The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Adila, 2022-04-28 22:01:36

KUMPULAN 4.pptx

KUMPULAN 4.pptx

KUMPULAN 4

NAME NUMBER MATRIKX
06DPR21F2073
NAZIHAH BT
HANIF 06DPR21F2076

NUR HUDA NADIA
BINTI MUSTAPHA

NUR ADILA BINTI 06DPR21F2013
PAZLI 06DPR21F2044

NUR FARHANAH 06DPR21F2062
NAJWA BINTI
MOHD NIZAM

SYAZWAN ALIF
BIN SHARIFUDIN

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PERKARA
1
PENGENALAN 2
OBJEKTIF 3

LATAR BELAKANG 4-7
KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 5 - 11
12 - 16
PUNCA TRAGEDI 13 MEI
PENGAJARAN TRAGEDI 13 MEI 17

KESIMPULAN

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah
rusuhan kaum yang berlaku sebagai
kemuncak masalah perpaduan Malaysia.
Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan
mempunyai kaitan yang rapat dengan
“Pilihan Raya Umum 1969” merupakan
satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia

OBJEKTIF

1) Mengetahui maksud sebenar tragedi 13
Mei 1969

2) Mengetahui kronologi tragedi 13 Mei
1969

3) Mengkaji dan mengenalpasti
punca-punca dan faktor

4) Mengenalpasti pengajaran dan iktibar –
iktibar yang diperolehi daripada treagedi
13 Mei 1969

LATAR BELAKANG
TRAGEDI 13 MEI

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah
insiden rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta
benda dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969"
merupakan satu titik hitam dalam sejarah
negara Malaysia.

KRONOLOGI PERISTIWA
13 MEI

1. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
mempunyai kaitan rapat tragedi 13 Mei ini .
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-
calon pilihan raya serta ahli – ahli politik
dari kalangan parti pembangkang, telah
membangkitkan soal – soal Bangsa
Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan ( Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputra)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu
Hal ini telah memberi kesempatan kepada
ahli – ahli politik yang ingin mendapatkan
faedah dalam pilihanraya

2) Pada pilihanraya umum 1969 parti prikatan yang
dianggotai oleh (UMNO – MCA – MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen,walaupun masih
Berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu
kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang
dimenanginya dalam dewan rakyat (parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66
kerusi pada tahun 1969

3) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti
Tindakkan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat
(PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang
yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya
telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan
isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut
perarakan. Identiti mereka tidak dapat diketahui telah
mengeluarkan slogan – slogan sensitive berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan – jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur .

Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum
Cina berarak menerusi Kawasan melayu, melontar penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian tersebut

4) Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum
Cina dari “ Democratic Action Party” dan Gerakan yang
menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui Kawasan melayu kampung baru,
menyorak penduduk disitu. Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai symbol
menyapu keluar orang melayu dari Kuala Lumpur, sementara
yang lain meneriak slogan mengenai tenggelamnya kapal
peikatan – the coalition^s logo berlarutan hingga ke 13 Mei
1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan
meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong
mereka

5) Menteri besar Selangor, Dato` Harun Idris telah
mengungumumkan bahawa perarakan balas meraikan
kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam
,13 Mei 1969. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan
tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal
keadaan . Rusuhan kaum berlaku di Kawasan tertentu dan
jangka masa yang terhad. Rusuhan tercetus di Kawasan Kuala
Lumpur dan sekeliling sahaja ( Selangor ).

6) Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor adalah
seramai 172 sehingga 196 orang. Jumlah ini kemungkinan
lebih ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka. Para
pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan
daripada berlaku lagii. Antara tindak balas yang diambil ialah
penangkapan tokoh – tokoh yang mendokongi rusuhan,
perintah berkurung, mengawal berita – berita ,radio dan
televisyen,menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal
yang diterbitkan oleh parti – parti politik ,dan mengharamkan
kempen pilihan raya. (Ketika ini Sabah dan Sarawak belum
melaksanakan pilihan raya peringkat negeri)

Gambar kronologi peristiwa 13 Mei

PUNCA TRAGEDI 13 MEI

PUNCA PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13,MEI
1969 MERUPAKAN RUSUHAN KAUM YANG PALING TRAGIS
DALAM SEJARAH DI NEGARA INI IAITU ANTARA MELAYU DAN
ORANG CINA.PERBINCANGAN INI BUKAN UNTUK MELIHAT
KETEGANGAN YANG BERLAKU ATAU ‘MELUKAKAN KEMBALI
PARUT YANG TELAH PUN KERING’ DALAM PERISTIWA
BERKENAAN TETAPI TUJUANYA LEBIH MENJURUS UNTUK
MEMPERKATAAN RENTETAN SEBAB MUSABAB MENGAPA
IANYA TERJADI SETERUSNYA DAPAT MENJADI IANYA TERJADI
SETERUSNYA DAPAT MENJADI PEDOMAN KEPADA SEMUA.

ANTARA PUNCA TRAGEDI
BERDARAH INI BERLAKU IALAH

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
- Pada zaman kependudukan jepun, masyarakat
Tanah melayu telah dilayan secara berbeza – beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang – orang melayu. Keadaan ini berikutan Jepun
yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami anatara
satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan
berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang – orang Melayu dan China

2. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang melayu

- PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum –kaum
lain telah diketepikan kononya mereka telah tersisih daripada
keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “
Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
adalah perasaan tidak puast hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi
orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum

Cina.

3. Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara

- isu Bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan
perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1057, sebuah
perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris adalah sebagai Bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka,kerajaan akan mengkaji
semula tentang kedudukan Bahasa inggeris dengan tujuan
untuk menggugurkannya daripada status Bahasa rasmi dan
hanya Bahasa Melayu sahaja diiktiraf sebagai Bahasa rasmi.
Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967,kerajaan telah
mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan
penggunaan Bahasa Melayu.

4. Perbezaan agama dan budaya

- kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam,kaum
cina beragama buddha, Lao – Tza, Taoisme, Conficius
manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu,
terdapat juga yang beragama Kristian. Setiap kaum juga
mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan
ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari
sikap jahil terhadap agama – agama lain hingga banyak
perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah
menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang
telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969

5. Masalah ekonomi

- kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang
pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa
tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama lain. Orang Melayu mencemburui
kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina
dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran

6. Dasar pecah & perintah penjajah inggeris

- kejadian ini disebabkan oleh dasar “ pecah dan
perintah”yang diamalkan oleh British yang
mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar
penjajah inggeris yang mengamalkan konsep pecah
dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang
antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum. Umpamanya orang –orang Cina
tinggal di bandar – bandar menjalankan perniagaan
dan juga di kawasan – kawasan lombong sebagai
pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki
asset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara oang – orang Melayu tinggal di
luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputra khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan .

PENGAJARAN
TRAGEDI 13
MEI

PENGAJARAN

pergaduhan kaum antara melayu dan orang cina tercetus
pada 13 mei 1969 merupakan kemuncak semangat
perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.
Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya
tahun 1969 selesai diumumkan. 13 Mei 1969 tidak akan
berulang lagi kerana membahayakan keamanan negara dan
perpaduan masyarakat Malaysia. Antara pengajaran yang
boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia ialah :

1. Kehilangan nyawa dan harta benda
- peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan

sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan
perbalahan yang telah berlaku diantara kaum melayu dan
kaum cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang
besar, malah yang paling malang ialah nyawa yang telah
terkorban akibat kejadian seperti ini yang meninggalkan
kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara –
mara dan kaum keluarga yang terlibat dalam tragedi 13 Mei
1969

2. Perintah berkurung
- selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. kerajaan

terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan
oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan
untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan
kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk
terhadap suasana persekitaran dan persekitaran serta
pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya
menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca
pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah
berinteraksi dan saling berhubungan.

3. Keuntungan kepada musuh – musuh negara

- peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada
musuh – musuh negara yang sentiasa mengambil
kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat
dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan
negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada
peristiwa ini ialah keadaan Negara yang menjadi tidak aman,
huru – hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah –
belah akibat daripadaa rasa tidak puashati dengan isu – isu
yang sensitive terutama isu perkauman antara kaum dan
segala aktiviti masyarakat tersekat.

4. Perpaduan Nasional

- Tragedi peritiwa 13 Mei 1969 ini memberi pengajaran kepada
kita dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara
kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan
pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan
hidup secara aman, sentiasa bersifat bersangka baikk antara
satu sama lain. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa
sikap hormat , bertolak ansur ,toleransi dan menjauhi sifat – sifat
yang terkeji seperti dengki,iri hati dan menanam sifat curiga di
antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis
kaum,agama,budaya dan pegangan agama di Malaysia,
peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada
kesedaran tentang isu – isu sensitive yang timbul seperti hak
kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk
asal bagi negara mereka.

5. Keadilan ekonomi

- Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat

perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia
dalam kemiskinan, ianya menjadi lebih sukar kerana majoriti
kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada 1 kaum sahaja.
Keadaan ekonomi dandemografi penduduk Malaysia
menunjukkan bahawa majoriti penduduk buiputera

tinggal di luar bandar. Kebanyakannya adalah berpendapatan
rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam
masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat bumiputra untuk
mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu, selepas 13
Mei, satu dasar pragmatic dasar ekonomi baharu (DEB) telah
digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka
masa Panjang yang mempunyai dua objektif utama iaitu
membasmi kemiskinan tnpa mengira kaum dan Menyusun
semula masyarakat.

KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan -
sempadan yang harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini
turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan
kerugian harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah
tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa
yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi
msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah
tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita
seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap
kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah
sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma
riak itu belum menjadi gelombang.

Sekian terima
kasihh


Click to View FlipBook Version