SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BARU
JALAN ISTANA, BUKIT BERUANG, 75450 MELAKA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PEMBELAJARAN )
KELAS IXORA
KVS- PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN
PERALATAN DAN PERKAKASAN
MEMASAK UNTUK SARAPAN
NOTA DAN LATIHAN
KOD DAN NAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PROGRAM / KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PROGRAM’S CODE & ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
NAME 62604 PUTRAJAYA
TAHAP / LEVEL KERTAS PENERANGAN
NO. DAN TAJUK UNIT (INFORMATION SHEET)
KOMPETENSI /
HT-012-2:2012
COMPETENCY UNIT NO. FOOD PREPARATION AND PRODUCTION
AND TITLE
LEVEL 2
HT-012-2:2012-C07 BREAKFAST PRODUCTION
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY BREAKFAST PRODUCTION MENU
AKTIVITI KERJA / WORK REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. SELECT BREAKFAST PRODUCTION STANDARD
RECIPES
NO. KOD / CODE NUM.
3. SELECT SUITABLE BREAKFAST PRODUCTION
UTENSILS AND EQUIPMENT
4. SELECT BREAKFAST PRODUCTION
INGREDIENTS
5. CARRY OUT BREAKFAST DISHES PRODUCTION
HT-012-2:2012-C07/P(1/5) Muka : 1 Drp : 11
TAJUK/ TITLE: BREAKFAST PRODUCTION MENU REQUIREMENT
TUJUAN/ PURPOSE:
The outcome of this module is to execute breakfast production to provide food for guest
satisfaction in accordance with company standard with company SOP
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 2
Drpd/of: 11
PENERANGAN
1.0 PENGENALAN SARAPAN
1.1 Definisi Sarapan
• Makanan yang diambil pada waktu pagi dan sebelum memulakan aktiviti harian.
1.1.1 Jenis-Jenis Sarapan Pagi
Rajah 1: Jenis-jenis sarapan pagi
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 3
Drpd/of: 11
1.1.2 Kebaikan sarapan pagi
Terdapat banyak kebaikan di dalam mengambil hidangan sarapan pagi. Di antaranya
ialah:
• Keperluan nutrisi
• Menambah tenaga
• Perlu untuk memulakan kerja
• Meransang organ dalaman untuk bergerak
1.1.3 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Menyediakan Sarapan Pagi
Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan hidangan
sarapan pagi adalah seperti:
1. Makanan yang dihidangkan adalah dari bahan-bahan yang segar.
2. Bahan-bahan makanan yang disediakan mengandungi zat yang tinggi.
3. Makanan tersebut mengandungi serat bagi membekalkan tenaga.
4. Mudah disediakan dan cepat supaya dapat makan tanpa tergesa-gesa.
5. Gabungan warna yang menarik pada hidangan bagi menaikkan selera.
6. Hidangan perlulah mempunyai minuman panas dan sejuk (seperti jus
buah-buahan).
2.0 MENU SARAPAN
2.1 MENU SARAPAN TEMPATAN (MALAYSIA)
• Sarapan pagi tempatan merupakan hidangan sarapan pagi berasaskan menu
atau makanan tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia.
• Terdapat pelbagai kaum dan bangsa di negara kita, seperti Melayu, Cina dan
India. Oleh itu menu sarapan pagi juga berbeza-beza mengikut kaum.
2.1.1 Sarapan Pagi Melayu
• Masakan Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia.
• Ia juga dipengaruhi oleh kawasan di sekelilingnya iaitu negara Indonesia,
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 4
Drpd/of: 11
• Singapura, dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan
Melayu atau dikenali sebagai Nusantara.
• Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus
yang banyak, serta santan untuk menghasilkan makanan berlemak dan
pekat. Masakan Melayu juga banyak menggunakan bahan tempatan seperti
pandan, lengkuas dan serai.
2.1.2 Sarapan Pagi India
• Masakan India dapat dicirikan dengan penggunaan rempah ratus yang
pelbagai, sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan yang banyak terdapat
di seluruh India.
• Hidangan sarapan tempatan India mempunyai persamaan dengan negara asal
India.
• Antara bahan-bahan yang sering digunakan adalah seperti beras, tepung atta,
kekacang (split bengal gram, yellow gram, green gram), dadih atau yogurt atau
susu masam (tairu), garam masala, daun ketumbar, daun kari dan minyak sapi
sebagai bahan penambah rasa.
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 5
Drpd/of: 11
Rajah 3 : Split bengal gram, green gram dan yellow gram.
2.1.3 Sarapan Pagi India
• Sarapan tempatan Cina Malaysia berakar umbi dari masakan tanah besar
China (Fujian, Kantonis, Hakka, Teo Chew).
• Masakan ini dipengaruhi oleh penggunaan bahan tempatan dan budaya yang
lain di Malaysia tetapi masih mengekalkan pengaruh Cina.
• Antara bahan-bahan yang sering digunakan dalam masakan Cina adalah
bawang putih, halia, minyak bijan kicap, hasil beras atau hasil gandum
seperti mihun, kuay teow, mi kuning, mi wantan dan sebagainya.
Rajah 4 : Bawang putih, minyak bijan dan mee wantan
2.2 MENU SARAPAN ANTARABANGSA
2.2.1 Continental Breakfast
• Sarapan Continental berasal dari negara Eropah.
• Sarapan yang dihidangkan biasanya ringkas dan ringan.
• Contoh hidangan adalah seperti:
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 6
Drpd/of: 11
- Breadstuff (seperti roti bakar, croissant, dan pastri)
- Buah-buahan
- Jem dan sapuan
• Contoh minuman pula adalah seperti:
- Kopi
- Teh
- Jus buah-buahan
Rajah 5 : Contoh hidangan Continental breakfast
2.2.2 American Breakfast
• Hidangan American Breakfast biasanya dihidangkan dalam porsi yang
banyak dan tinggi nilai kalori makanan.
• Contoh hidangan adalah seperti:
- Telur (direbus atau digoreng)
- Daging
- Sosej
- Roti atau roti bakar dengan jem/jeli/mentega
- Pankek dengan madu
- Emping jagung atau bijirin lain
- Hash browns
- Wafel
• Contoh minuman pula adalah seperti:
- Kopi
- Teh
- Jus buah-buahan
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 7
Drpd/of: 11
Rajah 6 : Contoh hidangan American breakfast
3.0 KATEGORI SARAPAN
3.1.1 Set
• Set ialah satu hidangan yang terdiri daripada beberapa menu makanan
dan mempunyai harga yang tetap.
Rajah 7 : Contoh set menu sarapan
Rajah 7 : Contoh set menu sarapan
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 8
Drpd/of: 11
3.1.2 Buffet
• Semua jenis makanan disajikan secara serentak di ruang makan besar
yang selesa sementara pelanggan akan mengambil hidangan dengan cara
melayan diri dan kadangkala disajikan oleh pramusaji.
Rajah 8 : Contoh buffet sarapan
4.0 KENAL PASTI JENIS HIDANGAN
4.1 Sarapan Tempatan
4.1.1 Melayu
NO. KOD/ CODE NO. HT-012- 2:2012/C07/P(1/5) Muka/Page: 9
4.1.1 India Drpd/of: 11
4.1.2 Cina
4.2 Sarapan Antarabangsa
4.2.1 Continental
4.2.2 American
LATIHAN 1
LATIHAN :
1. Lengkapkan peta alir berikut:
Rajah 1: Jenis-jenis sarapan pagi
2. Nyatakan kebaikan sarapan pagi :
a) __________________________________
b) ___________________________________
c) ___________________________________
d) ___________________________________
3. Nyatakan 3 perkara yang perlu di pertimbangan ketika
menyediakan sarapan pagi.
a) ___________________________________
b) ___________________________________
c) ___________________________________
4. Namakan jenis hidangan sarapan tempatan:
Melayu:
_______________________ ___________________
5. Namakan jenis hidangan sarapan tempatan:
India:
___________________ ___________________ ___________________
6. Namakan jenis hidangan sarapan tempatan:
Cina:
_______________________ _________________________
7. Nyatakan bahan-bahan yang sering digunakan dalam sarapan pagi India.
a) ______________________
b) ______________________
c) ______________________
d) ______________________
e) ______________________
f) ______________________
8. Nyatakan bahan-bahan yang sering digunakan dalam sarapan pagi Cina
a) ____________________________
b) ____________________________
c) ____________________________
d) ____________________________
e) ____________________________
f) ____________________________
9. Namakan bahan-bahan yang berikut:
_____________________ ______________________ _______________________
10. Masakan Melayu banyak menggunakan bahan tempatan seperti:
a) _________________________
b) _________________________
c) _________________________
d) _________________________
e) _________________________
f) _________________________