BUKU LOG PENGAKAP MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN PISMP JUN 2021-2026 NAMA : LAILATULAINA NADHIRA BINTI MOHD SUKRI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN MPU3431a – UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I NAMA : LAILATULAINA NADHIRA BINTI MOHD SUKRI NO. K/P : 031029-08-0588 ANGKA GILIRAN : 2021182340294 PROGRAM : PISMP JUN 2021 - 2026 UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 4 NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDUL SATAR BIN HAMZAH TARIKH HANTAR : 8 FEBRUARI 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : 8 FEBRUARI 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan faham. Tandatangan Pelajar: Tarikh : 8 FEBRUARI 2024
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 Biodata ➢ Biodata Pelajar ➢ Biodata Pengasas Pengakap Dunia 1-2 2.0 Sejarah ➢ Sejarah Pengakap Dunia ➢ Sejarah Pengakap Malaysia ➢ Tujuan Penubuhan Pengakap 3-7 3.0 Lambang ➢ Lambang Pengakap Dunia ➢ Lambang Pengakap Malaysia 8-9 4.0 Perihal Pengakap ➢ Bendera Pengakap ➢ Tabik Pengakap ➢ Lagu pengakap ➢ Persetiaan Pengakap ➢ Cogan Kata Pengakap ➢ Prinsip Pengakap ➢ Undang-Undang Pengakap ➢ Istiadat Rasmi Pengakap 10-17 5.0 Jawatankuasa ➢ Carta Organisasi PPMKLM IPGM ➢ Carta Organisasi Jurulatih ➢ Carta Organisasi KLM 20 ➢ Carta Organisasi Sekawan Merah 2024 18-21 6.0 Pengurusan Keahlian, Pakaian, Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak 22-29 7.0 Perancangan Takwim 30-31 8.0 Laporan Perjumpaan Aktiviti Mingguan ➢ (Minggu 1 – Minggu 6) 32-39 9.0 Rujukan 40-41
BIODATA PELAJAR & PENGASAS PENGAKAP DUNIA
1 BIODATA PELAJAR NAMA: LAILATULAINA NADHIRA BT MOHD SUKRI NO KAD PENGENALAN: 031029-08-0588 KUMPULAN KULIAH: PENDIDIKAN ISLAM 1 PROGRAM: PISMP JUN 2021 E-MAIL: [email protected] NO. TELEFON: 019-6923139 NAMA MENTOR : DR KHALIJAH BT AHMAD
2 BIODATA PENGASAS PENGAKAP
SEJARAH PENGAKAP (DUNIA & MALAYSIA) DAN TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP
3 SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP • SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford,London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T.Smyth.Sewaktu BadenPowell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dantinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell Bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BPtelah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera diIndia dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Maltasebagai penolong Setiausaha Tentera.Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askaraskar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS(Peninjau).Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjudul Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak
4 keturunanpendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, BadenPowell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda bahaya sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarah menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50tahun.Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budakbudak itu dibahagikan kepada empatpatrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati,mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malam diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Brownsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Brownsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak.Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana,India dan selepas itu di seluruh dunia.
5 • SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C.Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan duakumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar keTanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai “Father of MalayanScouting”. Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. PerkembanganPergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut: 1913 – Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan. 1915 – Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School. 1915 – Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanyaaktif dari 1930). 1922 – Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W.Bloomfield. 1926 – Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar. 1926 – Melaka, oleh R. Brunstone. 1926 – Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith. 1926– Selangor, oleh Ameen Akbar. 1927 – Terengganu, oleh A.J. Gracle. 1927 – Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong. 1928 – Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang MaktabSultan Abu Bakar). 1931 – Perlis, oleh Bird dan Roger Smith. Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 olehH.P. Hertslet. 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap T. Melayu, menjadi ahli dlmPersidangan Pengakap Sedunia. Tahun 1952 - pembukaan Kem Kok Keli. Tahun 1953 - Kem Kijang dibuka. Tahun 1957 - menjadi anggota penuh kepada persidangan pengakapsedunia.
6 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak - Budak Pengakap T. Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Tahun 1964 - ditubuhkan Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia(Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak). Ogos 1965 - Singapura berpisah dari Malaysia. Tahun 1967 - Jambori pengakap pertama di P.Pinang. Tahun 1971 - Jambori pengakap kedua di Melaka. Tahun 1975 - Jambori pengakap ketiga di Johor. 1979 - Jambori pengakap keempat di Sabah. 1982 - Jambori pengakap kelima di Kota Bahru, Kelantan. 1985 - Jambori pengakap keenam di Semambu, Kuantan, Pahang. 1992 - Jambori pengakap ketujuh di Tambunan, Sabah 1997 - Jambori Pengakap kelapan Asia Pasifik diadakan di Bukit Keluang,Besut, Terengganu. Pendftaran - Di bawah Akta Parlimen No.38 tahun 1968 tertakluk di bawah Akta No. 143 pindaan 1974.Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. PergerakanPengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, diSekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung,(Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadisatu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada PersidanganPengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah,Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor,Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala
7 Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BPadalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua PesuruhjayaNegara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. • TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP 1. Melahirkan generasi bertanggungjawab 2. Menanam nilai-nilai murni 3. Membentuk insan bermaruah 4. Menyuburkan disiplin kendiri 5. Mencintai keharmonian 6. Membantu kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat 7. Mmebentuk fikian kreatif dan kritis
LAMBANG PENGAKAP DUNIA & MALAYSIA
8 LAMBANG PENGAKAP DUNIA Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan, melambangkan Undang undang Pengakap yang sepuluh itu. Warna putihkesucian dan kebersihan. Warna unguwarna Biro Pengakap Sedunia. Ikatan putihmenunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Lingkaran tali berwarna putihmelambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
9 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA Bintang pecah 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia. 2 bintang pecah 5 melambangkan 10 undang-undang pengakap. Ikatan buku sila melambangkan persaudaraan pengakap. Anak panah pecah 3 melambangkan persetiaan pengakap. Anak bulan dan bintang melambangkan agama rasmi Malysia iaitu Agama Islam.
PERIHAL PENGAKAP
10 BENDERA RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TABIK PENGAKAP
11 LAGU PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama (korus) Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan Negara Berbudi, bersaudara Taat menurut perintah Kami bangga jungjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami banggan jungjung cita-cita Pengakap Malaysia
12 PERSETIAAN PENGAKAP COGAN KATA PENGAKAP
13 PRINSIP PENGAKAP ➢ Kepercayaan kepada Tuhan ➢ Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara ➢ Perkhidmatan kepada diri sendiri UNDANG-UNDANG PENGAKAP
14 ISITIADAT RASMI PENGAKAP • ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat “Sehabis Baik”. Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada penimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK.
15 Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada perkara 1-6 seperti di atas.Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan oleh PKK.
16 • ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA Istiadat ini diadakan selepas istiadat Laung Agung. 1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang. 2. Semua PKK berdiri dalam bulatan. Akela beridri di tengah-tengah bulata dalam keadaan sedia. 3. Pemimpin berdiri menghadap bendera dan penolong pemimpin berdiri di belakang tiang bendera. 4. Akela berteriak ‘BENDERA’. Petugas mara ke tiang bendera lalu menarik tali, sekali sahaja. 5. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat kemudian semua yang hadir memberi hormat. 6. Petugas menjatuhkan tangan dan diikuti semua yang hadir lalu petugas kembali ke tempat asal. 9. Akela memberi arahan ‘Senang diri’ dan nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain. 7. Menyanyi Lagu Kebangsaan, Lagu Pengakap Daerah. 8. Membaca doa.
17 • ISITIADAT MENURUNKAN BENDERA
JAWATANKUASA
17 CARTA ORGANISASI PPM KLM IPGM BIL JAWATAN PEMEGANG IPG 1. PENANUNG UTAMA YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 2. PENAUNG YBHG. DATO’ HAJI PKHARUDDIN BIN HAJI GHAZALI KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA 3. YANG DIPERTUA DR MOHD AZAM BIN AHMAD REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 4. PENGERUSI DR ROSLI BIN YACOB TIMBALAN REKTOR IPGM 5. TIMBALAN PENGERUSI EN. DAHLAN BIN ABDUL KADIR KPP UNIT EKSTRAKOKURIKULUM, SHEPHL, IPGM, KPM 6. KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KAPT M. ASRAR BIN SIDON IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, JOHOR 7. TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI TN. HAJI MOHD FADZIL BIN MOHD SALLEH IPG KAMPUS PERLIS, PERLIS 8. SETIAUSAHA KEHORMAT TN. HAJI OTHMAN BIN CHE MAN IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG 9. PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT PN. SULIANA BINTI WAN CHIK IPG KAMPUS PERAK, IPOH 10. BENDAHARA KEHORMAT EN. KHAIRUDDIN BIN SAIDIN IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, PULAU PINANG 11. PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH KLM 20 EN ABDUL SATAR BIN HAMZAH IPG KAMPUS DARULAMAN, KEDAH
18 CARTA ORGANISASI JURULATIH PENGAKAP IPG KAMPUS DARUL AMAN PENGARAH IPDA Dr. Wan Fadzli Bin Wan Haron TIMBALAN PENGARAH Dr. Amani Binti Dahaman @ Dahlan KETUA UNIT KOKURIKULUM En. Ikhwan Hosni Bin Ali KETUA JURULATIH En Abdul Satar Bin Hamzah PEN. KETUA JURULATIH 1. Dr. Mohd Hafiz Bin Osman 2. Dr. Mohd Fariduddin Bin Wajdi 3. Pn Noormawati Binti Mohamad
19 CARTA ORGANISASI PPM KLM IPG/KLM 20 IPG KAMPUS DARULAMAN, JITRA PENGERUSI Mohd Afiq Aiman Bin Baharin NAIB PENGERUSI Mohamad Zulfarhan Bin Mohd Zulfadhly BENDAHARI Nor Nabiha Binti Saad AHLI JAWATAN KUASA 1. Nur Haziqah Mardhiah Binti Mohamed Faiz 2. Mohamad Khairul Anwar Bin Samsudin 3. Muhamad Syahir Bin Mohamad Suhaimi 4. Husna Nabilah Binti Rosli SETIAUSAHA AGUNG Muhammad Anas Bin Rosli TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG Ilya Natasha Ryza Binti Nordin TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT Mohammad Hafiy Danial Bin Norizam QUARTER MASTER Muhammad Haziq Azfar Bin Qamarul Arifin PENOLONG KETUA PESURUHJAYA Dr. Mohd Hafizd Bin Osman KETUA PESURUHJAYA En. Abdul Satar Bin Hamzah PENGARAH Dr Wan Fadzli Bin Wan Haron
20 CARTA ORGANISASI SEKAWAN MERAH 2024 JURULATIH Dr. Mohd Hafizd Bin Osman Dr. Muhammad Fariduddin Bin Wajdi Anthony Pn Noormawati Binti Razali KETUA SEKAWAN Muhammad Uzair Hakimi Bin Suhaimi PENOLONG KETUA SEKAWAN Husna Nabilah Binti Rosli QUARTERMASTER Muhammad Khairul Anwar Bin Samsudin AHLI AKTIF Nurul Hamizah Binti Mohd Latfi Ilya Natasya Ryza Binti Nordin Mohammad Hafiy Danial Bin Norizam Lailatulaina Nadhira Binti Mohd Sukri
PENGURUSAN KEAHLIAN & PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
22 PENGURUSAN KEAHLIAN PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN : • Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. • Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. • Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. • Jika melebohi 48 orang anggota, maka perlu pecahkan kepada beberap pasukan. JENIS BORANG : • Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. • Gunakan beberapa jenis borang: • Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) • Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) • Borang PPM 1B (Borang Kawalan) • Borang PPM 9A (Pemohonan Tauliah Pemimpin/Penolong). • Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. Contoh Borang PPM 9A (Pemohonan Tauliah Pemimpin/Penolong)
23 Contoh Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota)
24 YURAN PENDAFTARAN : • Kumpulan / Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan / anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM. • Yuran pendaftaran : • Kumpulan : RM 30.00 (setahun ) • Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun ) • Pemimpin / Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun ) • Kumpulan / Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktivti pengakap. • Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. Gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47). • Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80). • Penggantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa penganjur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. TAULIAH PEMIMPIN: • Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: • Tauliah Sementara • Tauliah Tetap • Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manik Kayu peringkat satu dan dua. • Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat Tiga. • Perlu memohon tauliah baharu serta mengemablikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.
25 KEGIATAN: • Semua kegiatan yang dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: • Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah • Program Latihan PM untuk pelajar Ting 1-3 • Program Latihan PR untuk pelajar Ting 4-5 • Program Latihan PK untuk pelajar Ting 6 & remaja • Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar / Pengetuan), Ibubapa / Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. BUTIRAN PERIBADA ANGGOTA PENGAKAP: • Nama dan no. kad pengenalan ahli • Nombor pendaftaran • Nama ibubapa/ penjaga • Alamat dan no. telefon ibu bapa/ penjaga • Tarikh lahir • Bangsa dan Agama • Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan • Kecenderungan /Minat BILIK PERJUMPAAN: • Carta Organisasi • Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) • Buku-buku rujukan • Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) • Peralatan latihan • Peralatan perkhemahan • Meja dan kerusi untuk bermesyuarat
26 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAKKANAK
27 LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK LENCANA PENERANGAN Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian. Setelah lulus Lencana Keahlian, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan SATU (1) Lencana WAJIB mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Sebelum layak menjalani ujian dalam silibus Lencana Keris Gangsa, seseorang Pengakap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak - Lencana Keris Gangsa, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan
28 kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Selang tarikh lulus antara lencana keris gangsa dengan keris perak adalah 6 bulan. Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak - Lencana Keris Perak, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Setelah lulus Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut.
29 LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Sebelum layak lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengakap Kanakkanak mestilah lulus Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (DUA Lencana Kategori Pengetahuan dan DUA Lencana Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu. Selang tarikh lulus antara lencana keris perak dengan keris emas adalah 6 Bulan. Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian (SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan. Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri).
PERANCANGAN TAKWIM
30 RANCANGAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK 2023/2024 BIL TARIKH AKTIVITI OBJEKTIF SASARAN CATATAN/ TINDAKAN 1 29.3.2023 • Pemilihan AJK • Aktiviti Tahunan Pengakap • Persetiaan Pengakap Mengetahui Persetiaan Pengakap Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 2 19.4.2023 • Penyediaan Buku Log Pengakap • Kemahiran Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap, Cogan Kata “Buat Habis Baik” Mengenali Isyarat Hormat Pengakap Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 3 17.5.2023 • Latihan Menanam Pokok Bunga Mempelajari caracara penanaman pokok Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 4 14.6.2023 • Undang-Undang Pengakap • Prinsip Rukun Negara Mengenali Peraturan-Peraturan Pengakap Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 5 5.7.2023 • Latihan Kawad Kaki Mempelajari kawad kaki Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 6 2.8.2023 • Jenis-Jenis Ikatan Mempelajari ikatan pengakap Semua ahli pengakap Semua guru penasihat
31 7 23.8.2023 • Asas Pertolongan Kecemasan Mempelajari asas pertolongan kecemasan Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 8 6.9.2023 • Cerita Hutan Pengakap Mengenali sejarah pengakap Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 9 20.9.2023 • Latihan Memasak Rimba, Makanan dan Minuman Mencungkil bakat memasak murid Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 10 11.10.2023 • Lagu-Lagu Pengakap Kanak-Kanak Mengenali dan menyanyikan lagu pengakap Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 11 1.11.2023 • Latihan mendirikan khemah Mempelajari asas mendirikan khemah Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 12 22.11.2023 • Membuat kraf tangan menggunakan bahan terbuang Mengurangkan pencemaran alam Semua ahli pengakap Semua guru penasihat 13 13.12.2023 • Meredah Hutan Mengenali keadaan semasa berada di hutan Semua ahli pengakap Semua guru penasihat Disediakan oleh, ________________________ (LailatulAina Nadhira Binti Mohd Sukri)
LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI MINGGUAN
32 LAPORAN MINGGUAN PERJUMPAAN PENGAKAP Minggu: 1 (Pertama) Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 8 -10 a.m. Tempat: Pusat Kegiatan Pelajar Kehadiran: 33/33 Aktiviti utama: Pelantikan ahli jawatankuasa dan penubuhan kumpulan sekawan. Bagi perjumpaan pengakap pada minggu pertama, ia dimulakan dengan sesi perkenalan diri oleh pensyarah penasihat kami. Pensyarah tersebut terdiri daripada Dr. Mohd Hafiz Bin Osman dan En Abdul Satar Bin Hamzah Seterusnya, pensyarah penasihat mengambil kehadiran ahli pengakap dan pensyarah memberi penerangan berkaitan maklumat kursus MPU3431a Kokurikulum - Unit Beruniform Pengakap 1. Kemudian aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa dimulakan dimana semua ahli pengakap memberi cadangan nama bagi setiap jawatan yang dipertandingkan. Hasil pengundian : Seterusnya, pensyarah meminta semua ahli pengakap untuk membentuk kumpulan mengikut sekawan yang telah ditetapkan. Terdapat lima sekawan iaitu merah, coklat, . Setelah semua ahli selesai membentuk kumpulan mengikut sekawan masing-masing, Encik Satar meminta setiap sekawan untuk melantik pengerusi dan Pengerusi Mohamad Afiq Aiman Bin Baharin Timbalan Pengerusi Mohamad Zulfarhan Bin Mohd Zulfadhly Setiausaha Muhamad Anas Bin Rosli Timabalan Setiausaha Ilya Natasha Ryza Binti Nordin Bendahari Nor Nabiha Binti Saad Timbalan Bendahari Mohamad Hafiy Danial Bin Norizam
33 naib pengerusi. Kemudian, sesi perjumpaan telah tamat dan kedua-dua pensyarah penasihat serta semua ahli pengakap bersurai. Yang Menjalankan Tugas, 10 Januari 2023 _________________________ (LailatulAina Nadhira Binti Mohd Sukri)
34 Minggu : 2 (Kedua) Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 8 -10 a.m. Tempat: Pusat Kegiatan Pelajar Kehadiran: 33/33 Aktiviti utama: Sejarah latar belakang pengakap dan nyanyian lagu pengakap. Bagi perjumpaan pada minggu kedua, semua ahli pengakap telah mempelajari sejarah dan latar belakang pengakap dunia dan di Malaysia yang disampaikan oleh Encik Satar. Selain itu, beliau juga turut menerangkan tentang etika berpakaian unit beruniform pengakap. Yang mana etika berpakaian tersebut amat penting kerana semua pelajar perlu memakainya pada setiap kali perhimpunan rasmi unit beruniform. Seterusnya, pensyarah penasihat iaitu Dr Mohd Hafiz pula memberi taklimat awal mengenai tugasan pentaksiran berterusan seperti penghasilan buku log digital beserta dengan rubrik pentaksiran tersebut. Di samping itu, kedua-dua pensyarah penasihat kami juga memberi gambaran awal mengenai aktiviti dan perkara yang perlu dilakukan sepanjang kursus unit beruniform pengakap ini berlangsung. Bagi aktiviti nyanyian lagu pengakap pula, En Satar telah memberikan beberapa pautan Youtube mengenai lagu pengakap. Kemudian, semua ahli pengakap menyanyikan lagu pengakap bersama-sama. Sebelum perjumpaan tamat, pensyarah penasihat membuat rumusan ringkas berkaitan intipati perjumpaan kali ini. Yang Menjalankan Tugas, 17 Januari 2024 _____________________ (LailatulAina Nadhira Binti Mohd Sukri)
35 Minggu : 3 (Ketiga) Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 8 -10 a.m. Tempat: Kawasan Lapang Bersebelahan Bangunan Gerko Kehadiran: 32/33 Aktiviti utama: Laungan Agung, Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap. Bagi perjumpaan ketiga, saya tidak dapat menghadirinya kerana dijangkiti wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, sekawan saya iaitu sekawan merah telah berkongsi maklumat yang mereka perolehi daripada perjumpaan tersebut. Berdasarkan perkongsian tersebut, semua ahli pengakap diberi penerangan berkaitan aktiviti laungan agung daripada Encik Satar. Laungan agung tersebut dijalankan mengikut sekawan masing-masing. Selain itu, pensyarah penasihat, Dr Hafiz turut mengarahkan semua ahli dalam sekawan masing-masing untuk mengambil peluang menjadi ‘akela’ dan melafazkan persetiaan pengakap. Seterusnya, Encik Satar meminta semua ahli pengakap untuk mengingat kembali undang-undang pengakap yang terdiri daripada sepuluh elemen iaitu seorang pengakap adalah seorang yang : ➢ Dipercayai ➢ Taat ➢ Berguna ➢ Bersaudara ➢ Berbudi ➢ Kasihkan Binatang ➢ Menurut Perintah ➢ Tabah Hati ➢ Berjimat ➢ Suci Fikiran, Perkataan dan Perbuatan
36 Setelah selesai aktiviti tersebut, semua ahli pengakap diarahkan untuk menandatangani kehadiran dan semua dibenarkan bersurai. Yang Menjalankan Tugas, 24 Januari 2024 _____________________ (LailatulAina Nadhira Binti Mohd Sukri)
37 Minggu: 4 (Keempat) Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 8 -10 a.m. Tempat: Berhadapan Pusat Kegiatan Pelajar Kehadiran: 33/33 Aktiviti utama: Latihan Kawad Kaki Pada perjumpaan kali ini, kami mengadakan latihan kawad kaki dimana semua ahli pengakap diminta untuk berkumpul dan berbaris bertiga-tiga mengikut sekawan masing-masing. Kemudian, Encik Satar menerangkan kepada kami bagaimana pergerakan kebelakang pusing dan berhenti. Selepas itu, beliau meminta seorang wakil daripada ahli pengakap lelaki untuk mengetuai latihan kawad kaki pada hari tersebut. Semasa latihan berlangsung, Encik Satar turut memberi bimbingan dan teguran bagi kesalahan yang kami lakukan kerana terdapat segelintir ahli yang masih tidak mahir dalam kawad kaki. Setelah semua ahli mahir bagi pergerakan kebelakang pusing dan posisi berhenti, kami meneruskan latihan bagi pergerakan yang lain iaitu pergerakan tukar langkah yang dilaksanakan dalam sekawan masing-masing. Sebelum mengakhiri perjumpaan, pensyarah penasihat telah memberi rumusan ringkas dan mengingatkan supaya semua ahli pengakap untuk membawa tali pada perjumpaan minggu hadapan kerana aktiviti ikatan akan dilaksanakan. Yang Menjalankan Tugas, 31 Januari 2024 _______________________ (LailatulAina Nadhira Binti Mohd Sukri)
38 Minggu : 5 (Kelima) Tarikh: 8 Februari 2024 Masa: 8 -10 a.m. Tempat: Kawasan Lapang Bersebelahan Bangunan Gerko Kehadiran: 33/33 Aktiviti utama: Latihan Lima Jenis Ikatan Serta Latihan Kawad Kaki Pada perjumpaan minggu kelima ini, kami diberi peluang untuk belajar dan mengingat kembali lima jenis ikatan iaitu simpulan manuk, balak, bunga geti, buku sila,dan simpul kasih. Aktiviti ini dikendalikan oleh dua orang pensyarah penasihat kami iaitu Encik Satar dan Dr Hafiz. Slot ini berjalan selama 1 jam setengah dimana ia bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai ikatan serta fungsinya dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini sekaligus memberi peluang kepada semua ahli pengakap untuk mengingat kembali ikatan-ikatan yang telah dipelajari sebelum ini agar semua ahli menjadi lebih mahir. Kami diarahkan untuk berpecah mengikut sekawan masing-masing lalu membentuk satu bulatan kecil. Setiap sekawan perlu melantik seorang wakil yang paling mahir dalam bidang ikatan untuk dijadikan fasilitator. Hal ini untuk memudahkan dan memastikan semua ahli dalam sekawan masing-masing dapat menguasai lima jenis ikatan tersebut. Wakil dari setiap sekawan itu akan menunjukkan demonstrasi dan ahli yang lain akan mengikutnya. Setelah selesai aktiviti ini, kami berlatih berkawad dan akhir sekali pensyarah pensihat memberi sedikit rumusan ringkas sebeluk sesi perjumpaan tamat. Yang Menjalankan Tugas, 8 Februari 2024 _______________________ (LailatulAina Nadhira Binti Mohd Sukri)