Universiti Kuala Lumpur Kampus Cawangan Malaysian Spanish Institute Integriti Dan Anti- Rasuah 2 (MPU 34102) Tugasan 1 (Kejatuhan Barings Bank) Disediakan Untuk: Ustaz Rashid Bin Halim @ Jaafar 26 Mei 2023
2 Ahli-ahli Kumpulan Nama: Nurul Hanis Nasuha Binti Norzaidi No Id: 54214122131 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Mechanical Design) Nama: Nurul Husna Binti A Rahim No Id: 54214122115 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Mechanical Design) Nama: Muhammad Muqri Bin Zainal Abidin No Id: 54215122164 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Applied Electronic) Nama: Jannatul Naim Bin Husaini No Id: 54215122128 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Applied Electronic)
3 Nama: Nur Syuhada Hidayah Binti Mohd Sobri No Id: 54215122069 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Applied Electronic) Nama: Nur Syaza Nazihah Binti Zakaria No Id: 54215122041 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Applied Electronic) Nama: Muhamad Haikal Bin Azman No Id: 54215122139 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Applied Electronic) Nama: Muhammad Saiful Azzam Bin Shamsul No Id: 54215122118 Kursus: Bachelor Of Engineering Technology (Applied Electronic)
4 Isi Kandungan Pendahuluan…………………………………………….........…...5 Definisi Rasuah…………………………………………...............7 Latar Belakang Pihak Yang Terlibat………………….....….......9 Faktor Dan Huraian Kes…………………………..........…........14 Komen Dan Ulasan………………...........…………......…........20 Kesimpulan……………………………………………................26 Bibliografi………………………………………………...............27
5 Pendahuluan Integriti merujuk kepada kualiti moral dan prinsip moral yang teguh dalam tingkah laku seseorang. Seseorang yang mempunyai integriti tinggi mengamalkan kejujuran, kebenaran, dan ketelusan dalam semua aspek kehidupan mereka. Integriti juga melibatkan keupayaan untuk memegang teguh nilai-nilai moral dan bertindak selaras dengan prinsip-prinsip yang benar tanpa mengira tekanan atau pengaruh luar. Dalam konteks institusi awam, integriti merujuk kepada sikap dan amalan yang memastikan tadbir urus yang baik dan kepercayaan awam terhadap pentadbiran tersebut. Ia melibatkan penggunaan kuasa dan sumber dengan telus, adil, dan beretika untuk kepentingan rakyat dan negara. Institusi yang berintegriti tinggi mengamalkan nilai-nilai seperti akauntabiliti, transparansi, keadilan, dan profesionalisme. Rasuah dan integriti merupakan dua konsep yang bertentangan. Rasuah melibatkan penyalahgunaan kuasa dan tindakan tidak jujur, sementara integriti melibatkan sikap dan tingkah laku yang jujur, telus, dan berasaskan nilai-nilai moral. Rasuah merosakkan tadbir urus yang baik, menghakis kepercayaan awam, dan menghalang pembangunan yang mampan,
6 manakala integriti membentuk asas yang kukuh bagi institusi dan masyarakat yang berkembang. Ketika rasuah berlaku, ia boleh membawa impak negatif yang besar kepada masyarakat dan negara. Ia boleh menyumbang kepada ketidakadilan, ketidakstabilan politik, ketidakseimbangan ekonomi, dan ketidakadilan sosial. Oleh itu, adalah penting untuk mempromosikan dan memupuk budaya integriti dalam semua aspek kehidupan, termasuk dalam institusi-institusi penting seperti kerajaan, perniagaan, dan masyarakat secara keseluruhannya
7 Definisi Rasuah Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis suapan. Rasuah bermaksud penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.
8 Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694): • Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] • Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] • Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] • Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009].
9 Latar Belakang Pihak Yang Terlibat Kes yang kami kaji ialah tentang skandal Kejatuhan Bank Barings yang berlaku di Singapura yang melibatkan Nick Leeson dengan Bank Barings iaitu bank perdagangan yang tertua di dunia. Nick Leeson merupakan ahli menukar stok dalam sahamsaham dunia yang sangat terkemuka dan pada umur 28 tahun, beliau sudah mengambil alih operasi salah sebuah bank terbesar dan tertua dalam dunia Pertukaran Matawang Antarabangsa Singapura – Bank Barings. Nick Leeson merupakan mangsa tertuduh yang membuat penipuan dokumentasi, menipu juruaudit bank dan menipu Singapore Trading Exchangedi Singapura. Menurut laman web Wikipedia, nama penuh Nick Leeson ialah Nicholas William Leeson atau dikenali sebagai RogueTrader. Beliau dilahirkan pada 25 Februari 1967 di Watford, England. Kini beliau berusia 53 tahun. Nick Leeson adalah bekas CEO kelab bola sepak Irash, Galway United dan seorang bekas broker derivatif. Dilahirkan dari pasangan Harry Leeson dan Anne Leeson. Ayahnya seorang tukang plaster yang bekerja sendiri manakala ibunya bekerja sebagai seorang jururawat. Nick Leeson berkahwin dengan Lisa Sims pada tahun 1992 tetapi telah bercerai pada tahun1997. Pada tahun 2003, Nick Leeson
10 berkahwin dengan Leona Tormay dan mempunyai seorang anak lelaki. Pada tahun 1995, industri perbankan dunia dikejutkan dengan skandal yang melibatkan bank tertua di United Kingdom, Barings Bank. Bank yang mempunyai reputasi yang tinggi itu diisytiharkan muflis setelah mengalami kerugian besar berpunca daripada perdagangan spekulatif yang tidak mendapat kelulusan. Nick Leeson, seorang remaja berumur 25 tahun dilantik sebagai pedagang derivatives bagi Barings Bank di Singapura yang baru dibuka pada tahun 1992. Nick mula membuat perdagangan spekulatif dan berjaya menempa nama apabila dia membuat keuntungan yang menyumbang kepada 10% jumlah keuntungan tahunan bagi Barings Bank. Beliau dihadiahkan bonus yang lumayan diatas dagangan yang tidak mendapat kelulusan dan melebihi had yang ditetapkan. Nick mendapat kebebasan di Barings Bank kerana terdapat kelemahan pada sistem bank tersebut. Selain daripada itu, kedudukannya sebagai ketua operasi bagi Front-Office dan Back-Office yang sepatutnya dijawat oleh
11 dua orang yang berbeza juga memudahkannya untuk menyembunyikan kesalahan yang dilakukan. Di sebalik keuntungan yang diraih, terdapat rahsia yang semakin menggunung dan mengganggu fikirannya. Nick mula menyorokkan kerugian di dalam satu error accountyang dicipta dan diberi nama ‘Account 88888’, demi menjaga reputasinya. Error account tersebut dicipta bagi kesilapan yang tidak disengajakan, tetapi ianya telah disalah guna oleh Nick. Untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan, Nick mengambil keputusan untuk menggandakan saiz dagangan agar pergerakan kecil di dalam pasaran dapat memberi keuntungan yang lebih besar dan memperbaiki kesilapannya dengan cepat. Pada 17 Januari 1995, indeks Nikkei 225 Futures mengalami tekanan jualan akibat gempa bumi yang melanda Kobe, Jepun. Bencana ini memberi impak kepada Nick kerana dia mempunyai pegangan yang besar di dalam short stradle bagi Nikkei 225 Futures di mana pegangan ini akan memberi keuntungan jika Nikkei 225 Futures hanya bergerak di dalam lingkungan yang tertentu. Terkesan dengan kejadian tersebut, Nick membuat spekulasi bahawa indeks akan kembali pulih dalam masa yang singkat dan mula membeli Nikkei 225 futures dengan saiz yang besar.
12 Keputusan Nick akhirnya memakan diri apabila indeks tersebut terus menjunam menyebabkan kerugiannya bertambah dengan cepat. Nick meninggalkan nota ‘I’m sorry’ dan melarikan diri berikutan tekanan yang tinggi. Barings Bank mengalami kerugian sebanyak £827 juta dan telah melebihi dua kali ganda daripada jumlah modal mereka. Percubaan Bank of England untuk menyelamatkan Barings Bank gagal dan akhirnya dijual kepada ING Group dengan jumlah £1. Bank yang berusia 230 tahun terpaksa berhenti beroperasi pada 26 Februari 1995. Nick kemudiannya ditangkap di Jerman dan dibawa kembali ke Singapura untuk menjalani hukuman penjara selama 6 tahun 6 bulan di Penjara Changi. Ketika didalam penjara, Nick membukukan kisahnya dan diadaptasi menjadi sebuah filem bertajuk ‘Rogue Trader’. Nick dibebaskan pada tahun 1999 setelah disahkan menghidap kanser usus. Kini, Nick menjadi penceramah bebas dan pada masa yang sama, dia telah menghasilkan dua buah buku yang bertajuk ‘Don’t Panic: Understanding Personal Debt’ dan ‘Back from the Brink: Coping with Stress’.
13 Beliau juga aktif dalam bidang perdagangan saham, tetapi kini hanya dengan menggunakan wang sendiri. Kejatuhan Barings memberi kejutan melalui industri perbankan pelaburan dan perdagangan. Walaupun terdapat pertindihan yang ketara dalam tugas Leeson dan penipuan itu sepatutnya ditemui lebih awal, hakikat bahawa ia berlaku dalam jumlah yang ia lakukan, mendorong kedua-dua penyiasatan terhadap perbankan dan peraturan baharu dikuatkuasakan. Sektor perbankan mengetahui bahawa tidak sepatutnya ada peniaga yang menguruskan buku perakaunan mereka sendiri. Lapisan keselamatan baharu juga memastikan bahawa peniaga tidak dapat menyesuaikan dagangan mereka selepas mereka ditempatkan dan semua dagangan derivatif diletakkan melalui pusat penjelasan. Ini menambah satu lagi rekod perdagangan, kini berada di tangan pihak ketiga. Walau bagaimanapun, walaupun di sebalik peraturan dan pengawasan baharu, perdagangan penyangak bernama Jerome Kerviel mengalami kerugian yang berjumlah lebih banyak daripada Leeson.
14 Fakta Dan Huraian Kes “Pengurus derivatif baharu Barings Securities/Futures” Pada tahun 1992, seorang bekas kerani Barings Securities (London), Nick Leeson telah tiba di Singapura. Nick Leeson ditempatkan di Barings Securities/Futures (Singapore) sebagai pengurus operasi derivatif. Pada tahun yang sama, Nick Leeson berjaya menjadi salah seorang daripada 2 trader di Barings Singapore selepas berjaya melepasi ‘exam’ dan mendapat lesen untuk berdagang di SIMEX. Dia juga berjaya menjadi pembantu pengarah & pengurus besar pada tahun yang berikutnya, dan mula berkecimpung dengan perdagangan dalam pasaran bon Jepun dan juga Nikkei 225 Futures & Options. Dari sini menjadi titik mulanya kejatuhan Barings Bank.
15 Dengan jawatan yang besar ini, dia kini menguruskan kedua-dua front office (dealing) dan back office (settlement). Sebagai ringkasan, Nick Leeson diberikan ‘access’ yang hampir menyeluruh untuk melakukan perdagangan & menguruskannya sendiri! Leeson juga telah membuka satu ‘error account’ yang pada asalnya sekadar untuk membuat laporan bagi trading yang gagal (kebiasaannya yang diuruskan oleh staf yang kurang berpengalaman). Namun, Leeson mengambil kesempatan dan menggunakan akaun tersebut untuk kepentingannya sendiri. Menggunakan akaun tersebut, Leeson tanpa ragu-ragu menyembunyikan segala ‘losses’ dan melaksanakan ‘unauthorised trades’ menggunakan akaun ini. Akhir tahun yang sama, jumlah kerugian dari ‘error account’ ini dianggarkan bernilai S$8.8 juta! Audit report juga telah dimaklumkan kepada pihak senior management Barings. Namun, tanpa usul siasat, mereka tetap memilih untuk masih
16 mengekalkan jawatan Leeson atas sebab prestasinya yang lepas yang mampu membuat keuntungan besar. Dalam tidak sedar, jumlah kerugian yang berjaya disembunyikan oleh Leeson jauh lebih besar dari apa yang dilaporkan. Pada Januari 1995, senior auditor Barings perasan yang terdapat percanggahan ketara dalam akaun Barings. Namun Leeson dengan jayanya meyakinkan auditor tersebut dengan mereka cerita yang terdapat urusan dagangan antara BFS degan sebuah firma pelaburan U.S (Spear, Leeds & Kellogg). Pada masa yang sama, SIMEX juga memberi amaran kepada BFS yang terdapat ‘volume’ luar biasa dalam urusan jual beli Nikkei futures & options. Namun, senior management BFS meyakinkan SIMEX bahawa mereka mempunyai aset yang cukup untuk urusan dagangan itu & mengelak daripada digantung operasi. “Kesan tamak Nick Leeson” Leeson meneruskan lagi dagangannya di pasaran Nikkei dengan lebih agresif, dengan harapan yang Nikkei takkan jatuh bawah 19,000 points ketika itu. Tetapi, bencana gempa bumi melanda Jepun pada bulan yang sama menyebabkan Nikkei jatuh lebih rendah pada masa itu.
17 “Harga pasaran NIKKEI” Leeson meneruskan dagangannya dengan ‘hope analysis’ dan berterusan menambah pegangannya dengan harapan market akan ‘bounce strong’. Sehinggalah kemudiannya Nikkei meneruskan kejatuhan lagi ke paras serendah 17,580 point, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian yang ditanggung BFS sebanyak S$1.4 billion. Jumlah kerugian ini telah melebihi ‘capital & reserves’ syarikat Barings sendiri. Akhirnya pada 23 Februari 1995, senior kerani dari ibu pejabat Barings (London) sedar akan hal ini dan cuba untuk menghubungi Leeson tetapi gagal. Dalam masa yang sama, Leeson menyedari bahawa dia tidak mungkin mampu ‘recover’ losses ini lagi, dan melarikan diri ke Kuala Lumpur, Malaysia. Dari sini, dia telah terbang ke Brunei,
18 Bangkok dan Abu Dhabi sebelum akhirnya berjaya ditangkap di Frankfurt dalam usahanya untuk melarikan diri ke London. November 1995, pihak berkuasa Jerman telah menyerahkan Leeson kepada kerajaan Singapura untuk dibicarakan, sebelum akhirnya dia dihukum penjara selama 6 tahun setengah. Leeson dibebaskan awal pada 1999 setelah didiagnosis dengan kanser kolon & juga atas sebab perilaku yang baik. Sewaktu dalam tahanan, dia juga sempat menulis buku bertajuk ‘Rogue Trader: How I Brought Down Barings Bank and Shook the Financial World’. Hasil daripada tulisannya, kisah itu dijadikan filem fiksi berjudul ‘Rogue Trader’. “Barings Bank dijual £1” Susulan tesebarnya kisah ini, menggemparkan dunia perbankan & kewangan ketika itu. Kerajaan Singapura telah mengambil
19 keputusan untuk mengetatkan lagi Futures Trading Act dengan peraturan baru yang lebih kukuh pada 1997. Hasil daripada kes tersebut, Syarikat Barings telah dijual dengan harga £1 kepada Dutch ING Bank yang bersetuju untuk menanggung hutang-hutang Barings Kebanyakan eksekutif tertinggi Barings juga telah meletak jawatan atau dipecat, termasuklah CEO (Peter Norris) dan pengerusinya sendiri (Peter Baring).
20 Komen Dan Ulasan Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil melalui kes Bank Barrings ini. Antaranya ialah, individu yang diberikan tanggungjawab haruslah amanah dalam melakukannya.Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam kes ini, Nick tidak mempunyai integriti dalam diri sehingga menyebabkan beliau tidak amanah dalam melakukan tugasannya. Sifat tidak amanah Nick dalam melakukan tugasan ini telah melakukan penyelewengan. Hal ini berlaku apabila Nick telah menyalahgunakan harta dengan curang atau menggunakan harta orang atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi kepentingan diri sendiri. Sebagai contohnya, beliau melakukan penyelewengan, penyalahgunaan dan memanipulasi dokumen.Beliau memanipulasikan dokumen dan menunjukkan keuntungan bank Barings yang tidak sah. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa sifat amanah amat penting dalam melakukan tugasan agar tidak berlaku pecah amanah dan penyelewengan. Pengajaran seterusnya ialah, jujur dalam melakukan tugasan. Sifat jujur ini amat penting dalam kehidupan. Berbicara jujur walaupun menyakitkan daripada menipu perkara yang tidak benar. Hal ini dikatakan demikian kerana, Nick telah melakukan suatu keputusan tanpa
21 pengetahuan pengurus kanan di bank yang beliau bekerja. Perkara yang dilakukan oleh ini amat tidak wajar kerana setiap keputusan yang dilakukan haruslah dibincang dengan pihak atas terlebih dahulu. Oleh itu, telah berlakulah kerugian akibat tindakan tersebut. Perkara ini bertambah teruk lagi apabila Nick secara sulit membuka Akaun Ralat untuk menutup segala kesalahan dan kerugian yang telah berlaku. Namun begitu, sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua. Ketidakjujuran Nick telah mengakibatkan punca kejatuhan Bank Barring.Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa kejujuran amat penting dalam melakukan tugasan. Seterusnya, dari sudut sosial pula banyak juga pengajaran yang dapat diperolehi.Antaranya ialah apabila mengamalkan rasuah secara tidak langsung akhlak seseorang juga tercemar. Hal ini kerana, individu yang sudah biasa dengan rasuah akan menganggap bahawa itu perkara biasa sedangkan rasuah merupakan kesalahan yang berat. Selain itu, rasuah juga secara tidak langsung menjadikan seseorang individu tersebut tidak telus. Hal ini kerana, terdapat banyak perkara yang ingin disorok daripada pengetahuan umum. Sebagai contohnya, seorang pegawai yang terlibat dalam rasuah akan sedaya upaya untuk menyorok perbuatannya itu. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku walaupun ianya susah untuk diperangi. Rasuah, pecah
22 amanah, penipuan adalah contoh-contoh perilaku yang berupaya merosakkan isi kepada tamadun. Kita perlu belajar daripada pengalaman lepas,bagaimana empayar Melaka yang sangat maju dan terbilang itu boleh jatuh tanpa mengambil masa yang lama. Sedangkan kubu pertahanan dan tembok yang melindungi kota Melaka amat kukuh dan ampuh. Malah dikhabarkan juga tahap persenjataan dan kekuatan tentera kesultanan Melayu Melaka juga bukan calang-calang hebatnya (Siti Shamsiah, 2012). Akhlak individu yang terlibat dengan rasuah akan tercemar. Bukan itu sahaja, perbuatan rasuah juga boleh merosakkan isi kepada tamaduan seperti apa yang berlaku semasa empayar Melaka. Pengajaran kes rasuah untuk negara ialah sesebuah negara yang ingin maju dari segi ekonomi tidak seharusnya terpalit dengan banyak kes rasuah. Hal yang demikian kerana,rasuah boleh menganggu pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur sesebuah negara. Negara tidak dapat membina fasiliti yang hebat dan terbaik jika terus menerus menjalankan perniagaan yang berteraskan rasuah.Sebagai contohnya jika pemimpin negara ini memilih kontraktor atas dasar rasuah dan sebagainya tidak mustahil hasil yang dilakukan jugatidak akan sebaik kualiti yang sepatutnya. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan
23 rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Menurut Mohd Shauki Abd. Majid (2004) dalam SarahDina Mohd Adnan, & Mohd Adib Ismail. (2013), perbuatan atau budaya rasuah boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. Selain itu juga, ini akan secara langsung meningkatkan ketidakyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan luar negara, sekaligus merosakkan imej negara pada mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan negative terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kegiatan ekonomi negara. Hal ini secara tidak langsung akan menjatuhkan ekonomi sesebuah negara. Pengajaran dari segi politik pula pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Sebagai contohnya, pemimpin yang terlibat dalam rasuah akan cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
24 Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucarkacir. Pemimpin yang hebat tidak sepatutnya terlibat dengan rasuah kerana rasuah merupakan perbuatan yang tidak diredai oleh Allah. Sebagai seorang pemimpin haruslah adil dan saksama dalam membuat keputusan dan tanggungjawab yang diberikan. Seterusnnya, kes rasuah ini bukan sahaja boleh dijadikan pengajaran kepada pemimpin atasan malah individu atau rakyat biasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, individu yang hendak melakukan rasuah sama ada menerima atau memberi haruslah berfikir panjang. Hal ini menyebabkan perbuatan salah laku rasuah bukan sahaja mencemarkan nama dan maruah individu malah akan merosakkan nama baik keluarga. Sebagai contohnya dalam kes Bank Barrings, nama baik Nick sebagai seorang yang hebat dalam bidangnya terjejas apabila beliau terpalit dengan kes rasuah. Bukan itu sahaja, Nick terpaksa membawa seluruh anggota keluarga untuk berpindah. Kesimpulannya, terdapat banyak pengajaran yang dapat diperolehi melalui kisah Nick Leeson ini. Segala perkara buruk yang dilakukan haruslah dijadikan sebagai sempadan dan pengajaran. Hal yang demikian kerana, individu yang lain seharusnya tidak mengulangi perbuatan salah laku seperti Nick. Perbuatan tersebut telah menyebabkan diri serta keluarga
25 berada dalam keadaan yang susah. Di samping itu, pengajaran yang amat penting dalam kes Nick ini supaya individu yang mempunyai kuasa atau autoriti menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya. Hal ini supaya kes-kes rasuah tidak akan berlaku atau dapat dikurangkan pada masa akan datang.
26 Kesimpulan Kesimpulannya, kes Nick Leeson dan Kejatuhan Barrings Bank telah mengejutkan banyak pihak. Tidak dapat disangkal oleh akal fikiran bahawa sebuah bank yang hebat telah mengalami kejatuhan. Namun begitu, kejatuhan sesebuah organisasi atau individu boleh terjadi apabila terpalit dengan rasuah. Rasuah merupakan perkara yang amat bahawa. Hal ini dikatakan demikian kerana, rasuah bukan sahaja melambangkan peribadi dan akhlak negatif malah dapat menjatuhkan ekonomi, perniagaan dan banyak lagi. Agama juga melarang perbuatan rasuah.Oleh hal yang demikian, Katakan Tidak Kepada Rasuah. Oleh hal yang demikian, diingatkan agar setiap individu mengambil pengajaran daripada kisah Nick ini supaya tidak berulang atau melakukan kesalahan yang sama.
27 Bibliografi • Eza. (2020). Nick Leeson. Punca Kejatuhan Barings Bank: Nick Leeson: Punca Kejatuhan Barings Bank - Majalah Labur • ALA, B. (2020). The Collapse of Barings Bank. Retrieved from Bohatala.com: The Collapse of Barings Bank | Reasons To Fall - BohatALA • Monthe, P. (2007). How Nick Leeson caused the collapse of Barings Bank: Stories - How Nick Leeson caused the collapse of Barings Bank (next-finance.net) • Nick Leeson. (n.d.). Biography: Nick Leeson Biography | Official Website • WIKIPEDIA. (2019). Coutts: Coutts - Wikipedia • WIKIPEDIA. (2020). Nick Leeson. Wikipedia,org: Nick Leeson - Wikipedia • Puteh, H. (2016). Kuasa Belia Jenayah dan Rasuah: http://helangquputeh.blogspot.com/2016/09/kuasa-beliajenayah-dan-rasuah.html?m=1 • Telegraph. (2018). Queen of Coutts, the bank that escapes the credit crisis: Queen of Coutts, the bank that escapes the credit crisis (telegraph.co.uk) • Siti Shamsiah. (2012). Akhlak Buruk Meruntuhkan Peradaban Bangsa: Akhlak Buruk Meruntuhkan Peradaban Bangsa – Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)