1|Page
JENAYAH
SIBER
“FAKTOR PENINGKATAN”
PENULIS ;
AINNUR, AININ,LYDIA,SYARIZMA
2|Page
JABATAN PERDAGANGAN
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
(MPU21032)
TUGASAN:
E-FOLIO
( FAKTOR PENINGKATAN JENAYAH SIBER)
PENSYARAH :
PUAN ZALINA BINTI MD ARIS
DISEDIAKAN OLEH :
AINNUR NISREENA BINTI MOHAMAD ( 28DRM21F2001)
AININ SOFEA BINTI AHMAD ROSIDI ( 28DRM21F2017)
LYDIA SHARMINE AMIRAH BINTI MOHAMMAD FAIRUZ ( 28DRM21F2023)
NUR SYARIZMA AFIQAH BINTI MASFIZAL ( 28DRM21F2029)
3|Page
PENGHARGAAN
Pertama sekali , kami ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Puan Zalina binti Md Aris kerana beliau telah
memberikan sokongan dan galakan kepada kami sekumpulan untuk
menyelesaikan tugasan E-folio ini.
Selain itu , ucapan terima kasih diucapkan kepada ahli ahli kumpulan , Ainin ,
Ainnur , Lydia dan Syarizma yang banyak memberi sokongan , idea , motivasi
dan meluangkan masa untuk sama sama menyiapkan tugasan E-Folio ini.Tanpa
kerjasama semua ahli , E-Folio ini tidak akan mampu disiapkan .
Akhir sekali , kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menjalankan tugasan
ini .
4|Page
ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA MUKA SURAT
1 Penghargaan 3
2 Pendahuluan 5
3 Internet sebagai alat komunikasi 6
4 Aplikasi atas talian 7
5 Bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat 8
6 Sikap individu yang sukar dikawal 9
7 Kekurangan pendidikan dan kesedaran 10
8 Tahap ekonomi 11
9 Sikap ketamakan manusia 12
10 Tidak menggunakan sekuriti yang kukuh 13
11 Penggunaan perbankan atas talian 14
12 Peningkatam penggunaan internet 15
13 Kekurangan pakar-pakar forensik 16
14 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah 17
15 Penutup 18
16 Rujukan 19
5|Page
Pendahuluan
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu
pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur
penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau
data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan
lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi
terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat
yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada
siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di
dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.
Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah,
idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang
dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun
bagi pihak pentadbiran sesetengah negara yang selama
ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan
berpendapat penduduk mereka.
6|Page
Internet Sebagai Alat Komunikasi
Internet merupakan suatu program yang berbasis jaringan atau
koneksi dari sebuah komputer yang saling bertautan untuk
menyebarkan suatu data dengan menggunakan protokol
TCP/IP. Data tersebutlah yang salah satunya adalah informasi
atau pesan.
Di zaman yang semakin berkembang ini, internet merupakan
media yang digunakan sebagai sarana komunikasi yang
lambat laun telah menyingkirkan media komunikasi seperti telepon atau sms (short message
send). Hal ini disebabkan yang telah terbukti bahwa di kehidupan sehari-hari pada zaman ini,
manusia sudah melekat dengan sebuah jaringan. Karena pada dasarnya, internet sudah menjadi
kebutuhan pokok manusia. Hal ini terjadi bukan para gamers online saja, bahkan para
pengusaha, politikus, hingga pelajar pun juga mengalami hal yang serupa, yaitu tidak bisa jauh
dari internet. Seolah intrernet merupakan bagian dari nyawa mereka. Tanpa internet, manusia
akan mati. Sehingga, sebenarnya internet ini memiliki dampak positif maupun negatif.
Sehingga sudah tidak sedikit manusia telah menggunakan fasilitas komunikasi ini sebagai
sarana penyampai pesan mereka, khususnya pada media sosial. Bahkan, semakin ke sini,
perkembangan internet pun semakin canggih. Seperti ibarat, orang bisa mendapatkan uang
hanya dengan duduk menatap layar komputernya. Atau orang cukup duduk ketika ia
menginginkan sesuatu atau berbelanja. Tanpa perlu berjalan, manusia sudah bisa melakukan
aktivitasnya.
Selain itu , internet merupakan pemenang dari segala peradaban dalam manusia. Telah terbukti
fenomena di Amerika Serikat yang mana telah diketahui bahwa penjualan komputer dan data
internet lebih tinggi dibandingkan dengan televisi ataupun pulsa reguler. Bahkan komputer pun
juga mampu mengambil fungsi peran komputer sebagai sarana informasi. Sehingga dunia ini
akan beralih ke zaman digital. Di mana semua orang dan kehidupan akan serba digital. Atau
bisa dikatakan sebagai ‘Cyber Age‘.Jaringan internet ini bisa dikatakan, bahwa sarana
informasi ini sudah mulai mewabah dan mendarahdaging dalam diri masyarakat yang
bersosialisasi. Dengan adanya sifat internet yang mudah diakses, membuat para manusia
semakin melekat dengan internet bahkan hingga kecanduan internet. Namun mereka beralibi
bahwa internet ini memilih banyak dampak positif karena mereka dapat mengenal orang-orang
baru oleh siapa saja tanpa batasan umur, dan di mana saja tanpa batasan jarak lokasi.
Oleh sebab itu Kita perlu pandai dalam berbuat dan menggunakan sarana ini sebagai media
informasi yang baik dan benar dan dapat dipertanggungjawabkan. Apalagi sekarang di
Indonesia mulai muncul Undang-Undang tentang IT. Hal ini akan membuat penduduk
Indonesia tidak sembarangan dalam menyampaikan pendapatnya di media sosial. Karena,
bukan lidah lebih tajam daripada pisau, maka sekarang digantikan dengan istilah status media
sosial lebih lancip daripada lidah.
7|Page
Aplikasi atas talian
Teknologi turut membolehkan kita untuk meluaskan
komunikasi dan interaksi sosial merentas sempadan
menerusi media sosial dan aplikasi pesanan segera
seperti Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApps,
Telegram dan lain-lain. Namun, tanpa kita sedari,
maklumat yang dikongsikan menerusi platform maya
ini turut mendedahkan kita kepada risiko ancaman
siber.
Terdapat pelbagai data dan maklumat yang boleh dieksploitasi oleh pihak tidak
bertanggungjawab. Antaranya maklumat demografi, nombor akaun, alamat rumah, kad
pengenalan, MySejahtera, kad digital vaksin, nombor akaun, nombor TAC, kata laluan, teks
perbualan, gambar, video dan data biometrik.
Tanpa kita sedar, pendedahan maklumat tersebut boleh
mengundang kepada kes jenayah siber seperti panggilan atau
mesej palsu, tawaran pekerjaan dan hadiah lumayan,
penularan maklumat palsu atau mengaibkan, transaksi tidak
sah dan macam-macam lagi.
Terkini, kes membabitkan sindiket penipuan penjualan vaksin
Covid-19 dan penjualan sijil digital vaksin Covid-19 secara
dalam talian menerusi laman media sosial hangat diperkatakan. Seketika dahulu, kes-kes
penipuan dalam talian seperti Macau Scam, pinjaman dan pelaburan Love Scam mendapat
liputan meluas dalam akhbar tempatan.
Natijahnya, penjenayah siber tidak akan berhenti mencari peluang melalui pelbagai taktik dan
modus operandi terkini. Justeru, setiap lapisan masyarakat baik golongan marhaen ataupun
atasan tidak terkecuali untuk terus menjadi sasaran. Lebih malang lagi, apabila golongan rentan
seperti warga emas turut menjadi mangsa kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan
berhubung ancaman siber.
Isu ancaman siber bukan sahaja mendatangkan kesan negatif ke atas aspek fizikal seperti
kerugian dan kecurian wang ringgit. Bahkan, ia turut memberi implikasi ke atas kesejahteraan
emosi individu. Contohnya, kes-kes buli siber, pengaruh fahaman ekstrem, gangguan seksual
dan eksploitasi seksual turut mempengaruhi emosi negatif individu serta mengakibatkan
kesan grooming seperti kesukaran untuk tidur dan menumpukan perhatian terhadap tugasan,
gelisah, marah, kecewa dan murung.
8|Page
Bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat
Pakar Perlembagaan yang juga Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, dalam Perlembagaan,
kebebasan bersuara menjelaskan tentang kebebasan untuk meluahkan pandangan kepada awam
termasuk kebebasan untuk mengakses kepada media iaitu hak orang ramai untuk mendapatkan
bahan-bahan media bagi menatap dan mendengar pendapat daripada pelbagai pihak termasuk
menguruskan media.
Namun katanya, dalam realiti kini apabila bercakap dalam konteks media sosial, internet
termasuk portal berita dilihat sebagai sumber maklumat dalam bentuk penyampaian dan
penerimaan informasi.
Menurutnya, berlaku perubahan drastik dari sudut atau proses bagaimana maklumat itu
disebarkan dan diterima orang ramai.
Kini media sosial juga bukan terhad sekadar penulisan tetapi boleh digabungkan menjadi
penulisan bersama audio dan video, maka sesiapa sahaja boleh membuat laporan, komen
termasuk berita sendiri.
Di media sosial juga tiada tapisan untuk setiap maklumat, komen atau pendapat yang diberikan
kerana disiarkan secara langsung. Ciri-ciri mudah dan cepat untuk berkongsi maklumat seperti
inilah yang menyebabkan masyarakat khususnya golongan muda begitu selesa untuk bersuara
di medium tersebut, katanya.
Bagaimanapun katanya, apa yang dibimbangkan ialah maklumat, laporan atau pendapat
disuarakan itu tidak mempunyai fakta menyeluruh atau mungkin disalah erti.
Ini merupakan kekurangan medium media sosial. Lebih bahaya jika maklumat yang
disampaikan menerusi platform ini palsu, berbentuk fitnah, sensitif atau kontroversi.
Dalam pada itu, jika pendapat atau komen yang dilontarkan itu memalukan atau memfitnah
orang lain, seseorang itu boleh dikenakan saman malu dan berdepan tindakan undang-undang.
9|Page
SIKAP INDIVIDU YANG SUKAR DIKAWAL
Di samping itu,sikap individu yang sukar dikawal juga
boleh menjadi salah Satu faktor peningkatan jenayah siber.
Sikap individu yang suka-suka menggunakan ilmu yang
baru dipelajari dengan cara yang salah ataupun mereka
inginkan keseronokan dan mencuba sesuatu yang baru
terutamanya golongan remaja pada masa kini
.
Antara perbuatan yang selalu dilakukan ialah
Menggodam komputer kepunyaan orang lain
untuk mencuri maklumat, menyebar virus untuk
merosakkan pangkalan data pihak-pihak lain
ataupun untuk mengakses sesuatu laman web secara
percuma.
Apa yang dikatakan dengan mengakses laman web secara percuma?
Pada zaman kini, terdapat banyak aplikasi atau laman web yang perlu dibayar untuk diakses,
contohnya seperti, Netflix,Minecraft,dan banyak lagi. Jadi, dengan menggunakan ilmu mereka,
mereka menggodam pangkalan data sesuatu pihak untuk kepuasan atau keinginan mereka
sendiri,
Ini adalah salah satu jenayah siber yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak.
10 | P a g e
KEKURANGAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN
Selain itu, kekurangan Pendidikan dan kesedaran juga termasuk di dalam faktor peningkatan
jenayah siber. Kebanyakan penjenayah siber adalah dari golongan orang yang professional di
dalam bidang komputer, oleh itu, mereka menggunakan kelebihan mereka untuk menyerang
pengguna yang lemah seperi orangn- orang tua ataupun kanak-kanak yang masih kecil.
Seterusnya, orang-orang yang sering
Melakukan jenayah siber ini tidak peka
dengan kesan atas perbuatan mereka
terhadap individu lain.
Seperti contoh menghantar mesej yang
aneh, menyebar virus dan banyak lagi.
Mereka hanya memikirkan tentang
kepuasan dan keseronokan mereka
sahaja tanpa memikirkan kesan buruk
yang akan terjadi.
Oleh itu, ilmu pengetahuan tentang selok belok komputer amat penting pada zaman ini
Oleh kerana itu, kerajaan telah mengadakan subjek ‘sains komputer’ di sekolah.
Individu yang dapat pelajari subjek tersebut sangat beruntung kerana tidak semua mendapat
peluang untuk menimba ilmu subjek tersebut.
Selain daripada mempelajari tentang komputer di sekolah, semua pihak perlu mencari inisiatif
lain untuk mengetahui penegtahuan tenatang komputer walaupun sedikit.
11 | P a g e
TAHAP EKONOMI
Tahap ekonomi juga menjadi salah satu faktor
peningkatan jenayah siber pada masa kini.
Ini kerana manusia terdesak dan memerlukan duit untuk
menguruskan masalah kewangan mereka.
Jadi mereka menggunakan cara ini untuk mengaut
keuntungan demi kepentingan sendiri tanpa
memikirkan kesan buruk yang bakal mereka hadapi.
Antara masalah – masalah yang selalu dihadapi oleh manusia pada masa kini ialah, hutang.
Banyak jenis hutang yang ada pada masa kini antaranya ialah hutang pada rakan,hutang
pembelajaran,hutang rumah,hutang pinjaman bank dan yang paling teruk ialah hutang pinjaman
“ah long”. Disebabkan hutanghutang tersebut, mereka terdesak memerlukan wang secepat dan
sebanyak yang mungkin.
Antara contoh jenayah yang dilakukan pula
ialah
Penipuan dalam talian atau lebih dikenali
“scammer”.
Mereka akan membuat panggilan telefon atau
mesej palsu kepada individu secara rawak dan
membuat masalah palsu.
Mereka akan mencipta satu masalah untuk individu tersebut.Seperti contoh, mereka akan
menyatakan bahawa Individu tersebut mempunyai baki hutang yang tertunggak dan mereka akan
mengugut individu tersebut. Maka individu tersebut gerun dan gentar, mereka akan mengikut
apa sahaja yang disuruh oleh penjenayah siber tersebut.
Hal ini perlu diambil berat oleh pihak kerajaan bagi membendung masalah-masalah
penipuan atas talian ini demi menjaga keselamatan pengguna-pengguna yang lain.
12 | P a g e
SIKAP KETAMAKAN MANUSIA
Salah satu sifat yang sukar untuk diubah
ialah sifat ketamakan, hal ini akan
menyebabkan manusia sanggup untuk
melakukan apa sahaja cara demi
mendapatkan duit dengan cara yang mudah.
Sebagai contoh, melakukan jenayah siber amat
mudah kerana mereka boleh melakukannya
tanpa sebarang aktiviti fizikal seperti
merompak, menyamun dan memeras ugut.
Mereka hanya perlu menggunakan kepakaran
dalam bidang teknologi computer sahaja untuk
melakukan jenayah ini.
Hasil daripada itu, kemudahan yang telah digunakan
ini akan menyebabkan penjenayah ini mudah
mengggodam dan mengambil wang yang berlebihan
demi nafsu ketamakan mereka ini tanpa mengambil
peduli tentang orang lain.
13 | P a g e
TIDAK MEMASANG SEKURITI YANG KUKUH
Penggodam amat pakar dalam penggunaan
teknologi pada masa kini. Namun, dengan
memasang sekuriti yang kukuh dan terbaik,
peratusan kemungkinan untuk kita digodam adalah
rendah.
Ini adalah kerana jika kita sering mengemas kini
perkakasan dan perisian dokumen keselamatan
kita dengan teratur, potensi untuk digodam
adalah rendah. Kita juga boleh membina kata
laluan yang kuat dengan merangkumi nombor,
huruf dan karakter khas supaya susah untuk
diteka oleh penggodam.
Pemasangan sekuriti yang kukuh adalah
wajib pada masa kini, ini kerana kita sudah
hidup dizaman teknologi yang berleluasa.
Kita juga perlu sentiasa peka dalam
mengendalikan sebarang website atau iklan-
iklan supaya tidak menjadi mangsa
penggodam ini pada masa akan datang.
14 | P a g e
PENGGUNAAN PERBANKAN ATAS TALIAN
Perbankan atas talian merupakan sasaran utama
para penggodam. Rata-rata orang kerap
menggunakan perbankan atas talian pada suatu
masa, hal ini adalah kerana terdapat pelbagai
faktor seperti menjimatkan masa, kesibukan
bekerja dan juga menjimatkan masa dan tenaga.
Perbankan atas talian juga telah memudahkan
urusan seharian orang ramai. Sebagai contoh,
seseorang yang bekerja susah untuk pergi ke bank
dalam jangka masa yang singkat. Kesibukan ini
telah menyebabkan mereka memilih untuk
menggnakan perkhidmatan perbankan atas talian.
Namun, kita juga perlu berjaga-jaga kerana
terdapat pelbagai kaedah untuk penipuan ini
dilakukan. Contoh yang sering berlaku adalah,
pembelian secara atas talian, penjenayah siber ini
akan mencipta satu laman web perbankan yang
palsu untuk mendapatkan kepercayaan daripada
pembeli. Setelah itu pembeli memberikan
keterangan diri kan telah ditipu oleh penjenayah
siber. Hasil daripada itu pembeli telah mengalami
kerugian.
15 | P a g e
PENINGKATAN PENGGUNAAN INTERNET
Peningkatan penggunaan internet mendorong ramai pengguna internet menyalahgunakan
maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira sahih atau tidak.
Misalnya, pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat
dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Contohnya,
terdapat pengguna yang mencipta akaun palsu peniaga online untuk mengaut untung
dengan menggunakan jenama penjual. Didalam internet terdapat banyak bahan untuk
mudah memperdaya para pembeli seperti gambar-gambar baju, kosmetik, jam tangan
dan sebagainya.
Terdapat juga akaun palsu yang ada di media sosial seperti instagram, shopee, facebook dan
sebagainya di atas tujuan menggunakan jenama penjual lain untukmengaut untung. Pada era
ini, segalanya boleh didapatkan dihujung jari jadi terlalu mudah untuk pembeli mudah tertipu
oleh orang lain. Peningkatan pengguna internet juga mendorong ramai pengguna
menyalahgunakan kepakaranmereka dalam bidang teknologi maklumat (IT)dengan cara
menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya. Melalui
kepakaran yang ada, nombor telefon juga mudah untuk mereka menghubungi untuk
mengodam latar belakang dan memperdaya dengan cara yang membuatkan mangsa berputih
mata. Contohnya, terjadinya scammer pada masa kinidengan pelbagai cara seperti berpura
menjadi pekerja dari Maxis centre menghubungi untuk meminta nombor akaun untuk
memberi habuan dengan mengatakan salah satu nombor maxis yang memenangi cabutan
bertuah dan memenangi jumlah wang yang besar. Selain itu, terdapat juga yang menyamar
menjadi polis untuk memperdaya rakyat untuk merompak.
16 | P a g e
KEKURANGAN PAKAR-PAKAR FORENSIK
Kemajuan teknologi maklumat (IT) telah melahirkan penjenayah siber yang mempunyai
kemahiran mendalam mengenai internet, jadi mereka boleh menyalahgunakan kemahiran kea
rah jenayah siber. Kekurangan pakar-pakar yang mahir dalam bidang forensik komputer
menyebabkan penjenayah siber sukar untuk dikesan. Sebagai contoh, kekurangan pakar
forensik komputer menyebabkan banyak kejadian penggodaman sistem bank dan kecurian
maklumat di internet tidak dapat dikesan. Malaysia masih kekurangan pakar forensik
komputer termasuk pihak polis sendiri, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia), SC (Suruhanjaya Sekuriti) dan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Antara kes
terbbesar yang didapati oleh ahli pakar forensik adalah melibatkan kes penipuan, cubaan
pencerobohan dan serangan kod berbahaya. Penjenayah ini turut membangunkan sistem dan
menyalurkan virus jahat dalam mana-mana komputer mahu pun telefon bimbit sehingga
wujudnya ancaman ‘ransomware’ atau perisian ugutan internet. Berlaku peningkatan dalam
kes jenayah siber terutamanya kes penyebaran virus, mesej sampah atau penggodaman. Oleh
itu, kekurangan pakar forensik juga menyebabkan penjenayah siber sukar untuk didakwa di
mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa
mereka. Hal ini berlaku kerana pelaku jenayah siber ini kebiasaannya terdiri daripada
golongan profesional dan berpengalaman tinggi dalam bidang IT.
17 | P a g e
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG
LEMAH
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah menyebabkan siasatan terhadap jenayah siber
mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Hal ini dikatakan demikian kerana
kurangnya keseriusan agensiagensi kerajaan dalam menangani jenayah siber. Misalnya,
agensi agensi kerajaan tidak saling bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya,
penguatkuasaan yang lemah menyebabkan akta dan undang-undang sedia ada tidak dapat
menangani jenayah siber ini. Hal ini kerana, akta dan undang-undang sedia ada lapuk dan
tidak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang
terlalu pantas. Sebagai contoh, denda atau hukuman yang dikenakan kepada penjenayah siber
tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukannya. Kebanyakkan negara tidak menganggap
masalah jenayah siber sebagai masalah yang serius. Oleh itu, tidak semua penggodam dapat
dikesan. Sukar untuk mengenalpasti siapakah pelaku jenayah siber ini kerana kebanyakan
yang terlibat sebagai penjenayah ini ialah golongan berpengetahuan atau pun profesional.
Kurang tenaga dan kepakaran penguatkuasaan yang menyebabkan mereka yang bersalah
tidak dapat dihadapkan ke mahkamah, Tempoh penyiasatan juga menganbil masa yang lama
maka dengan kes pendakwaan tertangguh. Akta yang sedia ada belum dapat menangani
jenayah siber kerana perubahan teknologi perkomputeran yang terlalu pantas
18 | P a g e
PENUTUP
Kesimpulannya,kegiatan jenayah siber di negara kita semakin berleluasa dan beberapa kesan
peningkatan tersebut telah dikenalpasti. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu Bersama-
sama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi jenayah ini dan lebih peka dengan dunia
teknologi. Janganlah kita mengambil mudah tentang isu ini kerana isu ini merupakan isu
masyarakat Malaysia dan banyak mangsa yang terlibat dengan jenayah ini. Jadi, perkara ini
perlu dibanteras dengan lebih cepat supaya tiada lagi mangsa yang terperangkap dengan misi
jenayah mereka.
19 | P a g e
RUJUKAN
Pendidik Jalanan (2020, November 24)
Faktor berlakunya jenayah siber. Dimuat turun daripada
https://pendidikjalanan.blogspot.com/2020/11/faktor-berlakunya-jenayah-siber.html
Course Hero (2022)
Punca jenayah siber. Dimuat turun daripada
https://www.coursehero.com/file/p4nsrbrj/BIL-IDEAISI-HURAIAN-1-
Punca-Jenayah-Siber-Kelonggaran-kuat-kuasa-undang-undang/
Pakar Komunikasi (2017)
Internet sebagai media komunikasi . Dimuat turun
daripada
https://pakarkomunikasi.com/internet-sebagai-media-komunikasi
Khairul Azhar (2021, April 1)
Penyalahgunaan media sosial. Dimuat turun daripada
https://www.researchgate.net/publication/352039820_Penyalahgunaan_Me
dia_Sosial_Dan_Aplikasi_Atas_Talian_Ketika_Pandemik_COVID-
19_Di_Malaysia