PENTAKSIRAN DALAM
PEMBELAJARAN
GEOGRAFI -
KONSEP UJIAN DAN
PEMBINAAN ITEM
UJIAN
Disediakan oleh:
1) AHMAD HAMIRUL AMIN BIN RAMLI (147984)
2) MARTINA MENIE ANAK RANDI (147858)
3) MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN AHMAD BASER (146654)
ISI
KANDUNGAN
(Halaman)
KONSEP UJIAN (3)
PRINSIP-PRINSIP ASAS
PEMBINAAN UJIAN (3-4)
LANGKAH AM
PENYEDIAAN ITEM
UJIAN (4-5)
ITEM UJIAN OBJEKTIF,
CONTOH UJIAN, KELEBIHAN
DAN KELEMAHAN. (6-8)
ITEM UJIAN SUBJEKTIF, CONTOH
SOALAN, KELEBIHAN DAN
KELEMAHAN. (9-11)
RUJUKAN (12)
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI - KONSEP UJIAN DAN PEMBINAAN ITEM UJIAN
KONSEP UJIAN
Ujian atau pengujian ialah penggunaan instrumen atau alat yang cuba menguji sebahagian
tingkahlaku pelajar. Antara instrumen yang digunakan dalam Geografi adalah ujian berbentuk objektif,
ujian bertulis dan pemerhatian. Sesuatu ujian yang dilaksanakan terdiri daripada soalan-soalan yang
menguji tahap kebolehan dan keupayaan pelajar secara teratur dan sistematik.
PRINSIP-PRINSIP ASAS PEMBINAAN UJIAN
Menurut Gronlund,1982, terdapat lima prinsip asas pembinaan ujian. Ujian yang dibina mestilah mengukur:
1) Mengukur semua 2) Meliputi semua
objektif tahap
pembelajaran pembelajaran
5) Boleh PRINSIP- 3) Menggunakan
meningkatkan PRINSIP bentuk ujian
ASAS yang sesuai
pelajaran
4) Sah dan boleh
dipercayai
MENGUKUR SEMUA MELIPUTI SEMUA TAHAP MENGGUNAKAN BENTUK
OBJEKTIF PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN UJIAN YANG SESUAI
Ujian yang dibina perlu Ujian yang dibina Ujian yang dibina perlu
meliputi objektif hendaklah menguji sesuai dengan tahap
pembelajaran bagi tajuk semua tahap pembelajaran seperti:
yang telah diajarkan. pembelajaran seperti Tahap ingatan - isi tempat
Perlu menyediakan Jadual Pengetahuan, kosong dan padanan
penentuan ujian (JPU) Kefahaman, Aplikasi, Tahap kefahaman - soalan
Analisis, Sintesis dan aneka pilihan dan esei.
Penilaian.
3
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI - KONSEP UJIAN DAN PEMBINAAN ITEM UJIAN
SAH DAN BOLEH BOLEH MENINGKATKAN
DIPERCAYAI PELAJARAN
Ujian yang dilakukan Ujian yang dibina
mengukur ketetapan yang membolehkan pelajar
telah dirancang oleh guru untuk mempelajari isi
seperti objektif pelajaran. Ujian tersebut
pembelajaran. boleh alat ulangkaji kepada
pelajar untuk lebih
memahami isi pelajaran
tersebut.
LANGKAH AM PENYEDIAN ITEM UJIAN
Terdapat lima langkah am untuk penyedian item ujian iaitu:
LANGKAH AM
PENYEDIAN ITEM UJIAN
1) Menyediakan 2) Menulis Item 3) Menyemak 4) Menilai Item 5) Membuat
Jadual Penentuan Ujian Item Ujian Ujian Kajian Rintis
terhadap Item
Ujian (JPU)
1) Menyediakan Jadual Penentuan (JPU)
Maksud JPU- Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta dua-hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
JPU dibina melalui beberapa langkah iaitu:
1) Mengkaji sukatan pelajaran - Ujian perlu merangkumi tajuk-tajuk yang diajarkan.
2) Menganalisis objektif pembelajaran - Ujian dibina berdasarkan objektif serta tahap pembelajaran.
3) Menentukan jenis soalan - Guru perlu menentukan untuk membina soalan objektif dan subjektif
4) Menentukan bilangan soalan - Bilangan soalan perlu cukup bagi mengukur aspek yang telah ditetapkan
JPU disediakan supaya ujian yang dibina mengikut tahap pembelajaran dan objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan sebelum pengajaran dimulakan.
Contoh JPU ( Soalan Objektif Geografi Tingkatan 1)
4
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI - KONSEP UJIAN DAN PEMBINAAN ITEM UJIAN
2) Menulis Item Ujian
Item ujian ditulis selepas JPU siap disediakan.
Guru boleh mula menuliskan item ujian seperti soalan beraneka pilihan, isi tempat kosong, soalan jawapan
pendek, soalan betul-salah, soalan padanan, dan soalan esei.
Item ujian ditulis dengan menggunakan beberapa prinsip seperti:
1) Memberikan arahan yang ringkas dan mudah difahami oleh pelajar seperti (
Pilih satu soalan yang betul sahaja bagi setiap soalan berikut.
2) Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami
maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut.
3) Menyemak Item Ujian
Item ujian perlu disemak selepas siap ditulis oleh guru yang membina item ujian.
Tujuan item ujian disemak:
Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan
mudah difahami pelajar.
Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami
pelajar dan mengandungi maklumat mencukupi.
Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan
dan objektif pengajaran.
4) Menilai Item Ujian
Item ujian perlu dinilai oleh pakar mata pelajaran.
Item ujian dinilai dari segi:
Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami
pelajar.
Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang
cukup untuk pelajar menjawabnya.
Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur
kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
5) Membuat Kajian Rintis terhadap Keseluruhan Item
Kajian rintis dilakukan sebagai kajian awal terhadap kesesuaian item-item ujian yang disediakan sama
ada bersesuaian dan setara dari segi tahap pengetahuan pelajar sasaran.
Kajian rintis ini perlu dilakukan untuk menentukan:
Tiada kesalahan ejaan dalam setiap arahan soalan
Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi
maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
Soalan yang dibina meliputi tajuk yang diajarkan, tiada soalan daripada
tajuk yang tidak diajarkan.
Masa yang diperuntukkan cukup untuk pelajar menjawab soalan.
Sila scan QR code ini untuk mengakses video penerangan
5
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI - KONSEP UJIAN & PEMBINAAN ITEM UJIAN
PEMBINAAN ITEM UJIAN
SOALAN OBJEKTIF
DEFINISI SOALAN OBJEKTIF
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang
menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai untuk digunakan
untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir.
Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang
betul atau paling baik. Apabil sesuatu semakan jawapan dibuat, semua
pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
"Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa
secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika
memeriksa tindak balas yang serupa"
(Gronland, 1977)
Soalan objektif terbahagi
kepada dua jenis
Item respon bebas Item respon tetap
- Memerlukan murid meneliti - Memerlukan murid
soalan dan menuliskan memikirkan jawapan yang
jawapan sendiri. Biasanya paling betul atau paling
jawapan ditulis pada hujung tepat. Jawapan dipilih
soalan. Terdapat juga soalan daripada dua atau lebih
yang berbentuk pilihan.
melengkapkan penyataan.
6
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI - KONSEP UJIAN & PEMBINAAN ITEM UJIAN
CONTOH UJIAN
SOALAN OBJEKTIF
Format Item Soalan Objektif
(Aneka Pilihan)
Arahan hendaklah jelas.
Soalan dan jawapan hendaklah padat dan jelas.
Elak menggunakan perkataan berulang.
Jawapan harus munasabah.
Taburan jawapan secara rawak.
Jawapan pilihan ditulis sama panjang.
Jawapan berbentuk "semua di atas/tiada satu di atas"
dikurangkan.
Aras kesukaran perlu setara.
Jawapan pilihan boleh disusun ikut abjad atau nilai nombor.
Format Item Soalan Objektif
(Padanan)
Arahan hendaklah jelas.
Pernyataan soalan ditulis dengan padat.
Aras kesukaran yang sama.
Pernyataan yang dibuat perlu mempunyai perkaitan yang
tepat.
Elakkan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat.
Bilangan padanan tidak terlalu banyak.
Format Item Soalan Objektif
(Betul-Salah)
Arahan hendaklah jelas.
Soalan dan jawapan ditulis secara padat.
Perlu dibuat secara rawak.
Aras kesukaran yang sama.
Soalan berasaskan pernyataan yang jelas Betul/Salah.
Elakkan pernyataan yang betul lebih panjang dari yang salah.
Elakkan perkataan "selalu" dan "tidak pernah".
Bilangan Betul-Salah hampir sama.
Format Item Soalan Objektif
(Isi Ruang Kosong)
Arahan hendaklah jelas.
Soalan dan jawapan ditulis secara padat.
Aras kesukaran yang sama.
Perkataan yang dikosongkan adalah perkataan yang penting
sahaja.
Elakkan terlalu banyak ruang kosong.
Ruang kosong kebiasaannya berada di penghujung pernyataan.
7
PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI - KONSEP UJIAN & PEMBINAAN ITEM UJIAN
KELEBIHAN DAN
KELEMAHAN ITEM
UJIAN OBJEKTIF
Sila imbas kod QR
tersebut untuk
menonton video
penerangan.
8
PEMBINAAN ITEM UJIAN SOALAN SUBJEKTIF
Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang
berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman,
kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon
secara tulisan.
2 JENIS (SOALAN SUBJEKTIF)
TINDAK BALAS TERHAD
Item jenis struktur terbentuk daripada
satu atau dua bahagian isi kandungan
jawapan yang mengandungi beberapa
patah perkataaan dan bahan-bahan
yang disertakan pada soalan. Jenis
soalan sebegini mengehadkan isi dan
bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis
biasannya berbentuk pendek dan tidak
panjang. Jawapan tidak memerlukan
huraian lanjutan.
TINDAK BALAS LANJUTAN
Prinsip pembinaan soalan
jenis esei Aras kesukaran
soalan hendaklah setara.
Bahasa yang digunakan tidak
perlu berbunga-bunga.Soalan
hendaklah jelas dan sesuai
dengan aras kemahiran
pelajar
9
CONTOH UJIAN SOALAN SUBJEKTIF
FORMAT ITEM SOALAN SUBJEKTIF (STRUKTUR)
Disusun dan diatur
secara sistematik
Terbentuk daripada
1 atau 2 bahagian –
jawapan ada
beberapa patah
perkataan
FORMAT ITEM SOALAN SUBJEKTIF (ESEI)
Gerak balas dalam
tulisan dengan guna
perkataan sendiri
Boleh ukur peringkat
kognitif yg tinggi
Tindak balas yang
diberikan bersifat
subjektif dan hanya
berbeza dari segi mutu
atau merit
10
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN
ITEM UJIAN SUBJEKTIF
KELEBIHAN
Mudah digubal
Sesuai untuk semua mata pelajaran
Sesuai untuk semua aras taksonomi
Membuatkan calon menganalisis,
mengintegrasikan idea yg diperoleh.
Mengurangkan konsep meneka.
Berguna untuk mengesan punca
kelemahan, salah tafsiran, konsep-
konsep yang samar-samar.
Murid boleh mengelolakan pengetahuan
mengemukakan pendapat dan sikap, dan
bolehmembuktikan inisiatif daya cipta
atau keaslian.
KELEMAHAN
Bidang yg diuji terhad.
Soalan boleh diramal.
Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang
banyak.
11
RUJUKAN
Anne Ummu Hurairah (2012) Penggubalan Item/Soalan Ujian. Diakses daripada
https://www.slideshare.net/AnneUmmuHurairah/penggubalan-itemsoalan-ujian
Abas, Z. (2006). Menyemak Jawapan Soalan Subjektif Menggunakan Pendekatan Pemprosesan
Bahasa Tabii (Doctoral dissertation, Universiti Utara Malaysia).
Kamal Azmi Zainol (n.d.) Pembinaan Item Ujian. Diakses daripada
https://www.academia.edu/31401528/Pembinaan_item_ujian
Norsiah Baluan (n.d.) Bab 1 Konsep Asas Pentaksiran. Diakses daripada
https://www.academia.edu/17147286/BAB_1_Konsep_Asas_PENTAKSIRAN
12