PendaftaranProfile Petani( e-Tani) 2024 PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN MERADONG Date: April 25, 2024 Prepared by:Khamis Unting Jabatan Pertanian Bahagian Sarikei
PENGENALANKEPADA E-TANI Jabatan Pertanian Sarawak sedang membangunkan e-Tani di mana objektif utama adalah untuk menyediakan kesemua perkhidmatan Jabatan sedia ada di atas talian. Inisiatif ini selaras dengan Sarawak Digital Economy Strategy 2018-2022 di mana sistem ini dapat menyokong inisiatif Jabatan untuk merancakkan lagi pembangunan sektor pertanian dan meningkatkan lagi pendapatan komuniti pertanian. Pembangunan e-Tani terbahagi kepada beberapa fasa. Pembangunan e-Tani Fasa 1 telah bermula pada tahun 2021 dan siap pada Oktober 2022 yang merangkumi perkhidmatan pendaftaran petani serta permohonan bantuan serta perkhidmatan pertanian di bawah Bahagian Tanaman, Bahagian Padi & Bijirin, Bahagian Perikanan Darat dan Bahagian Industri Asas Tani. Pembangunan e-Tani Fasa 2 juga telah bermula pada bulan Ogos 2023 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2024, yang merangkumi fungsi pemantauan bantuan serta perkhidmatan pertanian di bawah Bahagian Tanaman, Bahagian Padi & Bijirin, Bahagian Perikanan Darat dan Bahagian Industri Asas Tani. Selain itu, pangkalan data statistik pertanian dan perdagangan yang baharu turut dibangunkan. E-Tani membolehkan para pengguna untuk memohon bantuan dan perkhidmatan Jabatan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, asalkan pengguna mempunyai akses kepada internet. Kemudahan ini membolehkan pengguna terutamanya yang berasal dari luar bandar tetapi bekerja di bandar untuk membuat permohonan. Dalam erti kata lain, pemilik / penyewa tanah sedia ada tidak perlu ke kaunter stesen Jabatan yang berdekatan dengan tanah mereka untuk memohon bantuan dan perkhidmatan pertanian. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa dan kos (seperti pengangkutan) kepada pengguna. Para pengguna terutamanya para petani mestilah terlebih dahulu mendaftar dan mendapatkan SarawakID masing-masing dengan melayari sarawakid.sarawak.gov.my. Selepas itu, pengguna boleh melayari sarawak.gov.my dan tukar bahasa laman web dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melaysia. Dalam ruangan carian, sila taip “Pendaftaran Profil Peladang Baru” dan tekan butang carian. Selepas itu, tekan butang “Daftar Sekarang”. Pengguna akan diminta untuk mengisi maklumat SarawakID dan borang permohonan secara atas talian. Pengguna dinasihat untuk mengisi maklumat dengan setepattepatnya sebelum menghantar permohonan tersebut. Sekiranya pengguna hanya dapat mengisi sebahagian borang permohonan tersebut. Beliau boleh log keluar terlebih dahulu. Selepas itu, beliau boleh log masuk semula untuk menyambung proses pengisian borang permohonan tersebut. Setelah permohonan diterima,Jabatan akan membuat verifikasi dan penilaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada melulus atau menolak pendaftaran pengguna sebagai Petani Berdaftar. Pengguna akan menerima keputusan pendaftaran secara atas talian. Sekiranya permohonan ditolak, pengguna masih boleh memohon semula dengan mengisi “Pendaftaran Profil Peladang Baru”. Hanya Petani Berdaftar boleh memohoan bantuan dan perkhidmatan pertanian secara atas talian. Melalui laman web sarawak.gov.my, Petani Berdaftar boleh mencari dan mengisi permohonan seperti berikut:
1) Permohonan Skim Bantuan Program Pembangunan Pertanian Bahagian Tanaman; 2) Permohonan Skim Bantuan Program Pembanguan Bahagian Perikanan Darat; 3) Permohonan Untuk Skim Baru, Pembangunan Produk; 4) Permohonan Untuk Program Pembangunan Pertanian Komuniti (PPPK); 5) Permohonan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Jabatan Pertanian Sarawak; dan 6) Permohonan Pensijilan di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Bantuan DanPerkhidmatanPertanian AtasTalian.
PENDAFTARAN Setelah Petani Berdaftar menghantar permohonan di atas, Jabatan akan membuat verifikasi dan penilaian sama ada melulus atau menolak permohonan tersebut. Petani Berdaftar akan menerima keputusan permohonan secara atas talian. Sekiranya permohonan lulus, surat tawaran juga akan diberikan kepada Petani Berdaftar secara atas talian. Petani Berdaftar perlu mengesahkan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut secara atas talian. Petani Berdaftar boleh memohon semula bantuan dan perkhidmatan pertanian sekiranya permohonan mereka ditolak dengan mengisi semula borang permohonan secara atas talian. Jabatan merancang untuk memberi latihan kepada para pegawai terutamanya yang terlibat dalam aktiviti pengembangan. Ini membolehkan mereka memberi panduan kepada para petani terutamanya yang berada di luar bandar untuk mengisi permohonan secara atas talian. Petani juga digalakkan untuk mendapat bantuan daripada ahli keluarga yang terdekat terutamanya yang mahir dalam IT, memiliki akses kepada telefon pintar, komputer riba, komputer peribadi and talian internet untuk melayari e-Tani. Jabatan maklum bahawa pengguna terutamanya petani di luar bandar memerlukan masa untuk menguasai kemahiran untuk menggunakan e-Tani sebagai saluran utama permohonan bantuan dan perkhidmatan pertanian. Oleh itu, Jabatan masih menerima permohonan secara manual di kaunter stesen Jabatan. Namun begitu, suatu masa nanti Jabatan hanya dapat menerima permohonan secara atas talian seperti perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (pengisian borang dan pembayaran cukai secara atas talian). Sekiranya Petani Berdaftar hanya dapat mengisi sebahagian borang permohonan tersebut, beliau boleh log keluar terlebih dahulu. Beliau kemudian boleh log masuk semula untuk menyambung proses pengisian borang permohonan tersebut. Borang yang telah dihantar tidak dapat dipinda.
EMPAT LANGKAH UNTUK MENGAKSES PERKHIDMATAN DOA DALAM SARAWAK.GOV.MY. Langkah Pertama : Mohon SarawakID melalui sarawakid.sarawak.gov.my) RUJUKAN Manual Pendaftaran Profil Peladang Baru boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://cloud.sarawak.gov.my/index.php/s/8fEQHPb4C8ndApC Manual untuk enam (6) perkhidmatan Jabatan atas talian boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://cloud.sarawak.gov.my/index.php/s/sZswAmspPL2n5ze Langkah Kedua : Layari sarawak.gov.my dan isi “Pendaftaran Profil Petani” Langkah Ketiga : Selepas “Pendaftaran Profil Petani” diluluskan, anda boleh melayari sarawak.gov.my. Langkah keempat : Masukan semula sarawakid dan password yang telah di daftar yang melalui OTP sama ada melalui No.tel anda dan email yang telah di daftarkan.
Thank you. Six agriculture services / Enam perkhidmatan pertanian Register as aFarmer/ MendaftarSebagai Petani