NAMA SUBJEK :BAHASA
MELAYU
NAMA KELAS : 2 AMANAH
TAJUK :PERIBAHASA
NAMA GURU : HASRIAH
BINTI OSMAN
NAMA MURID : IMTINAN
BINTI AHMAD NAJMI
PERIBAHASA
Maksud
• Sesuatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan
berlapik yang mempunyai pengertian tersirat.
• Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan
pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat
BERIKUT ADALAH CONTOH-CONTOH
PERIBAHASA ‘’YANG SELALU DI CARI’’
1) BUDAYA MEMBACA
Contoh Peribahasa
• ILMU PELITA HIDUP
• MEMBACA JAMBATAN ILMU
• RAKYAT BERILMU NEGARA MAJU
• MEMBACA MEMERDEKAKAN MINDA
Maksud
Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan.
Contoh ayat
Jika kita rajin membaca maka bertambahlah pengetahuan kita kerana
membaca jambatan ilmu.
2)SEMANGAT KEJIRANAN
Contoh Peribahasa
• Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
• Jiran sepakat membawa berkat
• HAMKA “Kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu,bermakna memberi sesuatu kepada dirimu’’
Maksud
semangat kejiranan pula membawa maksud hubungan yang
akrab sesama jiran tetangga.
Contoh Ayat
Kebahagiaan hidup dapat dicipta dengan menjalin hubungan baik
sesama jiran.
3) AMALAN MENABUNG
Contoh Peribahasa
• Sedikit-dikit lama-lama jadi bukit
• Sehari selembar benang lama-lama jadi sehelai kain.
Maksud
Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini
disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam
bentuk saham.
Contoh Ayat
Menabung akan mendidik kita supaya kita sentiasa
berjimat cermat.
4)KERJASAMA
Contoh Peribahasa
• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
• Bagai aur dengan tebing
• Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana kerabat
muafakat
Maksud
Melakukan sesuatu secara bersama-sama.
Contoh Ayat
Kita mestilah bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan kumpulan
demi menyiapkan tugasan tersebut.
5)KEKELUARGAAN
Contoh Peribahasa
• Biarkan buluh melengkung dari pucuknya
• Ibu bapa sebagai idola anak-anak mereka
Maksud
Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala
keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu
tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling.
Contoh Ayat
Ibu bapa mestilah mencorakkan anak-anak dengan baik demi kebaikan
anak-anak.
6)KEINSAFAN
Contoh Peribahasa
• Sudah terhantuk baru tergadah
• Sesal dahulu pendapat,sesal kemudian tidak berguna
• Ingat sebelum kena,jimat sebelus habis
Maksud
Bersifat insaf ,bertaubat dan berubah.
Contoh Ayat
Keinsafan hanya berguna ketika kita ingin bertaubat dan insaf.
7)PATRIOTISME
Contoh Peribahasa
• Bahasa jiwa bangsa
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
• Seperti burung gagak pulang ke benua
Maksud
Bersifat cintakan kepada tanah air.
Contoh Ayat
Semangat patriotism mestilah dipupuk dari kanak-kanak agar
Rasa sayang terhadap negara tidak dihirau.
8)PERJUANGAN
Contoh Peribahasa
• Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
• Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Maksud
Sesuatu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu
yang dianggap penting dan mulia.
Contoh Ayat
Sudah lama semenjak perjuangan pertumpahan darah yang
membawa kita kepada era baru.
9)WARISAN BANGSA
Contoh Peribahasa
• Tak kenal maka tak cinta
• Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek hujan
Maksud
Warisan budaya ialah peninggalan artifak fizikal dari sesebuah kelompok
atau masyarakat yang diwarisi daripada generasi terdahulu, dikekalkan
pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang
Contoh Ayat
Zaman Pembaharuan merupakan perubahan budaya yang mempengaruhi
kehidupan intelek Eropah pada tempoh
awal moden
10)REMAJA HARAPAN NEGARA
Contoh Peribahasa
• Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang kejayaan
• Rajin usaha tangga kejayaan
• Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan
Maksud
Remaja perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab
untuk merencanakan pembangunan negara.
Contoh Ayat
Remaja juga akan berasa puas di samping dapat meningkatkan keyakinan dan
harga diri serta kemahiran memimpin.