GROUP 2 ETIKA DAN
PERADABAN
KEBUDAYAAN
DAN
PERPADUAN
TRADISI UNIK Perayaan
SETIAP KAUM
Makanan
tradisional
Malaysia
PAKAIAN
TRADISIONAL
Apa itu Kebudayaan dan perpaduan? Apa yang boleh kita
peajari di dalam kebudayaan dan perpaduan di tanah air kita
ini?
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA
Disediakan Oleh : Natasha | M/S 2
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN : KEPENTINGAN
M/S 4 KEBUDAYAAN : M/S 38
PENGENALAN : M/S 5 USAHA
MENINGKATKAN
KONSEP PERPADUAN SEMANGAT
DAN KEBUDAYAAN : KEBUDAYAAN DI
M/S 6 DALAM MASYARAKAT
SETEMPAT : M/S 39
PAKAIAN
TRADISIONAL TUJUAN PERPADUAN :
MALAYSIA : M/S 7 - 11 M/S 40
MAKANAN KEPENTINGAN &
TRADISIONAL KEBAIKAN
MALAYSIA : M/S 12 - 16 PERPADUAN : M/S 41
SAMBUTAN PERAYAAN LANGKAH - LANGKAH
MALAYSIA : M/S 17 - 22 MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DI
TARIAN TRADISIONAL ANTARA KAUM DI
MALAYSIA : M/S 23 - 27 MALAYSIA :
M/S 42
ALAT MUZIK MALAYSIA :
M/S 28 - 32 KESIMPULAN : M/S 43
PERMAINAN
TRADISIONAL MALAYSIA :
M/S 33 - 37
Disediakan Oleh : Natasha | M/S 3
PENGHARGAAN
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA. SYUKUR
ALHAMDULILLAH KE HADRAT ILAHI KERANA IZINNYA KAMI
DAPAT MENYELESAIKAN TUGASAN E-MAJALAH INI DALAM
TEMPOH YANG TELAH DITETAPKAN. SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT
DALAM PROSES MENYELESAIKAN E-MAJALAH INI.
TERDAPAT BANYAK PENGETAHUAN BARU YANG TELAH
KAMI PELAJARI SEPANJANG PEMBUATAN E-MAJALAH INI.
SETERUSNYA, KAMI INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA PENSYARAH KAMI IAITU PUAN UMMUL
HAFIZAH KERANA TELAH BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR
DALAM MENYELESAIKAN TUGASAN INI. SEKIAN TERIMA
KASIH.
4
01 ALABAS MAGAZINE
A/M - Project
Malaysia ialah sebuah negara berbilang
kaum yang hidup dalam keadaan aman
dan damai. Tiga kaum yang utama di
Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.
Malaysia adalah masyarakat berbilang
etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai
bahasa, dan banyak kumpulan etnik di
Malaysia mengekalkan identiti
kebudayaan yang berbeza.
Perpaduan ditakrifkan sebagai
hubungan erat atau bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat
untuk membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan negara.
Kebudayaan merupakan seluruh cara
hidup masyarakat atau seluruh aspek
pemikiran dan tingkah laku manusia
yang diwarisi daripada satu generasi ke
satu generasi yang lain melalui proses
pembelajaran. Mengikut takrif kamus
dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa
maksud cara hidup sebuah masyarakat,
tamadun, peradaban dan kemajuan
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA 5
Konsep:
Perpaduan
&
Kebudayaan
P erpaduan ialah penyatuan, dan Kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara
kehidupan. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan
darjah serta jenis penyatuan yang budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi,
dipamerkan sesebuah masyarakat berkelakuan dan sebagainya. Justeru, budaya
ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia boleh didefinasikan sebagai suatu cara hidup
merujuk kepada semua perhubungan yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
sosial yang mengaitkan manusia. Dalam meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
masyarakat ringkas atau biasa ia politik agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan
mungkin berdasarkan hubungan nilai.
kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi. Bagi Kebudayaan meliputi hasil kehidupan sebuah
masyarakat yang lebih kompleks pula, masyarakat yang bersifat kebendaan atau bukan
terdapat beberapa teori berkaitan faktor kebendaan. Aspek yang penting dalam sesuatu
yang menyumbang kepada perpaduan kebudayaan ialah perubahan kerana is bertujuan
sosial ataupun masyarakat mencapai satu pembentukan kebudayaan baru
yang boleh diterima oleh komuniti setempat.
Perpaduan dapat didefinisikan sebagai
satu proses yang menyatu padukan 6
seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.
Usaha yang boleh dijalankan oleh
masyarakat ialah :
Program Pemuafakatan Masyarakat,
Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Acara kebudayaan dan kesenian,
Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan
Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
PAKAIAN
TRADISIONAL
DISEDIAKAN OLEH : NATASHA | 7
PAKAIAN TRADISIONAL
BAJU KURUNG merupakan pakaian
tradisional kaum wanita Melayu dan berasal
dari negeri Johor. Baju kurung dikatakan hasil
kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor
pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita
yang menyatakan bahawa baju kurung telah
wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi. Baju kurung dipakai oleh wanita-wanita
di Melaka pada ketika itu.
Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada
kain sutera yang halus dan lembut. Baju
kurung masa kini ditambah dengan manik
dan disulam dengan benang berwarna emas
bagi perhiasan baju kurung tersebut.
Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian
rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai oleh
kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan dan
juga kakitangan swasta. Baju kurung dijadikan
sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia.
Semua etnik di Malaysia dilihat memakai baju
kurung ini walaupun dimana sahaja berada.
BAJU MELAYU
CEKAK MUSANG
Dinamakan baju melayu cekak musang kerana
pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau
leher tegak empang leher. Istilah cekak musang
merakamkan imej alami untuk leher baju yang
bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher.
Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat
dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju
ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan
Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
DISEDIAKAN OLEH : NATASHA | 8
FASHIOCPTARINAKAADIIASINONAL
SAMFOO
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa
dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina.
Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah
pakaian tradisional kepada Orang Manchu.
CHEONGSAM
Wanita berketurunan Cina memakai
pakaian ini. Lazimnya dipakai pada
majlis perkahwinan dan semasa
perayaan Tahun Baru Cina.
Cheongsam dikatakan berasal
daripada baju tradisional lelaki
Cina yang memanjang sehingga ke
kaki. Dalam bahasa Kantonis, istilah
"cheong sam" bermaksud 'baju
labuh'. Cheongsam dianggap telah
diperkenalkan di China selepas
revolusi 1911.
HANFU
Istilah “Hanfu” berasal dari kaum
Han yang mula memakai
pakaian ini. “Yifu” bermaksud
baju dalam bahasa mandarin
atau bahasa cina. Lengannya
kembang dan leher mempunyai
kolar yang selesa. Pakaian hanfu
ini juga menjadi pilihan ramai
kaum untuk mencuba kerana ia
amat sopan sekali, malah ia turut
direka secara moden
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA 9
Pakaian Tradisional
Kaum India
Dhoti
Dhoti merupakan pakaian tradisional untuk
lelaki kaum India. Dhoti diperbuat daripada
lembaran kain putih yang panjang. Terdapat
juga Dhoti yang berwarna kuning pudar atau
kuning susu. Kain ini dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan
kemudian disangkutkan pada bahu. Kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik. Biasanya, Dhoti
hanya dapat dilihat pada hari perkahwinan
sahaja.
Sari
Sari merupakan pakaian
tradisional perempuan kaum India.
Sari terdiri daripada sebidang kain
yang berukuran 5 hingga 6 ela
panjang dan dipadankan dengan
kain dalam yang berwarna
seakan-akan kain Sari tersebut.
Choli yang berwarna sama atau
setenang dengan kain Sari ini dililit
pada badan dan bahagian
hujungnya yang bersulam diletak
di atas bahu kiri.
Salwar Kameez/Punjabi DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
Pakaian Salwar Kameez juga
dikenali sebagai Punjabi.
Punjabi amat popular di utara
India dan biasa dipakai oleh
perempuan kaum India di
Malaysia. Punjabi terdiri
daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar dan
tudung kepala yang sesuai
warnanya.
10
PAKAIAN ETNIK KADAZAN PAKAIAN SUKU KAUM
BAJAU
PAKAIAN TRADISIONAL
KAUM MINORITI
PAKAIAN PEREMPUAN PAKAIAN PEREMPUAN
SUKU KAUM BIDAYUH SUKU KAUM MELANAU
DISEDIAKAN OLEH: NAILY QAISARA BINTI HASHIM
11
Berbagai hidangan yang menarik!
MAKANAN
TRADISIONAL
MALAYSIA
Disediakan Oleh Nayli Dayana Afrina
12
MAKANAN TRADISIONAL KAUM
MELAYU
N a s i L e m a k merupakan
antara makanan kegemaran
bagi orang Malaysia dan
Singapura terutamanya
sebagai sarapan pagi. Nasi
lemak merujuk kepada nasi
yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa,
bagi menambah rasa lemak.
Kadangkala, daun pandan
dimasukkan semasa nasi R e n d a n g merupakan
lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya. antara hidangan wajib
Kaum melayu memakan nasi semasa perayaan hari raya.
lemak dengan telur kukus, Rendang dimakan bersama
timun, ikan bilis goreng dan lemang atau ketupat
sambal. Tetapi, kini pelbagai menjadikan rempah-
hidangan disajikan bersama rempahnya terasa sungguh
nasi lemak seperti ayam, enak. Rendang yang
daging sotong, udang, dan lain dimasak boleh dinikmati juga
lain. bersama pelbagai hidangan
karbohidrat seperti nasi
L e m a n g merupakan himpit, ketupat, nasi putih
dan pulut. Rendang dimasak
sejenis makanan tradisi yang lama kerana mahu daging
disukai org ramai. Hanya yang dimasak dalam rencah
terdapat ketika hari raya. rendang menyerap segala
Semua orang daripada rasa rempah yang
pelbagai kaum gemar dimasukkan serta
memakan makanan tradisi ini. memastikan daging dimasak
Lemang telah direkodkan sehingga empuk dan kering.
sebagai hidangan istimewa
sejak 1864. Lemang sering
dihidangkan bersama rendang
atau serunding. Ianya
diperbuat daripada beras,
pulut dan santan. Nasi di
dalam buluh dibakar dengan
daun pisang.
DISEDIAKAN OLEH : NATASHA | 13
MAKANAN TRADISIONAL CINA
01KUIH BULAN DIM SUM 02
Sejenis kuih manisan yang saangat cantik Dim sum merupakan sejenis masakan Cina
dan kebiasaannya di sediakan sempena yang merupakan hidangan ringan
pesta Tanglung yang berlangsung lingkungan luas yang dihidang bersama teh
pertengahan bulan 8 dalam keleder Cina. Yum cha (yang secara harfiah
LUNAR.Bukan itu sahaja, ada juga "meminum teh") adalah istilah yang
sesetengah sumber mengatakan ianya digunakan untuk menjelaskan pengalaman
disediakan ketika perayaan musim luruh makanan keseluruhan, khususnya dalam
bentuknya datang dalam bentuk bulat Kantonis sezaman. Ia juga dihidangkan
ataupun bersegi. pada waktu pagi hingga tengah hari di
kedai makan Cina dan di kedai makan dim
sum khas di mana hidangan lazim
disediakan sepanjang hari.
YEE SANG 03
Yeeng sang terdiri daripada beberapa
hirisan memanjang sayuran yang
berwarna-warni dan perbagai tekstur
.ianya merupakan simbolik majmuk
yang cukup penting dalam masyarakat
cina untuk mengeratkan silaturahim
sesama kaum keluarga dan sahabat
andai.Dalam hal ini, penting kerana
makanan ini sangat popular dalam
menu makanan utama mereka dalam
sambutan perayaan tahun baru cina
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA 14
Makanan Tradisional
India
Putu Mayam
Putu mayam merupakan makanan
tradisional India yang telah mendapat
sambutan yang mengalakkan dari semua
bangsa dan kini turut dinikmati oleh
semua kaum di Sri Lanka,Malaysia dan
Singapura sebagai snek.
Nasi Beriani
Berasal dari India ialah nasi beriani.
Terdapat beberapa jenis nasi beriani
tetapi yang menjadi sebutan dan gilaan
ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja
digemari oleh kaum India tetapi juga
diminati oleh kaum-kaum yang lain
Tosai
Tosai juga dikenali sebagai dosa,
dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli.Tosai juga terdiri
daripada pelbagai jenis seperti tosai
telur, tosai cili, tosai bawang dan
sebagainya. Makanan tradisional ini
sering dimakan oleh rakyat Malaysia
terutamanya kaum india.Tosai boleh
didapati di mana-mana gerai atau
kedai mamak dan juga di restoran
india. Makanan tradisional ini berasal
dari India.
15 DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
MAKANAN UNIK KAUM
MINORITI
DISEDIAKAN OLEH: NAILY QAISARA BINTI HASHIM
MAKANAN UNIK NEGERI
SABAH DAN SARAWAK
Sabah merupakan negeri Berikut antara makanan unik Bagi negeri Sarawak pula,
kedua terbesar di Malaysia Sabah dan Sarawak yang Laksa Sarawak merupakan
dan tidak dinafikan Sabah anda wajib cuba. Semestinya hidangan yang begitu
merupakan antara negeri halal dan enak. popular. Ia menggunakan
yang menjadi tarikan pes khas yang mengandungi
pelancongan utama di Bermula dengan makanan pelbagai bahan yang
negara kita. tradisi negeri Sabah, Hinana tersendiri.
Ginapan atau lebih dikenali
Begitu juga dengan Sarawak dengan Hinava ini merupakan Di Sabah dan Sarawak,
yang juga dikenali dengan antara makanan tradisional ambuyat dikenali sebagai
nama Bumi Kenyalang ini yang terkenal bagi suku kaum linut.. Hidangan ini cukup
mempunyai pelbagai jenis Kadazan-Dusun terkenal di negeri-negeri
makanan yang agak sukar Borneo seperti Sabah dan
didapati di Semenanjung Fakta menarik: isi ikan di dalam Sarawak dan juga di negara
Malaysia suatu tika dahulu hidangan ini tidak perlu dimasak. Brunei sendiri.
16
SAMBUTAN
PERAYAAN KAUM
DI MALAYSIA
1 7 DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
PAGE 17 • KAUM MELAYU
SAMBUTAN Keesokan harinya, semua umat
PERAYAAN Islam, lelaki dan perempuan akan ke
KAUM MELAYU masjid untuk menunaikan
sembahyang sunat Hari Raya
HARI RAYA AIDILFITRI Aidilfitri secara berjemaah. Di
negara kita, sambutan Hari Raya
Pada tanggal 1 Syawal tahun Aidilfitri ini disambut secara meriah
Hijrah, seluruh masyarakat Islam di pada setiap tahun.
dunia akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan Bermula seawal bulan Ramadan
hari raya ini disebut juga sebagai lagi, umat Islam akan membuat
Hari Raya Puasa. Hari raya ini persiapan tertentu untuk
setelah menghabiskan kewajipan menyambut kedatangan hari raya
puasa pada bulan Ramadan. ini. Antara tradisi umat Islam di
negara ini, menjelang kedatangan 1
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini Syawal ini, adalah dengan
akan ditentukan harinya apabila menyediakan pakaian baru untuk
anak bulan Syawal (rukyah) dapat keluarga, menghias rumah, dan
dilihat pada penghujung bulan membuat berbagai-bagai jenis kuih
Ramadan. Ini mengikut hisab tradisi untuk dihidangkan kepada
berdasarkan Takwim Tahun Islam. para tetamu yang datang
Kebiasaannya, apabila sudah berkunjung ke rumah.
ditentukan 1 Syawal itu, pada
malamnya, umat Islam akan
beramai-ramai bertakbir hari raya
di masjid atau pun surau.
DISEDIAKAN OLEH : NATASHA | 18
MR. FASHION Monthly Magazine
SAMBUTAN PERAYAAN
KAUM CINA
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia
menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar
lunar.
Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).
12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus,
lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing,
monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan
membawa signifikasi yang tersendiri.
Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan
berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar
bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.
Ahli-ahli keluarga yang telah berumah tangga akan
memberi ‘angpao’ kepada saudara mara dan sahabat
masih muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang
berpanjangan.Sepanjang perayaan ini, tarian singa
akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi
berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.
PESTA TANGLUNG
Pesta Tanglung di Malaysia dirayakan
pada Perayaan Kuih Bulan iaitu pada hari
ke-15 dalam bulan ke-8 mengikut
kalendar Cina dan tidak dirayakan pada
kebiasaannya pada hari ke-15 bulan
pertama mengikut kalendar Cina. Hal ini
dikaitkan juga dengan kepercayaan Dewi
Bulan (Chang E) yang mana pada malam
perayaan tersebut adalah hari bulan
mengambang.
June Edition | 2023 19 page 17
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA
PERAYAAN
KUIH BULAN
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan tradisional utama
rakyat China. Perayaan ini juga dikenali sebagai Pesta Mengekori
Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta Bulan Lapan dan Pesta
Berkumpul. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-
8 dalam Kalender Cina setiap tahun dan pada ketika itu adalah
musim luruh di China. Oleh itu, Perayaan Kuih Bulan juga dikenali
sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh dan selalunya
disambut dengan tanglung dan kuih bulan.
Cara menyambut perayaan ini adalah dengan menikmati
permandangan bulan, membuat penyembahan bulan, serta
menghidangkan kuih bulan kepada saudara-mara dan rakan-
rakan.
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA 20
Sambutan
Perayaan Kaum India
Hari Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut
oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh
dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
"Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan
selalu memeras rakyatnya,telah dikalahkan dan dibunuh
oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri
meminta semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang
mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik
dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.
Hari Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang Hari Ponggal DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
disambut oleh masyarakatberagama Hindu di
seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati Hari ponggol merupakan perayaan menuai yang
dewaHindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini diraikan mengikut kalender Hindu. Disebabkan hari
disambut pada bulan kesepuluhdalam kalendar perayaan Thaiponggol ditetapkan dalam kalender
Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Hindu, hari Thaiponggol disambut berbeza dengan
tempoh menuai yang sebenar. Pada kebiasaannya,
Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam orang-orang Tamil akan meraikan perayaan
adalah hari untukmenghapuskan dosa-dosa dan menuai Thai ponggol pada minggu kedua bulan
bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. Januari. Pesta Thaiponggol merupakan hari bagi
memuliakan Dewa Matahari yang penting kepada
semua tanaman.
21
PERAYAAN KAUM
MINORITI
Seperti kaum melayu, cina dan india, kaum minoriti
yang ada di negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai
sambutan perayaan kaum masing-masing.
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh
Kadazandusun sebagai meraikan hasil tuaian baik.
Tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum
lain yang ada di Sabah.
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali
sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai
terdapat lima makhluk halus: "Kinoringan" (Ketua
makluk halus & Pencipta), "Rusod" (semangat semua
benda hidup kecuali manusia), "Koududuwo"
(semangat manusia), "Tombiruo" (semangat orang
yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
Bagi orang Sarawak, mereka akan menyambut Hari
Gawai. Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan
yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak, Malaysia
dan Kalimantan Barat, Indonesia. Pesta ini merupakan
cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial
yang diiktiraf sejak 1957.
Gawai bermaksud festival dan Dayak nama kolektif
untuk orang pribumi di Sarawak, Kalimantan dan
pedalaman Borneo Orang Dayak, sebelumnya dikenali
sebagai Dayak Laut kebanyakannya orang Iban.
Terdapat lebih daripada 200 sub kumpulan etnik di
wilayah ini. Walaupun mereka memiliki ciri-ciri
persamaan, tetapi mereka memiliki dialek, adat,
undang-undang, wilayah dan budaya tersendiri.
Orang-orang rumpun Dayak mempercayai pemujaan
roh betara yang tersendiri tetapi sejak kebelakangan ini,
ramai yang memeluk agama Kristian.
DISEDIAKAN OLEH: NAILY QAISARA BINTI HASHIM
22
TARIAN
TRADISIONAL
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH : NAILY QAISARA BINTI HASHIM 23
Tarian
Tradisional
Kaum Melayu
Tarian Zapin Tarian Mak Yong
Tarian zapin merupakan tarian yang Tarian mak yong merupakan
terkenal di negeri Johor. perkataan sejenis tarian Melayu tradisional.
zapin berasal daripada Al-zaffan Drama tari Mak Yong ini
iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah merupakan sebagai suatu bentuk
tarian ini pada mulanya adalah drama-tari Melayu yang
sebagai tarian hiburan di istana yang menggabungkan unsur-unsur ritual,
dibawa dari Hadramaut,Yaman lakonan dan tarian yang
Selatan oleh pedagang Arab pada digayakan, muzik vokal, lagu, cerita
abad ke-13 yang bertujuan dan teks percakapan yang formal
digunakan amalan berzikir untuk dan bersahaja. Dicipta untuk
menyebarkan pengetahuan hiburan kerabat di Raja khususnya
mengenai sejarah tamadun dari golongan Selatan Thailand,
islam.Kini,tarian zapin masih lagi tarian ini juga menggabungkan
dipersembahkan dalam majlis formal drama romantis, tarian dan
dan tidak formal. Sebagai contoh nyayian dengan gaya menawan
majlis perkahwinan,majlis perasmian yang mengisahkan zaman
dan sebagainya. kegemilangan kesultanan melayu.
Disediakan Oleh : Natasha | 24
TARIAN TRADISIONAL
KAUM CINA
TARIAN NAGA
Tarian Naga merupakan acara tradisi
masyarakat berketurunan Cina.
Mengikut kepercayaan orang cina, Tarian
Naga dipersembahkan untuk
mengharapkan sesuatu yang baik
dengan memberi kesenangan,
kemakmuran, dan kejayaan. Tarian ini
selalu ditarikan pada Tahun Baru Cina.
Tarian ini juga hampir sama dengan
Tarian Singa, yang membezakannya
adalah Tarian Naga memerlukan lebih
ramai penari. Patung naga menjadi alat
utama dalam tarian ini dan diperbuat
daripada buluh dan dibalut dengan kain.
Di bahagian kepala hingga ekor kain ini
dilukis seperti sisik naga. Tarian ini
diketuai oleh seorang penari utama yang
membawa sebatang kayu di depan naga.
Jumlah penari yang mengambil
bahagian bergantung kepada saiz
ukuran panjang atau pendeknya naga
yang digunakan dalam tarian ini.
TARIAN KIPAS
Tarian kipas memberi erti kepada
masyarakat cina, dimana masyarakat
cina percaya dewa-dewi pada masa
lalu menjadikan kipas sebagai alat
keperluan yang penting. Elemen angin
merupakan satu tradisi masyarakat
cina mempercayai “Fung Shui” ialah
suatu kepercayaan petanda yang baik
dan buruk terhadap sesuatu kehidupan
di tempat mereka. Oleh itu, tarian ini
dimainkan untuk membawa “Feng
Shui” yang baik kepada anggoa
masyarakat.
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA 25
Tarian Tradisional Kaum India
Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharathanatyam merupakan salah satu gaya tarian
klasik India. Bharathanatyam merupakan salah satu tarian
yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasai perlu
mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
pergerakkan tangan, kaki dan mata. Tarian ini berasal daripada
wilayah Tamil Nadu di bahagian selatan India. Secara tradisionalnya,
tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
Tarian Bhangra
Tarian Bhangra merupakan salah satu tarian
kebudayaan kaum suku Sikh. Ia merupakan suatu
bentuk tarian yang mana ia untuk meraikan
penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik
dan berasal daripada wilayah Punjab di India.
Tarian Kathak
Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India,
berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada
pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks,
atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan
kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan
kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka
dengan alunan tangan dan mimik muka. Abad ke-16 seterusnya ia
menyerap sesetengah ciri tarian Parsi dan tarian Asia Tengah yang
diimport oleh istana diraja era Mughal.
Tarian Kathak merupakan salah satu lagi tarian klasikal India yang
berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan India
Katha yang bermaksud 'seni bercerita'.
Dari sifat asalnya yang merupakan gambaran menghambakan diri
kepada dewa-dewa Hindu, Kathak berkembang ke istana-istana
pemerintah.
26 DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
TARIAN KAUM MINORITI
Sabah dan Sarawak
juga tidak ketinggalan
dengan kepelbagaian
tariannya yang
merangkumi tarian ritual
dan moden. Seperti
negeri-negeri yang lain,
Sabah dan Sarawak
sememangnya kaya
dengan tarian
tradisional.
source:
GOOGLE
DISEDIAKAN OLEH: NAILY QAISARA BINTI HASHIM
Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali Manakala bagi negeri Sarawak, Tarian Ngajat
ramai di negeri Sabah adalah Sumazau, Limbai, atau Tarian Norek adalah satu tarian tradisional
Sumayau, Magunatip, Adai-adai dan Daling- yang popular di Sarawak dalam kalangan orang
Daling. Manakala, Sarawak pula adalah Tarian Iban di Kalimantan Barat dan Sarawak.
Ngajat dan Datun Julud.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan
rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak
seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang
pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang
Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada yang menyambut gawai untuk berayah sambil
setiap bulan Mei. membawa tengkorak musuh.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan
daripada lelaki dan perempuan dengan memakai memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang
pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan di tangan kanan lalu menari seperti berdepan
dengan iringan paluan gong. Tempoh dan rentak dengan musuh dengan menghayunkan badannya
pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza ke kiri dan ke kanan.
mengikut daerah dan desa.
27
KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
ALAT MUZIK
TRADISIONAL 28
DISEDIAKAN OLEH : NAILY QAISARA BINTI HASHIM
ALAT MUZIK TRADISIONAL
Kompang adalah peralatan muzik
paling popular sehingga sekarang.
Alat ini menjadi salah satu instrumen
wajib ada semasa majlis perkahwinan
masyarakat Melayu.
Rangka kayunya dibuat daripada
kayu keras kebiasaannya pokok
nangka dengan kulit kambing yang
ditarik menutupi permukaannya.
Kompang mempunyai pelbagai saiz di
antara 6 ke 15 inci, saiz kompang 12
atau 13 inci menjadi pilihan ramai
kerana saiznya padan dengan
masyarakat Malaysia.
Gendang memainkan DISEDIAKAN OLEH : NATASHA | 29
peranan yang besar dalam
seni dan budaya masyarakat
Melayu. Gendang paling besar
dalam mana-mana satu
persembahan dinamakan
sebagai gendang ibu atau
gendang indung, menjadi
salah satu instrumen penting
dalam persembahan
gamelan.
29
Volume No. 1 • July
ALAT MUZIK
C i n aKAUM
PI PA YANGQIN
Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya
dengan warisan kesenian budayanya
yang tersendiri. Begitu juga dengan
muzik, alat muzik dan tariannya.Warisan
muzik masyarakat cina yang paling
dikenali ialah muzik Guangdong. Muzik
Guangdong sebenarnya berasal dan
bermula dari Selatan China pada abad
ke 20. Pada peringkat awal, muzik
Guangdong dimainkan sebagai iringan
muzik dalam Opera Yue. Kemudian,
secara beransur-ansur muzik
Guangdong telah menjadi popular
bukan sahaja di seluruh China bahkan
juga sangat diminati oleh para perantau
China di seberang laut.
LIUQIN 30
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA
Alat Muzik DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
Kaum India
Dholak
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua
muka berbentuk tong yang dikategorikan
sebagai alat Membranofon.
Dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.
Manjira
Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.
Di dalam muzik klasik India,
Peranannya adalah untuk mengiringi
nyanyian dan memainkan irama.Ia
merupakan komponan yang penting di
dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.
Tabla
Tabla dan Baya dikategorikan dalam
kumpulan Membranofon.
Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan
di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan di
Malaysia,malah ia juga digunakan untuk
mengiringi muzik muzik sinkretik seperti
ghazal dan dangdut
31
Sabah Dan Sarawak 1213
Source: GOOGLE
Alat Muzik
Kaum
Minoriti
Kulintangan
Kulintangan merupakan salah satu
alat muzik tradisional negeri Sabah.
Ia banyak digunakan dan dimainkan
oleh suku kaum Bajau dan Kadazan-
Dusun ketika menyambut majlis
keramaian, perayaan atau majlis
rasmi
Sapeh
merupakan sebuah alat muzik jenis
kordofon yang berasal dari kaum
Orang Ulu terutamanya suku-suku
Kenyah dan Kayan. Berbentuk seperti
gambus panjang bertali empat.
Badannya panjang dan berbentuk
hampir empat segi dan diperbuat
dari kayu jokuvang.
Disediakan Oleh : Naily Qaisara Binti Hashim Alat Muzik
32
PERMAINAN
TRADISIONAL
DI
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
33
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU
Congkak
Congkak ialah sejenis permainan
tradisional Melayu yang sering dimainkan
sebagai aktiviti dalaman atau sebagai
pertandingan. Selalunya, ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas
tanah dan kebiasaannya buah Congkak
menggunakan biji getah atau guli.
Permainan Congkak memerlukan
pergerakan tangan, pergelangan tangan
dan jari jemari tangan yang cekap untuk
bermain. Congkak bukan sahaja melatih
tahap fokus, tetapi juga dapat
meningkatkan koordinasi tangan dan
mata serta kemahiran motor halus
mereka.
Batu Seremban Disediakan Oleh : Natasha | 34
Batu Seremban juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat.
Kanak-kanak perempuan gemar
memainkannya secara individu dan
kebiasaannya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat
orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil
sederhana besar atau ketulan-ketulan
objek lain berbentuk bulat biasanya
digunakan oleh kanak-kanak dalam
permainan ini sebanyak lima biji. Objek-
objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan Tradisional
permainan
tradisional
kaum cina
MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan
permainan untuk empat orang yang berasal
dari China. Mahjong membabitkan
kemahiran, strategi, dan pengiraan,
termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung
kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular
sebagai perjudian dan sebagai permainan
komputer.
XIANG QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan
papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang
sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini
berasal dari China, oleh itu ianya digelar
sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati
telah mula dimainkan seawal abad ke-4
selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan
salah satu permainan papan yang paling
popular di dunia. Ciri-ciri yang unik
termasuklah pergerakan unik pao (meriam),
peraturan yang melarang panglima (seperti
"raja" dalam catur) daripada bertemu dalam
garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA 35
Permainan Tradisional Kaum
India
Kho-Kho
'Kho-kho' merupakan satu permainan
tradisional yang popular di kalangan
kaum India. Permainan yang berasal
dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda.
Kebanyakan ahli sejarah India
mengatakan bahawa Kho-Kho
merupakan hasil pengubahsuaian
daripada satu permainan 'Lari dan
kejar' di mana seorang pemain akan
berlari dan mengejar serta menyentuh
pemain lain. Permainan kho-kho ini
memerlukan kecergasan fizikal pemain
serta pergerakan yang fleksibel untuk
megelak peserta-peserta lain.
Gilli Danda/ Viti Dandu/Kitti Pul
Permainan Gilli Danda atau Viti Dandu atau Kitti Pul
bisa dikatakan mirip dengan permainan kasti atau
kriket. Permainan ini dimainkan dengan
menggunakan sebuah tongkat kayu panjang
(danda) dan tongkat kayu pendek (gilli)
36 DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
SABAH, SARAWAK KAUM MINORITI DI MALAYSIA
PERMAINAN KAUM
MINORITI
Sepak Manggis di
Sabah
Sepak Manggis merupakan satu
sukan tradisi dari suku kaum Bajau
dan Dusun Tindal dari Kota Belud,
Sabah. Sukan Tradisi ini akan
dimainkan semasa pesta keramaian
seperti majlis perkahwinan.
Permainan ini memerlukan satu biji
bola takraw, satu batang bambu
panjang, Kotak berhias yang
bergantung wang , gula-gula,
makanan ringan, sapu tangan, rokok
atau sebarang kotak perhiasan.
Tibow di Sarawak
Tibow atau Pisa' Tibow adalah salah satu
permainan tradisi yang diwarisi sejak
zaman berzaman oleh etnik Melanau dan
Iban, Sarawak. Permainan tradisi biasanya
dimainkan sewaktu berlangsungnya Pesta
Kaul yang merupakan festival unik dari
etnik Melanau juga Iban yang dirayakan
saban tahun dan merupakan antara acara
tahunan di dalam kalendar pelancongan
sarawak Bumi Kenyalang.
Tibow merupakan antara permainan tradisi
yang wajib ada apabila pesta ini
berlangsung.
Disediakan Oleh : Naily Qaisara Binti Hashim 37 1213
Kebudayaan negara kita amatlah penting untuk orang kita. Budaya
tradisional di Malaysia mempunyai ancaman kepupusan. Oleh itu,
budaya orang kita perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun
kita dan buat generasi akan datang agar mereka tidak lupa asal usul
mereka. Budaya orang kita yang murni ini juga merupakan benteng
yang mengahalang kita dari dihanyutkan oleh budaya Barat yang
sedang berleluasa pada zaman kini.
DISEDIAKAN OLEH : NAILY QAISARA BIINTI HASHIM Petronas Towers
KLCC Twin Towers
38
Usaha
meningkatkan
semangat
kebudayaan di
dalam masyarakat
setempat
Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun
Baru Cina dan Hari Deepavali
Konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di
negara kita. Rumah terbuka yang diadakan pada
hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum
di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu
perayaan agama yang disambut oleh penganut
pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk
persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia.
Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan
Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali
dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa
menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh
mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih
mendalam sekaligus dapat menjana sikap
bertimbang rasa dan saling menghormati antara
satu sama lain.
Program Pemuafakatan Masyarakat
Aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan
perpaduan kaum di negara kita. Melalui
penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat
dapat memupuk semangat bekerjasama. Program
pemuwafakatan antara masyarakat setempat
boleh diadakan melalui program-program ilmiah
seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan,
makan beradab, majlis perkahwinan dan
sebagainya.
Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat
boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan
melibatkan semua peserta. Selain dapat
menghilangkan perasaan tertekan dengan
bebanan tugas, program ini dapat membina
persefahaman, keteguhan perpaduan dan
perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh
warga masyarakat
DISEDIAKAN OLEH : NATASHA | 39
TUJUAN
PERPADUAN
"SATU BAHASA SATU JIWA" Perpaduan kaum akan
menaikkan imej negara di
40 mata negara lain.
Perpaduan kaum
membuktikan bahawa
pemimpin Malaysia dapat
memerintah dengan baik.
Terdapat beberapa negara
yang ingin mencontohi
negara Malaysia dalam
mentadbir negara. Selain
itu, perpaduan kaum yang
terdapat di Malaysia telah
membolehkan Malaysia
terpilih sebagai pengerusi
bagi beberapa pertubuhan
antarabangsa.
Dalam hal ini, perpaduan
kaum amat penting untuk
mengekalkan kestabilan
politik. Kestabilan
politikdalam setiap jabatan
amat perlu bagi menjamin
keutuhan struktur
pentadbiran Malaysia.
Fungsipentadbiran Negara
pula perlu dilaksanakan
secara sistematik kerana
banyak negara luar yang
gemarberurusan dengan
pemimpin Malaysia.
Sebagai kesimpulan,
perpaduan kaum yang
terdapat di Malaysia telah
mendatangkan banyak
kebaikan.Perpaduan kaum
ini mestilah sentiasa
dipelihara semua lapisan
rakyat. Perpaduan kaum
pasti dapat dipelihara jika
semua rakyat mengamalkan
nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.
DISEDIAKAN OLEH FATEHAH
Kepentingan Perpaduan Kebaikan Perpaduan
Perpaduan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Kebaikan perpaduan kaum ialah pihak kerajaan
negara yang merdeka. Justeru, dapat boleh memajukan sektor pelancongan negara.
meningkatkan kadar pelancong asing ke Keadaan negara yang aman dan damai akan
Malaysia. Keamanan negara dapat menarik lebih ramai pelancong asing datang ke
dipertingkatkan apabila amalan perpaduan Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Malaysia. Peluang pekerjaan ini membolehkan rakyat
mendapat gaji bagi menyara hidup dan
Perpaduan kaum juga memainkan peranan menaiktarafkan mereka.
dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara
dengan penglibatan semua kaum dalam Antara kebaikan perpaduan kaum ialah
kegiatan ekonomi. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan
Secara keseluruhan, perpaduan kaum amat damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan
penting bagi mengekalkan keharmonian dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh
masyarakat berbilang kaum dan agama. melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas
Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara dan lancar. Masyarakat juga boleh menyambut
satu sama lain, negara yang aman dan harmoni hari perayaan kaum tanpa rasa takut.
ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan
menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang DISEDIAKAN OLEH : NATASHA & FATEHAH | 41
menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat
Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam
memupuk dan mengekalkan perpaduan antara
kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke
arah status negara maju serta memastikan
pembangunan ekonomi negara yang stabil dan
konsisten.
DISEDIAKAN OLEH : NAILY QAISARA BINTI HASHIM 42
LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DI ANTARA KAUM DI MALAYSIA
Antara langkah untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia adalah dengan menyatukan institusi pendidikan dari peringkat
rendah. Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak patut diwujudkan
sebaliknya hanya sekolah rendah perlu diwujudkan untuk semua kaum.
Seterusnya, menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka.
Selain itu, kerajaan perlu memperkasakan aktiviti sukan dan rekreasi dalam
masyarakat di Malaysia. Kerajaan juga perlu mempergiat aktiviti
kesukarelawan dan kebajikan terhadap semua kaum. Ini akan mengetatkan
lagi hubungan antara kaum yang ada di Malaysia. Penerbit filem di Malaysia
perlu menerbitkan lebih banyak drama atau filem yang mempunyai elemen
perpaduan kaum. Banyak lagi perkara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan
dan rakyat untuk memupuk semangat perpaduan di antara kaum di Malaysia.
Dengan kaum yang dapat bertolak ansur antara satu sama lain, Malaysia
akan aman dan tidak akan jatuh di tangan penjajah.
KESIMPULAN
Kebudayaan dan peradaban telah membuktikan bahawa
hubungan toleransi dan kesepakatan bersama berjaya
dicapai.Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah
negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan
agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang
merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang
kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh,
keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana
tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum
untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi
panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu
kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang
mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran
berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu
rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika
kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia
ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara
kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat
dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan
secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana
perpaduan yang kita idamkan.
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA 43
MERANTI Kindness is beautiful.
– @reallygreatsite
TERIMA 44
KASIH
DISEDIAKAN OLEH NAYLI DAYANA AFRINA