KELUARGA
DIS 2021 • ISSUE 14
CARA DIDIKAN
IBUBAPA
LANGKAH MENDIDK ANAK
ANAK
PERANAN IBU BAPA MENDIDIK
ANAK ANAK
CABARAN
KELUARA DALAM DIDIK
ANAK ANAK
BAHAGIA
USD 5.00
EDISI 1
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 3
Sidang redaksi 4
Mutiara kata 5
Pernyataan topik dan sub topik 6
Tips membimbing anak anak 7
Kesimpulan 8
Sumber rujukan 9
PENGENALAN
Konsep kekeluargaan merupakan satu intitusi kecil dalam masyarakat yang terdiri daripada
ibu bapa dan anak. Menurut kamus dewan keluarga ialah saudara dan kaum kerabat. Dalam
pembentukan kekeluargaan ibu bapa merupakan salah satu yang perlu memainkan peranan
penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang berguna pada
masa hadapan. Pada zaman sekarang, kita sering mendengar masalah-masalah yang berkaitan
dengan anak yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti vendalisme,gengsterisme dan
sebagainya,mengapa hal ini boleh terjadi dikalangan remaja sekarang?. Sebagai individu yang
bertangunggjawab mereka perlu mengambil berat dalam mendidik anak-anak mereka kerana
mereka merupakan insan yang akan memimpin negara dan akan menjadi saham untuk ibu bapa
diakhirat kelak sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis daripada al-Bukhari yang
berbunyi” apabila meninggal dunia seorang anak adam maka terputuslah semua amalannya
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa
mendoa kedua ibu bapanya”.
Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak antaranya ibu bapa
perlu lebih meluangkan masa bersama anak-anak. Kita sering melihat kebanyakkan ibu bapa
lebih menghabiskan masa mereka dalam kesibukan berkerja sehingga tiada masa untuk bersama
anak-anak menyebabkan mereka merasa terpinggir sehingga mereka mengambil tindakan di luar
jangkaan. Hal ini perlu diambil perhatian dikalangan ibu bapa bagi mengelak anak-anak
terjerumus ke jalan yang boleh merosakan mereka.
SIDANG REDAKSI
PUAN NUR SYAKIRAH BT AKYAN
PENASIHAT
MOHD SHAHIRUL REEZQIN BIN MOHD ARIF NUR ADRIANA BT ABDUL GANI
18DDT20F1038 18DDT20F1047
PENGARAH GRAFIK
NURULAIN BT MOHD FADZIR AMELIYA BT ZAMRI NALLASAMY
18DDT20F1008 18DDT20F1001
PENULIS EDITOR
mutiara kata
"Bagaimana sikap kita terhadap anak -
anak adalah cerminan dari sikap anak
terhadap kita, maka kita perlulah
bersikap yang baik terhadap mereka."
"Allah mencintai orang - orang yang selalu
berjuang keras memperbaiki diri, keluarga
dan masyrakat."
Anugerah hidup paling luar biasa adalah
ketika cinta hadir dalam sebuah keluarga
yang bahagia.
"keluarga adalah amanat dari Tuhan
HendakNya segala yang kamu lakukan
adalah untuk kedamaian dan
kebahagiaan keluarga."
PERANAN PENTING IBU DAN BAPA
DALAM HIDUP ANAK - ANAK
Menjaga keperluan asas anak.
- anak - anak memerlukan ibu bapa atau penjaga yang
boleh memberikan mereka keperluan asas seperti
makanan, tempat tinggal, dan pakaian.
Memberi Pendidikan dunia dan agama mencukupi
- tugas ibubapa dalam mendidk anak anak bukanlah tugas
yang senang tapi dengan langkah yang betul , anak anak
mudah dapat meraih ilmu yang mencukupi .
Memberi sokongan dalam pelbagai aspek
- sebagai ibubapa perlulah memahami kehendak anak anak
dan memberi sokongan dalam apa jua bidang yang diceburi
asalkan tidak melanggar peraturan atau syariat agama .
Mengawasi pelakuan dan memantau aktiviti anak -
anak
- ibubapa hendaklah memantau aktiviti anak-anak dan
mengawasi kelakuan kerana itu adalah sebahagian peranan
ibubapa hal ini penting untuk memastikan anak anak tidak
bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlaknya .
KESILAPAN IBUBAPA DALAM
MENDIDIK ANAK ANAK
- zaman sekarang ibubapa terlalu mengikut kehendak anak - anak dengan
memberi kebebasan kepada mereka tanpa menyedari kesan buruk yang akan
berlaku .
- ibubapa tidak berani menegur kesalahan anak anak untuk menjaga hati
mereka sedangkan anak anak memerlukan bimbingan daripada ibu dan bapa
baik dari segi pengurusan diri hinggalah pengurusan emosi .
- ibubapa tunaikan semua permintaan anak anak tanpa batas kerana terlalu
sayangkan anak anak , perkara ini akan menyebabkan anak yang tidak pernah
berhadapan dengan kehidupan yang susah akan mudah berputus asa .
CARA MENDIDIK ANAK ANAK
- Mengajar anak untuk menunaikan solat .
- memberikan pujian kepada anak dan sentiasa
bersabar dalam mendidik .
- ibubapa hendaklah menunjukkan berkelakuan
baik supaya menjadi contoh kepada anak- anak .
- ibubapa perlu meberi kasih sayang yang secukupi
supaya anak anak tidak merasakan diabai .
- membaca al quran bersama sama supaya
mengeratkan lagi hubungan
CABARAN DIDIK ANAK ANAK
Penyalahgunaan media baru Hedonisme
seperti internet, facebook, - bermaksud pegangan atau
twitter, youtube dan
sebagainya. pandangan hidup yang
mementingkan keseronokan atau
- terdedah kepada perkara yang tidak kesenangan hidup
baik jika tidak dipantau.
- mendapat kenalan baru yang
mungkin terdedah kepada benda
yang tidak sepatutnya.
- membuka laman web lucah serta
laman web mempengaruhi ke arah
berlakunya gejala sosial
Ponteng sekolah
-mengikut rakan sebaya
-berlaku jika tidak pantau kegiatan
anak di sekolah
- menghantar serta mengambil
anak-anak jika ada kesempatan
untuk berbuat demikian .
- Selalu menghubungi pihak lepak atau hidu gam
sekolah serta guru guru yang
-lebih terdedah kepada pengaruh rakan
mengajar anak anak untuk sebaya
mengetahui perkembangan - masalah keluarga yang boleh
menyebabkan tekanan kepada anak
akademik anak anak .
anak
Tip membimbing anak remaja menurut perspektif umum
dan pandangan Islam
1. Lebihkan perbincangan berbanding arahan. Perbincangan akan merangsang mereka
berfikir secara matang.
2. Hormati pendapat mereka walaupun anda tidak bersetuju.
3. Cuba fahami situasi mereka dengan jujur dan ikhlas, tanpa ego.
4. Dengar dahulu penjelasan anak sepenuhnya dan elakkan daripada menjatuhkan
hukuman melulu.
5. Selalu yakin dan menyokong keputusan mereka. Ketahui bahawa remaja mempunyai
naluri ingin tahu yang tinggi.
6. Galakkan anak remaja mencuba pelbagai aktiviti selagi tidak melanggar batasan.
7. Teladani Rasulullah SAW. Baginda menyeru ibu bapa untuk berkawan dengan anak-anak
berumur 15 hingga 21 tahun.
8. Sentiasa berlembut dan bermuzakarah dalam segala hal.
9. Elakkan daripada mengenakan disiplin keras dan ketat kerana umur sebegini
memerlukan belaian emosi dan sokongan ibu bapa.
10. Berbicara mengenai ilmu seksual dari sudut spiritualiti dan praktikkan sepenuhnya
tuntutan syarak seperti akil baligh, aurat dan pergaulan.
11. Ajak anak-anak menghadiri majlis ceramah dan usrah.
12. Wujudkan suasana ‘Rumahku, Syurgaku’.
KESIMPULAN
Didiklah anak sebaiknya mengikut lunas Islam. Mereka akan
menjadi penghalang kita sebagai ibu bapa daripada api neraka.
Mengambil huraian hadith dari JAKIM.
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang
perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku
melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun
membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia
sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada
rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun
memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda,
“Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan
sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah
mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
SUMBER RUJUKAN
https://mypositiveparenting.org/ms/2018/09/30/berbual-secara-
positif-dengan-anak-anda/
https://bidadari.my/peranan-ibu-bapa-dalam-membantu-
kecemerlangan-anak-anak/
https://id.scribd.com/presentation/470226847/Cabaran-
mendidik-anak-DR
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/01/300280/cabaran-
didik-anak-seiring-zaman
https://story.motherhood.com.my/my/peranan-ibu-bapa/