The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hajariah Hamzah, 2023-08-09 08:28:21

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 1 2023

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 1 2023

NO. TEL. : 09-5361675 NO.FAKS : 09-5361673 MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP MURNI TARIKH : 27 JULAI 2023 MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT IBNU KHALDUN KEHADIRAN BIL NAMA JAWATAN 1. Encik Hafizad bin Zainal Abidin YDP 2. Puan Noorlailatul Binti Mohd NYDP 3. Puan Suhaili binti Abdullah Setiausaha 4. Encik Zaidi bin Deraman Bendahari 5. Puan Ton Ida Haslina binti Ton Hassan AJK 6. Encik Nor Hafiz Akmal bin Razak AJK 7. Puan Hasimah binti Said AJK 8. Encik Abu Ubai Datal Amir bin Mohd Noor AJK 9. Puan Arni binti Yusof AJK 10. Puan Roslinawati binti Remali AJK TURUT HADIR 1. Puan Norlaila binti Jusoh PK Pentadbiran 2. Encik Syahril bin Salleh PK HEM TIDAK HADIR 1. Puan Suhana binti Jilan AJK 2. Cik Nur Athirah binti Rosmadi AJK 3. Puan Saidatul Syima binti Zalihuddin AJK 4. Encik Abdul Shahwalrudin bin Abdul Wahab AJK 5. Encik Shahrizan bin Kamarudin AJK 6. Encik Asnizan bin Othman AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP MURNI 25150 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR


AGENDA MESYUARAT 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat kali pertama ini. 2.0 UCAPAN GPK PENTADBIRAN PUAN NORLAILA BINTI JUSOH 2.1 Puan Norlaila binti Jusoh memaklumkan Puan Guru Besar Puan Nor Asiha binti Ramli memohon maaf tidak dapat bersama dalam mesyuarat kerana bertugas di luar. 2.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memperkenalkan AJK baru dari kalangan guru. 2.3 Mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2023/2024. 2.4 Memaklumkan mengenai info sekolah : 2.4.1 Program TS25 masih diteruskan hingga tahun 2025. Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Murni berada di Kohort 8. 2.4.2 Program TS25 juga adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kemenjadian murid dan melahirkan sekolah yang berkualiti selaras dengan keperluan pendidikan negara. 2.4.3 Benchmark untuk TS25 adalah SK Mat Kilau, Kuantan. 2.5 Pencapaian murid dalam ko-akademik dan kokurikulum untuk tahun 2023. 2.5.1 Tempat Ketiga Pidato Bahasa Melayu peringkat daerah. 2.5.2 Tempat Ketiga dalam penyertaan Dental Exploria anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. 2.5.3 Penyertaan dalam Bola Jaring, Bola Baling dan Kejohanan Catur MSSD Kuantan 2023. 2.5.4 Penyertaan dalam Tilawah,Hafazan,Daie Cilik dan Khat dalam Program Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Daerah Kuantan. 2.5.5 Menghantar penyertaan Olahraga seramai 19 orang di Sekolah Sukan Malaysia Pahang Gambang pada 1 Ogos 2023. 2.5.6 Menghantar penyertaan Merentas Desa (MSSD) seramai 10 orang di Komplek Sukan Pahang (SUKPA) pada 2 Ogos 2023. 2.5.7 Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuantan bawah 12 tahun. Pasukan (P) : Naib Johan Pasukan (L) : Suku Akhir


2.6 Memaklumkan mengenai info kurikulum : 2.6.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) masih dijalankan untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Pentaksiran dilakukan sebanyak 2 kali setahun. 2.6.2 Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) akan dijalankan pada 7 hingga 11 Ogos 2023.Tiada jadual khusus semasa pentaksiran berlangsung. Penilaian dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran mengikut jadual masing-masing. 2.6.3 Hari pelaporan Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) pada 24 Ogos 2023. 2.6.4 Hari pelaporan Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) pada 30 November 2023. 2.6.5 Seramai dua orang guru yang akan berpencen pada 1 Disember 2023 iaitu Puan Hawa binti Mahbob dan Puan Hazani binti Yaakub. 3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3.1 Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lalu. 4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 5.1 Bendahari PIBG Encik Zaidi bin Deraman telah membentangkan laporan kewangan berakhir 30 Jun 2023. Baki di bank : RM 4270.96 Baki di tangan:RM 408.00 5.2 Mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan RM 500.00 daripada akaun PIBG untuk Kejohanan Merentas Desa yang akan diadakan pada 28 Julai 2023. 6.0 PERBINCANGAN ISU 6.1 Pembentangan Perancangan Tahunan Sesi 2023/2024 oleh SU PIBG Puan Suhaili binti Abdullah. Antara cadangan tarikh dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah ialah : 6.1.1 Pelancaran Bulan Kebangsaan pada 7 Ogos 2023. 6.1.2 Hari Pelaporan Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) pada 24 Ogos 2023. 6.1.3 Gotong-royong Madani pada 9 September 2023. 6.1.4 Penutupan Bulan Kebangssan pada 15 September 2023. 6.1.5 Kejohanan Sukan Tahunan pada 24 September 2023. 6.1.6 Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-2 pada 5 Oktober 2023. 6.1.7 Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2023. 6.1.8 Perkhemahan Unit Beruniform pada 27-28 Oktober 2023. 6.1.9 Hari Pelaporan Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) pada 30 November 2023. 6.1.10 Hari Anugerah Kecemerlangan pada 1 Februari 2024. 6.1.11 Mesyuarat AJK PIBG Kali ke-3 pada 6 Februari 2024. 6.1.12 Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Isap Murni kali ke-14 pada 30 Mac 2024.


6.2 Ahli mesyuarat mencadangkan untuk mengadakan Hari Usahawan semasa Kejohahan Sukan Sekolah pada 24 September 2023 bagi menampung dana PIBG. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut dan akan dibincangkan semula pada mesyuarat akan datang. 6.3 Perbincangan Usul Mesyuarat Agung Kali ke-13 6.3.1 Encik Muhamed Nurhafiz bin Zainal mencadangkan memasang kanopi di kawasan pandu lalu agar anak-anak tidak basah semasa turun atau naik kereta sewaktu hujan. Mesyuarat membuat keputusan pemasangan kanopi tidak sesuai untuk jangka masa panjang dan akan digantikan dengan bumbung pandu lalu. Puan Noorlailatul binti Mohd akan mendapatkan sebut harga. 6.3.2 Puan Noorlailatul binti Mohd mencadangkan naik taraf tempat letak basikal dengan pemasangan awning. Mesyuarat bersetuju menyambung awning di tempat letak basikal dan Puan Noorlailatul binti Mohd akan mendapatkan sebut harga. 6.3.3 Puan Saidatul Shima binti Zalihuddin mencadangkan mewujudkan dana untuk membeli sebuah mesin air mineral untuk anak-anak minum dan dapat membaiki kerosakan tandas. Mesyuarat bersetuju untuk tidak menerima usul membeli sebuah mesin air mineral kerana melibatkan kos dan penyelenggaraan yang berterusan manakala isu membaiki kerosakan tandas telah diselesaikan oleh pihak sekolah. 6.3.4 Encik Hafizad bin Zainal Abidin mencadangkan mengadakan hari gotong-royong ibubapa dan guru membersihkan semua kelas keseluruhan sekolah seperti membersihkan sawang, menyapu sampah, mengelap tingkap, padam papan putih, cuci kipas/baiki kipas, alas meja, menceriakan kelas dengan dekorasi menarik, hias papan kenyataan, sudut bacaan dan dinding kelas. Memasang langsir tingkap, mengecat dinding, tingkap dan pintu sekolah dengan warna ceria. Pihak sekolah boleh mohon ibu bapa beri sumbangan langsir, cat, alatan bersih @ bahan hiasan keceriaan. Mesyuarat bersetuju usul ini digabungkan bersama Gotong-royong Madani.


6.4 Pembentangan Gotong-Royong Madani oleh GPK HEM Ustaz Syahril bin Salleh. 6.4.1 Cadangan pihak sekolah untuk mengadakan Gotong-Royong Madani adalah pada 9 September 2023. 6.4.2 Peruntukan telah diberi oleh KPM kepada sekolah untuk melaksanakan GotongRoyong Madani sebanyak RM2600. Sebanyak 20% (RM520.00) diperuntukkan untuk makan dan selebihnya RM2080.00 untuk pembelian alatan gotong-royong seperti cat, alat-alat mengecat dan lain-lain. 6.4.3 Selain daripada guru-guru dan ibubapa, gotong-royong juga boleh melibatkan murid-murid Tahap 2 jika perlu. 6.4.4 Jamuan pada hari gotong-royong adalah daripada peruntukan KPM dan sebagai tambahan dalam bentuk portluck. 6.4.5 Cadangan sebanyak RM100 diberikan kepada setiap kelas untuk gotong-royong kelas. 6.4.6 Sekolah juga memerlukan sumbangan bakti pelajar-pelajar kolej/universiti seramai 10 hingga 15 orang untuk menjayakan Gotong-royong Madani. 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 GPK HEM Ustaz Syahril bin Salleh memaklumkan PIBG mempunyai dua akaun iaitu akaun utama dan akaun surau. Akaun surau perlu dibuat pertukaran tandatangan ahli jawatankuasa yang baru kerana pemegang mandat operasi terdiri daripada ahli jawatankuasa yang lama. 7.2 Ustaz Syahril bin Salleh juga memaklumkan sekolah memerlukan bantuan kewangan untuk membaik pulih penghawa dingin di dalam bilik mesyuarat Ibnu Khaldun kerana menjadi salah satu tempat temuuji Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025. 7.3 NYDP Puan Noorlailatul Binti Mohd memaklumkan seramai 15 orang murid daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan memberi sumbangan bakti semasa Gotong-Royong Madani pada 9 September 2023. 7.4 Puan Noorlailatul Binti Mohd telah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) berkaitan longgokan sampah bersebelahan pagar sekolah. No laporan bagi aduan : MBK.023206. 7.5 Ibubapa kepada Ainul Mardhiah binti Mohd Hairulnizam mengucapkan terima kasih kepada GPK HEM En Syahril bin Salleh dan guru kelas Puan Norhafiza binti Jamaludin kerana telah memasang kipas di kelas 2 Iltizam yang disumbangkan oleh beliau. 7.6 Encik Asnizan bin Othman kekal sebagai ahli jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 kerana pemilihan telah dibuat semasa mesyuarat Agung kali ke-13.


8.0 UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Pengerusi berharap agar semua AJK dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan program-program yang telah dirancang. 8.2 Ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir. 8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................... ............................................. (SUHAILI BINTI ABDULLAH) (HAFIZAD BIN ZAINAL ABIDIN) Setiausaha Yang Dipertua PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Isap Murni SK Sungai Isap Murni 25150 Kuantan 25150 Kuantan Pahang Pahang


Click to View FlipBook Version