1 PLG725 PERKEMBANGAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN TUGASAN 1 Name : ZUHAILAH BINTI HASHIM No Matrik : P- PD0057/22 Program / Specialization : Doktor Pendidikan (EdD) – Pendidikan Sains Lecturer : Dr Siti Zuraidah Md Osman
2 1.0 TOPIK Pembangunan bahan pengajaran: Pembelajaran berasaskan permainan bagi topik (i) Kerjaya dalam kimia dan (ii) Formula kimia melalui permainan Minecraft Education. 1. Model ADDIE digunakan dalam membangunkan bahan pengajaran. Model ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang utama dan menjadi sumber kemunculan model-model yang lain. Model ADDIE terdiri daripada lima fasa proses yang sistematik iaitu analisis (Analysis), reka bentuk (Design), pembangunan (Development), pelaksanaan (Implementation) dan penilaian (Evaluation). Analisis keperluan: Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar Analisis Mengenal pasti topik dalam kimia Strategi pengajaran: Pembelajaran berasaskan permainan Menentukan objektif pembelajaran Mereka bentuk Rancangan Pengajaran Harian Reka bentuk Membangunkan LMS - Teams Membangunkan Audio dan video pengajaran Pembangunan Menyusun atur persekitaran pembelajaran Melaksanakan dua sesi pengajaran Pelaksanaan Penilaian oleh rakan (peer assessment) Soal selidik LMS Penilaian
3 2. Topik Kerjaya dalam kimia di pilih adalah untuk memupuk minat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sikap positif terhadap kimia. Manakala topik formula kimia merupakan topik asas kimia yang penting untuk pelajar menguasai isi kandungan kimia selanjutnya. Topik formula kimia banyak mempunyai konsep yang abstrak yang sukar dikuasai oleh pelajar, oleh itu pembelajaran berasaskan permainan menggunakan Minecraft Education ini dapat membantu pelajar mevisualkan sesuatu yang abstrak. 3. Pembelajaran berasaskan permainan menggunakan Minecraft Education dapat menarik perhatian pelajar, seterusnya membuatkan pelajar berminat dan dapat meningkatkan sikap positif pelajar terhadap kimia. Guru boleh memberikan pengalaman pembelajaran kimia yang lebih menarik, praktikal dan interaktif melalui pembelajaran berasaskan permainan menggunakan Minecraft Education seterusnya boleh membantu pelajar memupuk sikap positif terhadap kimia dengan menjadikannya lebih relevan dan mudah difahami dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Terdapat pelajar yang mempunyai kebimbangan tentang pembelajaran kimia dari aspek kurang mahir dalam mengendalikan alat radas dan bahan kimia yang merbahaya seperti asid. Keadaan seperti ini menimbulkan chemfobia sehinggakan mengganggu pencapaian kimia. Namun Minecraft boleh membantu mengurangkan kebimbangan ini dengan menjadikan mata pelajaran kimia lebih menyeronokkan dan menarik, sehingga mengubahnya menjadi pengalaman yang lebih positif. Ini juga sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, Teras 4 yang menyatakan kemahiran digital perlu diintegrasikan pada pendidikan peringkat rendah dan menengah. Tujuan inisiatif ini adalah untuk mewujudkan bahan pendidikan yang berkualiti yang mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Minecraft Education mempunyai beberapa ciri yang boleh membantu pelajar membina sikap positif terhadap pembelajaran kimia. (i) Eksperimen Maya (virtual experiments) yang membolehkan guru dan pelajar menjalankan simulasi eksperimen kimia dalam Minecraft dengan selamat. Pelajar boleh berinteraksi dengan unsur kimia, mencampurkan bahan kimia dan memerhati tindak balas dan hasil tindak balas yang berlaku.
4 (ii) Penerokaan dunia kimia yang membolehkan pelajar meneroka unsur-unsur pada Jadual Berkala serta mengenal pasti sifat-sifat kimia melalui pengalaman langsung semasa bermain Minecraft. Ciri seterusnya adalah (iii) Simulasi molekul iaitu pelajar menggunakan Minecraft untuk menggambarkan molekul kimia yang abstrak. (iv) Amalan pengulangan berkali-kali dalam permainan membantu mengukuhkan pemahaman pelajar tentang konsep kimia.
5 2.0 CARTA ALIR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 MULA Mendengar Podcast Kerjaya dalam bidang kimia Catatkan cita-cita pada Teams Pengajaran: Menonton video guru Membentuk kumpulan kecil (1 kumpulan = 4 orang) Aktiviti 1: Log in Minecraft https://education.minecraft.net/enus/lessons/careers-in-chemistry Meneroka 3 kerjaya kimia dalam permainan dan selesaikan tugasan Gunakan OneNOte untuk selesaikan tugasan Aktiviti 2: Mereka bentuk poster kerjaya impian guna Canva atau Power point Memuat naik poster dalam Teams Menjawab soalan dalam Microsoft Forms TAMAT
6 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 3.0 GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR Gaya pembelajaran merujuk kepada cara individu memproses maklumat, memahami konsep, dan memperoleh pengetahuan baharu. Adalah penting bagi guru untuk memahami gaya pembelajaran pelajar kerana ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengetahui gaya pembelajaran pelajar, guru boleh merangka strategi pengajaran yang lebih sesuai dengan pilihan pembelajaran individu. Selain daripada itu, dengan memahami dan mengintegrasikan pemahaman gaya pembelajaran pelajar dalam membangunkan bahan pengajaran, guru dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dan aktif serta menyokong pembangunan pelajar secara holistik. Gaya pembelajaran yang digunakan bagi analisis keperluan dalam membangunkan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan permainan ini adalah gaya pembelajaran VARK yang diperkenalkan oleh Fleming dan Mills (1992). Terdapat empat jenis mod gaya pembelajaran bagi Model Vark ini iaitu Visual, Aural atau audio, Baca atau tulis dan Kinestetik. MULA Membaca nota guru pada Teams Menonton video pengajaran guru Membentuk kumpulan dan melantik ketua sebagai Host Aktiviti:Log in Minecraft Education https://education.minecraft.ne t/en-us/lessons/ionic-worldchemistry-review Meneroka 4 stages Lapor markah yang diperoleh pada Teams Penilaian: Jawab soalan dalam Microsoft Forms TAMAT
7 Berikut merupakan dapatan gaya pembelajaran bagi pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Daerah Baling. Jadual 1: Gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat Berdasarkan Jadual 1, didapati gaya pembelajaran yang mendominasi pelajar tingkatan empat adalah kinestetik dan audio. Begitu juga pelajar di dalam kelas Al-Jazari (4AJZ) 55% pelajar mempunyai gaya pembelajaran kinestetik, 20% adalah gaya pembelajaran audio, diikuti 15%
8 visual dan 10% adalah membaca dan menulis. Maka pembangunan bahan pengajaran ini akan berfokus kepada gaya pembelajaran kinestetik dan aural. Penafsiran mod gaya pembelajaran Model VARK yang diperoleh pelajar tingkatan empat AlJazari dan akan diberi perhatian semasa merancang dan mereka bentuk bahan pengajaran adalah Kinestetik dan Aural ataupun Audio.
9 Aktiviti yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar kinestetik adalah pembelajaran berasaskan permainan menggunakan Minecraft Education. Pembelajaran berasaskan permainan memenuhi gaya pembelajaran pelajar 4 Al- Jazari kerana pembelajaran berasaskan permainan mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, audio, video dan animasi. 4.0 REKA BENTUK RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah dokumen yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan pengajaran. RPH membantu guru mereka bentuk, mengatur, dan melaksanakan pengajaran dengan lebih sistematik. Dokumen ini merangkumi pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan dalam proses pengajaran. Mengikut pekeliling ikhtisas Bilangan 3/1999, terdapat tiga aspek atau maklumat yang perlu ada dalam RPH iaitu (i) objektif, (ii) cara bagaimana hendak mencapai objektif iaitu aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan (iii) kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai ataupun refleksi.
10 Penulisan objektif pengajaran yang baik adalah berdasarkan ABCD iaitu A (Audience – kumpulan pelajar), B (Behaviour – tingkah laku yang boleh diukur), C (Condition – situasi) dan D (Degree – Standard/aras). Contoh: Di akhir pembelajaran, pelajar (A) akan dapat: Menerangkan (B) tiga contoh kerjaya yang berkaitan dalam bidang kimia (C) dengan tepat (D)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 KELAS 4 Al-Jazari TEMPOH 2 jam (120 minit) BILANGAN MURID 20 MATA PELAJARAN KIMIA TEMA Kepentingan Kimia Bidang pembelajaran 1.0 Pengenalan kepada Kimia Standard kandungan 1.1 Perkembangan Bidang Kimia dan KepStandard pembelajaran 1.1.4 Memberikan contoh kerjaya yang beObjektif pembelajaran Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:1. Menerangkan tiga contoh kerjaya y2. Menjelaskan laluan kerjaya impian
11 pentingan Dalam Kehidupan erkaitan dengan bidang kimia : yang berkaitan dalam bidang kimia dengan tepat. n dalam bidang kimia dengan kreatif.
ARAS AKTIVITI Set Induksi Penglibatan 5 Minit Pelajar memulakan aktiviti dengan mendengar Podcaoleh guru. Pelajar berkongsi cita-cita dan menaip pada teams. Pengajaran 10 minit Pelajar menonton video guru tentang senario atau mayang berkaitan dengan kerjaya kimia. Aktiviti 1 50 minit Penerokaan Penerangan 1. Guru menerangkan aktiviti penerokaan mengEducation. 2. Pelajar dibahagikan kepada Kumpulan kecil (orang pelajar) 3. Pelajar meneroka 3 kerjaya dalam bidang kimdalam Minecraft Education Careers in ChemBiberdorf.
12 CATATAN ast Kerjaya Kimia Aplikasi Microsoft Teams Spotify for podcaster Tugasan individu (Independent learning) asalah dunia sebenar Aplikasi Flip ggunakan Minecraft (1 kumpulan = 4 mia yang terdapat mistry with Dr. Kate Aplikasi Microsoft Teams Minecraft Education OneNote https://education.minecraft.net/enus/lessons/careers-in-chemistry Modaliti Kolaboratif
a) Chef b) Penulis bidang sains c) Konservator seni dan saintis pemuliharaan 4. Selesaikan tugasan (task dalam Minecraft) yadalam permainan Minecraft Education Careewith Dr. Kate Biberdorf menggunakan OneN
13 ang terdapat di ers in Chemistry Note Dimensi rekebentuk Pembelajaran Abad 21 Komunikasi (L3)
3 tugasan:
14
5. Pelajar menjalankan aktivti perbincangan tenterdapat dalam permainan Minecraft EducatioAktiviti 2 40 minit Pengolahan Pelajar mereka bentuk poster berkaitan kerjaya impiamasing dalam bidang kimia. Maklumat dalam poster: Nama kerjaya pilihan, LaluDiploma, ijazah, bidang pengajian, nama Universiti ybidang tersebut), Sebab memilih kerjaya dan lain-laikreativiti pelajar Pelajar memuat naik poster ke dalam teams. Pelajar menilai hasil kerja rakan dan memberi komen
15 ntang 3 kerjaya yang on. an pilihan masinguan kerjaya (seperti: yang menawarkan n mengikut n pada poster rakan. Aplikasi Microsoft Teams Edge Power Point – poster /canva Dimensi rekebentuk Pembelajaran Abad 21 Knowledge Construction (L2) ICT For Learning (Level 4, 5)
Penilaian 10 minit Pelajar menjawab soalan di dalam Microsoft Forms. Refleksi Guru memberikan kesimpulan tentang poster dan jawdalam Forms.
16 Aplikasi Microsoft Forms wapan pelajar di
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 KELAS 4 Al- Kindy TEMPOH 1 Jam 30 minit (90 minit) BILANGAN MURID 16 MATA PELAJARAN KIMIA TEMA Asas Kimia Bidang pembelajaran 3.0 KONSEP MOL, FORMULA DAN PEStandard kandungan 3.3 Formula Kimia Standard pembelajaran 3.3.5 Membina formula kimia sebatian. Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapa) membina 10 formula kimia sebatiab) menamakan sekurang-kurang 10 dtepat. Pengetahuan sedia ada Pelajar telah belajar mengenai formula em
17 ERSAMAAN KIMIA pat: an ion dengan tepat. aripada 15 formula kimia sebatian ion yang terbentuk dengan mpirik dan formula molekul.
ARAS KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARANSet Induksi 5 minit Guru mengulang semula maksud dan contoh formula ePelajar membaca nota dan memberi komen dalam TeaPengajaran 15 minit Guru menerangkan pembentukan dan penamaan formuPelajar menonton video - Flip Aktiviti Penerokaan 60 minit Pelajar menjalankan aktiviti penerokaan tentang formupermainan Minecraf Education: Ionic World. Aktiviti ini dijalankan secara kolaboratif, pelajar perluhost. Terdapat 4 stages bagi menyelesaikan tugasan tersebut
18 N DAN PEMBELAJARAN CATATAN empirik dan formula molekul. ams Nota ula kimia bagi beberapa sebatian ion Flip ula ion dan formula molekul melalui u melantik seorang ketua sebagai t. Kolaboratif Minecraft Education: Ionic World. https://education.minecraft.n et/en-us/lessons/ionicworld-chemistry-review
19
Ketua bagi setiap Kumpulan akan melaporkan berapa mNotebook yang disediakan di dalam Microsoft Teams.Penilaian 10 Minit Pelajar menjawab soalan tentang pembentukan dan pendi dalam Microsoft Forms Refleksi Guru membuat refleksi – menulis pada ruangan Teams
20 markah yang diperoleh pada namaan formula kimia sebatian ion Microsoft Forms s
21 5.0 PERALATAN ATAU APLIKASI YANG DIGUNAKAN Aktiviti pelajar Aktiviti Pelajar Aktiviti pelajar Aktiviti pelajar Video pengajaran Audio pengajaran guru: Podcast
22 Aktiviti pelajar: mereka bentuk poster Video pengajaran guru Aplikasi Penilaian pelajar Peralatan Pelajar
23 6.0 PLATFORM PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN Microsoft Teams Platform yang akan digunakan adalah Microsoft Teams. Microsoft Teams mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya platform yang popular untuk pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Antara kelebihan Microsoft Teams ini adalah: i. Percuma untuk pelajar dan guru yang mempunyai alamat e-mel delima. Contoh: [email protected] ii. Diintegrasikan dengan Office 365 seperti Power point, Word dan Excel untuk memudahkan kerjasama dalam melaksanakan projek dan tugasan. iii. Mempunyai saluran atau channel khusus untuk berkomunikasi, berkongsi bahan dan membolehkan pelajar berkolaboratif dalam menjayakan sesuatu projek atau tugasan berkumpulan. Setiap team ada saluran General channel. iv. Fleksibeliti: Boleh digunakan dalam pelbagai versi seperti web, desktop dan mudah alih yang boleh diakses dengan mudah dari pelbagai peranti. v. Tugasan boleh diedarkan kepada beberapa kelas atau pelajar individu melalui fungsi Assignment. Guru boleh menjejaki pencapaian individu dan seluruh kelas dari semasa ke semasa. vi. Terdapat fungsi Meet now untuk memulakan kelas, mesyuarat atau latihan secara atas talian
24 vii. Mencipta dan menguruskan Breakout Room semasa kelas untuk membahagikan pelajar kepada kumpulan yang lebih kecil untuk perbincangan dan projek Kumpulan. Breakout Room juga boleh buka dan tutup bilik lebih daripada sekali semasa sesi atau gerakkan individu antara bilik.
25 7.0 RUJUKAN Aldoobie, N. (2015). ADDIE Model. American International Journal of Contemporary Research, 5(6), 68–72. www.aijcrnet.com Avdiu, E. (2019). Game-Based Learning Practices in Austrian Elementary Schools. Educational Process: International Journal, 8(3), 196-206. http://dx.doi.org/10.22521/edupij.2019.83.4 Branch, R. M. (2009). Instructional Design: The ADDIE Approach. Springer Science + Business Media Heinich, R., Molenda, M., Russell, J. & Smaldino, S. (2002). Instructional Media and Technologies for Learning, 7th Edition. Prentice Hall, Inc. Fleming, N. D. & Mills, C. (1992). Not another inventory, rather a catalyst for reflection. To Improve the Academy, 11(1), 137-144. https://edudownloads.azureedge.net/msdownloads/MicrosoftTeamsforEducation_QuickGuide _MS-MY.pdf https://www.youtube.com/playlist?list=PLiluTszfwwMJLn1YPImEW2pnPD1w1j62L https://www.microsoft.com/ms-my/education/products/teams https://education.minecraft.net/en-us/search?search=chemistry https://education.minecraft.net/en-us/lessons/ionic-world-chemistry-review https://education.minecraft.net/en-us/lessons/careers-in-chemistry https://cikguadura2.files.wordpress.com/2019/02/dskp-kssm-kimia-t4-dan-t5-min-drpdp-bhgkuri-web.pdf