KESANTUNAN BERBAHASA NAMA PENSYARAH: DR. ROSMAWATI BINTI MOHAMED NAMA: NUR HAIFA’ FATNIN BINTI ROSLI UNIT: BM 1 ANGKA GILIRAN: 2022102310013 TUGASAN KEDUA FLIPBOOK
GAYA KESANTUNAN 02 BERBAHASA KESANTUNAN BERBAHASA 03 DALAM SISTEM BAHASA ISU KESANTUNAN 04 BERBAHASA 05 KESIMPULAN ISI KANDUNGAN 01 PENGENALAN
01 PENGENALAN
● Kesantunan berbahasa merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan seharian manusia. ● Kesantunan berbahasa merangkumi semua aspek semasa berkomunikasi seperti kata ganti nama diri, gaya semasa berkomunikasi, nada, gerak laku dan penggunaan perkataan yang sopan. ● Menurut Awang Sariyan (2007) kesantunan berbahasa membawa maksud penggunaan bahasa yang baik, sopan, memacarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan. ● Kesantunan berbahasa juga bermaksud penggunaan kata-kata yang sesuai semasa berkomunikasi supaya tidak menimbulkan konflik dan menjaga air muka pendengar (Bakari, 2022). ● Menurut Faridah Nazir et al., (2015) kesantunan didefinisikan sebagai budi bahasa atau budi pekerti yang sopan dan halus. ● Bukan itu sahaja, kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, rasa tersinggung dan kemarahan daripada pihak pendengar (Asmah Omar, 1996). ● Selain itu, kesantunan juga merujuk kepada adab yang elok dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada kecantikkan wajah malah tutur katanya (Hamka, 2002). ● Kesantunan berbahasa juga perlu dititikberatkan pada setiap kaedaan komunikasi agar keperibadian mulia seseorang terjaga.
GAYA KESANTUNAN BERBAHASA 02
- Gaya kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku dan ragam yang sesuai (Salleh, Nurul Afifah Adila Mohd & Maslida Yusof, 2021). - Pemilihan kata perlulah sesuai dengan kaedaan serta topik yang dibincangkan. - Perkara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan menunjukkan kehormatan kepada pendengar semasa bercakap. - Hal ini kerana, penggunaan nada yang sopan dapat memberi keselesaan kepada pendengar sekaligus dapat mencapai objektif berkomunikasi. - Gaya dan ragam haruslah tidak bersifat menyindir. - Penjagaan gaya dan ragam dapat memastikan keberkesanan berkomunikasi. - Gaya kesantunan berbahasa juga dapat dilihat melalui aspek luar linguistik: i) Bahasa terbalik ii)Bahasa kiasan iii)Peribahasa iv)Pantun
GAYA KESANTUNAN BERBAHASA BAHASA TERBALIK BAHASA KIASAN - Bahasa terbalik merupakan bahasa berlawanan yang ingin disampaikan tetapi pendengar masih boleh memahaminya (Yusifa, Fajar Hilmaya & Hendaryan Hendaryan, 2018). - Sebagai contoh: “Pergi la main lagi” kata ibu kepada adik. - Bahasa yang menyusun kata dengan mengiaskan kepada bahasa yang lain atau memberi bandingan (Yusifa, Fajar Hilmaya & Hendaryan Hendaryan, 2018). - Perkara ini dapat mengelakkan daripada menyebut perkara yang tidak manis atau tidak sopan. - Bahasa kiasan mempunyai beberapa jenis iaitu kiasan sandar, kiasan terus, kiasan berbunga, kiasan asal dan kiasan permanusiaan.
GAYA KESANTUNAN BERBAHASA PERIBAHASA PANTUN - Kumpulan kata yang mempunyai maksud atau pengertian tertentu (Yusifa, Fajar Hilmaya & Hendaryan Hendaryan, 2018). - Jenis peribahasa ialah kata-kata hikmat, perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa, perbandingan dan pepatah. - Sebagai contoh: Bagai pinang dibelah dua (perumpamaan) Masa itu emas (kata-kata hikmat) Ada hati (simpulan bahasa) - Sastera Melayu yang boleh digunakan dengan pelbagai tujuan (Yusifa, Fajar Hilmaya & Hendaryan Hendaryan, 2018). - Pantun ini mempamerkan kesantunan bangsa Melayu yang sentiasa bersopan-santun semasa berkomunikasi.
CONTOH GAYA KESANTUNAN GAYA KESANTUNAN YANG BAIK GAYA KESANTUNAN YANG KURANG BAIK Aini: Assalamualaikum, encik saya nak tanya surau dekat mana? Amirul: Waalaikummussalam, surau berada di hadapan tandas awam. Sarah: Weh, Adila ambilkan botol air aku. Adila: Ok Sarah.
- Berdasarkan contoh tesebut dapat menunjukkan penggunaan kata sapaan sebelum berinteraksi memainkan peranan yang penting. - Hal ini bagi menunjukkan penghormatan seseorang seperti orang muda kepada orang tua. - Penggunaan kata assalamualaikumatau atau salam sejahtera sebelum memulakan percakapan dapat memberi keselesaan kepada pendengar sebelum menjawab persoalan. - Penggunaan kata yang kurang sopan seperti “weh” boleh menyebabkan pendengar berasa tidak selesa dengan penutur. - Pertolongan yang diminta seharusnya menggunakan kata-kata yang sopan seperti “tolong dan minta” —RUMUSAN CONTOH
Jangan, usah dan tak PENGGUNAAN GAYA KESANTUNAN YANG SOPAN KATA SURUHAN Pergi, tunggu dan pulangkan KATA SILAAN Sila dan jemput KATA LARANGAN KATA PERMINTAAN Minta dan tolong 01 02 03 04
- Kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa melibatkan nada dan intonasi, ejaan dan tanda baca, sistem sapaan serta panggilan hormat dalam sesuatu majlis. KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA 03
NADA DAN INTONASI - Intonasi merupakan nada suara sama ada tinggi atau rendah semasa bercakap. - Intonasi mencerminkan maksud ayat yang ingin disampaikan. - Sebagai contoh, intonasi tinggi akan digunakan oleh penutur apabila bercakap dalam kaedaan marah. - Kesantunan berbahasa mementingkan nada dan intonasi semasa berinteraksi kerana perkara ini dapat mewujudkan keberkesanan komunikasi. - Penggunaan nada dan intonasi yang rendah dan lembut dapat mewujudkan kaedaan yang harmoni kepada pendengar.
EJAAN DAN TANDA BACA - Kesantunan berbahasa juga melibatkan ejaan dan tanda baca yang betul. - Pengguna media sosial perlu mengeja sesuatu perkataan dengan betul tanpa singkatan. - Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. - Tambahan pula, pengguna perlu menggunakan tanda baca yang betul semasa berkomunikasi secara lisan. - Pengguna tidak seharusnya menggunakan tanda seru yang melambangkan kemarahan. - Tamsilnya, ejaan asslmkn di WhatsApp perlulah dieja penuh iaitu assalamualaikum. - Hal ini bagi memastikan kesantunan berbahasa dapat diterapkan dalam setiap komunikasi.
SISTEM SAPAAN Sistem ini berperanan sebagai penghubung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa (Halidi & Muhamd Hasan M,2019). Sistem sapaan dan panggilan merupakan kata yang dituturkan oleh masyarakat untuk menegur individu yang dikenali atau yang tidak dikenali dalam kehidupan seharian (Halidi & Muhamad Hasan M, 2019) Bentuk ini menjadi unsur wacana yang penting dalam komunikasi masyarakat dan perlu digunakan dengan betul mengikut sistem yang digunakan oleh masyarakat (Halidi & Muhamad Hasan M,2019). KONSEP DEFINISI BENTUK
PANGGILAN HORMAT - Penggunaan panggilan hormat amat penting bagi menunjukkan ketertiban dan kesantunan dalam pengendalian majlis. - Bukan itu sahaja, panggilan hormat juga merupakan penghormatan seseorang kepada individu yang hadir dalam sesuatu majlis. - Panggilan hormat merupakan panggilan sebelum menyebut namanya yang digunakan bagi menghormati individu berdasarkan kedudukan, keturunan, pangkat, jawatan dan keagamaan (Kinduo, Winddy & Saidatul Norhinis Mahali, 2023).
JENIS PANGGILAN HORMAT PANGGILAN HORMAT DIRAJA - Seri Paduka Baginda - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia - Duli Yang Maha Mulia PANGGILAN HORMAT JAWATAN - Yang Berhormat - Yb Senarator PANGGILAN HORMAT KURNIAAN DARJAH KEBESARAN - Yang Berbahagia - Yang Amat Berusaha - Yang Berusaha
JENIS PANGGILAN HORMAT PANGGILAN HORMAT KETURUNAN - Yang Mulia - Tuan PANGGILAN HORMAT KEAGAMAAN - Al-Fadhil - Sahibul Fadillah - Sahibus Samahah - Tuan PANGGILAN HORMAT AHLI AKADEMIK - Yang Berusaha Dr - Yang Berusaha Prof Madya Dr - Asisstant Commissioner of Police
JENIS MAJLIS MAJLIS PENUH ISTIADAT - Majlis penganugerahan oleh Yang DiPertuan Agong kepada rakyat di peringkat kebangsaan, kementerian atau jabatan. - Contohnya, istiadat pertabalan dan istiadat mengangkat sumpah. MAJLIS RASMI DAN FORMAL - Majlis yang memerlukan pematuhan terhadap peraturan dan tatacara yang ditetapkan. - Sebagai contoh, majlis Konvokesyen.
JENIS MAJLIS MAJLIS RASMI TETAPI TIDAK FORMAL - Majlis yang dijalankan dengan santai tetapi masih mematuhi beberapa peraturan. - Contohnya, majlis makan malam peringkat kerajaan. MAJLIS TIDAK RASMI TETAPI FORMAL - Majlis yang tidak memerlukan protokol yang ketat tetapi masih mengutamakan aspek formaliti. - Tamsilnya, perasmian kilang oleh Perdana Menteri.
APLIKASI KESANTUNAN BERBAHASA DALAM MAJLIS PENGGUNAAN KATA SAPAAN YANG TEPAT Penggunaan ini perlu diaplikasikan berdasarkan hubungan dan tingkatan sosial. PENGGUNAAN BAHASA YANG SANTUN Penggunaan bahasa yang hormat dan santun semasa berkomunikasi dengan semua orang. PENGHARGAAN AUDIENS YANG TERLIBAT Pada akhir majlis, penutur perlu mengucapkan terima kasih kepada peserta atas kerjasama yang diberikan.
Pada era globalisasi yang kian mencabar ini, isu kesantunan berbahasa semakin membimbangkan. Hal ini demikian kerana, kesantunan berbahasa kurang diaplikasikan oleh masyarakat semasa berkomunikasi sama ada secara lisan dan tulisan. Perkara ini menyebabkan komunikasi yang berlaku tidak mencapai sasaran serta boleh menimbulkan konflik. Remaja pada hari ini sering menggunakan bahasa yang tidak sopan semasa berinteraksi dengan rakan mereka. Penggunaan kata yang tidak sopan menyebabkan komunikasi mereka tidak mempamerkan kehormatan dan ketertiban seseorang. Hal ini memberi kesan yang negatif apabila masyarakat khususnya golongan muda tidak mengamalkan kesantunan berbahasa semasa berkomunikasi. Oleh itu, isu kesantunan berbahasa hangat diperkatakan oleh masyarakat. 04 ISU KESANTUNAN BERBAHASA
ISU KESANTUNAN BERBAHASA ISU BAHASA ISU BUDAYA ISU SOSIAL
ISU BAHASA -Media sosial merupakan salah satu bukti bahawa masyarakat pada hari ini mudah mengeluarkan kata -kata yang tidak sopan sekaligus boleh menyinggung perasaan orang lain . -Sebagai contoh , penggunaan perkataan “sial ” dalam percakapan remaja mempamerkan sikap dan adab yang tidak baik -Masyarakat gemar menggunakan bahasa yang tidak sopan atau difemisme (Hamzah, Nurfadhilah Bakhtiar , Rahman Rahim & Iskandar Iskandar , 2022 ) -Perkara ini menimbulkan ketidakselesaan orrang lain dan mempamerkan kesantunan berbahasa yang tidak baik . 1. 4. 2. 3.
CARA MENGATASI - Ibu bapa perlu menunjukkan contoh tauladan yang terbaik untuk anak mereka. - Selain itu, ibu bapa juga perlu menjaga tutur kata mereka supaya anak-anak tidak terdedah dengan penggunaan bahasa yang tidak sopan. - Ibu bapa perlu menerapkan kesantunan berbahasa dalam diri anak mereka sejak kecil supaya mereka sudah terbiasa untuk menjaga tutur kata dalam apa jua kaedaan. - Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak mereka sekaligus dapat memberi kesan kepada pembesaran mereka. - Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan bagi mengatasi isu kesantunan berbahasa.
Perbezaan budaya menyebabkan wujudnya percampuran bahasa atau kod dalam interaksi dua hala (Ab Jabar, Nordiana & Nur Izzliyana Adzwa Mohd Farid Suhaimi) Percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sering berlaku dalam percakapan seharian. Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada rakyat yang berlainan bangsa, budaya dan agama. ISU BUDAYA 1. 2. 3.
Sebagai contoh, sila bayar di cashier. Perkara ini menunjukkan percampuran bahasa berlaku. Isu ini juga melibatkan sesetengah individu menyentuh sensitiviti kaum. Hal ini boleh menimbulkan rusuhan kaum. Tambahan pula terdapat percampuran bahasa pada papan tanda atau iklan di radio. ISU BUDAYA 4. 5. 6.
CARA MENGATASI - Pihak institusi pendidikan merupakan salah satu medium yang terbaik untuk mengatasi isu budaya dalam kesantunan berbahasa. - Pihak ini boleh menerapkan dan mendidik generasi untuk menjaga tutur kata mereka. - Bukan itu sahaja, institusi ini merupakan tempat menimba ilmu dan membentuk sahsiah murid. - Guru boleh menerapkan kesantunan berbahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). - Hal ini dapat memberi kesedaran awal kepada murid untuk menitikberatkan kesantunan berbahasa semasa berinteraksi. - Guru juga boleh menampal kertas mengenai cara berinteraksi dengan baik di halaman kelas atau sekolah. - Perkara ini dapat membantu murid untuk mengetahui dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian.
ISU SOSIAL -Perkara ini menunjukkan masyrakat menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dengan betul. -Tamsilnya, perbuatan menghina orang sering berlaku di ruangan komen media sosial. -Ledakan maklumat dan kecanggihan teknologi pada hari ini menyumbang kepada isu kesantunan berbahasa. -Sifat media sosial yang terbuka menyebabkan masyarakat pada hari ini boleh menulis, meluah dan mengkritik sesuatu perkara dengan lebih mudah (Hamzah, Nurfadhilah Bakhtiar, Rahman Rahim & Iskandar Iskandar, 2022) 1. 2. 3. 4.
CARA MENGATASI - Pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen secara terbuka dan berterusan. - Inisiatif ini dapat memberi peluang kepada masyarakat setempat tanpa mengira bangsa, kaum, umur dan agama untuk mengetahuinya. - Penganjuran kempen secara berterusa dapat membuka mata ramai pihak mengenai kepentingan kesantunan berbahasa dalam komunikasi seharian. - Pihak kerajaan juga perlulah kreatif untuk menarik minat masyarakat untuk mendengar ceramah ini. - Penyertaan masyarakat perlulah diberi ganjaran agar mereka sentiasa bersemangat untuk mendengar ceramah mengenai kesantunan berbahasa. - Pihak penganjur juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik bagi menggalakkan penyertaan masyarakat.
Kesantunan berbahasa merupakan salah satu aspek yang penting dalam komunikasi seseorang. Penggunaan perkataan, nada, gerak geri dan kata ganti nama perlulah dititikberatkan semasa berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, komunikasi yang menjaga kesantunan berbahasa akan mencapai objektif serta mempamerkan nilai murni penutur kepada pendengar. Bukan itu sahaja, pendengar juga akan berasa selesa dan mudah memahami perkara yang disampaikan oleh penutur. Perkara ini memberi kesan yang positif kepada keduadua pihak iaitu penutur dan pendengar. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlulah menjaga tutur kata dan berusaha untuk menangani isu kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian. 05 KESIMPULAN
AKTIVITI https://quizizz.com/admin/quiz/5d1296e576b2b300 1a3dd7bb/kesantunan-bahasa
RUJUKAN
Ab Jabar, Nurdiana & Nur Izzliyana Adzwa Mohd Farid Suhaimi. (2020). Menelusuri Kesantunan Berbahasa Merentas Budaya Buya Hamka Menggunakan Model Pertuturan Hymes Dell. Asmah Omar. (1996). Wacana perbincangan, perbahasan dan perundingan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakari & Ayuni Mohamad. (2022). Kesantunan Berbahasa dalam Drama Zahira. Dimuat Turun Pada, 3. Halidi & Muhamad Hasan M. (2019). Penggunaan Kata Sapaan Bahasa Gorontalo. Bahasa Dan Sastra, 4(4). Hamzah, Nurfadhilah Bakhtiar, Rahman Rahim, & Iskandar Iskandar. (2022). Kerasan Verbal Pada Media Sosial Facebook Ditinjau Dari Perspektif Penyimpangan Kesantunan Berbahasa. Jurnal Konsepsi, 11(1), 119–131.
Johari, A., Mokhtar, N. Z. N., Saad, A.-F. M., Ismath, N. H., & Ismail, M. Z. (n.d.). Kembalikan Kesantunan. Kinduo, Winddy, &Saidatul Norhinis Mahali. (2023). Kata Penanda Santun Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Suatu Tinjauan. Jurnal Melayu, 22(1), 16. Salleh, Nurul Afifah Adila Mohd & Maslinda Yusof. (2021). ANALISIS LAKUAN BAHASA KONSTATIF DALAM KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL. PROSIDING, 135. Yusifa, Fajar Hilmaya & Hendaryan Hendaryan. (2018). Penunjukan Kesantunan Berbahasa Indonesia Dalam Ragam Pergaulan Oleh Siswa. Literasi: Jurnal Bahasa Dan Sastra Indonesia Serta Pembelajarannya, 2(1), 41–46.