The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

17 DISEMBER 2021 _ Mingguan Kementah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamizahhelmi, 2021-12-16 20:42:34

MINGGUAN KEMENTAH BIL.15-2021

17 DISEMBER 2021 _ Mingguan Kementah

JUMAAT 17 DISEMBER 2021 BIL. 15

MINGGUAN KEMENTAH

RANGKUMAN MINGGUAN PERTAHANAN

MAY 13, 1969: RACIAL RIOTS - A
SECURITY PERSPECTIVE

Penulis memaparkan penglibatan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) di dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969. Ia
juga merupakan sebuah rekod dan catatan sejarah yang
menggambarkan secara terperinci berkaitan atur gerak
pasukan keselamatan ketika rusuhan berdarah itu terjadi.
Penulisan buku ini turut menggariskan susur galur konflik
perpecahan yang membawa kepada berlakunya insiden 13
Mei. Turut diperincikan langkah-langkah yang
dilaksanakan bagi mengatasi konflik antara kaum ini dari
terus berulang lagi di masa hadapan.
Sambungan di muka surat 03

10 PATI MATI
LEMAS CUBAAN
SELUDUP
MASUK DI
TANJUNG
BALAU

Muka Surat 05

20 VETERAN CUBAAN PATI MASUKI SABAH AKM 100 HARI KEMENTERIAN
ATM SERTAI PERTAHANAN BERJAYA
PROJEK Op BENTENG BERSAMA berjaya
PERISTIS mematahkan cubaan dua buah bot Kementerian Pertahanan telah
BOUSTEAD yang membawa Pendatang Asing mempamerkan inisiatif- inisiatif
GREEN ARMY Tanpa Izin (PATI) warga Filipina Kementerian yang diterajui oleh
menyusup masuk ke negara ini. Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’
Muka Surat 08 Seri Hishammuddin Hussein dengan
TRILAT 01 melaksanakan rondaan memfokuskan kepada enam aspirasi.
GALERI PTD dan tinjauan udara telah mengesan
ASPIRASI tiga buah bot dari arah Pulau Pencapaian 100 hari Tempoh 100
GENERASI Sitangkai, Filipina menuju ke Bangau- hari Aspirasi Keluarga Malaysia
BAHARU Bangau, Semporna, Sabah melalui ditetapkan selepas pengumuman
kawasan Perairan Malaysia. Kabinet Baharu oleh YAB Perdana
Muka Surat 09 Menteri iaitu bermula pada 1
Dua bot berjaya ditahan bersama 42 September 2021 dan berakhir pada 9
PATI manakala satu bot berjaya Disember 2021.
melepaskan diri memasuki perairan
antarabangsa. Sambungan di muka surat 10

Sambungan di muka surat 04

PANDEMIK COVID -19: ATM TERUS KOMITED DI BARISAN HADAPAN

FACEBOOK : KEMENTERIAN PERTAHANAN

16 Dis 2021 – “Pandemik COVID-19: ATM Terus Komited Di
Barisan Hadapan Negara”, merupakan tema kalendar rasmi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihasilkan dan ditaja
oleh Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) untuk
tahun 2022.

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Rasmi Kalendar ATM 2022
telah dilangsungkan di Wisma Perwira ATM. Majlis yang
disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri
Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM yang turut dihadiri oleh
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin
Mohd Zain, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin
Hj Abdul Samad TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut,
Laksamana Madya Dato’ Abdul Rahman bin Hj Ayob.

Pengerusi PERNAMA, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Abdul Aziz bin
Hj Zainal (Bersara) di dalam ucapannya mengharapkan agar
penghasilan kalendar ATM 2022 ini dapat menyuntik semangat

dan mengukir senyuman kepada wira-wira negara dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab
membantu kerajaan menangani cabaran pandemik Covid-19.

Di dalam majlis yang sama, pihak PERNAMA turut menyerahkan cek sumbangan kepada Tabung
Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bagi tahun 2021 yang bernilai RM150,000.

PAT dalam ucapannya turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada PERNAMA di atas sumbangan
kalendar dan wang tersebut serta keperihatian PERNAMA terhadap ahli keluarga anggota dan para
veteran yang memerlukan dengan menyumbang bungkusan makanan bernilai RM 80,000 kepada
mereka.

Jalinan kerjasama yang kekal utuh antara PERNAMA bersama ATM pada setiap tahun PERNAMA
dengan daya usaha dan inisiatif akan menghasilkan kalendar khas buat ATM yang akan memaparkan
koleksi-koleksi gambar dan maklumat aktiviti berkaitan ATM. Ini merupakan satu tanda penghargaan
PERNAMA buat seluruh warga ATM.

SEBUAH CATATAN PERISTIWA HITAM NEGARA DARI KACA MATA KETENTERAAN

FACEBOOK : TENTERA DARAT MALAYSIA

16 Dis 2021 – “May 13, 1969: Racial Riots - A Security
Perspective”, buku yang menggambarkan situasi sebenar
peristiwa hitam negara berdasarkan perspektif keselamatan,
dilancarkan pada hari ini.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Panglima Tentera
Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain
dilangsungkan di Dewan Zulkifli Zain, Wisma Perwira Tentera
Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Buku nukilan Mejar Jeneral Dato’ Dr Nordin bin Yusof (Bersara)
memaparkan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
di dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969. Ia juga merupakan
sebuah rekod dan catatan sejarah yang menggambarkan secara terperinci berkaitan atur gerak pasukan
keselamatan ketika rusuhan berdarah itu terjadi.

Penulisan buku ini turut menggariskan susur galur konflik perpecahan yang membawa kepada
berlakunya insiden 13 Mei. Turut diperincikan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mengatasi konflik
antara kaum ini dari terus berulang lagi di masa hadapan.

Penulisan yang didokong dengan pelbagai sumber artikel dan bahan bergambar dari koleksi-koleksi
muzium, jabatan kerajaan, jurnal, akhbar dan koleksi milik penulis ini sendiri, akan dicetak sebanyak 2,000
naskah. Sejumlah 1,200 naskah telah dijual kepada pelbagai agensi kerajaan, perpustakaan negeri dan
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sejumlah 500 naskah pula
telah dibeli oleh Tentera Darat Malaysia (TDM).

Tan Sri PTD di dalam ucapannya, berharap agar penerbitan buku
ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan akan turut dijadikan
sebagai sumber rujukan ilmiah, khususnya dalam konteks untuk
memahami latar belakang peristiwa 13 Mei 1969 supaya ia tidak
berulang lagi di kemudian hari. Tan Sri PTD turut menyatakan
bahawa keamanan dan keharmonian dalam Malaysia adalah
sangat tinggi nilainya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
Selain itu, peristiwa tersebut juga menonjolkan kepada dunia
bahawa ATM bukanlah sebuah organisasi yang gilakan kuasa
bila mana setelah keadaan kembali normal, ATM yang
menguasai negara pada masa itu telah menyerahkan kembali
kuasa pentadbiran negara kepada kerajaan yang sah dan dipilih
oleh rakyat.

Tan Sri PTD turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada
Mejar Jeneral Dato’ Dr Nordin Yusoff (Bersara) selaku penulis
dan Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (KP RAMD) di
atas kejayaan menghasilkan buku ini yang disifatkan sebagai
usaha murni dalam memetri sejarah peristiwa negara.

KEPANTASAN ATM MEMBANTERAS CUBAAN PATI MENYUSUP MASUK SABAH

FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

15 Dis 2021 - Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB
2) melalui kerjasama bersepadu diantara tiga
perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
iaitu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam
melaksanakan rondaan Op BENTENG BERSAMA
berjaya mematahkan cubaan dua buah bot yang
membawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
warga Filipina menyusup masuk ke negara ini.

TRILAT 01, iaitu pesawat jenis C-130H milik Hasil pemeriksaan rapi yang telah dilaksanakan
TUDM melaksanakan rondaan dan tinjauan oleh Tim QRF mendapati barangan yang ditemui
udara telah mengesan tiga buah bot dari arah hanyalah barang-barang persendirian dan tiada
Pulau Sitangkai, Filipina menuju ke Bangau- penemuan barang-barang merbahaya atau
Bangau, Semporna, Sabah melalui kawasan terkawal. VIPER 02 dan VIPER 05 telah diarahkan
Perairan Malaysia. Laporan pengesanan tiga untuk mengusir kedua-dua bot tersebut keluar dari
buah bot tersebut kepada Malaysia Maritime perairan Sabah.
Command Centre (MCC) berpusat di MK ATB 2
untuk diambil tindakan lanjut. KD BAUNG yang Fast Interceptor Craft (FIC 04) bersama Tim
berada berhampiran lokasi kejadian turut PASKAL dan QRF di Pangkalan Laut Tun Sharifah
dihubungi oleh TRILAT 01 dan Pusat Operasi Rodziah (PL TSR) diaturgerakan ke perairan Pulau
Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 untuk Pom Pom bagi mengesan sebuah bot yang berjaya
memantau ketiga-tiga bot tersebut. POWB ATB 2 meloloskan diri. Walau bagaimanapun, bot tersebut
juga telah mengarahkan KD BAUNG untuk berjaya meloloskan dari pasukan keselamatan
mengekori dan memantau bot tersebut sehingga yang dijangkakan telah berpatah balik ke
VIPER 02 dan VIPER 05 Tim QRF tiba di lokasi sempadan antarabangsa.
tersebut.
Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim bin
Malaysia MCC seterusnya berhubung terus Ahmad menegaskan bahawa ini merupakan
kepada POWB ATB 2 untuk memohon bantuan gambaran kerjasama yang erat di antara ketiga-tiga
bot pemintas QRF. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ATM dalam mengaturgerakkan aset-
sebuah bot berjaya meloloskan diri apabila aset perkhidmatan bagi penyatuan rondaan yang
menyedari kehadiran Tim QRF. Ketika dipintas efektif melibatkan kesemua elemen yg ditugaskan
dan diperiksa oleh QRF, kedua-dua buah bot di kawasan Pantai Timur Sabah. Operasi sebegini
tersebut membawa seramai 42 PATI tanpa akan sentiasa diteruskan bagi memastikan
dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka sempadan negara selamat di dalam usaha
terdiri daripada 14 lelaki dewasa, 10 wanita, 10 menyekat jenayah rentas sempadan.
kanak-kanak lelaki dan 8 kanak-kanak
perempuan berada di dalam kedua-dua buah bot
berkenaan.

Op BENTENG merupakan
kerjasama tiga cabang ATM dan
bersedia mengaturgerakkan aset-

aset perkhidmatan bagi
penyatuan rondaan yang efektif
untuk memastikan sempadan
negara selamat dari dicerobohi

jenayah rentas sempadan

BOT KARAM, 10 PATI MATI LEMAS CUBAAN SELUDUP MASUK DI TANJUNG BALAU

FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

15 Dis 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
menerusi Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah
Formasi Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3
Divisyen) berjaya menahan 21 orang Pendatang
Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia, serta
temui 10 mayat dipercayai PATI mati lemas dalam
kejadian di Bandar Penawar.

Kumpulan PATI berkenaan dipercayai terdampar
apabila bot yang dinaiki mereka karam di perairan
pantai Tanjung Balau ketika cuba menyeludup
masuk ke negara ini.

Seramai 21 PATI terdiri daripada 19 orang lelaki dan
2 orang wanita manakala 10 mayat 6 orang lelaki
dan 4 orang wanita ditemui oleh anggota Angkatan
Tentera Malaysia yang sedang melaksanakan
rondaan.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan
berjumlah RM128,000 merangkumi sebuah bot
berukuran 44 kaki bernilai RM40,000 serta 4 buah
enjin bot 200Hp yang bernilai RM88,000.

Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Drone
dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)
dibantu oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) telah diatur gerak membuat penjejakan
saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.

ATM akan terus komited untuk memperkasakan
kawalan keselamatan di persempadanan negara
daripada sebarang bentuk pencerobohan samada
oleh PATI mahupun jenayah rentas sempadan
untuk menjaga kedaulatan negara serta
mengekang penularan pandemik COVID-19.

LAWATAN KASAL PERKUKUH HUBUNGAN TLDM DENGAN TNI - AL

FACEBOOK : TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

15 Dis 2021 - Laksamana Tentera Nasional
Indonesia, Yudo Margono, Kepala Staf Tentera
Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI - AL)
dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia
mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan
sejawatnya, Panglima Tentera Laut, Laksamana
Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany di Markas
Tentera Laut.

Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan disambut
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd
Reza bin Mohd Sany dan dimulakan dengan
pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Lawatan kerja ini memberi peluang perbincangan
dua hala tentang pertahanan sempadan negara
dan mengukuhkan lagi hubungan antara Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan TNI - AL.

LAWATAN RASMI CHIEF OF AIR FORCE, ROYAL AUSTRALIAN AIR FORCE AIR
MARSHAL MEL HUPFELD, AO, DSC KE MALAYSIA

FACEBOOK : TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA bin Awang Koding TUDM selaku Ketua Kawalan
dengan diiringi oleh Pancaragam Pusat TUDM
15 Dis 21 – Chief of Air Force, Royal Australian Air yang diketuai oleh Mejar Mohamad Rizal bin Hj
Force (CAF RAAF), Air Marshal Mel Hupfeld, AO, DSC Mohamad Noor TUDM.
mengadakan Lawatan Rasmi ke Malaysia khususnya
ke pimpinan tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia Air Marshal Mel Hupfeld turut membuat
(TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan
Ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji
dengan istiadat ketenteraan menerusi Kawalan Affendi bin Buang TUDM dan Panglima Tentera
Kehormatan Utama (KKU) dari Pasukan Istiadat Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad.
Kawalan Kehormatan Utama TUDM yang terdiri Pertemuan ini secara tidak langsung
daripada tiga (3) Pegawai dan 103 anggota Lain-Lain mengukuhkan lagi hubungan diplomasi
Pangkat (LLP). KKU diketuai oleh Mejar Mohd Firdaus pertahanan di antara TUDM dan RAAF di
samping berkongsi maklumat dan pengalaman
kedua-dua pihak.

lawatan tiga hari di Malaysia, beliau bersama
delegasi telah dibawa melawat ke Markas
Pemerintahan Operasi Udara (MPOU),
Pangkalan Udara Gong Kedak dan Pangkalan
Udara Butterworth. Di Pangkalan Udara
Butterworth, beliau turut meluangkan masa
bertemu dan beramah mesra dengan warga
RAAF di 19 Skuadron RAAF.

12,585 WARGA TENTERA MEMBUANG UNDI BAGI PRN SARAWAK KE - 12

FACEBOOK : TENTERA DARAT MALAYSIA DUN N17 Stakan menyaksikan seramai 4,838
pengundi dari kalangan warga Tentera Darat
14 Dis 2021 – Seramai 12,585 anggota tentera Malaysia (TDM) dan pasangan. Dua buah pusat
dan pasangan melaksanakan tanggungjawab membuang undi disediakan iaitu di Dewan
sebagai pengundi awal di dalam Pilihan Raya Serbaguna, Kem Muara Tuang melibatkan seramai
Negeri (PRN) Sarawak Ke-12. 2,321 pengundi dan Dewan Bukavu, Kem
Penrissen seramai 2,517 pengundi.
Turut sama melaksanakan tanggungjawab
mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Proses pengundian awal pada dilaksanakan di 16
Sarawak ialah Panglima Tentera Darat (PTD), buah pusat mengundi di seluruh Sarawak,
Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain melibatkan 11 DUN. Selain N17 Stakan, turut
bersama isteri, Puan Sri Datin Zainuriah binti terlibat ialah N2 Tasik Biru, N3 Tanjung Datu, N10
Haji Mustapha. Tan Sri PTD dan Puan Sri Pending, N12 Kota Sentosa, N16 Muara Tuang,
melaksanakan proses membuang undi bagi N31 Bukit Begunan, N52 Dudong, N55 Nangka,
DUN N17 Stakan yang dilaksanakan di Kem N70 Samalaju dan N72 Lambir.
Muara Tuang.

Pelaksanaan proses membuang undi pada hari ini
berjalan dengan lancar dengan pematuhan kepada
penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka,
penggunaan hand sanitizer dan merekodkan
kehadiran, telah dilaksanakan dengan sewajarnya
melalui garis panduan pencegahan COVID 19 yang
telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
selain dilaksanakan secara berperingkat bagi
mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi.

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PAHANG

FACEBOOK : TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

14 Dis 21 – Istiadat Pengurniaan Darjah
Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul
Makmur sempena memuliakan Sambutan Ulang
Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Pahang yang
ke-62 turut menjadi tarikh bersejarah buat TUDM
khususnya penerima darjah kebesaran dan pingat
Negeri Pahang.

Istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana
Abu Bakar, Pekan disempurnakan oleh KDYMM
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku
Hassanal Ibrahim Alam Shah yang telah berkenan
berangkat menyempurnakan istiadat ini.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Pengurniaan ini juga melakar sejarah yang tersendiri
Jeneral Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman kerana buat julung kalinya Pegawai Kanan TUDM
Khan TUDM dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan dikurniakan dengan gelaran Dato’ Indera.
Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang Bagi penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad
(S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) yang
Sementara itu, Panglima Angkatan Bersama, membawa gelaran Dato’, telah dikurniakan kepada
Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mejar
TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Jeneral Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Mejar
Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM Jeneral Hj Toharudin bin Abd Rasid TUDM (Bersara);
dan Panglima Bantuan Udara, Leftenan Jeneral AKS Kejuruteraan, Mejar Jeneral Ir Mohamad Razip
Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah bin A. Samad TUDM; AKS Materiel, Mejar Jeneral
dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Zainal bin Abdul Manaf TUDM dan dan Timbalan 2
Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Indera Ketua Staf MPOU, Brigadier Jeneral Dato’ Othman
Mahkota Pahang (S.I.M.P.) yang membawa bin Ahmad TUDM.
gelaran Dato' Indera.

Manakala penerima Darjah Kebesaran Mahkota
Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah
Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa
gelaran Dato’ dikurniakan kepada Brigadier Jeneral
Samir bin Abas TUDM, Brigadier Jeneral Hj Khalil bin
Mohd Ali TUDM (Bersara), Brigadier Jeneral
Thamilanty a/l Periasamy TUDM, Brigadier Jeneral
Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM, AKS Tadbir,
Brigadier Jeneral Hj Mohd Suhaimi bin Hj Sahri
TUDM dan Ketua Staf Operasi MAWILUD 1,
Brigadier Jeneral Abdul Halim bin Abu Hassan
TUDM.

Sesungguhnya pengurniaan yang diberikan
khususnya kepada pegawai-pegawai kanan TUDM
adalah sebagai menghargai sumbangan jasa bakti
yang dicurahkan kepada Negeri Pahang khususnya
dan negara amnya di sepanjang tempoh
perkhidmatan sehingga kini. Seluruh warga TUDM
mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah
kepada semua penerima Darjah Kebesaran dan
Pingat Negeri Pahang hari ini.

KETUA PENGARAH SIBER & Webinar Pengurusan Dasar dan Analisis
ELEKTROMAGNETIK PERTAHANAN Keselamatan Siber anjuran Unit Perancang Ekonomi
TERIMA ANUGERAH PROFESIONAL Jabatan Perdana Menteri (UPE JPM).
KESELAMATAN SIBER TAHUN 2021
KP SEP juga memainkan peranan penting dalam
FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA menggerakkan usahasama agensi-agensi kerajaaan
bagi pembangunan sistem keselamatan rangkaian
14 Dis 2021 - Ketua Pengarah Siber dan buatan tempatan dengan penglibatan ATM, MKN-
Elektromagnetik Pertahanan (KP SEP), NACSA, Cybersecurity Malaysia, MAMPU, MIMOS,
Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj Ludin Bahagian Industri Pertahanan serta universiti dan
dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Kategori syarikat tempatan .
Profesional Keselamatan Siber Tahun 2021 di
Majlis Anugerah Keselamatan Siber Malaysia Kerjasama ini turut melibatkan pemerkasaan
edisi ke -12. keintelektualan dalam domain keselamatan siber di
peringkat ATM dan Malaysia melalui kursus pendek
Anugerah Keselamatan Siber Malaysia sebagai sehingga ke peringkat sarjana.
pengiktirafan usaha profesional kepada
pemerkasaan keselamatan maklumat dan Anugerah Keselamatan siber
menggalakkan inovasi serta mencetus pakatan Malaysia mengiktiraf usaha
strategik dalam industri keselamatan dan profesional kepada pemerkasaan
infrakstuktur teknologi maklumat dan komunikasi keselamatan maklumat dan
(ICT) tempatan. menggalakkan inovasi serta
mencetus pakatan strategik dalam
Ia juga menekankan kepentingan dan industri keselamatan dan
keselamatan siber dalam landskap infrastruktur infrakstuktur teknologi maklumat
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan dan komunikasi (ICT) tempatan.
digital Malaysia.

Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj Ludin
bergiat aktif dalam memperkasakan keselamatan
siber terutama memastikan keselamatan
pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) berada di kesiagaan utama.

Beliau turut bergiat aktif dalam usaha
memperkukuhkan pertahanan siber negara dan
turut diundang sebagai ahli panel dalam Defense
Service Asia (DSA) 2021 Exhibitions and
Conference, Webinar Blockchain and AI (Artificial
Intelligence) Technologies in Military Perspective,
sebagai panel di Malaysian Youth Assembly in
Digital Pearl Harbour: Malaysia’s Proactive
National Response serta sebagai speaker di

20 VETERAN ATM SERTAI PROJEK PERISTIS BOUSTEAD GREEN ARMY

FACEBOOK : JHEV ATM

14 Dis 2021 - Penolong Pengarah 2, Bahagian
Kerjaya dan Sosioekonomi, Leftenan Mohd
Zulfadzlie bin Mohd Zaki memberikan taklimat
dalam sesi latihan Kedua Boustead Green Army
melibatkan Veteran Angkatam Tentera Malaysia
(ATM) di Estet Bukit Mertajam, Kulim, Kedah.

Projek Perintis Boustead Green Army (BGA)
merupakan projek kerjasama di antara Jabatan Hal
Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Yayasan Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead
Plantations Bhd di mana seramai 20 Veteran ATM
telah terpilih untuk projek perintis BGA ini.

GALERI PTD ASPIRASI GENERASI BAHARU PANGLIMA - PANGLIMAKU

FACEBOOK : TENTERA DARAT MALAYSIA DI PERSADA INI
TERCATAT MEGAH SEJARAH KITA
13 Dis 2021 – Galeri Panglima Tentera Darat PERJUANGAN SUCI WIRA - WIRA BANGSA
(PTD) telah dirasmikan oleh Panglima Tentera DENGAN TULUS PENGORBANAN YANG TIADA DUA
Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd DEMI KEDAULATAN TANAH AIRKU TERCINTA
Zain. Bertempat di Muzium Tentera Darat
(Muzium TD) persamian Galeri PTD telah DALAM LENA WARGA DI ULIT MIMPI
disaksikan oleh 14 orang mantan PTD, 11 orang KAU BERSENGKANG MATA DEMI IBU PERTIWI
waris PTD dan wakil mantan PTD. WALAU TUBUH DIGORES LULUH ONAK DURI
SEMANGATMU TAK PERNAH LUNTUR MENYEMBAH BUMI
Penubuhan Galeri PTD diilhamkan oleh Jeneral
Tan Sri Raja Mohammed Affandi bin Raja TANPA LELAH KAU TERUSKAN MELANGKAH
Mohammed Noor, PTD Ke-25 pada tahun 2014. MENENTANG MUSUH MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
Tujuan penubuhan adalah mempamerkan koleksi TIAP CABARAN DENGAN TENANG ENGKAU SANGGAH
peribadi PTD Pertama sehingga PTD Ke-28 SATU JIWA MENDUKUNG TEKAD BERASAS SUMPAH
sebagai rujukan buat generasi akan datang serta
salah satu bentuk penghargaan dari Tentera EMPAT ERA TELAH KAU REDAH
Darat Malaysia (TDM) kepada mantan-mantan MENENTANG JEPUN YANG DATANG MENJAJAH
PTD di atas segala pengorbanan serta GANASNYA CT BERJAYA KAU KALAH
sumbangan yang telah diabadikan kepada TDM KONFRANTASI NJIRAN MUDAHNYA KAU SANGGAH
di sepanjang perkhidmatan. LICIK MILITAN AKHIRNYA TERTUNDUK MENGALAH

Antara koleksi peribadi yang dipamerkan seperti KETUMBUKAN INI PANGLIMA-PANGLIMAKU
watikah perlantikan, tongkat kuasa, pingat dan AKARNYA KAU TUSUK JAUH MENUNJANG BUMI
darjah kebesaran yang diterima serta pelbagai POHONNYA MEREDUP DARI TERIKNYA MENTARI
koleksi peribadi yang disumbangkan oleh mantan TEMPAT BERTEDUH TANPA MENGIRA ASAL DIRI
- mantan PTD.
KEAMANAN INI KAULAH YANG PERJUANGKAN
Tan Sri PTD di dalam ucapan perasmiannya, DENGAN AKAL HALA TUJU ENGKAU TETAPKAN
berharap agar penubuhan galeri ini mampu MEMBENTUK ANGKATAN GAGAH SETIA TANPA BANDINGAN
dimanfaatkan oleh warga TDM serta masyarakat MEGAH BERDIRI MENJUNJUNG TITAH SEBUAH PERJUANGAN
awam, dalam usaha untuk menghayati segala
pengalaman dan jasa bakti yang telah ditaburkan GALERI INI PANGLIMA-PANGLIMAKU
untuk pertahanankan tanah air tercinta. TERHIMPUN RAPI SUSUR GALUR PERJUANGANMU
RAKAMAN SEJARAH AKAN PENAT LELAHMU DULU
Kesemua mantan PTD, waris serta wakil mantan SEBAGAI IKTIBAR PENENTU ARAH GENERASI BARU
PTD turut diraikan dalam Majlis Jamuan dan
Penyerahan Cendera Kenangan yang berlangsung KEPADA PANGLIMA-PANGLIMAKU
di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat. KU LAFAZKAN JANJI MENJAGA WASIATMU
MEMBAWA ANGKATAN INI MELANGKAH MAJU
Seluruh warga TDM merakamkan setinggi-tinggi KE PUNCAK KEGEMILANGAN ARAH DITUJU
penghargaan terima kasih di atas kesudian
mantan-mantan PTD serta waris, meluangkan TERIMA KASIH BUATMU PANGLIMA -
masa menghadiri majlis istimewa dan berharap PANGLIMAKU
agar koleksi-koleksi ini diangkat sebagai satu TIDAK TERBALAS KAMI AKAN SEGALA
sumber rujukan sejarah serta bahan ilmiah di JASAMU
masa akan datang.
Jeneral Tan Sri Datuk
Zamrose bin Mohd Zain,
Panglima Tentera Darat

(PTD) ke -28

KEMENTERIAN PERTAHANAN MENANGI RERUAI TERBAIK AKM 100 HARI

FACEBOOK : KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Enam aspirasi tersebut adalah Covid-19, Kawalan
Sempadan, Hubungan Antarabangsa, Perumahan,
Jiwa Murni dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).

Pencapaian 100 hari Tempoh 100 hari Aspirasi
Keluarga Malaysia ditetapkan selepas
pengumuman Kabinet Baharu oleh YAB Perdana
Menteri iaitu bermula pada 1 September 2021 dan
berakhir pada 9 Disember 2021.

Sehingga 8 Disember 2021, semua 15 inisiatif ini
telah berjaya dilaksanakan dan mencapai tahap
sasaran 100 peratus.

Reruai Kementerian Pertahanan telah mendapat
pengiktirafan sebagai Reruai Pameran Terbaik
sempena Program Hari Terbuka 100 Hari Aspirasi
Keluarga Malaysia (AKM).

12 Dis 2021 - Program Hari Terbuka 100 Hari Hadiah kemenangan telah di sampaikan oleh Tan
AKM yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha
Lumpur telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Negara kepada Ketua Setiausaha Kementerian
YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz.
Disember 2021.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut tidak
Program yang berlangsung selama 4 hari ini melepaskan peluang mempromosikan kerjaya ATM
menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik seperti melalui ruang pameran yang disediakan di reruai 50
karnival kerjaya, persembahan kebudayaan, Tingkat 1. Melalui pameran ini pengunjung
malam aspirasi seni, jualan usahawan, sukan berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut
rakyat serta galeri pencapaian kementerian. berkaitan ATM dan kemasukan selaku pegawai dan
anggota berkhidmat bagi setiap perkhidmatan
Pada pameran kali ini, Kementerian Pertahanan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja
telah mempamerkan inisiatif- inisiatif Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia
Kementerian yang diterajui oleh Menteri Kanan (TUDM).
Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin
Hussein dengan memfokuskan kepada enam
aspirasi.


Click to View FlipBook Version