The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD AFIQ BIN JUHAIMI IPG-Pelajar, 2024-03-15 10:20:25

Buku Log Krs

BUKU LOG

TAHUN 4 .Asas dan peraturan dalam permainan bola sepak/bola jaring Sukaneka Permainan tradisional Asas persilatan Keyakinan di air TAHUN 5 Permainan Kim Sukaneka Pengenalan kompas ‘ Blind Trail ‘ Mencari arah Asas persilatan vii.Keyakinan di air TAHUN 6 Sukan & permainan Orienteering Kembara 9. REKREASI TAHUN 4 Mengenali budaya pelbagai kaum di Malaysia. Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia. Persembahan Kebudayaan -nasyid,koir,pantun , dikir barat,syair dan lain-lain TAHUN 5 Mengenali pantang larang pelbagai kaum Hari Kebesaran Kaum(agama) Hari Perayaan kaum Persembahan -Nasyid,lakonan, pentomen,sketsa dan lain-lain TAHUN 6 Pergaulan Adat Istiadat Mengenal alat-alat muzik tradisional. 10. KEBUDAYAAN


TAHUN 4 Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah TAHUN 5 Gotong-royong membersihkan - tempat ibadat, balai raya, tanah perkuburan dan lain-lain. TAHUN 6 Projek khidmat bakti - gotong royong - lawatan dan ziarah ( jiran / masyarakat setempat / rumah anak yatim / hospital / dan lain-lain ) KHIDMAT MASYARAKAT MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti,tolong menolong dan berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama kaum dan etnik. OBJEKTIF Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tangggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan harian ALAM SEKITAR MATLAMAT Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan menghargai alam sekitar. OBJEKTIF Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar Memupuk sikap prihatin insan terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan. Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. Bertanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar. TAHUN 4 Mengenal tumbuhan TAHUN 5 Memerhati dan merekod serangga Memelihara dan memulihara sungai TAHUN 6 kitar semula ekosistem


TAHUN 4 Pengenalan alat jahitan Pengenalan asas jahitan TAHUN 5 Jahitan silang pangkah. Jahitan cantuman TAHUN 6 Asas-asas sulaman KEUSAHAWANAN MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan OBJEKTIF Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Melahirkan insan yang kreatif dan inovati TAHUN 4 Pengenalan peralatan dapur kegunaan & penjagaan keselamatan TAHUN 5 Pengenalan bahan rempah ratus, jenis tepung, jenis beras & jenis perasa Memasak air Merebus Menggoreng Membakar TAHUN 6 Latihan Amali 1.JAHITAN 2. MASAKAN


SSEEJJAARRAAHH PPEENNUUBBUUHHAANN


Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah. Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. SEJARAH PENUBUHAN KRS


SEJARAH PENUBUHAN TKRS Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.


Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. OBJEKTIF PENUBUHAN KRS


OBJEKTIF PENUBUHAN TKRS Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin


Pengasas Kadet Rema ja Sekolah ialah Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban. Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar. Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang, dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menegah Ra ja Tun Uda. Pulau Pinang. Allahyarham merupakan seorang pela jar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Beliau telah ber jaya menamatkan penga jian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Johor Bahru dalam Kursus Perguruan Asas sebelum melanjutkan penga jian ke Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah Beliau memulakan ker jaya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan ker jayanya sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan pengasas bagi Kadet Remaja Sekolah yang telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah pada 27 Jun 1987. Penubuhan Kadet Rema ja Sekolah ini akhirnya bernaung di bawah Kementerian Pela jaran pada 10 0gos 1993. Kini KRS telah bertapak di semua sekolah di Malaysia dengan keahlian sebanyak 280 ribu pela jar. Beliau akhirnya telah dijemput Illahi pada tanggal 10 April 2003 meninggalkan seorang balu dan 4 orang cahaya mata. PENGASAS KRS


SSTTRRUUKKTTUURR OORRGGAANNIISSAASSII


1~ Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah. ~ Menteri Pendidikan Malaysia 2~ Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah. ~ Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 3~ Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah adalah seperti berikut: Penaung Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Kehormat Penolong Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat AJK yang dilantik 4~ Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat : a. Peringkat Kebangsaan b. Peringkat Negeri c. Peringkat Daerah d. Peringkat Sekolah JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT


JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan : Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah I Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah II Setiausaha Kehormat : KPP Ko-Kurikulum, Bahagian Sekolah Pen. Setiausaha Kehormat : Dilantik (Dua orang) Bendahari Kehormat : Dilantik Ahli-ahli(9 orang) : Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminudin Baki 3 ahli dilantik 2 Wakil Jurulatih KRS Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan : Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah I Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah II Setiausaha Kehormat : KPP Ko-Kurikulum, Bahagian Sekolah Pen. Setiausaha Kehormat : Dilantik (Dua orang) Bendahari Kehormat : Dilantik Ahli-ahli(9 orang) : Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminudin Baki 3 ahli dilantik 2 Wakil Jurulatih KRS


JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT Jawatankuasa Peringkat Daerah : Penaung: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Penasihat : Pengarah Pendidikan Negeri Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Tim. Pengerusi: Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (SPPK) Setiausaha : Penyelia Pen. Setiausaha: Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli :Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan Dua wakil sekretariat Daerah Wakil PKPSM dan MGB Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit: Dilantik(2 orang) Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. Jawatankuasa Peringkat Sekolah : Penasihat: PPD Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Timbalan Pengerusi: Pen.Kanan Kokurikulum Setiausaha: Dilantik Penolong Setiausaha: Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli-ahli:(7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS) Juruaudit : Dilantik di kalangan guru (2 orang)


PPEENNGGUURRUUSSAANN & PPEENNTTAADDBBIIRRAANN


KOMPENI KRS KOMPENI TKRS


PLATUN KRS PLATUN TKRS


SEKSYEN KRS & TKRS


SISTEM PANGKAT KRS & TKRS Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi :Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS / TKRS Bendahari : Koperal KRS / TKRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS / TKRS yang berdaftar di sekolah Catatan: Pengetua/Guru Besar : Komandan KRS / TKRS. Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Penolong Kanan Kokurikulum: Timbalan Komandan KRS / TKRS. Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan panggilan Timbalan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Pemimpin : Pegawai Platun. Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS. Kenaikan pangkat Leftenan KRS - Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. Kenaikan Pangkat Kapten KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Kenaikan Pangkat Mejar KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri.


SISTEM PANGKAT KRS DI SEKOLAH


SISTEM PANGKAT KRS IPGM


SISTEM PANGKAT KRS IPGM


KKRRSSSSEEKKOOLLAAHH RREENNDDAAHH


1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS. 2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar. 3. Menubuhkan jawatankuasa ker ja pengurusan dan penyelarasan kegiatan KRS. 4. Mengka ji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar. pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. 5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan 6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran. 7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahankemudahan asas. 8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan. 9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat, dan harta modal bidang kokurikulum. 10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah. 11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru 12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS 13. Menyedia. mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program. 14. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar. 15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus ke jurulatihan 16. Meneroka dan mewujudkan peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. PERANCANGAN ORIENTASI


PRINSIP MERANCANG PROGRAM 1. Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum 2. Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti 3. Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah 4. Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi 5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan 6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat 7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai 8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang


RANCANGAN TAHUNAN KRS


RANCANGAN MINGGUAN TKRS


PELAKSANAAN PROGRAM KRS


CARTA ORGANISASI KRS SEKOLAH


LAPORAN KRS


KA DETREMAJASEKOLAH K RS KA DETREMAJASEKOLAH K RS TERIMA KASIH ILMU IMAN AMAL ILMU IMAN AMAL


Click to View FlipBook Version