SEJARAH PERSATUAN
BULAN SABIT MERAH
Nama : Afiq bin Azizi
Kelas : 1 Cerdik
KANDUNGAN
1. SEJARAH PBSM
2. LOGO PBSM
3. PENGENALAN
4. IKRAR PBSM
5. 7 PRINSIP ASAS PBSM
6. UNIFORM LENGKAP PBSM
7. OBJEKTIF PBSM
8. PETI PERTOLONGAN CEMAS
9. LAGU PBSM
SEJARAH PBSM
Persatuan Bulan Sabit Merah ditubuhkan pada tahun
1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di
Sabah dan Sarawak.
Pada tahun 1950-an,lebih banyak cawangan
persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang
dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957,cawangan di
Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang
Merah Pesekutuan Tanah Melayu.
LOGO
PENGENALAN
Diasaskan oleh : Sir Henry Dunant (May 8, 1828 - Oktober
30, 1910), nama sebenar beliau ialah Jean Henry Dunant.
Beliau merupakan seorang ahli perniagaan. Semasa dalam
perjalanannya untuk urusan perniagaan, beliau terlihat peperangan
di Solferino pada 1859 dan membantu mangsa-mangsa
peperangan. Beliau mencatatkan segala peristiwa peperangan
tersebut dan dikenali sebagai Kenangan di Solferino atau ‘A
Memory of Solferino’. Buku ini telah menjadi inspirasi
‘International Committee of the Red Cross’ (ICRC) pada 1863
dan Persidangan Geneva 1864 diasaskan atas idea beliau.
IKRAR PBSM
Bahawasanya kami, Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah,
Dengan ini berjanji,
Akan taat setia pada Tuhan. Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
dan Sultan di negeri kami, berdasarkan kepada Prinsip-prinsip Rukun
Negara, serta akan bersama-sama mereka diseluruh dunia, membantu
mereka yang sakit dan menderita, berdasarkan kepada Prinsip Palang
Merah
7 PRINSIP ASAS PBSM
• 1. Kemanusiaan / Humanity • Untuk berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua terdapat, melindungi nyawa dan
kesihatan, serta menentukan penghormatan sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, kesahabatan, kerjasama dan kediaman yang
kekal antara semua manusia.
• 2. Kesaksamaan/ Impartiality • Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan
asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius sekali.
• 3. Berkecuali/ Neutrality • Untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak
yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.
• 4. Kebebasan/ Independence • Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-
undang negara, Persatuan tetap menjaga kebebasannya dalam segala tindakannya yang berasaskan perikemanusiaan.
• 5. Khidmat Sukarela/ Voluntary Service • Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
• 6. Bersatu (Ketunggalan)/ Unity • Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan
ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.
• 7. Kesegajatan/ Universality • Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua
Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu- membantu antara satu sama lain.
UNIFORM LENGKAP PBSM
OBJEKTIF PBSM
• 1.MENGENALI PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
• 2.MENGETAHUI ASAL USUL PENUBUHAN PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH
• 3.MENGETAHUI SUMBANGAN-SUMBANGAN PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA
• 4.BERBANGGA DENGAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
• 5.BERBANGGA MENJADI AHLI PLANG MERAH DAN BULAN SABIT
MERAH
PETI PERTOLONGAN
CEMAS
LAGU PBSM
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat