The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LIM WAN WAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
03 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by limwanwan05, 2021-04-03 11:20:51

BUKU LOG LENCANA JAYADIRI : LIM WAN WAN

LIM WAN WAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH
03 SEREMBAN TIMUR NEGERI SEMBILAN

BUKU LOG LENCANA JAYA DIRI

LIM WAN WAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MEWAH

KUMPULAN 03 DAERAH SEREMBAN TIMUR NEGERI
SEMBILAN

Nama Penuh : LIM WAN WAN

Tarikh Lahir : 01 / 05 / 2005 No. K/P : 050501-05-O360
Keturunan : CINA Agama : BUDDHA
Jantina :PEREMPUAN No. H/P : 013-3222292

Kegemaran : MEMBACA
Cita-cita
Alamat rumah : DOKTOR
Nama Sekolah
: 389, LORONG S2 A9/7 , GREEN STREET HOME ,
SEREMBAN 2 , 70300 , SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN
: SMK BUKIT MEWAH

Alamat sekolah : JALAN TOK UNGKU 70200 DEREMBAN NEGERI
No. Kumpulan SEMBILAN
: 03

Daerah : SEREMBAN

Negeri : NEGERI SEMBILAN

REKOD UJIAN LENCANA JAYADIRI

Nama Penuh : LIM WAN WAN

Tarikh lahir : 01 / 05 / 2005 No. K/P : 050501-05-0360

No. Kumpulan : 03

Daerah : SEREMBAN

Negeri : NEGERI SEMBILAN

BIL. PERKARA TARIKH LULUS TANDATANGAN
PENGUJI

1. Fungsi Parlimen

2. Bendera negeri dalam Malaysia dan
lambang Negara dan Negeri

3. Fungsi sebuah agensi kerajaan

4. Peta kawasan parlimen negeri dan
ahli parlimen

5 Buku log peribadi

Adalah disahkan bahawa Pengakap Remaja di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Jayadiri.

Tarikh Pemimpin Pengakap Remaja
(Nama & cap)

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara.

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.

Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian
kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan,
Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

 Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan.

 Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan
konsep penubuhan Negara Malaysia.

 Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa
masing-masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara
dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam
Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat.

 Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-
negeri dan setiap negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir
perkara-perkara tersebut.

 Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh
Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di
sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu
telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat
orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.

 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama
Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.

 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

 Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak
mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula
menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut
nasihat Menteri Besar masing-masing.

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan
mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi
negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

 Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Parlimen
terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

 Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau pun
membubarkan Parlimen.

 Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh
Perlembagaan untuk menetapkan persidangan Parlimen dalam tempoh masa
enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal terakhir dan
tarikh mesyuarat pertama dalam persidangan penggal akan datang.

 Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu
memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal
berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28)
hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula.

 Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh
meminda tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan.

 Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama
persidangan diadakan selepas pilihan raya umum kecuali ianya dibubarkan
terlebih dahulu.

 Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen dengan sendirinya
terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi
memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan.

Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu tarikh yang tidak
melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh pembubarannya.

FUNGSI PARLIMEN

1. KUASA PERUNDANGAN PARLIMEN
Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting bagi negara. Parlimen
adalah badan kuasa perundangan untuk Persekutuan dan dengan itu membuat
undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Persekutuan.

2. KEWANGAN
Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar
Persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang
dinyatakan dalam undang-undang Persekutuan.

Semua hasil yang diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya dapat dibelanjakan dengan
kuat kuasa Parlimen.

3. KUASA PERBINCANGAN
Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai
mengenai hal-ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak-
tanduk kerajaan bolehlah diselaraskan mengikut pendapat umum.

4. KUASA PENYELENGGARAAN
Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan tanggungjawab yang
diletakkan ke atasnya dengan sepenuhnya serta berkesan pula, maka
Perlembagaan memberi beberapa hak dan perlindungan undang-undang yang
dikenali sebagai ‘keistimewaan Parlimen’.

Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap dewan pada keseluruhannya dan oleh
tiap-tiap ahli Parlimen.

5. KUASA MENGHUKUM
Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat peraturannya sendiri, masing-masing
mempu-nyai pengawasan khas terhadap perjalanan persidangannya sendiri, sah

atau tidak sah perjalanan mesyuaratnya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana
mahkamah; dan tiap-tiap dewan boleh menghukum ahli-ahlinya kerana
melanggar keistimewaan Parlimen atau ‘mencemar’ dewan.

Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutu-an, tiap-tiap ahli Parlimen
terlindung daripada tindakan undang-undang jenayah atau sivil berhubung dengan
perkara-perkara yang diperkatakan atau undi yang dibuat dalarn Parlimen, dan
perlindungan yang sama juga diberi kepada orang-orang yang bertindak di bawah kuat
kuasa mana-mana dewan.

DEWAN NEGARA

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua
kategori seperti berikut:

1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13
negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli masing-masing dari Wilayah
Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

● Warganegara Malaysia
● Berumur tidak kurang dari 30 tahun
● Sempurna akal
● Bukan seorang muflis

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh
disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat
Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen.

Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam
profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti
kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa
minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Negara.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat
setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihan raya.

Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan setiap
lima tahun.

Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi
mentadbir negara.

Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
● Sempurna akal.
● Bukan seorang muflis.
● Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan

Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan
mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat
setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan
Perlembagaan.

FUNGSI DEWAN NEGARA

1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.

2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan
Rakyat. Semua rang undang-undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh
Dewan Negara sebelum dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong untuk ditandatangani.

3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang undang-undang dan
merujukkannya semula kepada Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak
rang undang-undang tersebut.

4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat penyalah-gunaan kuasa Dewan
Rakyat.

5. Rang undang-undang yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong akan
menjadi Akta Parlimen dan seterusnya undang-undang.

FUNGSI DEWAN RAKYAT

1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.

2. Bersidang dari semasa ke semasa.

3. Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang menerangkan dasar-dasar
kerajaan.

4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang undang -undang diperkenalkan
di Dewan Rakyat. Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian akan
dijalankan. Jika telah diterima dan diluluskan, usul ini akan dihantar ke
Dewan Negara untuk perbahasan dan perbincangan.

5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika 2/3 ahli Parlimen
menyokong pindaan tersebut.

NEGERI BILANGAN AHLI
Perlis 3 orang
Kedah 15 orang
13 orang
Pulau Pinang 24 orang
Perak 22 orang

Selangor

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11 orang
Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 orang
Negeri Sembilan 8 orang
Melaka 6 orang
Johor 26 orang
Pahang 14 orang
Terengganu 8 orang
Kelantan 14 orang
Sarawak 31 orang
Sabah 25 orang
Wilayah Persekutuan Labuan 1 orang

BENDERA MALAYSIA

7 jalur merah & 7 jalur putih yang melintang dan sama lebarnya adalah
tanda keanggotaan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan,
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,
Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

 Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu agama
Islam.

 Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dalam
Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.

 Warna kuning adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja.

 Warna merah melambangkan keberanian.
 Warna putih melambangkan kesucian.
 Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

Kuning : Melambangkan D.Y.M.M. Raja.

Biru : Melambangkan rakyat.

Nota tambahan :
Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang eratdi antara Raja
dengan Rakyat baginda

Merah : Melambangkan warna tradisional negeri dan juga
melambangkan kemewahan,
Padi : Melambangkan ngeri makmur dalam hal kehidupan
Bulan Sabit : Melambangkan simbol agama Islam.
Perisai : Melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga
rakyatnya

Biru Muda : Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau
itu.
Putih : Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai.
Kuning : Melambangkan kemakmuran.
Pohon Pinang : Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat
namanya.

Putih : Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Perak

Kuning : Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda
Perak

Hitam : Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir
Perak

Nota tambahan
Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak

Kuning dan merah : Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur
yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

Bulan Bintang : Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri

Putih : Melambangkan kesucian Agama Islam

Merah, putih, kuning dan biru: Melambangkan Melaka ialah sebuah
negeri dalam Persekutuan
Anak Bulan dan Bintang : Melambangkan Agama Islam, agama negeri
dan Malaysia.

Kuning : Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Merah : Melambangkan rakyat.
Hitam : Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang
menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Anak bulan dan bintang bewarna putih : Melambangkan Raja yang
berdaulat.

Merah : Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri.

Biru tua : Melambangkan Kerajaan Negeri

Hitam : Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah
negeri Pahang pada suatu ketika dahulu.
Putih : Melambangkan Raja.
Nota tambahan
Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri
yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.

Merah : Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada
Raja.
Putih : Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini.

Putih : Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.
Hitam : Melambangkan rakyat
Anak bulan dan bintang : Melambangkan agama Islam

Biru Zirkon : Melambangkan keamanan dan ketenteraman
Putih : Melambangkan kemurnian dan keadilan,
Merah cili : Melambangkan keberanian dan keyakinan.

Biru salji : Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
Nilakandi : Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Gunung Kinabalu dan lima jenis warna :
Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini.

Merah : Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan
rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses
membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Kuning : Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan
(Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang
kaum.
Hitam : Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah,
balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung Sembilan :
Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam
harmonis. Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat
perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

 Bendera Wilayah Persekutuan ialah bendera rasmi Wilayah
Persekutuan Malaysia. Ia telah diterima pakai pada 23 Mei 2006.

 Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili Wilayah
Persekutuan secara keseluruhannya.

 Tiga bendera asal-asal masih digunakan apabila mewakili Wilayah
Persekutuan individu.

 Kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan dan kehormatan

 Merah untuk kekuatan

 Biru untuk perpaduan, keikhlasan dan keharmonian.

 Tiga bar ufuk ini mempunyai perkadaran yang sama dengan
bendera Venezuela.

 Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga wilayah,
menyokong misi mereka untuk menjadi pusat pentadbiran dan
perniagaan yang penting.

 Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain pada
masa akan datang.

 Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung
dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.

 Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia.

 Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada
Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu).

 Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang
dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri
Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-
negeri Selat dahulu.

 Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah
itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan
kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri
Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat
buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

 Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di
sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya
ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan.

 Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam
Lambang Malaysia,

 Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di
sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan.

 Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.

 Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat,
bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu
sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat
Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.

 Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama
negeri iaitu padi.

 Perisai tanda kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
 Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu

kerana kekayaan hasil padinya.

 Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama Negeri ini.
 Anak bulan tanda Agama Islam.
 Perisai pula tanda kekuasaan.

 Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu.
 Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan

Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4)
kabel yang menegakkan tiang tersebut.
 Dua (2) tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam
Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat.
 Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan
di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
 Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah
lima (5) tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima
prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di
Pulau Pinang.

 Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

 Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga
padi.

 Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.
 Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.
 Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan

kesuburan negeri.

 Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
 Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah

kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-
tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
 Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.

 Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt
pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

 Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan
buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

 Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan
pada masa yang lalu dengan British.

 Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.
 Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.
 Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan

buah negeri dalam gabungan lama.

 Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.
 Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri"

tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar

 Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah
negeri dalam Malaysia.

 Lima bilah keris maksudnya LIMA ORANG pahlawan termasyhur di
Melaka pada zaman dahulu.

 Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama
rasmi negeri.

 Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat
namanya.

 Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah untuk
memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah
menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan
untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

Mahkota tanda D.Y.M.M.

 Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat
Buah Jajahan besar asal negeri itu iaitu Johor Bahru, Muar, Batu
Pahat dan Endau.

 Bintang dan Anak Bulan di tengah tanda Agama Islam.

 Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan
kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu
merayau-rayau di negeri ini.

 Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya
Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi
negeri ini.

 "KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

 Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada
emas termasuk penongkok dan taran.

 Logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862
emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.

 Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat
dari emas.

 Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan
bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata
negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.

 Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut.

 Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan.

 "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

 Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.
 Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja.
 Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat

Kebesaran Negeri.
 Quran di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.
 Buku Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.
 Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.

 Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan.

 Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang
Melayu Kelantan.

 Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam.

 Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa
sedia untuk mempertahankan dirinya.

 Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri
ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan
(kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih
kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkanWANG emas
dicap dengan gambar binatang itu.

 "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata
negeri ini.

 Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang
berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera
Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu
biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi.

 Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah
perisai.

 Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru
zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V.

 Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu
berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji.

 Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang
tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya"
berwarna putih.

 Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan
perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum
di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

 Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian
Pentadbiran Negeri Sabah.

 Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman,
warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.

 Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

 Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara
nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

 Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

 Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang:
Terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua
lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik
pembangunan".

 Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan Sarawak
daripada negeri-negeri lain di dunia.

FUNGSI AGENSI KERAJAAN

Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun adalah sebuah perbadanan awam dalam
struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan
Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan oleh
kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri
masing-masing.

Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan
penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan
awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan
kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta.

Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan
bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan
dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa
kerajaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang terdapat di Negeri
Sembilan adalah:

1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan

3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

4. Yayasan Negeri Sembilan

5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Urban Development Authority)
merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996.

Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar
yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan.

Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan Bandar.

UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12
November 1971 di bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan
Pembangunan Bandar.

Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA
Holdings Sendirian Berhad.

Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL).

UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang dianggapnya
sesuai.

Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan semula
"bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi penyenggaraan
bangunan-bangunan bersejarah di kawasan bandar.

Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah Taman
Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor dan
juga Bandar Baru UDA di Johor Bharu.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI (Malaysian
Agricultural Research and Development Institute).
Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11 tahun 1969) dan
mula beroperasi pada Mac 1971.

Menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan
industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan yang tersohor dalam bidang
makanan, pertanian dan industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.
Menjana dan memindahkan pengetahuan, teknologi, kompetensi dan perkhidmatan
teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan
pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang inovatif, komersil dan berdaya
saing.

Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan
dengan:

● Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah,
kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan

● Perladangan campuran

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA (Federal Land Development
Authority)
Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956)
dikuatkuasakan.
Menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-
kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Menjadi pemacu pembangunan penempatan Negara yang progresif
Menambah nilai untuk kepentingan peneroka

Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk
tanaman kontan.
Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin
malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut
menerima peneroka pelbagai kaum seperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga
Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan
keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia.
Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer
persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit.
Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar
bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan
minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen
sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi. Badan ini diberi mandat dan kuasa untuk
mengendalikan dan menjalankan berbagai-bagai kegiatan. Majlis ini terdiri daripada wakil-
wakil kerajaan dan mereka yang dilantik oleh sebab hubungannya yang rapat dengan
rakyat Bumiputera.
MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-peluang bagi kaum Bumiputera untuk
meninggikan lagi taraf hidup mereka. Peranan yang utama dan terpenting sekali ialah
untuk menggalakkan dan membantu penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang
perdagangan dan perusahaan.

Sehubungan itu bagi mencapai tujuan tersebut maka MARA menjalankan tugas seperti
yang berikut:

1. Sistem pendidikan dan latihan akademik, profesional atau latihan-latihan lain
kepada kaum Bumiputera. MARA telah menubuhkan beberapa buah sekolah, maktab dan
Universiti Teknologi Mara.

2. Menyediakan pinjaman kewangan untuk projek keusahawanan kepada kaum
Bumiputera

3. Memberikan perkhidmatan sebagai penasihat pengurusan dan teknik kepada
peniaga Bumiputera

4. Melaksanakan projek perdagangan, perusahaan dan pengangkutan yang dimiliki
sepenuhnya oleh MARA ataupun yang memiliki bersama dengan tujuan menyerahkan
projek-perojek yang system kepada kaum Bumiputera.

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas ialah sebuah syarikat
minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di bawah
syarat-syarat Akta Pembangunan Petroleum. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan
Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber
minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk
membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.

Matlamat PETRONAS untuk melindungi kedaulatan negara ke atas rizab minyak dan
gas, untuk merancang keperluan negara masa kini dan masa hadapan bagi minyak dan
gas, untuk mengambil bahagian dalam mengedar dan petroleum pemasaran dan
produk petrokimia pada harga yang berpatutan, untuk menggalakkan penyediaan loji,
kelengkapan, dan perkhidmatan oleh syarikat-syarikat Malaysia, untuk menghasilkan
baja bernitrogen dan untuk menyebarkan manfaat industri petroleum di seluruh
negara.

KAWASAN PARLIMEN NEGERI SEMBILAN

P126 JELEBU Datuk Jalaluddin Alias - BN

P127 JEMPOL Datuk Salim Sharif - BN

P128 SEREMBAN Loke Siew Fook - PH

P129 KUALA PILAH Eddin Syazlee Shith - PPBM

P130 RASAH Cha Kee Chin - PH

P131 REMBAU Khairy Jamaluddin Abu Bakar- BN
Anwar Bin Ibrahim- PKR
P132 PORT DICKSON Dr. Hasan Baharom - PH
(TELOK KEMANG)

P133 TAMPIN

KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

N1 CHENNAH Loke Siew Fook - PKR

N2 PERTANG Noor Azmi Yusof - BN

N3 SUNGAI LUI Mohd. Razi Mohd. Ali - BN

N4 KLAWANG Bakri Sawir - PKR

N5 SERTING Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli - BN

N6 PALONG Mustapha Nagoor - BN

N7 JERAM PADANG Datuk Manickam Letchuman - BN

N8 BAHAU Teo Kok Seong - PKR

N9 LENGGENG Suhaimi Kassim - PKR

N10 NILAI Arul Kumar Jambunathan - PKR

N11 LOBAK Chew Seh Yong - PKR

N12 TEMIANG Ng Chin Tsai - PKR

N13 SIKAMAT Aminuddin Harun - PKR

N14 AMPANGAN Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek - PKR

N15 JUASSEH Datuk Ismail Lasim - BN

N16 SERI MENANTI Datuk Abdul Samad Ibrahim - BN

N17 SENALING Datuk Adnan Abu Hassan - BN

N18 PILAH Mohamad Nazaruddin Sabtu - PKR

N19 JOHOL Saiful Yazan Sulaiman - BN

N20 LABU Ismail Ahmad - PKR

N21 BUKIT KEPAYANG Tan Lee Koon - PKR

N22 RAHANG Mary Josephine Prittam Singh - PKR

N23 MAMBAU Yap Yew Weng - PKR
N24 Gunasekaran Palasamy - PKR
N25 SEREMBAN JAYA Mohamad Taufek Abd. Ghani - PKR
(SENAWANG)

PAROI

N26 CHEMBONG Datuk Zaiful Bahri Idris - BN

N27 RANTAU Datuk Seri Mohamad Hassan - BN

N28 KOTA Datuk Dr. Awaluddin Said - BN

N29 CHUAH Michael Yek Diew Ching - PKR

N30 LUKUT Choo Ken Hwa - PKR

N31 BAGAN PINANG Datuk Tun Hairudin Abu Bakar - BN

N32 LINGGI Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza - BN
N33 Ravi Munusamy - PKR
N34 SRI TANJUNG
(PORT DICKSON) Datuk Abdul Razak Said - BN

GEMAS

N35 GEMENCHEH Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa - BN
N36 REPAH Veerapan Superamaniam - PKR

Kawasan Parlimen tempat kediaman

Kawasan Parlimen : Seremban

Nama Ahli Parlimen : Loke Siew Fook - PH

Kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) tempat kediaman

Kawasan DUN : Bukit Kepayang

Nama Ahli DUN : Tan Lee Koon - PKR


Click to View FlipBook Version