sekolah ini mempunyai keluasan tanah berjumlah 12.8 ekar (5.18 hektar). Sekolah ini mempunyai 8 blok utama. Sebuah kantin yang selesa turut dibina berhampiran dengan semua blok bangunan. Dataran Ilmu yang digunakan untuk acara perhimpunan pula berada di lokasi yang strategik di antara blok C dan D. Sebuah surau yang luas turut dibina denga nama “Surau Al Mutaqqin” untuk kemudahan warga SMKBSP. SMK Bandar Sungai Petani mempumyai 1576 orang pelajar dan 115 orang guru. Pentadbiran sekolah ini dibantu oleh 10 orang staf manakala kerja-kerja kebersihan dan keceriaan dilaksanakan oleh 5 orang pekerja kontrak dan mempunyai 4 orang pengawal keselamatan. Kini SMK Bandar Sungai Petani terus mengorak langkah untuk mencapai impian menjadi sebuah sekolah yang cemerlang di Kuala Muda Yan. SEJARAH SEKOLAH
BESTARI 2022 DATA ENROLMEN
BESTARI 2022 ENROLMEN MURID ENROLMEN GURU DAN AKP
BESTARI 2022 SENARAI NAMA GURU DAN AKP
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022 GURU DAN STAF KELUAR / MASUK
BESTARI 2022 BARISAN PENTADBIR SMK BANDAR SUNGAI PETANI PEN. KANAN PETANG CIKGU MULIATI BINTI FADHIL PEN. KANAN TINGKATAN 6 CIKGU ROHANA BINTI HUSSIN PEN. KANAN KOKURIKULUM CIKGU MAZIAH BINTI AWANG PEN. KANAN HEM CIKGU AZHAR BIN DUN GURU KANAN BAHASA CIKGU MOHD AZRUL BIN MOHD NOR PEN. KANAN PENTADBIRAN CIKGU HARSIAH BINTI SAYUTI PENGETUA CIKGU JAMIL BIN OTHMAN GURU KANAN KEMANUSIAAN CIKGU ZURAINI BINTI ZAINOL GURU KANAN SAINS & MATEMATIK CIKGU AZNIDA BINTI MUSTAFFA GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL CIKGU SHOPINAH BINTI MOHAMAD YATIM
BESTARI 2022 SIDANG REDAKSI DEPAN DARI KIRI : Cikgu Muzaida, Cikgu Zafidah, Cikgu Maziah, Cikgu Azrul, Cikgu Zuraida BERDIRI BELAKANG DARI KIRI : Cikgu Anuar, Cikgu Narayan Rao, Cikgu Noor Azizah
BESTARI 2022 GURU SESI PAGI Duduk dari kiri : Cg Muliati Binti Fadhil (GKMTV), Cg Zuraini Binti Zainol (GKMK), Cg Maziah Binti Awang (PK Kokurkulum), Cg Harsiah Binti Sayuti (PK Pentadbiran), Cg Jamil Bin Othman (Pengetua), Cg Zubir BIn Abd Rahim (PK HEM) , Cg Wan Shukri BIn Wan Ibrahim (Guru KOKO T6) , Cg Mohd Azrul Bin Mohd Nor (GKMB), Cg Aznida Binti Che Mustaffa (GKMS) Berdiri baris pertama : Cg Nor Afzan BInti Abdul Razak, CG Suzaili Binti Othman, Cg Rohizah Binti Ramli, Cg Haslina Binti Shaari, Cg Shopinah Binti Mohamad Yatim, Cg Anis Farhan Binti Arzmi, Cg Noordaini Binti Mihad, Cg Nur Ilyani Binti Ibrahim, Cg Farah Wahida Binti Azizan, Cg Norhazilah Binti Ghazali, Cg Zuraida Binti Isa, Cg Nurul Farina Binti Mustapa , Cg Siti Khalijah Binti Ismail, Cg Rose Anita Binti Jaafar, UstazahNaimah Binti Hashim, Cg Hasmalina Binti Hassan, Cg Masriyah Binti Abdullah, Cg Muzaida Binti Mustapha, Cg Maisalina Binti Rosalee, Cg Suhaila Binti Dolah, Berdiri baris kedua: Cg Maizaton Binti Jaafar, Cg Julaikha Binti Talip, Ustazah Anisah Binti Shahrin, Cg Dahliana Binti Mohd Dagang, Cg Narliza Binti Mat Yatim, Cg Nik Nazian Binti Nik Man, Cg Ku Azmilia Binti Ku Aman, Cg Sanggetha a/p Rajendran, Cg Parameswari a/p Narayasamy, Cg Noor Fazilah Binti Hashim, Cg Salmah Binti Othman, Cg Shawakir Binti Mohd Saad, Cg Zafidah Binti Razak, Cg Suhaibah Binti Yahya, Cg Nurul Asnie Binti Ahmad, Cg Rozeiana Binti Mohd Sukri, Cg Idayu, Cg Wan Zainab Binti Shihabuddin, Cg Shakirah Binti Othman, Cg Samsiah Binti Hassan Berdiri baris ketiga : Cg Asrul Kusairy Bin Ahmad, Cg Mohd Zamri Bin Samsudin, Cg Harun Bin Che Omar, Cg Lai Chiang Wuu, Cg Fadzlie Bin Mohd Faudzi, Ustaz Fakhrurazi Bin Ghazali, Cg Baharul Adli Bin Baharul Annuar, Cg Anuar Bin Rohizad, Cg Lee Ai Bee, Cg Tan Pei How, Cg Thilagawaty a/p , Cg Zuraina Binti Ahmad, Cg Nirmala a/p Ramakrishnan, Cg Noor Azizah Binti Abd Samad, Cg Siti Rahmah Binti Mat Idris , Cg Nior Farah Aini Binti Roslan, Cg Nurulaisha Binti Othman, Cg Halimaton Saodah Binti Abdullah, Cg Siti Ana Binti Salehudin. GURU SESI PETANG Duduk dari kiri : Cg Mohd Azrul Bin Mohd Nor (GKMB), Cg Zuraini Binti Zainol (GKMK), Cg Harsiah Binti Sayuti(PK Pentadbiran), CG Jamil Bin Othman (Pengetua), Cg Azhar Bin Dun (PK Petang), Cg Zubir Bin Abd Rahim (PK HEM), Cg Muliati Binti Fadhil (GKMTV), Cg Aznida Binti Che Mustaffa. Berdiri baris pertama : Cg Nurashiha Binti Abd Ghani, Cg Mazidah Binti Muhar, Cg Siti Sakinah Binti Ismail, Cg Nik Rohaya Binti Nik Mahmud, Cg Noryati Binti Yaacob, Cg Amalina Binti Johari, Cg Koid Sher Nee, Cg Sanisah Binti Md Saad , Ustazah Siti Khadijah Binti Mansor, Cg Norriza Binti Harun, Cg Sharifah Munira Binti Syed Mohamad, Cg Nor Afiza Binti Amri Berdiri baris kedua: Cg Ros Aida Binti Alkarimah, Cg Masni Binti Omasil, Cg Roslina Binti Mohamad Salleh, Cg Noorlizah Binti Roslih, Cg Mainohaziana Binti Mohd Noh , Cg Zuraida Binti Zainol, Cg Lim Chai Hoay, Cg Gan Chung Lan, Cg Kala a/p Ramakrishnan, Cg Pavany a/p Krishnan. Cg Normala Binti Wahab, Cg Martini Binti Mahmud, Cg Zainun Binti Abdullah, Cg Norizah Binti Madro Berdiri baris ketiga : Cg Rashedi Bin Abdul Rashid, Cg Mispan Bin Mohd Said, Cg Sathasivam a/l Panchalogam, Cg Mohd Syakir Bin Mohd Khalid, Cg Abdul Muhyi Bin Harun, Cg Lim Hooi Kee
BESTARI 2022 PENGAWAS SEKOLAH PRS PENGAWAS PUSAT SUMBER
BESTARI 2022 PENGAWAS SEKOLAH TINGKATAN 6 PENGAWAS PERPUSTAKAAN ZA’BA Duduk dari kiri : Fatin Adani (Pengerusi), Cikgu Noor Azizah, Cikgu Rose Anita, Cikgu Rohana (PK Tingkatan 6), Cikgu Wan Sukeri (Guru Penyelaras KoKurikulum T6), Cikgu Wan Zainab, Muhammad Hafiz Haziq (Naib Pengerusi 1) Berdiri baris pertama : Chew Jia MIn, Chong Yoek Teng, Nail Awatiff Puteri Rohayu, Nurul Aisyah (Naib Pengerusi 2), Fatin Nurzuhairah, Noraina, Nur Hanis Sofia, Siti Nur Batrisyia, Azwa Natasha, Teh Siew Wei, Cheung Hui Mei Berdiri baris kedua: Lee Shu En, Suuria a/l Muniandy, Muhammad Ashraf, Ahmad Basyir, Muhammad Hariz Iqwan,Muhammad Ridhwan, Khaw Joo Yean Duduk dari kiri : Cikgu Haslinda Nazarudin, Cikgu Shawakir Saad, Cikgu Salmah Othman, PK T6 Rohana Hussain, GKoko Wan Sukeri wan Ibrahim, Ckgu Suzaili Othman & Ketua Pengawas Lai Chong Soon Berdiri baris pertama : Nur Hanis Zulaikha Mohd Zamri, Neesha a/p Nanthakumar, Nur Syahira Aneesa btSahrom, Nur Aisyah Najwa Bt K Othman, Noorul Faziya bt Jahir Hussein, Nur Arifah Aina bt Rosdin, Nur Alia Suraya bt Mazlan & Aizatul A’inna bt Azhar. Berdiri baris kedua: A g Qian Li, Hemendrakumar a/l Ganesan, Muhammad Syazwan Fakhri b Muhammad Rizal, Muhammad Nur Irfan B Zainol &Mumammad Danial b Mohd Farid.
BESTARI 2022 PRESTASI AKADEMIK
BESTARI 2022 PENCAPAIAN SPM
BESTARI 2022 PENCAPAIAN STPM
BESTARI 2022
BESTARI 2022 AKTIVITI SEKOLAH
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022
BESTARI 2022