The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-38215604, 2021-12-29 00:43:27

MINIT MESYUARAT GURU 4_2021 (GM)

MINIT MESYUARAT GURU 4_2021 (GM)

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT 2021

TARIKH : 18 NOVEMBER 2021 ( KHAMIS )
MASA : 2.30 PETANG
APLIKASI : GOOGLE MEET
KEHADIRAN : (SILA RUJUK LAMPIRAN KEHADIRAN GURU)

AGENDA MESYUARAT

1 UCAPAN GURU BESAR
1.1 En. Fazlee bin Yahya meraikan kehadiran semua guru penolong kanan dan guru
ke mesyuarat guru kali keempat secara norma baharu.

1.2 Beliau menyatakan tujuan mesyuarat pada hari ialah untk menyampaikan taklimat
pembukaan sekolah Fasa 4 bersempena Pelan Pemulihan Negara yang telah
memasuki Fasa 4 pada 8 November 2021.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
2.1 Encik Zitto Zulkarnaen mencadangkan agar minit mesyuarat kedua disahkan dan
disokong oleh Encik Wan Muhammad Iqbal.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 TIADA

1

4 PEMBUKAAN SEKOLAH FASA 4
4.1 Taklimat Panduan dan Pengurusan Sekolah 4.0
4.1.1 En Fazlee memaklumkan bahawa Pembukaan Sekolah pada 22 November
kelak adalah berdasarkan Pelan Pemulihan Negara yang telah memasuki
Fasa 4. Semua guru telah menerima jadual waktu masing-masing.
4.1.2 Murid Tahun 1 hinggan Tahun 6 akan hadir secara penggiliran mengikut
minggu. Kehadiran murid hanyalah 50% daripada jumlah keseluruhan
murid di dalam kelas tersebut. Murid Kumpulan A akan hadir 2 minggu
manakal Murid Kumpulan B akan hadir 1 minggu sebelum cuti
persekolahan. .
4.1.3 Murid Pra-sekolah pula terus hadir tanpa penggiliran seperti biasa.

Tindakan : Makluman

4.2 Operasi Sesi Pembukaan Sekolah
4.2.1 Guru besar menyatakan terdapat perincian dalam serta ada beberapa
tambahan bagi Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi.
4.2.1 Pemakaian pelitup muka adalah penting dan diwajibkan. Ia perlu sentiasa
dipakai kerana orang di persekitaran kita akan nampak.
4.2.3 Terdapat situasi pemeriksaan mengejut oleh pihak kesihatan daerah dan
PDRM iaitu 2 orang guru telah disaman sebanyak RM 1500 kerana tidak
memakai pelitup muka dan seorang pembantu tadbir disaman kerana tidak
mengimbas MySejahtera. Pejabat sekolah telah menyediakan QR Code
MySejahtera SKBL saiz poket untuk kemudahan semua guru agar tidak
melanggar peraturan. Jika tidak, ia akan menjadi sia-sia kerana tidak
mendapat sebarang pembelaan.
Tindakan : Semua guru

2

4.3 Takwim Persekolahan 2021/2022 & Kalendar Akademik 2022/2023

4.3.1 Guru besar memaklumkan bahawa penggal ketiga persekolahan akan
4.3.2 berlangsung selama 8 minggu, iaitu bermula 2 Jan 2022 – 24 Feb 2022.
Kalendar Akademik bagi 2022/2023 pula bermula pada 21 Mac 2022 – 16

Mac 2023.

4.3.3 Mesyuarat guru akhir tahun akan diadakan pada tahun hadapan untuk

menentukan cuti-cuti peristiwa.

4.4 Jadual Waktu
4.4.1 Guru besar memaklumkan bahawa sekolah masih kekurangkan seorang
guru Bahasa Melayu. SKBL hanya mendapat seorang sahaja guru
pengganti.
4.4.2 Cikgu Mazli diminta menggantikan kelas Bahasa Inggeris dan Sains bagi
kelas-kelas Cikgu Azim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru
Penolong Kanan Kokurikulum di SK Batu Feringhi bagi persekolahan
yang berbaki selama 3 minggu.
4.4.3 Seorang guru yang tidak layak untuk divaksin akan diganti secara
penggiliran oleh beberapa orang guru di dalam Panitia Pendidikan Islam.
Jadual waktu akan diedarkan oleh Ustaz Imran selaku Ketua Panitia
Pendidikan Islam. Guru yang tidak vaksin tidak boleh bersemuka dengan
murid dan perlu berada di tempat yang berasingan.
4.4.5 Guru besar meminta semua guru mematuhi jadual untuk membantu pihak
sekolah bagi menangani persekolahan selama 3 minggu ini.

.
4.5 Penggiliran Kehadiran Murid

4.5.1 Murid bagi Kumpulan A akan mejalani pdpc secara bersemuka manakala
murid Kumpulan B akan mengulangkaji untuk persediaan bagi minggu
berikutnya atau guru memberi latihan dan belajar secara sendiri di rumah.
Tiada lagi aktiviti PdPR.

4.5.2 Pemakaian murid yang hadir di sekolah perlulah sopan. Mereka
digalakkan memakai pakaian sukan. Mereka tidak boleh dikenakan

3

tindakan disiplin jika tidak memakai uniform sekolah seperti arahan
Pengarah Pendidikan Negeri.
4.5.3 Murid-murid yang dikesan positif Covid-19 akan ditempatkan di Bilik
Isolasi. Laporan perlu dibuat kepada PPD, JPN dan Pejabat Kesihatan
Daerah.
4.5.4 Aktiviti Kokurikulum masih lagi tidak pasti tentang kebenaran dijalankan
secara bersemuka.
4.5.5 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada Kluster Kesiapsiagaan yang
diketuai oleh Cik Fatin telah mengadakan tanda-tanda arah laluan serta
pelan pergerakan murid dan senarai nama murid penggiliran serta guru-
guru yang telah hadir untuk persediaan pembukaan sekolah.
4.5.6 SKBL akan memilih Modul 1, iaitu kaedah bersurai secara berperingkat,
mempunyai tempat murid menunggu untuk pulang. Waktu balik adalah
beza selama 5 minit bagi setiap aliran. Waktu balik ini akan dinilai
semula untuk tahun hadapan.

Tindakan : Semua guru

5 KURIKULUM
5.1 PdPR
5.1.1 Encik Mohamed Salim mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua
guru yang telah menjayakan program sepanjang tahun ini atas kejayaan
menjalankan.
5.1.2 Pada hari Jumaat ini merupakan hari terakhir PdPR dijalankan dan
melaksanakan pelaporan SPDPR.

Tindakan : Semua guru
5.2 Guru Ganti & Guru Pelatih

5.2.1 En Mohamad Salim menyatakan bahawa terdapat seorang guru ganti

4

bagi Bahasa Melayu, Cikgu Nurul Fatihah yang akan berakhir pada
akhir November nanti manakala 4 orang guru pelatih mata pelajaran
Bahasa Inggeris yang akan tamat pada 3 Dis 2021.
5.2.2 Beliau berharap semua guru dapat membantu mereka.

Tindakan : Semua guru

5.3 Persediaan Kelas
5.3.1 Beliau meminta jika masih ada guru-guru kelas yang belum membuat
persediaan kelas untuk pembukaan sekolah, dapat berbuat demikian.
5.3.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru kelas dan guru
pembantu kelas yang telah berjaya melaksanakannya.

Tindakan : Guru Kelas
5.4 Kehadiran Guru

5.4.1 Beliau menegaskan bahawa guru bertugas perlu hadir pada 7.00 pagi
dan guru-guru lain hadir sebelum 7.30 pagi.

5.4.2 Beliau berpesan agar semua guru dapat punch in dan punch out kad
perakam waktu.

5.4.3 Guru-guru perlu mengimbas QR Code My Sejahtera dan suhu badan.
5.4.4 Guru juga perlu mengimbas QR Code Rekod Masuk Kelas yang

disediakan di atas meja guru.
5.4.5 Guru-guru yang menggantikan kelas guru tidak hadir, perlu masuk dan

mengajar di dalam kelas agar tiada rungutan daripada ibubapa.
5.4.6 Guru-guru yang tidak hadir perlu menyediakan bahan pengajaran atau

pesanan untuk membuat latihan.
5.4.7 Guru-guru boleh pulang 10 minit selepas waktu pulang murid.
5.4.8 Semua guru perlu hadir tepat pada waktu kecuali ada kecemasan.

Guru-guru yang lewat hadir ke sekolah diminta memaklumkan perkara
tersebut untuk disediakan jadual ganti. Namun, beliau berharap semua

5

5.4.9 guru dapat hadir tepat pada masanya.
Guru besar membenarkan anak-anak guru hadir ke sekolah tanpa
penggiliran tetapi tidak perlu dihebohkan.

Tindakan : Semua Guru
5.5 Penggiliran Murid

5.5.1 Semua guru diminta menyediakan perancangan bagi murid-murid yang
bergilir. Terpulang kepada kreativiti guru agar ada perancangan bagi
murid-murid yang berada di rumah.

5.5.2 Puan Hasnah memberikan cadangan agar murid Kumpulan A dan B
menjalani pembelajaran kendiri mengikut jadual Pdpdr terdahulu. Hal ini
dipersetujui oleh guru besar kerana ia lebih sistematik

5.5.3 Aktiviti Pendidikan Jasmani dibenarkan.

Tindakan : Semua Guru
5.6 eRPH

5.6.1 Maklumat tentang tapak erph akan dimaklumkan oleh Cikgu Sangara.
5.6.2 Tapak erph PdPR tidak lagi digunakan.

Tindakan : Semua Guru

5.7 PBD Pelaporan PBD perlu dihantar ke PPD pada 30 Nov 2021. Tarikh akhir
5.7.1 guru-guru menyiapkan pelaporan akan dimaklumkan oleh Ustazah Noor
Zilawaty.
5.7.2 Mungkin ujian sumatif akan diadakan pada Januari kelak.
Slip pelaporan yang telah siap akan ditandatangan oleh guru besar
seterusnya akan diedarkan melalui telegram pada 3 Dis kelak.

Tindakan : Semua Guru

6

5.8 Catch-UP Plan
5.8.1 Tahniah diucapkan kepada semua guru kerana telah berjaya
melaksanakan KAK.
5.8.2 Semua guru perlu merancang untuk meningkatkan prestasi murid-murid.
Guru diminta menyediakan perancangan Catch-Up Plan (CUP) untuk
melaksanakannya.
5.8.3 Beliau telah memuat naik contoh fail yang berkenaan di dalam Whatsapp
sekolah.
5.8.4 Ujian bagi murid Tahun 4-6 mungkin akan diadakan pada bulan Januari
tahun hadapan. Guru-guru boleh melaksanakan ujian sumatif di dalam
kelas bagi pengukuhan topik-topik tertentu.

5.7 Kursus Semakan Tahun 6
5.7.1 En Mohamed Salim memaklumkan bahawa semua ketua panitia telah
membuat hebahan tentang Kursus Semakan dalam taliam bagi guru-guru
yang mengajar tahun 6.
5.7.2 En Sivaprakash bertanyakan tentang Pentaksiran Setara yang
diajukan oleh para waris murid tahun 6 dan akan digunapakai untuk
kemasukan ke sekolah menengah pada 3 Dis kelak. En Mohamed Salim
memberitahu isu itu hanyalah isu viral. Guru besar juga menegaskan
bahawa pihak sekolah tidak menerima sebarang makluman atau arahan
tentang peperiksaan tersebut.

Tindakan : Guru Tahun 6

6 HAL EHWAL MURID
6.1 Kantin
6.1.1 Encik Arif Mazdi memaklumkan bahawa pihak kantin telah mula
menerima tempahan makanan murid untuk kehadiran bagi 3 minggu
persekolahan.
6.1.2 Murid-murid akan makan di dalam kelas dengan pemantauan guru.

7

6.1.3 Beliau meminta kerjasama guru untuk mengingatkan murid agar
membawa sudu dan garfu sendiri bagi mengurangkan pergerakan murid
ke tandas atau keluar kelas.

Tindakan : Semua Guru

6.2 APDM
6.2.1 Beliau menegaskan bahawa kehadiran murid secara penggiliran perlu
dikemas kini sebelum 10.00 pagi.

Tindakan : Guru Kelas

6.3 BAP
6.3.1 En Arif menyatakan bahawa kelayakan untuk menerima Bantuan Awal
Persekolahan pada tahun hadapan sebanyak RM 150 ialah ibu bapa atau
penjaga yang mempunyai pendapatan RM 3000 ke bawah. Oleh yang
demikian, guru kelas diminta untuk menyerahkan senarai nama murid
yang layak kepada beliau pada hari Isnin kelak untuk diedarkan Borang
PB1 dan PB2.
6.3.2 Borang yang telah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga perlu
diserahkan semula sebelum cuti persekolahan.

Tindakan : Guru Kelas

6.4 Kesihatan
6.4.1 Murid-murid yang bergejala perlu menjalani ujian kendiri Covid-19
dengan kebenaran ibubapa/waris. Sekiranya positif, murid akan
ditempatkan di bilik isolasi.
6.4.2 Seterusnya, murid berkenaan akan ditempatkan di ‘pick-up point’ untuk
dibawa pulang oleh ibubapa/waris.

8

6.4.3 Namun demikian, masih belum pasti tentang SOP pelaksanaan ujian
kendiri tersebut.

Tindakan : Makluman

6.5 Keselamatan
6.5.1 SOP keselamatan sekolah tetap diteruskan dengan tidak membenarkan
kenderaan ibu bapa atau penjaga memasuki ke dalam kawasan sekolah.
6.5.2 Murid-murid hanya dibenarkan masuk di pintu C sahaja.
6.5.3 Guru-guru diminta melekatkan pelekat kereta sekolah pada kenderaan
masing-masing untuk memudahkan pengawal mengenal pasti kenderaan
yang masuk ke kawasan sekolah.

Tindakan : Semua guru

6.6 Kebajikan
6.6.1 En Arif meminta guru-guru memaklumkan kepada beliau jika terdapat
murid-murid yang daif untuk diberikan bantuan pakaian, iaitu baju
sekolah dan kasut.
Tindakan : Semua guru

6.7 KRK/KAA
6.7.1 En Arif memaklumkan bahawa permohonan kemasukan telah dibuka
kepada murid tahun 6untuk memasuki Kelas Mutiara Budi (KMB) dan
Kelas Aliran Agama (KAA) untuk menempatkan murid- murid yang
cemerlang.
6.7.2 Pendaftaran Sekolah Khusus pula telah dilanjutkan sehingga 31hb Dis
2021.
Tindakan : Makluman

9

7 KOKURIKULUM
7.1 PAJSK
7.1.1 Puan Azizah menegaskan dua perkara bagi mesyuarat kali ini. Semua
guru penasihat dikehendaki mengemaskini maklumat penglibatan murid
yang terkini di dalam PAJSK. dari semasa ke semasa.
7.1.2 Beliau meminta guru penasihat memasukkan markah tertinggi
penglibatan terutamanya bagi murid tahun 6.

Tindakan : Semua guru
7.2 Program Tunas Mutiara

7.2.1 Pn Azizah memaklumkan bahawa SKBL telah terpilih untuk program
pembangunan sukan permainan Program Tunas Mutiara bagi merentas
desa.

7.2.2 Sekolah perlu merancang dan melatih serta melahirkan murid untuk
aktiviti merentas desa.

7.2.3 Penyelaras bagi program ini ialah Encik Muhamad Firdaus serta AJK yang
akan dilantik.
Tindakan : Semua guru

8 HAL-HAL LAIN
8.1 En Mohamed Salim memaklumkan bahawa tiada Ujian SEGAK 2021 bagi murid
sekolah rendah, hanya untuk murid Tingkatan 5.
8.2 Guru besar berkongsi maklumat tentang tiada ujian setara bagi murid tahun 6.
8.2 Beliau memaklumkan bahawa telah memuat naik QR Code SKBL di dalam
kumpulan rasmi sekolah.
8.3 Puan Noorzilawaty memaklumkan bahawa beliau telah mengemas kini fail-fail
PBD di dalam google drive.
8.3.1 Jika terdapat murid baharu, guru kelas perlu memasukkan nama dan no
Kad Pengenalan di dalam template untuk memudahkan guru mata
pelajaran mengemaskini perekodan.
8.3.2 Beliau meminta bantuan guru pembantu 6 Makmur untuk mengemaskini

10

SKBLSemua guru boleh mula memasukkan perekodan PBD mata
pelajaran yang diajar.
8.3.3 Selain itu, guru-guru tidak perlu takut untuk memberikan Tahap
Penguasan (TP) 6 kepada murid-murid yang layak.
8.3.4 Jika ada TP yang dikekalkan, guru boleh menulis di ruangan catatan.
8.3.5 Murid-murid yang langsung tidak hadir sepanjang persekolahan
bersemukadan pdpr boleh memaklumkan kepada beliau
8.3.6 PBD perlu disiapkan selewat-lewatnya pada 26 November 2021 untuk
beliau menganalisi data kepada PPD pada 30 November 2011
8.4 Encik Mohamed Salim mewar-warkan maklumat tentang Kempen Derma Darah
kepada guru-guru yang berminat pada 30 November 2021.
8.5 Encik Ahmad Sufi selaku Pengerusi Kelab Guru & Staf meminta semua guru
menyerahkan yuran kepada Ustaz Imran. Beliau turut meminta semua guru
mengemas bilik guru agar tiada kertas atau buku terpakai yang terbiar.
8.6 Encik Mohamed Salim juga menegaskan agar semua guru memastikan murid-
murid tidak meninhggalkan buku di dalam laci meja kelas. Semua murid perlu
diingatkan agar membawa pulang semua buku.
8.7 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah telah menerima bekalan face shield
dan pelitup muka oleh YB Adun Air Itam untuk diedarkan kepada guru dan
murid oleh Unit HEM.
8.8 Guru besar memaklumkan tentang pembayaran sewa bulanan mesin fotostat
bilik guru. Pembekal telah menghantar bil sewa kepada pejabat sekolah.
Pihak sekolah telah membuat bayaran bagi pihak bilik guru. Oleh itu, Ustaz Iqbal
selaku wakil bilik guru diminta mengutip bayaran tertangguh selama bulan Mei –
Nov untuk dibayar semula kepada pejabat sekolah.
8.9 Ustazah Syakiroh selaku Penyelaras Aset sekolah meminta guru - guru memaklukan
kepada beliau jika terdapat asset sekolah yang rosak atau untuk dilupuskan.
Borang perlu diisi untuk dihantar ke JPN.

11

9 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Encik Mohamed Salim berharap semua guru dapat memberikan komitmen agar
Pembukaan Sekolah Fasa 4 serta aktiviti pengajaran dan pengajaran dapat
berjalan lancar.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.45 petang
Disediakan oleh,
NOORASYIKIN BINTI YAHYA
Setiausaha,
Pengurusan Minit Mesyuarat Guru 2021,
SK Batu Lanchang.
22 November 2021

12


Click to View FlipBook Version