The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WANG MEI WAN, 2020-05-04 23:20:25

Bab 7 Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

Google Forms Kuiz

Bab 7 Asas Perakaunan Pengurusan dan Kos

Panduan menjawab
1. Jawab semua soalan.
2. Soalan Teori - Taip jawapan dalam huruf kecil. (Contoh: perakaunan)
3. Soalan Penghitungan - Taip jawapan bersama RM dan tanpa ”,”. (Contoh: RM1000)
4. Jangan space di depan atau belakang jawapan. (Contoh: " perakaunan", "RM1000 ")
5. Markah pencapaian akan dijana secara automatik selepas pelajar klik Submit dan View score.
6. Markah akhir (selepas semakan guru) akan dimaklum secara personal atau dalam group.

Nama Penuh *

Skema Jawapan

Soalan Teori

▪ Taip jawapan dalam huruf kecil. (Contoh: perakaunan)
▪ Jangan space di depan atau belakang jawapan. (Contoh: " perakaunan", "perakaunan ")

1. Perakaunan __________ merupakan aktiviti pengumpulan dan penyediaan maklumat 2 points
untuk pihak pengurusan yang digunakan untuk tujuan perancangan, pengawalan,
pembuatan keputusan, pengukuran prestasi dan pengurusan secara am.

pengurusan

2. Perakaunan __________ merupakan proses mengumpulkan maklumat kos, menentukan 2 points
kaedah dan sistem pengekosan.

kos

3. Fungsi __________ melibatkan pembentukan objektif dan penentuan tindakan yang 2 points
akan diambil untuk mencapai objektif tersebut.

perancangan

4. Fungsi __________ melibatkan pemilihan alternatif yang melibatkan pertimbangan ke 2 points
atas faktor-faktor kuantitatif dan kualitatif untuk menganalisis dan mempamerkan data-
data yang relevan.

pembuatan keputusan

5. Fungsi __________ melibatkan proses penilaian pencapaian yang dilaksanakan dengan 2 points
membandingkan keputusan sebenar dengan keputusan yang dijangka supaya tiada
sebarang penyelewengan berlaku.

kawalan

6. Perakaunan kewangan menggunakan maklumat yang bersifat __________ seperti 2 points
dokumen-dokumen sokongan.

objektif

7. Perakaunan pengurusan memfokuskan pelaporan masa __________, contohnya 2 points
menyediakan belanjawan.

hadapan

8. Pihak pengurusan syarikat seperti pegawai, penyelia, ketua jabatan dan pengurus 2 points
syarikat merupakan jenis pengguna __________.

dalaman

9. Melibatkan pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk memperoleh hasil dalam 2 points
sesuatu tempoh perakaunan merupakan takrif __________.

belanja

10. Melibatkan pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk mendapatkan aset yang lain 2 points
merupakan takrif __________.

kos

11. Kos berasaskan __________ mengelaskan kos kepada kos produk dan kos tempoh. 2 points

fungsi

12. Kos berasaskan __________ mengelaskan kos kepada kos tetap, kos berubah dan kos 2 points
campuran.

kelakuan

13. Kos prima = bahan langsung +__________ 2 points

buruh langsung

14. Kos penukaran = __________ + overhed kilang 2 points

buruh langsung

15. Kos yang dibelanjakan dalam sesuatu tempoh masa dan akan dihapus terus ke dalam 2 points
penyata pendapatan dikenali sebagai __________.

kos tempoh

16. Merujuk kepada bagaimana kos akan bertindak balas (respons) kepada perubahan 2 points
tahap aktiviti merupakan takrif untuk __________.

kelakuan kos

17. Kos yang tidak akan berubah (konstan) dengan tahap aktiviti pengeluaran dalam satu 2 points
julat relevan dikenali sebagai __________.

kos tetap

18. Kos yang mempunyai unsur kos berubah dan kos tetap dikenali sebagai __________. 2 points

kos campuran

19. Kos yang berubah mengikut kadar langsung dengan perubahan di dalam pengeluaran 2 points
dikenali sebagai __________.

kos berubah

20. Kos __________ seunit akan berubah mengikut unit pengeluaran. 2 points

tetap

21. Kos __________ seunit adalah tetap. 2 points

berubah

22. Kos masa hadapan yang membezakan antara satu alternatif dengan alternatif lain 2 points
sebagai asas pembuatan keputusan dikenali sebagai __________.

kos relevan

23. Nilai faedah/ manfaat yang mungkin terlepas apabila terpaksa memilih alternatif/ 2 points
tindakan yang lain dikenali sebagai __________.

kos melepas

24. Kos bahan mentah boleh diasingkan kepada bahan langsung dan __________. 2 points

bahan tak langsung

25. Operator kilang, tukang kayu dan mekanik merupakan contoh buruh __________. 2 points

langsung

Untuk soalan (26) hingga (30), nyatakan jenis kos mengikut tingkah laku.

26. Syarikat membayar tuntutan perjalanan kakitangan jualan pada kadar RM0.80 per 2 points
kilometer.

kos berubah

27. Gaji pengurus syarikat ialah RM5,000 sebulan. 2 points

kos tetap

28. Kos promosi ialah RM3.00 seunit bagi produk yang dijual. 2 points

kos berubah

29. Kos meletakkan kereta di lapangan terbang yang dikenakan ialah RM100 untuk tiga 2 points
hari pertama dan RM15 sehari bagi tempoh selanjutnya.

kos campuran

30. Syarikat menyewa sebuah gudang seluas 20,000 meter persegi yang berkos 2 points
RM20,000 sebulan untuk menyimpan inventori barang siap sebelum barang itu
dipasarkan.

kos tetap

Soalan Penghitungan

▪ Taip jawapan bersama RM dan tanpa ”,”. (Contoh: RM1000)
▪ Jangan space di depan atau belakang jawapan. (Contoh: " RM1000", "RM1000 ")

Untuk soalan (31) hingga (40)

Daripada maklumat di atas, hitung yang berikut: 2 points

31. Kos langsung perkilangan

RM152000

32. Kos tak langsung perkilangan 2 points
2 points
RM28400 2 points
2 points
33. Kos prima 2 points
2 points
RM152000 2 points
2 points
34. Kos overhed perkilangan

RM28400

35. Kos penukaran

RM88400

36. Kos perkilangan

RM180400

37. Kos tempoh

RM52000

38. Kos seunit keluaran

RM3.28

39. Margin kasar

RM133100

40. Untung bersih 2 points

RM81100

This content is neither created nor endorsed by Google.

 Forms


Click to View FlipBook Version