Soalan Pendidikan Islam Tingkatan 2 Nama: NUR WAHIDA BINTI ISMAIL No. Matrik: D22161552 Nama Pensyarah: Encik Muhammad Fauzan Bin Abdul Wahid PIMK2073M PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH
ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 3 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 6 PEMBINAAN ITEM UJIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 9 KESIMPULAN 33 RUJUKAN 35 2
PENDAHULUAN Pentaksiran ialah proses yang berterusan untuk memperoleh maklumat, menginterpretasi, merekod dan melapor prestasi murid untuk membantu guru membuat keputusan dan mengambil indakan. Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi semua proses daripada pengujian, penilaian, dan pengukuran. Kita perlu juga mengetahui bahawa tujuan pentaksiran adalah untuk mendapatkan keputusan instruksional, keputusan bimbingan, keputusan pentadbiran, keputusan penyelidikan dan sebagai motivator pembelajaran. Ciri-ciri pentaksiran yang baik perlulah merangkumi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran, dan kemudahtafsiran (Abu Bakar Nordin,1986) Pelaksanaan PBD bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid supaya indakan susulan yang sesuai sama ada untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran murid dapat diambil secara serta-merta. Di samping itu, PBD dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. 3
PENDAHULUAN Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru dapat: ● mengesan pengetahun sedia ada murid ● mengesan perkembangan murid secara menyeluruh ● mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa ● mengetahui keberkesanan PdPc ● merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdPc ● menjalankan indakan susulan yang sesuai dengan serta merta Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, murid dapat: ● mengesan perkembangan diri ● mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran ● meningkatkan pencapaian pembelajaran Oleh itu, salah satu cara untuk membuat pentaksiran adalah dengan merancang pembinaan ujian ialah melalui pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 4
PENDAHULUAN JSU atau juga dikenali sebagai ‘test blueprint’ adalah 3 langkah pertama dalam pembinaan ujian yang menentukan standard kandungan yang hendak diuji dan bilangan item untuk setiap standard tersebut (Szafranski dan Qing, 2009). Menurut Zimmaro (2004), JSU adalah satu matriks atau carta yang mewakili bilangan item yang hendak diuji mengikut setiap topik dan aras objektif. Pembinaan JSU dapat membantu guru mengenalpasti kemahiran atau objektif yang hendak diuji. Melalui JSU, guru atau pembina ujian akan dapat merancang topik atau kemahiran yang hendak diuji dalam item berdasarkan tahap kognitif yang dicadangkan dalam Taksonomi Bloom. Tahap Kognitif Bloom yang digunakan dalam JSU ialah mengingati, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Namun begitu, Mohamad Fauzi (1996) berpendapat bahawa guru tidak semestinya menggunakan aras-aras kognitif Taksonomi Bloom semata-mata dalam JSU. Sebaliknya, guru boleh membina dan menyesuaikan item sendiri berdasarkan perkara yang ingin diuji. 5
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 6
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 7
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 8
PEMBINAAN ITEM UJIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 بیدڠ القرءان 1 9
10
11
PEMBINAAN ITEM UJIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 بیدڠ حدیث 2 12
13
14
PEMBINAAN ITEM UJIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 بیدڠ عقیدة 3 15
16
17
18
19
PEMBINAAN ITEM UJIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 بیدڠ فقة 4 20
21
22
23
24
PEMBINAAN ITEM UJIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 بیدڠ سیرة 5 25
26
27
28
PEMBINAAN ITEM UJIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 بیدڠ أخلاق إسلامیة 5 29
30
31
32
KESIMPULAN Kesimpulannya, proses untuk menyiapkan jadual spesifikasi ujian mengandungi beberapa peringkat penting. Dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian JSU langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur 33
KESIMPULAN Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting. 34
RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah, Putrajaya: KPM. Mohamad Fauzi Yunus (1996). Pembinaan Soalan dan Analisis Item. Kursus Peningkatan Ilmu dalam Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur : Unit Kurikulum, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Mohd Fakhrudzafie Bin Mohd, 2010, Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam Membina Ujian Bilik Darjah, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 35
TERIMA KASIH 36