The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ebook-Kisah Ayam dan Cendawan (242497) : Cerita kanak-kanak bertemakan haiwan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sinar_ceria, 2020-06-16 21:59:49

ebook-Kisah Ayam dan Cendawan (242497)

ebook-Kisah Ayam dan Cendawan (242497) : Cerita kanak-kanak bertemakan haiwan.

Kis​ ah​ A​ y​ am​ dan 
Cen​da​wan 

Penulis: Muhammad Jamil Bin Jamaluddin 

Pada  zaman  dahulu,  tinggallah 
sekumpulan  ayam  di  dalam  sebuah  hutan. 
Ayam-ayam  ini  sangat  suka  mencari 
makanan  di  kawasan  sekitar  sarang 
mereka.  Semua  ayam  sentiasa 
bekerjasama  di  dalam  kumpulan  mereka. 
Mereka  sentiasa  bergilir  untuk  keluar 
mencari makanan untuk keluarga mereka. 

  

1

 
Pada  satu  hari,  giliran  Si  Hitam 
mencari  makanan.  Si  Hitam  seekor  ayam 
yang  sangat  rajin,  dan  pandai  mencari 
makanan.  Si  Hitam  menuju  ke  arah  utara 
hutan  yang  mana  kawasan  yang  jarang 
dikunjungi oleh ayam lain.  
Sedang  berjalan  mencari  makanan,  Si 
Hitam  ternampak  sekaki  cendawan  yang 
sangat  besar.  Si  Hitam  menghampiri 
cendawan itu dan mematuk sedikit batang 
cendawan tersebut. 

 

2

“Tuk..tuk..tuk..”,  bunyi  paruh  Si  Hitam 
mematuk  batang  cendawan.  Ternyata 
cendawan  itu  sangat  manis  dan  sedap.  Si 
Hitam berasa sangat gembira dan berpuas 
hati.  Si  Hitam  cuba  untuk  mengangkat 
cendawan gergasi itu, namun cendawan itu 
terlalu besar dan berat.  

 

3

Si Hitam pun kembali ke sarangnya dan 
memanggil rakan-rakannya yang lain untuk 
membantu  mengangkat  cendawan  gergasi 
tersebut.  

Rakan-rakan  Si  Hitam  datang 
beramai-ramai  untuk  membantu 
mengangkat  cendawan  tersebut.  Namun, 
cendawan  tersebut  terlalu  besar  dan 
berat,  kesemua  ayam  tidak  mampu 
mengangkat cendawan gergasi itu.  

4

Si  Hitam  pun  menemui  jiran  mereka 
iaitu  ketua  itik  untuk  membantu  mereka. 
Ketua  kumpulan  itik  pun  bersetuju,  dan 
memanggil  semua  itik  untuk  membantu 
mengangkat cendawan gergasi.  

 
Sebagai  membalas  pertolongan 
kumpulan  itik,  Si  Hitam  bersetuju  untuk 
membahagikan cendawan tersebut kepada 
dua bahagian.  

5

Kesemua  para  ayam  dan  itik  keluar 
untuk  membantu  mengangkat  cendawan, 
namun usaha mereka hanyalah sia-sia.  

Cendawan gergasi tersebut sedikit pun 
tidak  dapat  digerakkan.  Para  ayam  dan 
itik  sudah  keletihan  mencuba  mengangkat 
cendawan  tersebut.  Mereka  berasa 
hampa sekali.  

 
 

6

Si  Hitam  masih  tidak  berputus  asa.  Si 
Hitam  ternampak  seekor  bangau  sedang 
mencari  makanan  di  tepi  tasik  tidak  jauh 
dari kawasan itu.  

 
Si  Hitam  mahu  meminta  pertolongan 
daripada  bangau.  Bagaimana  pun  bangau 
terlalu  sibuk  mencari  makanan,  dan  tidak 
sudi  menolong  Si  Hitam. Si Hitam berasa 
kecewa dan sedih.  

7

 

Si Hitam pun mencari ikhtiar lain. Si Hitam berjalan 
menuju  ke  sarang  gajah.  Si  Hitam  mahu  meminta 
pertolongan daripada gajah.   

 
Sang  Gajah  sudi  membantu  Si  Hitam  mengangkat 
cendawan  gergasi  tersebut.  Si  Hitam  berasa  sangat 
gembira  dan  memberitahu  rakan-rakan  serta  jirannya 
akan berita tersebut.  

 

8

“Dum...dum...dum...  “,  bunyi tapak kaki 
gajah  menuju  ke  arah  cendawan  gergasi 
yang ditemui oleh Si Hitam.  

Gajah  mencabut  cendawan  tersebut, 
dan  mengangkat  cendawan  tersebut 
menggunakan  belalainya  dengan  mudah. 
Ternyata  Si  Gajah  sangat  kuat  dan  gagah 
perkasa.  

 

9

Si Gajah membawa cendawan tersebut 
ke  perkampungan  ayam.  Si  Gajah  juga 
membantu  membahagikan  cendawan 
tersebut kepada dua bahagian.  

Satu  bahagian  untuk  kumpulan  ayam, 
dan  satu  bahagian  lagi  untuk  kumpulan 
itik. 

10

Semua  ayam  dan  itik  berasa  sangat 
gembira.  Si  Hitam  mengucapkan  terima 
kasih  kepada  Si  Gajah  kerana  sudi 
membantu  mereka.  Gajah  berasa  gembira 
dapat membantu ayam dan itik.  

Pada  gajah,  cendawan  tersebut  sangat 
ringan.  Gajah  ikhlas  membantu  tanpa 
mengharapkan  apa-apa  balasan  daripada 
ayam dan itik.  

11

Cendawan  itu  amat  besar  sehinggakan 
ayam  dan  itik  dapat  memakan  cendawan 
tersebut  untuk  seminggu  lamanya.  Ayam 
juga  berkongsi  cendawan  dengan  Si 
Bangau.  

Si  bangau  berasa  sangat  menyesal 
kerana  tidak  membantu  ayam.  Si  Bangau 
meminta  maaf  kepada  SI  Hitam  dan 
berjanji  tidak  akan  bersikap  demikian 
lagi.  

12

Si  Hitam  memaafkan  Si  Bangau  dan 
mereka  hidup  aman  dan  gembira.  Sejak 
dari  peristiwa  itu,  semua  haiwan  di  dalam 
hutan  tersebut  sentiasa  saling 
bantu-membantu  antara  satu  sama  lain. 
Bak  kata  pepatah,  “yang  berat  sama 
dipikul,  yang  ringan  sama  dijinjing”,  dan 
“bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.  

 

13

 

Pengajarannya: 

1) Kita hendaklah saling tolong-menolong. 

2)  Kita  hendaklah  saling  bekerjasama  dalam 
kumpulan atau masyarakat. 

3)  Kita  hendaklah  rajin  berusaha,  dan  tidak 
mudah berputus asa. 

4)  Kita  hendaklah membantu  secara ikhlas, dan 
tidak  perlu  mengharapkan  balasan  atas 
bantuan yang dihulurkan.  

Sekian, terima kasih. 

 

14


Click to View FlipBook Version