PUISI ARISSA AFARULRAZI
JOM KITA BELAJAR!!
DEFINISI PUISI
• Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
• Banyak daripada puisi Melayu tergolong
dalam genre tradisional yang muncul dalam
zaman sebelum berkembangnya tradisi
tulisan pencetakan. Puisi dalam Bahasa
Melayu larut dalam jiwa masyarakat Melayu
tidak hanya sebagai satu hasil kesenian,
tetapi juga mengjangkau alam mistik,
berperanan sebagai wadah pemeliharaan
adat, pembinaan sahsiah, pengajaran
agama, pengajaran ilmu pengasih,
pertahanan, hiburan, dan kepercayaan[1].
• Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah
mula perkembangan puisi Melayu
tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai
sarjana, dapat dikatakan perkembangan
puisi Melayu tradisional telah bermula secara
bersama dan sezaman dengan
perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini
dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak
genre puisi tradisional dalam karya hikayat
dan cerita-cerita rakyat.
SYAIR
MARI BERKENALAN
DENGAN SYAIR
• Syair merupakan puisi tradisional
atau puisi Melayu lama yang
berangkap.
• Merupakan sejenis puisi berlagu.
• Sejarah menyatakan bahawa syair
berasal dari Parsi dan telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan Islam.
• Merupakan aspek seni bahasa dalam
Bahasa Melayu. –pembelajaran yang
menyeronokkan secara
didik hibur.
CIRI-CIRI SYAIR
Puisi terikat.
Mengandungi empat baris
dalam satu rangkap.
Setiap baris merupakan
maksud bagi syair tersebut
Bilangan perkataan sebaris
ialah tetap iaitu empat hingga
lima perkataan.
Bilangan suku kata baris jua
tetap iaitu antara 8-12 suku
kata.
Rima akhir bagi setiap
rangka ialah tetap
Rima akhir – a/a/a/a
JENIS – JENIS IRAMA
SYAIR
• IRAMA SITI ZUBAIDAH
• IRAMA NARASI
• IRAMA MAYANG
• IRAMA BATU BELAH
• IRAMA HIASAN
• IRAMA PERINDU
• IRAMA SELENDANG DELIMA
• IRAMA DODOI
• IRAMA DANDAN SETIA
CARA-CARA DAN TIPS -TIPS
BERSYAIR
1. PERSEDIAAN MEMBACA SYAIR
Baca dengan tekun teks syair yang akan dilagukan. Fahami
dan hayati maksud syair. Baca perlahan untuk memahami
dan mendalami teks, menghayati dan membangkitkan
suasana yang diperlukan.
2. PILIH LAGU YANG PALING SESUAI DENGAN
MOOD/CERITA/TEMA SYAIR
Adakah syair yang akan dibaca itu bertemakan
percintaan , adakah moodnya sedih. Kalau ya, irama
selendang delima adalah sesuai untuk
menyampaikannya.
3. SEMPURNAKAN SEBUTAN
Baca teks secara kuat. Ini ialah untuk memperbaiki sebutan.
Setiap perkataan hendaklah disebut dengan baik. Sebutan
yang tidak jelas akan menjejaskan persembahan.Bahkan
boleh membawa suasana lain,melucukan dan sebagainya.
Misalnya penjajah disebut penjaja. Martabat disebut
murtabak. Mujahid disebut Mujahat.
4. UJI KEMAMPUAN SUARA
Uji kemampuan suara dan penerbitan suara. Syair versi
Selendang Delima memerlukan range yang luas dan
kemampuan yang lebih tinggi.Suara hendaklah
dilontarkan sebaik mungkin dengan sebutan yang jelas.
Ini memerlukan latihan.
5. BAIKI PERNAFASAN. BUAT SENAMAN UNTUK
MEMPERBAIKI PENGELUARAN DAN PENERBITAN
SUARA
6. BUAT LATIHAN DAN HADAPILAH PENONTON
DENGAN YAKIN
Jika ada yang berhasrat nak masuk pertandingan syair
atau nak mencebur diri dalam lapangan membaca syair ni
kena banyak menelaah dan memperluas kosa kata lama
dan perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Anda akan
diberi teks yg penuh dgn kata-kata yang mungkin jarang
diguna pakai pada hari ini seperti pokta, bahana. Nasihat
untuk anda yang mahu mengarang syair, jangan malas
menelaah kamus. Simpan daftar kata yang sukukata
akhirnya sama. (ketar, latar, putar, gementar,) Biasakan
dengan kosa kata lama (misalnya gapura, bahari,astaka,
jauhar, madah, tinta, kalam), Syair lebih condong kepada
kata-kata dari bahasa Arab
PERBEZAAN SYAIR PANTUN
Bentuk Keempat-empat Baris pertama
baris merupakan merupakan
maksud pembayang manakala
baris ketiga dan
Rima akhir a, a, a, a keempat merupakan
maksud
a, b, a, b
Contoh Berbaju kurung Bersenam bersukan
bercorak batik, beri kebaikan,
Si gadis bergaya Badan sihat cergas
sangatlah cantik, sentiasa,
Warisan berharga Padang tempat murid
barangan antik, bersukan,
Manjadi kebanggaan Perlu berhati-hati
setiap detik detik. setiap masa.
CONTOH SOALAN DAN
JAWAPAN
Adat resam usah dilupakan,
Budaya bangsa kita kekalkan,
Adat yang baik kita amalkan,
Pelbagai perayaan kita raikan.
Apakah maksud rangkap syair di atas?
Maksud rangkap syair di atas ialah
kita perlulah mengekalkan adat resam
yang telah diwarisi sejak zaman-
berzaman dengan mengamalkan adat
yang baik dan meraikan perayaan
pelbagai kaum di Malaysia.
TIPS MENJAWAB SOALAN
SYAIR
• Diuji dalam kertas Pemahaman Bahagian B
• Fahami maksud bagi setiap rangkap syair
• Setiap rangkap syair merupakan maksud
yang hendak disampaikan
• Gunakan atau tukar kepada ayat penyata.
Apabila hendak menjawab soalan, jangan
salin semula syair
• Pastikan kamu menulis jawapan dengan ayat
yang lengkap
SAJAK
MARI KENALI
SAJAK
• Sajak merupakan puisi Melayu moden
yang berbentuk bebas dan tidak terikat
pada jumlah baris, perkataan sebaris,
rangkap, rima dan sebagainya.
• Sajak adalah pengucapan dengan
perasaan yang di dalamnya
mengandungi fikiran dan tanggapan
(H.B. Jassin). Maksudnya, sajak adalah
suara hati atau luahan perasaan
penyairnya.
• Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan
- SAJAK PENUH
Sajak yang suku kata akhirnya mempunyai
bunyi bunyi yang sama seperti syair tetapi
aspek yang lain
tidak.
- SAJAK PARUH (Asonansi)
pengulangan bunyi dengan bunyi huruf vokal
yang sama dalam hampir seluruh
baris.
- SAJAK PANGKAL
pengulangan konsonan yang sama pada kata
awal
- SAJAK RANGKA
Satu rangka menunjukkan bunyi di hujung
baris yang sama tetapi tidak tersusun seakan-
akan terdapat
pada gandaan tidak serupa.
- SAJAK EKSPERIMEN
Sajak ini disebut juga sajak percubaan yang
dihasilkan dalam bentuk yang tidak menentu.
- SAJAK ENJAMBERMEN
tidak mempunyai keselarasan bentuk tetapi
susunan ayat panjang yang patah-patah atau
dikerat-kerat serta bersambung pada baris-
baris berikutnya.
CARA
MENDEKLAMASIKAN
SAJAK
• Sebelum kita berdeklamasi, kita harus
memilih dulu pantun, syair, sajak apa, yang
rasanya baik untuk dideklamasikan.
Terserah kepada keinginan masing-masing.
• Semua orang memerlukan persediaan dan
latihan cukup untuk muncul dengan yakin di
pentas. Untuk menjadi deklamator yang baik
seseorang perlu membaca dan memahami
sajak yang dideklamasikan.
• Berlatihlah menyebut setiap perkataan. Beri
perhatian kepada perkataan yang sukar.
• Fikirkan gaya yang sesuai dengan sajak yang
dipilih.
PANTUN
SENANG JE NAK
BERPANTUN
MARI KENALI
PANTUN
• Perkataan pantun dikatakan berasal daripada
perkataan Bahasa Sanskrit paribhasya atau Bahasa
Jawa parik yang bererti pari atau peribahasa dalam
Bahasa Melayu.
• Antara penulisan klassik Tamil yang mempunyai
bentuk pantun telah dikarang antara kurun ke dua
hingga kurun ke lima dalam tempoh cankam.
Contoh rangkapnya adalah:-
nilattinum perite vaninum uyarntanru
nirinum arala vinre carar
karunkor kurincip pukkontu
perunte nilaikkum natanotu natpe
Terjemahan:
(Besar dari bumi, tinggi dari langit
Dalam dari laut, dilereng gunung
(kurunci tangkai gelap mekar - seperti madu
Besar lagi cintaku bagi Tuanku
Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada
bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan penyebarannya.
Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang
disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat,
lapan kerat, dan sebagainya.
Dari segi tema pula memunculkan jenis-jenis pantun
seperti yang berikut:
• pantun kanak-kanak
• pantun muda
• pantun cinta dan kasih sayang
• pantun teka teki
• pantun puji-pujian/sambutan
• pantun nasihat, agama, dan adat
• pantun naratif/cerita
Burung camar di tepi pantai
Pantai indah banyak ombaknya
Jadilah kamu anak yang pandai
Sudah pasti banyak temannya
Pantun kanak-kanak adalah pantun yang
berisi atau bercerita tentang masa kanak-
kanak.
Dalam pantun jenis ini, makna yang
digambarkan bisa berupa suka cita atau hal
menyenangkan, maupun duka cita atau hal
yang menyedihkan.
Pada contoh pantun di atas, berisi hal yang
menyenangkan pada masa kanak-kanak,
yaitu kita bisa mendapatkan banyak teman,
terutama kalau pandai.
Pantun muda berisi tentang masa muda yang
dialami seseorang. Hal ini bisa berupa kasih
sayang, rasa iba, rasa iri, maupun nasib yang
dialami.
Contoh pantun muda adalah:
Indah nian burung kakak tua
Terbang tinggi tanpa ragu
Telah lama tidak bersua
Hati sedih karena rindu
Buah naga buah semangka
Lebih manis buah naga
Selagi dirimu masih muda
Raih pendidikan setinggi - tingginya
Pantun Cinta & kasih sayang adalah pantun yang
berisikan ungkapan berkenaan dengan perasaan
cinta; seperti rindu, kasih sayang, kecewa, bahagia.
Pantun cinta termasuk pantun anak muda kerena
pantun ini biasanya menceritakan pengalaman
mahupun perasaan anak muda yang sedang
dilanda cinta.
Air arak diharamkan,
karenanya banyak nyawa melayang.
Meskipun jarak memisahkan,
semua itu bukan penghalang.
Intan baiduri di dalam puan,
Gelang suasa dalam raga;
Bila ku pandang wajahmu tuan,
Bagai terpandang pintu syurga.
PANTUN
TEKA - TEKI
Pantun teka-teki jenaka boleh
menjadi satu di antara hiburan
semasa bersama orang-orang
terdekat. Jadi, kamu bukan sahaja
bermain teka-teka, tetapi juga
boleh saling berlawan pantun.
Gadis cantik bertopi beret,
cantiknya seperti bunga mekar.
Putih-putih duduk berderet,
di luar tebing di dalam pagar.
Jawabannya adalah gigi.
PIDATO
• Memahami teori yang Akan Disampaikan
• Membacanya dengan Tenang
• Pakai Ekspresi yang Tepat
• Sampaikan dengan Suara yang Lantang
• Perhatikan Ejaan dan Tanda Baca
• Sampaikan Tanpa Terburu-buru
• Perhatikan Durasi/minit
• Berdiri Tegak dan Berwibawa
MAKLUMAT TAMBAHAN
Gurindam Teromba
Gurindam terkenal dalam Teromba terkenal dalam orang
masyarakat Melayu Minang yang kuat berpegang
terutamanya di Sumatera. Di kepada adat Perpatih. Teromba
Sumatera, gurindam juga juga dikenali dengan nama-
dikenali dengan nama nama seperti terasul, tambo, dan
Muslihat Acheh, Gurindam salasilah. Sesebuah teromba
Barus, Lagak Minang, dan lazimnya mengungkapkan
sebagainya[6]. Asal usul gagasan pemikiran yang tinggi
perkataan gurindam adalah berkenaan peraturan, nilai, adat,
daripada Bahasa Sanskrit dan hukum-hukum hidup
dan dikatakan memasuki bermasyarakat.
Bahasa Melayu melalui
Bahasa Tamil iaitu 'kirandum'. Terdapat banyak pengertian
teromba; ada yang menyatakan
Struktur puisi gurindam bahawa teromba sebagai
terdapat dua: terikat dan perbilang adat, undang-undang
tidak terikat. Bentuk yang tetap dan kata-kata
gurindam terikat terdiri adat[7]. Dari segi bentuk,
daripada dua baris teromba berbentuk bebas.
serangkap dengan rima Jumlah baris dalam setiap
akhirnya yang sama. Bagi rangkapnya tidak tetap,
bentuk gurindam yang tidak manakala rima akhir setiap baris
terikat pula, jumlah barisnya pula tidak sama. Di dalam
tidak tetap, manakala rima sebuah teromba disisipkan
akhirnya bebas. dengan beberapa jenis puisi
tradisional lain, seperti pantun,
gurindam, dan peribahasa.
Contoh teromba adalah seperti
berikut:
Talibun Mantera
Definisi umum bagi talibun Istilah mantera berasal daripada kata
menurut Kamus Dewan (2005) mantra, mantr, atau matar, dalam
ialah sejenis puisi lama yang Bahasa Sanskrit yang bermaksud
terdiri daripada empat baris, nyanyian memuja tuhan atau
enam baris, atau dua puluh pemujaan penyebutan kata-kata
baris yang bersajak di tertentu bagi memperolehi sesuatu
hujungnya. Talibun disebut yang dihajatkan yang mempunyai
juga dengan nama seromba kesamaan dengan jampi serapah,
dan mempunyai bentuk yang tawar, sembuh, cuca, puja, dan takal.
hampir sama dengan prosa Keakraban masyarakat Melayu silam
lirik atau prosa berirama[8]. dengan alam sekitar mendorong
Walau bagaimanapun, kepada timbulnya kepercayaan-
talibun berbeza dengan kepercayaan bahawa alam sekitar
prosa lirik dan prosa berirama mempunyai pengaruh dan kuasa yang
kerana talibun merupakan menentukan sesuatu perkara dalam
sebahagian sahaja daripada kehidupan mereka. Kepercayaan ini
cerita yang diambil prosa lirik. berkait rapat dengan pengaruh
animisme yang diwarisi secara turun-
Talibun mengungkap temurun. Dari situ timbullah unsur-unsur
persoalan yang berbagai kuasa magis seperti semangat dan roh
bergantung kepada konteks yang dianggap sebagai memberi
cerita induknya. Lazim isi kesan kepada sesuatu perkara yang
talibun berkisar kepada dihajati secara langsung kepada unsur-
pelbagai perkara dan objek; unsur magis tersebut. Pawang atau
seperti senjata, pakaian, bomoh adalah ahli-ahli penting yang
kenderaan, negeri, perlakuan menguasai dan mengamalkan
manusia, fenomena alam, mantera. Mereka membaca mantera
perasaan, dan tradisi yang dengan nada, irama, dan tekanan
terdapat dalam sesebuah suara yang tertentu sesuai dengan
cerita lipur lara. tujuan perbomohan atau sesuatu
perkara yang dihajati.
Mantera tergolong dalam kelompok
puisi, kerana pengucapan dalam
bentuk mantera menggunakan kata-
kata yang tersusun dalam bentuk
rangkap, mempunyai makna yang
tersirat, bahasa yang padat puitis.
Mantera boleh digolongkan sebagai
sejenia puisi Melayu tradisional
berbentuk bebas, kerana tidak terikat
kepada jumlah baris yang sama dalam
satu-satu rangkap, manakala rima
askihrnya pula tidak tetap.
Peribahasa
Berangkap
Peribahasa tergolong dalam jenis
puisi warisan Melayu dan sangat
banyak ditemui dalam
kesusasteraan Melayu tradisional.
Peribahasa juga disebut dengan
nama peribahasa berirama dan
mempunyai beberapa variasi
seperti bidalan, pepatah-petitih,
perbilangan, perumpamaan,
lidah pendeta, kias ibarat, dan
tamsil. Dari segi bentuk,
peribahasa berangkap terbina
dalam dua keratan yang sejajar,
baik dalam dalam sebaris atau
lebih. Tidak sebagaimana
pantun, baris-baris dalam
peribahasa tidak berkaitan
antara satu sama lain.
Peranan peribahasa dalam
majlis-majlis rasmi mahupun
dalam kehidupan seharian
mereka adalah sebahagian
daripada budaya Melayu yang
sopan walau semasa menegur,
menyindir atau mengkritik secara
halus. Peribahasa juga berfungsi
sebagai alat kawalan sosial dan
pemantapan sesuatu sistem sosial
dalam kemasyarakatannya dan
media yang mempamerkan
kebijaksanaan penutur atau
pewarisnya[9].
Teks Pidato : Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia
Bahasa Melayu indah nan santun,
Mekar-megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas kususun,
Mohon bicara nan menyusun kata.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan
salam 1Malaysia.
Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,
Barisan panel penghakiman penuh berkarisma,
Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan
penerus wadah tonggak negara.
Sidang hadirin yang dihormati,
Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa
sangat luas pengertiannya, bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu
sistem linguistik semata-mata, tetapi bahasa juga citra budaya bangsa
Malaysia dan fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungan sosial
dalam masyarakat. Menurut Pendeta Bahasa Zaaba , bahasa
merupakan citra masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau roh sesuatu
bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa membuktikan peranan
terbesar bahasa sesuatu bangsa. Melalui bahasa orang dapat mengenal
sesuatu bangsa atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Sebagai
warga Malaysia, kita seharusnya menghayati dan menghargai bahasa
kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita.
Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada bahasanya .
Pada bahasa itulah tergambar etos atau semangat kita sebagai satu
bangsa dalam satu lingkungan tanah air yang dipunyai secara bersama.
Bicara saya yang pertama,
Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia
Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam
menyatukan bangsa Malaysia. Sesungguhnya, apa yang
termaktub dalam Perkara 152 yang menyediakan
peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan dengan bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan .Bahasa Melayu diangkat
sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, bahasa Melayu
bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah,
bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara
Persekutuan Tanah Melayu. Justeru niat murni
mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan
kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan
lain-lain di bawah satu bahasa. Cuba kita bayangkan,
bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika kaum
Melayu hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina
dengan bahasa Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya,
dan kaum India pula dengan bahasa Tamil nya sahaja, maka
bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat
direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan
keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa 1
Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa
asing, akan terpancarlah `jati diri asing’. Lantas, akan
terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa 1
Malaysia. Ayuh , marilah k ita berbahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan – 1 bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam
merealisasikan wawasan 2020
Hadirin hadirat sekalian,
Bicara saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,
Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan
bangsa. Sesungguhnya untuk mewujudkan satu bangsa itu
bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, bahawa dalam
konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara
menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan
hanyalah kepada bahasa kebangsaan, bukannya bahasa-
bahasa asing. Walaupun kita mempelajari bahasa asing
sebagai bahasa global, namun kita tidak
seharusnyamembiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai
oleh bahasa asing. Cuba kita teladani , Kejayaan
pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, negara-bangsa
di benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti
telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina
bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-
bangsa masing-masing . Nah , sewajarnya kita menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, teknologi dan
peradaban moden. Justeru, akan tercapailah gagasan
pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita
sebagai rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa
kebangsaan kita sendiri, siapa lagi?
Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita
benar-benar serius untuk mewujudkan bangsa Malaysia,
bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.
Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga
Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia
Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah
penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi
malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah
memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai
aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk kita
memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang
tinggi bangsa kita? jika kita sendiri tidak tahu menghargai
keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus
nyata .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang
berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa
rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak
menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak
dipakai saja istilah Lorong pacu segera Sudahkah kita betul-betul
menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang
menggunakan touch n go Jika tiada azam perjuangan yang kental
untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup
dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch
n go. Tepuk dada, tanya selera.
Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara
menggunakan bahasa Melayu dengan betul daripada aspek
hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang
diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak
akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti
terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya
dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang
berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan bangsa
Malaysia.
Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah
yang akan membentuk jiwa kita sebagai satu
bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah
bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar daripada
bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa
memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita,
bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah
pembentukan jati diri kita sebagai bangsa yang
bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.
Akhir kata;
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum
warah matullahiwabarakatu.
Merisik dalam adat istiadat perkahwinan Contoh teromba
Adalah saya bak kata orang,
kok ibarat umur baru bertukar muda,
pendapatan pun belum ada,
pandangan pun belum banyak,
pengalaman pun belum jauh,
kok darah belum setampuk pinang,
kok jalan kurang pasa,
kalau begitu kedatangan saya ini,
ibarat pergi ke huma,
singkap daun ambil buah,
adapun kedatangan saya ini sama-sama faham,
orang ke awak, awak ke orang,
semenda bersemenda,
kok ibarat dasar pusaka,
kok segar disiram,
kok putus kata di pangkal,
putus dengan dibagi,
duduk berperuntungan,
mati hukum Allah,
duduklah pula sepelarasan,
pandangan memandang satu nan lain,
iaitu bersuku-suku,
berapalah sukunya dua belas,
dua belas Muar dua belas Jempol,
enam Teraci enam Gunung Pasir,
kok selaman sepermainan,
kok sejamban seperulangan,
tak dek hukum tak mengambil,
diharuskan pula semenda-menyenda
Puja Padi: Contoh mantera
Seri Dangomala, Seri Dangomali!
Hendak kirim anak sembilan bulan;
Segala inang, segala pengasuh;
Jangan beri sakit, jangan beri demam,
Jangan beri ngilu dan pening;
Kecil menjadi besar;
Tua menjadi muda;
Yang tak kejap diperkejapkan;
Yang tak sama dipersamakan;
Yang tak tinggi dipertinggikan;
Hijau seperti air laut;
Tinggi seperti bukit Kaf.
SYAIR CINTAI BAHASA MELAYU Contoh syair
Karangan : Roslan Madun
Bahasa Melayu sangatlah indah,
seluruh dunia memperakui sudah,
usahlah kita ragu dan gundah,
gunakan ia sebagai wadah.
Usah disanjung bahasa orang,
bahasa kita tiada yang kurang,
cantik molek dalam mengarang,
dari dahulu hingga sekarang.
Bahasa Melayu di mata orang,
tinggi nilainya bukan sebarang,
di mana-mana sangatlah terang,
ia dihormati sedikit tak kurang.
Bahasa Melayu bertamsil ibarat,
makna berlapis nilainya sarat,
orang membaca tidaklah berat,
mudah difahami apa yang tersirat.
Bahasa itu cerminan bangsa,
amalkan ia setiap masa,
tuturkan ia dengan selesa,
orang mendengar jadi biasa.
Sematkan tekad di dalam hati,
cintai bahasa sampai ke mati,
anak cucu warisnya pasti,
bahasa kita tak boleh diganti.
Menyahut panggilan apabila dipanggil ke Contoh talibun
istana
Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh
PAHLAWAN KEMERDEKAAN Contoh sajak
(kepada pahlawan Pahang)
Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.
Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap
pejuang
Sungai Semnatan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.
Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.
TERIMA
KASIH..
SEMOGA BERMANFAAT..