The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Arina Arumi, 2024-05-15 08:36:24

Sungai Tembeling Pahang ( Arkeologi)

Book

SUNGAI NUR ARINA ARUMI BT ABDUL AZIZ 302307 ARKEOLOGI TEMBELING P A H A N G


IsiKandungan Maksud arkeologi Sungai Tembeling Pre-Malay Inhabitants Of Pahang Penemuan Baru Selepas Era Kemerdekaan Ulu Sungai Tembeling 1 3 4 7 5 8 2 9 10 Zaman Logam Zaman Neolitik Pengenalan


IsiKandungan Kuala Nyong Gendang Gangsa Ilustrasi Motif Dan Pola Hiasan Rujukan Kesimpulan 12 13 15 16 11 17 19 Bukit Jog Kampung Bukit Komel Alat Batu Beliung Berisi Empat 20


MAKSUD ARKEOLOGI Arkeologi adalah kajian mengenai budaya material yang ditinggalkan oleh masyarakat masa lalu dengan menggunakan teknik-teknik seperti ekskavasi, salvaj, survei, analisis untuk mendapatkan data. Bukti material merangkumi benda-benda fizikal yang dibuat atau digunakan sesuatu masyarakat, dari pakaian hingga bangunan. 1


ZAMAN NEOLITIK Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang) zaman neolitik juga terdapat di gua 2


ZAMANLOGAM Zaman logam bermaksud satu tempoh dimana kebudayaan dalam masyarakat telah muncul objek-objek sebagai unsur-unsur utama yang menggantikan alat-alat batu. Fungsi alat batu dalam kehidupan harian mereka telah diambil alih oleh objek logam. Contoh seperti kapak batu, pisau batu yang berfungsi untuk kegiatan pertanian seperti kapak besi atau gangsa dan mata tajam. Menurut Profesor Zuraina Majid, pengalaman yang panjang dalam penghasilan tembikar bagi manusia Neolitik yang memerlukan pemerhatian saintifik pada sifat dan ciri bahan serta kebolehan mereka menghasilkan api dengan suhu yang tinggi menjadi asas kepada peringkat teknologi seterusnya membawa kepada penghasilan logam 3


Lembangan Sungai Tembeling merupakan sebahagian daripada sempadan Taman Negara Malaysia mempunyai khazanah budaya dan warisan arkeologi yang tidak ternilai harganya, justeru telah menyumbang data asas kepada perkembangan sejarah awal negeri Pahang Sama seperti Sungai Nenggiri di Kelantan dan Lembah Lenggong di Perak, Sungai Tembeling memiliki bukti perkembangan peradaban manusia awal khususnya kebudayaan zaman prasejarah akhir Dua kawasan penting di lembangan sungai ini adalah Ulu Tembeling dan Kuala Tembeling. Ulu Tembeling terletak di kawasan pedalaman Sungai Tembeling dan dihubungkan dengan negeri Kelantan dan Terengganu oleh Sungai Sat dan Sungai Sepia. PENGENALAN Secara geologinya, kawasan Sungai Tembeling didasari oleh batuan riolit 4


SUNGAI TEMBELING Banyak penemuan bukti arkeologi yang membuktikan bahawa Sungai Tembeling menjadi saksi kepada peredaran zaman Prasejarah akhir. Contoh: Tembikar Tanah Alat Batu Objek Gangsa Peralatan Besi Merupakan masyarakat awal yang melalui zaman Neolitik dan budaya logam sejak 1000 hingaa 4000 tahun dahulu dan terus berkembang hingga ke zaman sejarah awal. Penyelidik arkeologi yang pertama membuat kajian di Sungai Tembeling ialah Linehan pada tahun 1928 dan 1930. 5


Issue No.03 | Travel and Lifestyle 13 Kajian lepas 1.Linehan (1983,1930) 2.Evans (1931) 3.Theseira (1976) 4.Adi (1983,1989) Hasil kajian ini telah menjadi rujukan penting dan panduan bagi para pengkaji yang berminat mengkaji di Sungai Tembeling. Tertumpu pada analisis semula dan interpretasi lanjutan terhadap Sungai Tembeling Leong (1993,1998,2002) Nik Hassan Suhaimi (1994,1998,20 Adnan,Yunus dan Zuliskandar (2011,2013,2014,2017) Tapak arkeologi terkemuka di Sungai tembeling : Kuala Nyong Jeram Koi Bukit Komel Kampung Bantal 6


PRE-MALAY INHABITANTS OF PAHANG Pada tahun 1926 Menurut laporan Linehan dalam penulisannya, berkemungkinan objek-objek kuno dijumpai merupakan milik “pre-malay inhabitants of pahang’ yang pernah tinggal di kawasan lembangan Sungai Tembeling pada zaman prasejarah Objek -objek artifak telah ditemui di celah-celah hakisan tebing sungai tembeling kerana kesan daripada banjir besar. Antara kawasan tinjauan oleh Lihenan (1928) Jeram Kwi Kuala Nyong Teluk Lubuk Puai Bukit Jong 7


SELEPAS ERA KEMERDEKAAN Penyelidikan arkeologi di Sungai Tembeling telah disambung oleh Oswald Theseira daripada Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia (kini Jabatan Muzium Malaysia). Beliau merupakan pengkaji kedua yang menjalankan kajian di kawasan pedalaman Sungai Tembeling selepas W. Linehan. Theseira (1976) yang menjalankan tinjauan survei antara tahun 1974-1976 dan ekskavasi pada tahun 1978 melaporkan bahawa majoriti jumpaan arkeologi dari Ulu Tembeling terdiri daripada artifak zaman Neolitik seperti alat batu beliung, alat batu pemukul kulit kayu, kapak dan tembikar tanah. Selain jumpaan artifak kebudayaan Neolitik, penemuan gelang gangsa di Bukit Karim dan gendang gangsa di muara Sungai Tekai merupakan bukti kuat berlangsungnya Zaman Logam di Sungai Tembeling Theseira (1976) juga mendapati bahawa terdapat segelintir penduduk di Ulu Tembeling mewarisi artifak seperti alat batu beliung secara turun-temurun. Pewarisan artifak ini secara berterusan dipercayai boleh membawa tuah atau petanda baik dalam kehidupan masyarakat Ulu Tembeling . 8


Pada tahun 70-an, satu cadangan pembinaan sebuah empangan hidro-elektrik di Ulu Tembeling tidak berapa jauh dari Kuala Tahan dikemukakan. Kejadian ini telah menggiatkan semula minat terhadap tapaktapak arkeologi di Ulu Tembeling. Beberapa penjelajahan arkeologi dijalankan di sana. Beberapa galicari percubaan juga dilakukan, misalnya di Kampung Bantal, Bukit Karim, Jeram Koi (Jeram Kwi), Bukit Komel dan Pasir Komen. Antara penemuan-penemuan galicari yang menarik adalah biji-biji manik dan serpihan dari alat besi (tetapi bentuk asalnya tidak dapat dikenali kerana sangat berkarat) dari Jeram Koi dan sebuah mangkuk gangsa serta sebuah objek hablur batu (rock-crystal) dari Bukit Komel. PenemuanBaru 9


Sebanyak sepuluh kampung telah disurvei di Ulu Tembeling iaitu Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Semena, Kampung Machang Pera, Kampung Kucing, Jeram Koi, Bukit Komel, Kuala Sat dan Kampung Pagi. Namun, kebanyakkan tapak kurang berpotensi untuk kajian arkeologi masa hadapan kecuali tapak di Kampung Bantal, Kampung Gusai, Bukit Komel dan Jeram Koi. Ulu Sungai Tembeling 06 PENEMUAN TERKINI DI ULU TEMBELING PADA MAC 2020 10


Pada tahun 1926 terdapat beberapa jenis alat batu yang dijumpai seperti batu keras berwarna kelabu keperangan dan alat batu berwarna merah keperangan, nipis dan bergilap, dipercayai digunakan sebagai kepala kapak. Batu berwarna merah keperangan yang sama juga pernah dilaporkan di Batu Pasir Garam. Turut ditemui di Kuala Nyong adalah sisa-sisa besi, blok bijih besi dan serpihan bijih besi yang telah melalui proses peleburan separa. Penemuan sedemikian beserta batu-batu yang mempunyai kesan warna merah (iron oxides) secara jelasnya menunjukkan bahawa tapak ini telah digunakan sebagai bengkel peleburan besi pada zaman dahulu Di kawasan pedalaman Sungai Tembeling, Linehan (1930) telah merekodkan artifak alat batu yang digunakan sebagai pisau pemotong daging di Sungai Kuala Peling yang berdekatan Kuala Sat. Tembikar merah bertelinga empat di Kuala Sat, gelang bersisi lima di Poh(berdekatan Kampung Bantal), Objek batu hitam berbentuk lozenge di Bukit Karim (berdekatan Kampung Bantal), Alat batu beliung atau kapak separuh siap di Pasir Sia, batu berbentuk cakera dan berlubang di bahagian tengah dan tempayan bertelinga empat di Bukit Sari (Kuala Sepia). Kuala Nyong Kesemua artifak ini merupakan hasil koleksi simpanan penduduk tempatan di Ulu Tembeling 11


Bukit Jog Terletak tidak jauh dari Teluk Lubok Puai Penemuan alat besi melengkuk seperti sabit yang ditemui oleh Linehan (1928) Peralatan besi lain yang ditemui adalah beberapa jenis pahat yang digunakan sebagai alat pengikis dan pisau. Kesemua artifak ini merupakan alat penting bagi individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti perlombongan dan pembuatan besi Gelang batu adalah gelang yang dijumpai dan dikenali sebagai “gelang jin” oleh masyarakat orang Melayu di Tembeling. Relang batu berwarna kelabu muda dan bergilap merupakan artifak yang menarik dan unik. Fungsinya dipercayai saling berkait rapat dengan kepercayaan kuno yang telah diamalkan pada zaman dahulu. 12


Kampung Bukit Komel Kampung Bukit Komel berada kira-kira 5 meter daripada permukaan tebing Sungai Tembeling Menjadi salah satu lokasi arkeologi kerana secara tidak sengaja Encik Musa bin Dolah menemui alat batu beliung ketika memotong cerun bukit untuk membina rumah. Selain itu, penemuan artifak di Bukit Komel ini adalah alat batu pemukul, serpihan tembikar dan tulang haiwan. Hasil Penemuan di Bukit Komel ini menunjukkan bahawa masih ada peninggalan artifak yang lain di kawasan berhampiran. Serta bukti tersebut dimiliki oleh masyarakat kebudayaan Zaman Neolitik 13


Alat batu pemukul dari Bukit Komel Alat batu beliung tidak bergilap dan separuh siap yang dijumpai di Bukit Komel Alat batu beliung bergilap yang dijumpai di Bukit Komel 14


ALATBATUBELIUNG BERISI EMPAT Telah dijumpai di kawasan sungai Kampung Mat Daling, Sungai Tembeling Pahang, pada tahun 2009. 15


GENDANG GANGSA DITEMUI PADA TAHUN 1926 DI TEBING SUNGAI TEMBELING,PAHANG. PENEMUAN GENDANG GANGSA KAMPUNG BATU PASIR GARAM Kampung Batu Pasir Garam merupakan kawasan pendalam di negeri Pahang. Dengan penemuan ini, terbukti bahawa masyarakat Zaman Prasejarah dan zaman logam ketika itu telah berlakunya aktiviti perdagangan di mana, jika mereka hendak mendapatkan barang keperluan atau barang dagangan dari luar, mereka perlu menghilir Sungai Tembeling dengan rakit atau perahu, kemudian memasuki Sungai Pahang hingga ke muara baharulah mereka akan rnenemui Laut China Selatan STUDIO SHODWE MAGAZINE VOL. 01 Serpihan Timpanum Gendang Gangsa Kampung Batu Pasir Garam, Sungai Tembeling, Pahang, Malaysia. 16


ILUSTRASI MOTIF DAN POLA HIASAN Terdapat lakaran bintang di bahagian tengah serta ukiran burung pucung yang rerbang mengelingi bintang atau matahari. Gendang gangsa ini tidak lengkap serta dalam keadaan retak dan tidak sempurna kerana telah berlakunya banjir besar yang melimpahi tebing Sungai Tembeling, Pahang sehingga membawa banyak kersokan di kawasan sekitarnya. Ilustrasi motif dan pola hiasan yang terdapat pada serpihan timpanum gendang gangsa G E N D A N G GA N G S A 17


Lokasi Kampung Batu Pasir Garam, Sungai Tembeling, Pahang Peta di bawah ini jelas menunjukkan bahawa lokasi Kampung Batu Pasir Garam adalah di kawasan pedalaman negeri Pahang yang jauh dari kawasan pantai. 18


KESIMPULAN Kesimpulan arkeologi di Sungai Tembeling, Pahang, menunjukkan bahawa kawasan ini memiliki potensi yang besar untuk menyumbang kepada pemahaman kita tentang sejarah awal negeri Pahang dan kawasan sekitarnya. Melalui kajian dan penemuan artifak-artifak prasejarah, sejarah, dan budaya, kita dapat menggarap gambaran yang lebih komprehensif tentang kehidupan manusia dan perkembangan masyarakat di kawasan tersebut. Ini penting untuk memahami evolusi dan perubahan dalam kehidupan manusia dan alam sekitarnya, serta memberi sumbangan kepada pengetahuan arkeologi dan sejarah tempatan dan serantau. 19


Narayanen, S., Jusoh, F., Sonie, E., Ramle, M., Masnan, S., & Ahmad, N. H. (2022, December SURVEI ARKEOLOGI DAN PENEMUAN TERKINI DI SEPANJANG SUNGAI TEMBELING DAN SUNGAI SEPIA, ULU TEMBELING, PAHANG (RECENT ARCHAEOLOGICAL SURVEY AND DISCOVERIES ALONG THE TEMBELING AND SEPIA RIVERS, ULU TEMBELING, PAHANG. Usm. https://www.academia.edu/44258186/SURVEI_ARKEOLOGI_D AN_PENEMUAN_TERKINI_DI_SEPANJANG_SUNGAI_TEMBELIN G_DAN_SUNGAI_SEPIA_ULU_TEMBELING_PAHANG_RECENT_ ARCHAEOLOGICAL_SURVEY_AND_DISCOVERIES_ALONG_THE _TEMBELING_AND_SEPIA_RIVERS_ULU_TEMBELING_PAHANG Pembangunan Arkeologi Pelancongan Negeri Pahang | Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, Mohamad Mokhtar Abu Bakar, Ahmad Hakimi Khairuddin, Jazamuddin Baharuddin (editor) | download on Z-Library. (n.d.). Z-Library. https://z-library.se/book/25077409/49d37b Hnizaothman, A. (2019, June 24). Zaman Logam. Site Title. https://thestudyofarchaeology.wordpress.com/2019/06/24/za man-logam/ Wikiwand - Zaman Neolitik di Malaysia. (n.d.). Wikiwand. https://www.wikiwand.com/ms/Zaman_Neolitik_di_Malaysia#g oogle_vignette Jurnal Arkeologi Malaysia. (n.d.). https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jur nalarkeologi Rujukan 20


Click to View FlipBook Version