The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamizahhelmi, 2021-12-09 21:40:29

10 NOVEMBER 2021_MINGGUAN KEMENTAH

10 NOVEMBER 2021_MINGGUAN KEMENTAH

JUMAAT
10 dis 2021
BIL 14 - 2021

MENARIK MINGGU INI : KESELAMATAN ,KETENTERAMAN NEGARA SERTA
KESEJAHTERAAN SOSIAL BERJAYA DITERJEMAHKAN
ARNEX 2021 MEMPERKASAKAN MELALUI 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA
KESELAMATAN DAN
KESTABILAN MARITIM FACEBOOK : KEMENTERIAN MALAYSIA
SERANTAU M/S: 06
Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya melaksanakan 15 inisiatif
daripada 6 Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari. Enam aspirasi
tersebut adalah Covid-19, Kawalan Sempadan, Hubungan Antarabangsa,
Perumahan, Jiwa Murni dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

100 Hari AKM Kementerian Pertahanan, memberi perhatian dalam usaha
memerangi COVID-19, menjamin keselamatan dan ketenteraman negara
serta meningkatkan kesejahteraan sosial. Kejayaan kementerian dalam
mencapai sasaran yang telah dtetapkan dapat dilihat dengan jelas
melalui Hari Terbuka Aspirasi Keluarga Malaysia dianjurkan bermula pada
9 Disember sehingga 12 Disember 2021 di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC).

Aspirasi Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, YAB
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, diketengahkan oleh kerajaan sebagai
satu manifestasi bagi memastikan budaya kerja berprestasi tinggi dalam
kalangan penjawat awam agar penyampaian perkhidmatan dapat
dilaksanakan dengan baik demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan
rakyat terutamanya dalam menghadapi tempoh pasca pandemik COVID-
19.

SAMBUTAN 100 HARI ASPIRASI 6 initiatif aspirasi yang
KELUARGA MALAYSIA PERINGKAT digariskan oleh
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Kementerian Pertahanan
FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA adalah memerangi
COVID-19, Kawalan
09 Dis 2021 –Panglima Angkatan Tentera, Jeneral
Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM turut Sempadan, Hubungan
sama menjayakan Perbarisan 100 Hari Aspirasi Antarabangsa,
Keluarga Malaysia (AKM) peringkat Kementerian
Pertahanan bertempat di Dataran Panglima Perumahan, Veteran
Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi, Kuala ATM dan Program Jiwa
Lumpur.
Murni.
Perbarisan bersempena sambutan 100 hari AKM
bagi menzahirkan pencapaian prestasi
Kementerian Pertahanan dalam 100 hari di bawah
pentadbiran YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun
Hussein selaku Menteri Kanan Pertahanan.

Kementerian Pertahanan telah melaksanakan 15
inisiatif dari 6 Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari
Kementerian Pertahanan. 6 initiatif aspirasi yang
digariskan oleh Kementerian Pertahanan adalah
memerangi COVID-19, Kawalan Sempadan,
Hubungan Antarabangsa, Perumahan, Veteran
ATM dan Program Jiwa Murni.

Kekuatan perbarisan adalah terdiri dari 47 pegawai
dan 968 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-
tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat
Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia
(TUDM). Penglibatan Demonstrasi oleh Gabungan
Pasukan Khas ATM (Rejimen Gerak Khas, PASKAL
& PASKAU): 2 Detasmen Penggempur yang
menunjukkan kehebatan dan kepakaran setiap
pasukan khas ini.

Menteri Kanan Pertahanan turut berkesempatan
untuk menyempurnakan upacara penyampaian sijil
penghargaan kepada barisan hadapan kepada
wakil penerima daripada Kumpulan Rondaan Tim
Pematuhan, Kumpulan Mobile Petrol Vehicle,
Kumpulan Op Imunisasi, Kumpulan Program
Vaksinasi, Kumpulan Sekatan Jalan Raya,
Kumpulan Hospital Medan/Disaster Management
Zone, Kumpulan Combat Medic Vaccination Team,
Kumpulan Greater Klang Valley Task Force,
Kumpulan Projek Jiwa Murni dan Kumpulan
Penghantaran Bekalan Perubatan.

" Harapan saya jelas, momentum yang telah kita wujudkan
dalam 100 hari perlu diteruskan. Kecemerlangan MinDef dan
ATM tidak boleh bermusim dan bersama-sama kita berusaha
menterjemahkan perancangan rapi di atas kertas kepada suatu
usaha yang dirasai impaknya oleh setiap bahagian dan golongan

yang disasarkan" - YB Hishammuddin

165 PEGAWAI TERIMA SIJIL “PASSED STAFF COLLEGE-JOINT” DAN DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENGAJIAN STRATEGI DAN PERTAHANAN

FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Island Dispute Conflict: Impact To Royal Malaysian
Air Force Maritime Air Operation” manakala COMPA
bagi Anugerah Komandan Kertas Akademik Terbaik
Peserta Luar Negara menjadi milik Mejar Prathap
s/o Nadaison Latchmanan dari Singapore Army
dengan tajuk “Maximizing The Utility Of Force In
The New Normal: A Study Of Military’s Expanded
Role In Singapore And Malaysia”.

08 Dis 2021 – Panglima Tentera Udara (PTU), Program Diploma Pascasiswazah ini dibangunkan
Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dengan kerjasama Maktab Turus Angkatan Tentera
menyempurnakan Majlis Graduasi dan (MTAT) dan Universiti Pertahanan Nasional
Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Malaysia (UPNM). MTAT sentiasa menambahbaik
Staf Malaysia (KPSM) Siri 50/2021 di Auditorium dan memperkasakan kualiti program pengajiannya.
Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma tahun
(PUSPAHANAS), Putrajaya. 2021 adalah kali kedua diadakan sejak MTAT
berpindah ke PUSPAHANAS pada 31 Januari 2020.
Graduan menerima sijil Passed Staff College- Dalam pada itu, majlis pada tahun ini adalah amat
Joint dan Diploma Pascasiswazah Pengajian bermakna bersempena Jubli Emas 50 tahun
Strategi dan Pertahanan. KPSM Siri 50/2021 yang penubuhan MTAT.
bermula pada 4 Januari 2021 dihadiri oleh
pegawai tentera yang terpilih dari ketiga-tiga Sejarah penubuhan MTAT bermula pada 8 Januari
cabang perkhidmatan ketenteraan Malaysia iaitu 1971 di Haigate, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Perdana Menteri Malaysia Ke-2 pada ketika itu.
Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta Cetusan idea penubuhan MTAT disuarakan sendiri
pegawai tentera dari luar negara. oleh Perdana Menteri sejak tahun 1969 bagi
memenuhi kehendak dan keperluan Angkatan
Seramai 165 peserta kursus menyertai KPSM Tentera Malaysia (ATM) terutamanya untuk
yang terdiri dari 81 orang pegawai Tentera Darat melahirkan pegawai-pegawai terlatih dan
Malaysia (TDM), 23 orang pegawai dari Tentera profesional di peringkat pertengahan.
Laut Diraja Malaysia (TLDM), 23 orang pegawai
dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), MTAT merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi
seorang pegawai dari APMM dan PDRM serta 36 ATM yang menyediakan pengajian profesional di
orang pegawai tentera luar negara. peringkat Diploma Lepasan ljazah kepada pegawai-
pegawai berpangkat Mejar atau setaraf daripada
ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM melalui
Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM).
Pengajian ini adalah bertujuan untuk melengkap
dan menyediakan pegawai ATM untuk menjawat
jawatan pemerintah di pasukan/unit/kapal dan
sebagai Pegawai Staf yang berkhidmat di
persekitaran bersama (joint).

Peserta kursus telah menyempurnakan pengajian
dalam 3 semester selama setahun dengan
mengikuti Kurikulum KPSM Siri 50/2021 yang
dibahagikan kepada tiga (3) modul iaitu Modul
Pengajian Polisi dan Strategi, Modul
Pemerintahan, Kepimpinan dan Pengurusan serta
Modul Pengajian Ketenteraan.

Anugerah Komandan Kertas Akademik Terbaik
bagi Peserta Kursus Malaysia telah dinobatkan
kepada Mejar Azhar bin Fauzi TUDM dengan hasil
Kertas Komandan (COMPA) bertajuk “Spratly

MALAYSIA TERUS PERKUKUH HUBUNGAN KETENTERAAN BERSAMA INDONESIA

FACEBOOK : TENTERA DARAT MALAYSIA

06 Dis 2021 - Panglima Tentera Darat (PTD),
Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain
mengadakan kunjungan hormat dalam satu
lawatan kerja kepada Kepala Staf Angkatan
Darat (KASAD), Tentera Nasional Indonesia-
Angkatan Darat (TNI-AD), Jeneral TNI Dudung
Abdurachman S.E, M.M bertempat di MABES AD,
Jakarta, Indonesia.

Kunjungan Hormat ini mengeratkan hubungan
diplomasi ketenteraan antara Malaysia dan
Indonesia selain ucapan penghargaan Tan Sri
PTD kepada Jeneral TNI Dudung Abdurachman
yang secara rasmi telah dilantik sebagai KASAD
pada 17 November 2021 yang lalu.

Tan Sri PTD dalam ucapan beliau memaklumkan
bahawa hubungan bilateral antara TNI-AD
dengan TDM sudah lama terjalin sejak tahun
1958 sentiasa kekal utuh melalui jalinan
kerjasama antara kedua negara.

Hubungan persefahaman yang baik ini amat
penting dalam pembentukan rangkaian
peningkatan pembangunan keselamatan negara
serumpun.

Sementara itu, Jeneral TNI Dudung
Abdurachman S.E, M.M berkata, bahawa
hubungan bilateral antara Indonesia dan
Malaysia sudah terjalin erat kerana kedua-dua
negara ini merupakan negara sahabat dalam
satu kawasan. Ini dapat dilihat melalui gabungan
kerjasama dalam bidang ketenteraan seperti
latihan dan operasi secara bersama yang
dilaksanakan.

-

FACEBOOK : TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

06 Dis 2021 – Ketua Jurutera Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) menyempurnakan pemakaian lencana
Insignia (Jurutera Profesional) secara fizikal kepada 3
Pegawai Kejuruteraan TLDM dan ucapan tahniah
kepada 15 pegawai yang lain secara dalam talian.
18 pegawai berjaya mendapat pengiktirafan dari
Lembaga Jurutera Malaysia (Malaysia Board of
Engineers - MBOE) pada tahun 2020 dan 2021.
Sejak lencana ini diperkenalkan pada tahun 2006,
hampir 100 Pegawai TLDM telah menerima
pengiktirafan ini. Warga Navy People wajar berbangga
dengan jumlah pegawai TLDM yang berjaya diiktiraf
sebagai Jurutera Profesional, iaitu 2% daripada lebih
kurang 20,000 Jurutera Profesional berdaftar di
Malaysia.

50 AHLI VETERAN DAN BALU TERIMA sewajarnya. Dalam keadaan kehidupan yang
RAWATAN MATA DI 96 HAT TLDM mencabar ini, program kesihatan sebegini sedikit
sebanyak dapat mengurangkan kos rawatan mereka
FACEBOOK : JHEV ATM berbanding mendapat rawatan di pusat rawatan luar
dengan perbelanjaan sendiri
06 Dis 2021 - Kebajikan veteran ATM yang tidak
berpencen turut tidak dilupakan terutama
melibatkan aspek penjagaan kebajikan mereka.

Justeru, kemudahan rawatan dan perubatan yang
disediakan di 96 Hospital Angkatan Tentera
(HAT) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) Lumut dengan kerjasama Persatuan
Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB)
Malaysia Bahagian Pulau Pinang menganjurkan
Program Saringan Penyakit Mata pada hari ini.

Seramai 50 ahli dan balu veteran persatuan
berkenaan telah dibawa ke Dewan Bungaraya,
Asrama Jururawat 96 HAT TLDM Lumut untuk
mendapatkan pemeriksaan dan rawatan
sewajarnya.

PROGRAM RECOGNITION OF PRIOR EXPERIENTAL LEARNING (RPEL)
PERTINGKATKAN KOMPETENSI PEGAWAI DAN ANGGOTA TD DI 31 RAD

FACEBOOK : TENTERA DARAT MALAYSIA

05 Dis 2021 – Penilaian Verifikasi Akhir melalui Pegawai Memerintah 31 RAD iaitu Leftenan
Program Recognition of Prior Experiential Learning Kolonel Mohd Suhaimi bin Md Ridzuan yang juga
(RPEL) melibatkan Ujian Amali dan pembentangan terlibat sebagai calon RPEL memaklumkan
projek akhir Laporan Pengalaman Keterampilan bahawa program ini adalah julung kalinya
Terdahulu (LPKT) dilaksanakan pada 1 Disember dilaksanakan oleh Tentera Darat dan 31 RAD
hingga 5 Disember 2021 di 31 RAD, Kem Tun merupakan unit pertama yang menganjurkannya.
Ibrahim, Kajang.
Sesi penilaian dilakukan oleh Pegawai Pengesah
Program ini merupakan inisiatif yang dilakukan hasil Luaran (PPL) yang dilantik oleh JPK yang
kerjasama daripada 31 RAD, MK TD – CSM (Sel melibatkan 3 kategori iaitu Diploma Pengurusan
D&P), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Pentadbiran, Diploma Pengurusan Operasi Logistik
Tentera (PERHEBAT) dan Jabatan Pembangunan dan Diploma Pengurusan Operasi Sekuriti.
Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber
Manusia. Program RPEL ini disertai oleh Pegawai, Program yang melalui kaedah Pengiktirafan
PTT Kanan serta PTT Rendah yang sedang Pengalaman Terdahulu (PPT) ini dikendalikan oleh
berkhidmat bagi mendapatkan pengiktirafan PERHEBAT dan menggalakkan anggota TD
berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran untuk bersaing
pengalaman mereka di sepanjang perkhidmatan. dengan orang awam berbekalkan Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM) setelah bersara kelak.

ARNEX 2021 MEMPERKASAKAN Kelangsungan latihan yang lancar tanpa
KESELAMATAN DAN KESTABILAN MARITIM sebarang insiden jelas menggambarkan sikap
SERANTAU profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan
warga kesemua angkatan laut yang terlibat
FACEBOOK : TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA dalam melaksanakan latihan berpandukan SOP
kawalan penularan pandemik yang telah
04 Dis 2021 - Jalinan kerjasama pertahanan terus ditetapkan.
diperkasakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) menerusi penglibatan latihan secara bersama Secara keseluruhan ARNEX-21 dilihat telah
dengan angkatan laut dari negara - negara ASEAN memperkasakan tahap kesefahaman dan
menerusi Eksesais ASEAN - Russia Naval Exercise menyemarakkan jalinan kerjasama pertahanan
(ARNEX) 2021 berlangsung di sekitar perairan Belawan kesemua angkatan laut negara terlibat selain
dan Sabang, Indonesia mulai 28 November hingga 4 dapat memelihara tahap keselamatan dan
Disember 2021. kestabilan maritim di rantau ini. TLDM akan
terus komited memanfaatkan setiap peluang
Joint actions to ensure the safety of maritime economic beroperasi bersama angkatan laut sahabat
activity and civil navigations merupakan konsep latihan dalam memacu ketersediaan warga untuk
multilateral pada kali ini. Memperkasakan melindungi serta mempertahankan kepentingan
kesefahaman dan meningkatkan kebolehoperasian maritim negara pada sebilang masa.
antara angkatan laut di rantau ini.

Selain penglibatan aset angkatan laut Rusia, gabungan
dari tujuh angkatan laut negara ASEAN yang terdiri dari
Malaysia, Indonesia, Brunei, Myanmar, Singapura,
Vietnam dan Thailand telah memberikan komitmen
yang jitu menerusi penglibatan secara langsung aset
ketenteraan di lapangan manakala sebanyak tiga
angkatan laut iaitu Laos, Kemboja dan Filipina
menterjemahkan komitmen masing-masing menerusi
penglibatan sebagai pemerhati secara maya.

Secara keseluruhan sebanyak 8 buah kapal dari Penglibatan aset angkatan
pelbagai kelas dan 4 aset udara telah terlibat dalam laut Rusia, gabungan dari
menjayakan kelangsungan eksesais ini dengan TLDM tujuh angkatan laut negara
hadir menerusi penglibatan KD LEKIU yang ASEAN yang terdiri dari
memberikan nilai tambah dan variasi kepada
ketumbukan sedia ada. Malaysia, Indonesia,
Brunei, Myanmar,
Siri latihan di laut yang melibatkan kapal dan aset
udara menguji keupayaan interoperability kesemua Singapura, Vietnam dan
angkatan laut yang terlibat dalam dimensi peperangan Thailand memberikan
konvensional yang antara lain melibatkan latihan komitmen dan penglibatan
peperangan permukaan, manuvra taktikal, mencari dan
menyelamat, pendaratan helikopter dan komunikasi. di lapangan.

YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA
ANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN
KEPADA PTD

FACEBOOK : TENTERA DARAT MALAYSIA

04 Dis 2021 – Tuan Yang Terutama Yang Dipertua
Negeri Melaka,Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin
Mohd Rustam, telah menganugerahkan Darjah
Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) kepada Panglima
Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose
bin Mohd Zain, yang membawa gelaran Datuk Seri.

Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan
Pingat Negeri Melaka yang diadakan sempena
Sambutan Hari Jadi Ke-72 TYT Yang Dipertua Negeri
Melaka dilangsungkan di Balai Istiadat, Kompleks
Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Turut sama dianugerahi D.G.S.M ialah Ketua Polis
Negara, Inspektor Jeneral Polis Tan Sri Datuk Seri
Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani.

MANTAN PANGLIMA ATM DIRAIKAN PENUH PENGHORMATAN KETENTERAAN

FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 03 Dis 2021 - Panglima Angkatan Tentera (PAT),
Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Bin Buang
"Terima kasih kepada kesemua TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku
mantan PAT dan mantan Panglima Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini
Perkhidmatan, di atas segala jasa, Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah
bakti, sumbangan dan pengorbanan meraikan mantan Panglima-Panglima Angkatan
yang telah dicurahkan di sepanjang Tentera dan Panglima-Panglima Perkhidmatan
tempoh perkhidmatan mereka." - terdahulu sempena Hari Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) Ke-88.
PAT Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj.
Affendi Sebagai tanda menzahirkan sumbangan dan
pengorbanan mantan pimpinan tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), satu Majlis
Meraikan Mantan Panglima Angkatan Tentera
dan Mantan Panglima Perkhidmatan telah
dianjurkan di Wisma Perwira ATM, pada 3
Disember 2021.

Seramai 23 orang mantan PAT dan mantan
Panglima Perkhidmatan diraikan dengan penuh
istiadat dan penghormatan ketenteraan,
meskipun ia dilangsungkan dalam suasana
mematuhi Perintah Tetap Operasi (SOP).

Meskipun telah menamatkan perkhidmatan,
namun jasa dan budi para mantan pimpinan
tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
akan tetap diingati dan menjadi sanjungan
warga ATM.

PERASMIAN PERKHIDMATAN PERTAHANAN ASIA DAN KESELAMATAN
KEBANGSAAN ASIA 2022

FACEBOOK : KEMENTERIAN PERTAHANAN

Julung kalinya pameran dilaksanakan secara
hybrid, selaras dengan keperluan norma baharu
serta kemajuan dan keupayaan teknologi terkini. Ini
akan memberikan kelebihan kepada peserta dan
tetamu yang berpeluang untuk mengakses
kandungan sebelum, semasa serta selepas
pameran berlangsung.

03 Dis 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Di samping itu, Forum Putrajaya turut diadakan
Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Dalam untuk membincangkan agenda pertahanan
Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin secara serantau, persidangan serta pameran pertahanan
rasminya melancarkan penganjuran Defence dan keselamatan siber. Tambahan pula,
Services Asia (DSA) dan National Security Asia perkongsian strategik dalam Rundingan Meja Bulat
(NATSEC Asia) 2022. Panglima Tentera Darat (ChART) serta persidangan
dan pameran mengenai Bantuan Kemanusiaan dan
Bantuan Bencana (HADR) turut akan diadakan.

Pameran pertahanan dan keselamatan ini akan
berlangsung pada 28 hingga 31 Mac 2022 di
Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa
Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Pameran DSA
dan NATSEC 2022 ini menghimpunkan pemain
utama dalam industri pertahanan dan
keselamatan selain mewujudkan kerjasama
strategik di antara agensi-agensi kerajaan, serta
melahirkan jalinan dan rangkaian sosial dalam
bidang pertahanan dan keselamatan.

PENGHANTARAN 500 KOTAK BANTUAN MAKANAN KE SABAH

FACEBOOK : JHEV ATM

03 Dis 2021 - Pesawat A400M yang Misi yang dikoordinasikan bersama oleh Jabatan
dikendalikan oleh No 22 skuadron telah Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM)telah tiba di
menjayakan penerbangan sebanyak 500 kotak Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
bantuan makanan anjuran Program Bantu - Kinabalu pada 3 Disember 2021.
Bantu Malaysia ke Sabah.
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah,
Mejar Noor Khairi Bin Abd Rahman telah
menyerahkan kotak - kotak bantuan makanan
tersebut kepada tiga persatuan veteran Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) iaitu Persatuan Veteran
Semboyan Diraja (PVRSD), Persatuan Vateran
Komando Malaysia Sabah (PVKMS) dan Persatuan
Veteran ATM (PVATM).

Kotak bantuan tersebut seterusnya diagihkan
kepada veteran ATM kategori B40, OKU dan balu
yang bernaung di bawah persatuan - persatuan
tersebut.


Click to View FlipBook Version