The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzataqil2112, 2023-12-12 05:14:52

Vape dan hukumnya dari perspektif qawaid fiqh

tugasan e-folio

Keywords: vape

TUGASAN E-FOLIO: VAPE MPU23052 - SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM PENSYARAH : USTAZAH AISHAH BINTI MOHAMAD SAID AHLI KUMPULAN NO. MATRIK 1 AHMAD AHHWAZ BIN MOHD SABRI 15DET21F1047 2 NURIZZAT AQIL BIN NORAIMY 15DET21F1004 3 MOHAMED NABIL NAZREEN BIN MOHAMED NASIR 15DET21F1006 4 MUHAMMAD DANIEL BIN AZHAR 15DET21F1015 5 MUHAMMAD NU’AFIQ NAFIS BIN MOHD KHAZAM 15DET21F1054


PENDAHULUAN Rokok elektronik atau vape, atau, merupakan sebuah inovasi teknologi dalam dunia tembakau yang semakin popular di kalangan masyarakat. Vape berbeza dengan rokok konvensional kerana tidak menghasilkan asap tembakau, melainkan wap dari cairan yang mengandungi nikotin, rasa buah, atau zat lainnya. Penggunaan vape telah menimbulkan pertanyaan terkait hukumnya dari perspektif qawaid fiqh dalam Islam. Dalam kaitannya dengan hukum Islam, terdapat beberapa prinsip utama yang dapat digunakan sebagai landasan penilaian terhadap vape. Penting untuk dilihat bahwa penilaian hukum atas penggunaan vape dalam Islam mungkin bervariasi di antara ulama dan pakar keagamaan. Sudah ramai yang mengisap vape zaman sekarang ini lagi-lagi dalam kalangan orang muda. Ramai yang beralasan hisap vape ini bagus sebab membantu perokok untuk berhenti merokok (bahan tembakau). Jadi, nak berhenti rokok, kenalah hisap vape. Perlahan-perlahan berhenti dan tinggalkan. Lebih kurang begitu. Alasan kedua, sebab vape lebih selamat berbanding rokok tembakau. Sebab, tidak ada nikotin dan macam-macam lagi. Pertama sekali kita perlu mengenali apa itu vape. Apakah definsi vape? Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Perkataan 'vape' berasal daripada perkataan Inggeris daripada perkataan ‘vaporization’ yang membawa maksud proses pengewapan, dan juga merujuk kepada 'vaporizer' iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. Kamus Oxford telah menambah perkataan vape sebagai kata nama baru dalam kamus itu pada Ogos 2014. Kamus tersebut mendefinisikan vape sebagai “an act of inhaling and exhaling the vapour produced by an electronic cigarette or similar device” (perbuatan menyedut dan menghembuskan wap yang dihasilkan oleh rokok elektronik atau peranti yang seumpamanya). Perkataan vape juga boleh merujuk kepada alat peranti elektronik yang digunakan.


Sumber : 1. http://blog.oxforddictionaries.com/2014/11/oxford-dictionaries-word-year-vape/ 2. http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/vape Bahan bahan dan kesannya kepada tubuh badan yang ada didalam vape antaranya ialah : 1. Propylene Glycol Bahan ini boleh bagi iritasi pada sistem pernafasan lalu menyebabkan asma kepada seseorang. Bahan ini juga sekiranya dipanaskan, ia menghasilkan bahan yang mengeluarkan formaldehid. Formaldehid ini pula boleh menyebabkan kanser. Jumlah penghasilan benda ini bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap Propylene Glycol ini. 2. Glycerin Bahan ini hanya selamat digunakan pada sabun, ubat sapu muka dan sebagainya. Tetapi, bila ia dimasukkan ke dalam badan, ia boleh merosakkan organ dalaman. 3. Bahan perisa dan pewarna Ini pula boleh membunuh sel-sel dalam badan terutamanya sel paru-paru. Pendapat pakar tentang vape 1. Jumlah nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik ini berbeza bergantung kenyataan tertulis pada labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional. Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nikotin dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”. Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “Tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian niklotin. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan


mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”. 2. Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh American Lung Association (ALA), pihak ALA menyatakan kegusaran mereka terhadap penggunaan rokok elektronik kerana kajian awal telah mendapati bahawa rokok elektronik bukan sahaja mengandungi nikotin bahkan terdapat juga bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti carcinogens . Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa rokok elektronik yang menggunakan voltage yang tinggi dan mempunyai kandungan formaldehyde yang tinggi. Formaldehyde juga merupakan bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh manusia. 3. Pihak FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat telah menjalankan uji kaji makmal terhadap kandungan rokok elektronik dan di dalam satu sampel kajian, mereka telah mendapati bahan diethylene glycol iaitu bahan yang digunakan di dalam proses anti-beku dan ianya sangat berbahaya kepada tubuh manusia. 4. Menurut Dr. Daniel Lee, Pakar Perubatan dan Pernafasan di Pusat Perubatan Prince Court, dakwaan yang mengatakan asap yang terhasil dari rokok elektronik adalah dari cecair biasa dan bukannya dari nikotin adalah salah sama sekali. Hakikatnya, rokok elektronik mempunyai nikotin yang mana boleh meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon ‘adrenalin’ serta melembapkan sistem urat saraf. Selain itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan ulser perut dan usus. 5. Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin ketika dihubungi mengatakan proses pengewapan cecair nikotin yang dihasilkan oleh rokok elektronik, akan disedut oleh pengguna, dan wap nikotin ini mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Tambah beliau lagi, asid nitrik merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia. Selain itu, cecair nikotin, walaupun sukatannya sedikit, dikhuatiri resapannya ke dalam saluran darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin. 6. Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Khairulfaizi Haron berkata, walaupun peratusan untuk pengguna vape mendapat penyakit tersebut terlalu rendah, mereka perlu berwaspada dan berhati-hati. Beliau juga menegaskan bahawa sangkaan menggunakan rokok elektronik adalah lebih selamat berbanding rokok adalah tidak benar. 7. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Helmi Yahya dalam satu kenyataan mengatakan bahawa di dalam rokok elektronik terdapat nikotin dan propylene glycol, dan apabila dipanaskan (dalam cecair) melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet. Bahan pengawet inilah yang meningkatkan kemungkinan kanser dalam tubuh badan.


Sumber 1. http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/index.html 2. http://www.lung.org/stop-smoking/tobacco-control-advocacy/federal/ecigarettes.html 3. http://ukhealthcare.uky.edu/Claims-of-e-cigarette-safety-unproven-at-bestexperts-say/ 4. http://www.astroawani.com/gaya-hidup/rokok-elektronik-vapor-dikhuatiripenyebab-kanser-69773 5. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kandungan-cecair-vape-bahaya1.124146 6. http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1181415 Isu Vape 1. Menurut Sinar Harian, pelajar sekolah hari ini sudah selamba hisap vape secara terbuka. Sungguh berani dalam memaparkan perilaku hisap vape ini. Entah apa yang dibanggakan dengan menghisap vape ini. Bahkan, pelajar sekolah rendah juga tidak terlepas daripada ini. Kononnya, selamat. Itulah persepsi yang diletakkan kepada orang ramai. Vape selamat dan vape tidak memudaratkan. Orang awam pun lebih suka mendengar info daripada penghisap vape berbanding pakar kesihatan sendiri. Itulah yang paling lucu. Hal-hal kesihatan sebegini, bacalah penulisan pakar, bukannya penghisap vape yang memberi seribu satu alasan untuk menghalalkan vape. Penghisap vape, semestinya dia akan mempertahankan vape. Apakah kita mendengar pula penjelasan daripada pihak yang satu lagi? Dengarlah dan nilailah. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab kerana asap yang dikeluarkan itu akan memberi kesan kepada orang sekeliling juga, bukan hanya kita.


2. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 mencatatkan peningkatan penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun, dari 9.8% pada 2017 kepada 14.9% pada 2022, kata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu Kenyataan berkata, peningkatan yang ketara turut berlaku dalam kalangan remaja perempuan iaitu dari 2.8% pada 2017 meningkat kepada 6.2% pada 2022. Radzi berkata rokok elektronik terbukti mendatangkan kemudaratan kepada pengguna sambil menambah peranti berkenaan merupakan “sejenis produk merokok alaf baru”. Sumber 1. https://www.malaysianow.com/my/news/2023/06/13/penggunaan-vape-dalamkalangan-remaja-meningkat-kata-kementerian-kesihatan 2. https://r.search.yahoo.com/_ylt=AwrPpdJw23Fl4cEPZx_jPwx.;_ylu=Y29sbwN zZzMEcG9zAzEEdnRpZAMEc2VjA3Ny/RV=2/RE=1701989361/RO=10/RU=h ttps%3a%2f%2fwww.sinarharian.com.my%2farticle%2f37774%2fSUARASINAR%2fPojok%2fPelajar-sekarang-selamba-hisap-vape-secaraterbuka/RK=2/RS=7XtiMpFeR1xQJ7EC9milkcta0DI-


HUKUM MENGHISAP VAPE Penggunaan rokok elektronik dan vape menjadi satu fenomena baru sejak kebelakangan ini. la dikatakan boleh menjadi alternatif kepada rokok konvensional yang telah difatwakan haram. Pada tanggal 21 Disember 2015, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape ini adalah haram dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke - 37 yang bersidang Kali Ke - 37 di Dewan Syura, Tingkat 11 pada 23 Mac 1995 yang lalu telah membincangkan isu mengenai "Hukum Merokok dari pandangan Islam". Setelah membincangkan perkara ini dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape juga adalah haram pada pandangan Islam kerana rokok elektronik mengandungi Nikotin, Propylene Glycol, Vegetable Glycerin, bahan perisa dan pewarna. Manakala vape pula mengandungi Propylene Glycol, Vegetable Glycerin dan bahan perisa dan pewarna. Hal ini kerana penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk dalam perkara "الخبائث . " laitu benda yang kotor dan jijik kerana pengambilan bahan-bahan ini boleh membawa kemudaratan kepada penggunanya serta orang lain disekitarnya. Perkara ini diakui oleh pakar-pakar perubatan berdasarkan kajian mereka. Allah SWT berfirman: ( Surah al-A’raf :157 ) َث ِه ُم الْ َخبَائِ ْي ُه ُم ال َّطيِِّبَا ِت َويُ َحِِّر ُم َعلَ ُّل لَ َويُ ِح Maksudnya: “Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”


Penggunaan rokok elektronik dan vape memudaratkan tubuh badan maka Islam melarang umatnya membiarkan diri sendiri dan orang lain terdedah dengan berbagai bahaya dan kemudaratan. Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah termasuk dalam kategori membinasakan diri sendiri dan orang lain sama ada jangka pendek dan jangka panjang. Pandangan pakar-pakar perubatan tentang bahaya rokok elektronik dan vape kepada penggunanya dan orang lain disekitarnya adalah bukti jelas tentang kemudaratannya. Allah SWT berfirman: ( Surah al-Baqarah : 195 ) ْيِدْي ُكْم اِلَى التَّ ْهلُ َك ِة ِاَ ْوا ب َوََل تُلْقُ Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan” Sabda Nabi SAW: َو ِضَرا َر َض ََل َر َر ََل Maksudnya: “Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah pembaziran. Membelanjakan wang terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan manfaat amatlah ditegah dalam Islam. Perbuatan sedemikian boleh mendatangkan keburukan dan membawa kepada pembaziran harta, masa dan tenaga. Penggunaaan rokok elektronik dan vape termasuk dalam kategori ini. Islam melarang setiap pembaziran seperti firman Allah SWT. ( Surah al-Isra : 26 ) َو ِ ْر ََل ِّ تُبَذ تَ ْبِذي ًرا Maksudnya: “ Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan sangat boros”.


Pengharaman berdasarkan dalil Qias: Penggunaan rokok elektronik dan vape merupakan antara isu yang tidak ditetapkan hukumnya oleh mana-mana nas syarak. Justeru penetapan hukumnya boleh dilakukan dengan menggunakan dalil qias sekiranya semua rukun dan syarat qias dapat dipenuhi. Penetapan hukum dengan menggunakan dalil qias ialah pentadbir dan disepakati Jumhur Ulamak. Penggunaan rokok elektronik dan vape diqiaskan ke atas perbuatan meminum bahan-bahan beracun. Minum bahan-bahan beracun adalah haram. Sabda Nabi SAW: بَداً َ َم َخاِلداً فِ ْي َها أ ِر َج َهنَّ ْي نَا َح َّساهُ فِ ُس ُّمهُ فِي يَ ِدِه يَتَ قَتَ َل نَ ْف َسهُ فَ ما فَ َح َّسى ُس ًّ َو َمن تَ “ Sesiapa meneguk racun lalu membunuh dirinya, maka racunnya akan sentiasa ditangani sambil meneguknya di neraka Jahanam”. Hukum penggunaaan rokok elektronik dan vape adalah haram seperti hukum perbuatan meminum racun kerana illah (sebab) yang sama iaitu memudaratkan dan membinasakan tubuh badan. Antara kriteria kemudharatan yang diambil kira oleh Islam dalam pengharaman sesuatu makanan atau minuman atau bahan ialah : 1) Memudaratkan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. 2) Kemudaratan bahan tersebut terbukti dengan jelas atau nyata kerana mengandungi bahan-bahan beracun seperti nikotin cecair tulen, propylene glycol, vegetable glycerin dan alkohol. 3) Membawa kepada ketagihan dan mengkhayalkan. 4) Membawa kepada pelbagai penyakit seperti kanser, kecacatan janin, dan lainlain. 5) Memudaratkan kesihatan orang sekeliling dan mencemarkan alam sekitar.


HUBUNGKAIT VAPE DENGAN PRINSIP SYARIAH Prinsip syariah adalah seperangkat aturan dan pedoman yang berasal dari ajaran Islam. Dalam konteks hubungan antara rokok elektronik atau vape dengan prinsip syariah, perlu diingat bahwa pandangan terhadap hal ini dapat bervariasi di antara para ulama dan komunitas Muslim. Beberapa argumen yang dapat dipertimbangkan dalam konteks ini termasuk: 1. Kandungan Bahan Kimia: • Beberapa orang berpendapat bahwa penggunaan vape yang mengandung zatzat berbahaya dapat dianggap tidak sesuai dengan prinsip kesehatan dan dapat dihindari. • Kandungan rokok elektronik yang mengandung nikotin atau zat-zat lain yang dapat merugikan kesehatan dapat dipandang sebagai tindakan yang merugikan tubuh, yang dapat bertentangan dengan prinsip menjaga kesehatan dalam Islam. 2. Merugikan: • Ketergantungan pada vape, terutama jika melibatkan zat adiktif seperti nikotin, dapat dianggap merugikan dan dapat memengaruhi kesehatan mental dan fisik. Islam mendorong umatnya untuk menjaga kesehatan dan menghindari tindakan yang merugikan diri sendiri. 3. Pengeluaran Wang: • Jika penggunaan vape menyebabkan pengeluaran yang tidak perlu atau berlebihan, hal ini bisa dianggap tidak bijak dari perspektif keuangan dalam Islam. 4. Pengaruh Terhadap Kewarasan dan Pengawalan Diri: • Beberapa orang berpendapat bahwa penggunaan vape, terutama jika berlebihan, dapat mempengaruhi kewarasan dan kendali diri, yang dapat menjadi perhatian dalam konteks syariah. 5. Pandangan Ulama: • Penting untuk mencari pandangan dan fatwa dari ulama atau cendekiawan Islam yang dihormati terkait dengan penggunaan vape. Pandangan ini dapat memberikan panduan lebih lanjut sesuai dengan interpretasi dan pemahaman mereka terhadap prinsip-prinsip syariah.


Dalam menjalankan prinsip-prinsip syariah, umat Muslim sering diminta untuk mempertimbangkan dampak dan konsekuensi dari tindakan mereka terhadap kesehatan, ekonomi, dan kesejahteraan umum. Oleh karena itu, penting untuk melakukan refleksi pribadi dan berkonsultasi dengan otoritas agama jika terdapat keraguan atau pertanyaan terkait dengan penggunaan vape dalam konteks prinsip syariah. SOALAN Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vapor? JAWAPAN Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan masyarakat termasuk daripada kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah alat ini sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini. Alhamdulillah, pada tanggal 21 Disember 2015, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape ini adalah haram Dalil Pengharaman Perkara yang Memudaratkan ُك ُّل َما َصَد ُخ ُصْو ِص ال َّسبَ ِب فَ ِ ِعُ ُم ْوِم اللَّ ْف ِظ َلَ ب َّن ا َِل ْعتِبَا َر ب َ ُّي َوال َح ُّق أ ِر ا َل ا ْب ُن َجِر ْيِر ال َّطبَ ق نَّهُ َ َ ْي ِه أ َق َعلَ ِ ِه ا َوب ُه َو َدا ِخ ٌل فِي َهذَ ْو ال ُدْنيَا فَ َ ِن أ ْي الِِّدْي فِ تَ ْهلُ َكةٌ Maksudnya: “Dan yang sebenarnya ialah pengajaran itu diambil melalui keumuman lafaz, bukan melalui sebab penurunan (ayat) secara khusus. Maka setiap perkara yang menepati maksud kebinasaan sama ada terhadap agama atau dunia, maka ia termasuk dala umum ayat ini. Dan ini jugalah yang dipegang oleh Ibn Jarir al-Tabari. Rujuk Fathul Qadir (1/222)


Firman Allah Ta`ala: ُكۡم َر ِحيٗما ِ َكا َن ب َّن ٱ ََّّللَ ِ إ ۡۚ َس ُكۡم نفُ َ ٓواْ أ تُلُ ۡ َوََل تَق Maksudnya: Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. (Surah al-Nisa’, 4:29) Menurut al-Jassas, ayat tersebut mengandungi larangan daripada melakukan pembunuhan sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. Rujuk Ahkam al-Quran (3/127). Hukum Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM.


HUBUNGKAIT VAPE DENGAN KAEDAH FIQH Menggunakan vape bagi perokok tegar dengan sebagai suatu iktiar untuk berhenti merokok, masih boleh diperbincangkan hukumnya. Tidak dinafikan yang mengharuskannya namun dengan pelbagai syarat antaranya : a) Mesti mempunyai plan tempoh sehingga dia mampu terus berhenti merokok dan vape. b) Jumlah nikotin yang digunakan mesti sentiasa menurun dari minggu ke minggu. c) Tidak memodifikasi alat vape & cecairnya sesuka hati, tidak juga menggunakan bahan tiruan kerana mudaratnya mungkin boleh menjadi lebih besar. d) Tidak bermain asap vape di tempat awam dan menghembusnya kepada orang sekeliling atau menghalang sesuatu fokus pemandangan yang penting seperti ketika memandu kereta dan sepertinya. e) Memahami bahawa tiada kajian saintifik yang menyatakan vape kurang berbahaya berbanding rokok, justeru kekerapan menghisapnya mesti dikurangkan dari semasa kesemasa. f) Membuktikan kepada diri & insan sekeliling bahawa penggunaan itu berjaya memulihkan beberapa mudarat sosial & kewangan berbanding merokok biasa. Sebagai contoh, hubungan keluarga semakin baik kerana bau yang tidak sebusuk rokok tembakau, kos bulanan untuk vape berkurangan berbanding kos dikeluarkan kerana merokok tembakau biasa, kebersihan mulut semakin baik dan banyak lagi.


Hal ini penting untuk dinilai kerana asas kaedah Fiqh bagi yang sudah terjebak dan sangat sukar berhenti serta merta yang boleh diguna pakai adalah "Melakukan sesuatu yang kurang mudaratnya (di antara dua mudarat) adalah dibenarkan" iaitu sebagai suatu proses kepada pemberhentian terus merokok. Namun, bagi mereka yang tidak pernah merokok dan bukan perokok tegar khususnya, Maka telah pasti bahawa hukum mereka menggunakan vape untuk bersuka-suka sahaja kononnya mengikut trend adalah haram dari sudut hukum Syara' disebabkan: a) Mudarat yang masih wujud padanya berdasarkan kajian-kajian saintifik sedia ada, khususnya pada kandungan nikotin. b) Keselamatan pada alat vape yang belum teruji sepenuhnya. c) Mencerminkan budaya dan imej tidak sihat serta akhlak tidak terpuji berdasarkan uruf setempat. d) Unsur mengganggu manusia lain dan persekitaran dengan asap dan bau masih wujud dalam penggunaan vape. Apa yang pasti, menguji kesan baik dan buruk dari vape memerlukan kos tinggi dan waktu. Selain itu, mungkin juga terdapat lobi dari pengusaha rokok biasa untuk mengelirukan awam dan pihak berkuasa berkaitan vape kerana tentunya disedari sekiranya vape menguasai pasaran perokok, maka rokok tembakau bakal berkubur.


Justeru itu, syarikat rokok tembakau yang kaya raya & penyumbang cukai yang besar sebelum ini pastinya tidak berdiam diri serta melancarkan ’perang info’ dan lobi terhadap kewujudan vape diketepikan. Justeru itu, penerimaan sebarang maklumat hatta hasil kajian saintifik masih perlukan ”cross referencing” dan semakan agar hasil kajian adalah berintegriti dan sahih.


KESIMPULAN Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin


Click to View FlipBook Version