1 AGUNG PIBG DEWAN TUN ABD RAHMAN SMK BATU SAPI, SANDAKAN 10:00 PAGI 24HB JUN 2023 SABTU
2 08.00 a.m. : Pendaftaran Ibu Bapa dan guru 08.30 - 09.15 a.m. : Taklimat Denggi oleh Puan Edna Sipin, Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan. : Penyampaian Sijil dan Cenderahati 09.15 - 10.00 a.m. : Ceramah Hak Pengguna oleh Encik Mohammed Nasriq bin Zainal Abidin, Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) : Penyampaian Sijil dan Cenderahati 10.00 a.m. : Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Batu Sapi kali Ke-15 Sesi 2023/2024 bermula. : Ketibaan Yang Berbahagia Puan Hajah Munah binti Haji Nasri, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan. : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku → Bacaan Doa oleh Ustaz Mhd Syaiful Amir bin Saad. → Ucapan Alu-aluan Tuan Haji Khairul Firdaus bin Datuk Akbar Khan, YDP PIBG Sesi 2022/2023 → Ucapan oleh Encik Esmadi bin Ismail, Pengetua SMK Batu Sapi → Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Munah binti Haji Nasri, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan. → Penyampaian Sijil dan Cenderahati Perasmi → Penyampaian Sijil Pemerhati PPD → Cabutan Bertuah Sesi 1 → Sesi perasmian selesai → Mesyuarat Agung kali Ke-15 Sesi 2023/2024 bermula → Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-14 Sesi 2022/2023 → Laporan Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023 → Laporan Bendahari PIBG Sesi 2022/2023 → Perkara-Perkara Berbangkit/ Bahas Usul → Cabutan Bertuah Sesi 2 12.10 p.m. : Sesi fotografi 12.30 p.m : Majlis ditangguhkan TENTATIF
3 AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU SAPI 2023/2024 PENGERUSI EN. ESMADI BIN ISMAIL YANG DI-PERTUA EN. KHAIRUL FIRDAUS BIN AKHBAR KHAN NAIB YANG DI-PERTUA EN. HJ. NONOI BIN ABDUL GANI SETIAUSAHA CIK ADABIAH BINTI HARON BENDAHARI CIK SALIKA BINTI SALAMAT AHLI JAWATANKUASA EN. YUSOFF BIN ABDUL GAFAR CIK NAZILAH BINTI HASAN PN. NORFAZIRA PN. FATIMAH HAJI MURSALIN PN. NORATAYANI BINTI HUSAIN CIK SYAHZANANI BINTI EDHAM CIK SABARINAH BINTI SABAR EN. HAJI JAINAL BIN SULAIMAN PN. HAJAH DAYANG BINTI ALI CIK IFA SAFIRAH BINTI ABD RAHIM EN. HAJI AWANG BIN OTTOH PN. ANANG DIRI BINTI JANANG MHD. SYAIFUL AMIR BIN SAAD CIK LIYANA BINTI MUSTAFA EN. MOHD ERMIE BIN MOHD ESAH EN. ABDUL RAZAK BIN ABDUL SAID EN. MOHD MASSERI BIN MAT RANI EN. MOHD AMIN FARISH BIN ARIF CIK AFNI SYAHIRA BINTI SHAMBEDA PN. NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD CIK KU MADIHAH BINTI KU MD ALI CIK YANG NURZAINAH BINTI PANCHO EN. MOHD HARIS BIN YUSA PN. ROJIMA BINTI MAIDIN CIK CHAN MEI KHENG EN. MOHD AHIL BIN HAJI SANANI
4 Pendaftaran (Google Form dan Borang Kehadiran) Pn. Mariani binti Made (Ketua) Pn. Rosnanie binti Awang Saini Pn. Parida binti Haji Dullah Pn. Sumarni binti Bustani Pn. Juliana binti Djumarang Pn. Nur Khamshanah binti Mohd Konsul Pn. Zalifah binti Mohd Suharty Publisiti/Siaraya Pn. Lyadiawati binti Abd. Latip Pn. Fazidah binti Abdul Pirus Pn. Tan Mei Mei Pn. Mirawati binti Abdul Aziz Pn. Shanti binti Periki Banner En. Abdul Razak bin Abdul Said En. Mohd Amin Faris bin Arif Pencatat Minit Pn. Ku Madihah binti Ku Md Ali Pn. Halisah binti Hadi Fotografi Pn. Majdah binti Baharudin Bacaan Doa Us. Mhd Syaiful Amir bin Saad P.A System En. Roy Salizan bin Mat Salleh En. Mohd Faizal bin Abdul Razak En. Chin Yee Khong En. Nurul Fakhri bin Osman Buku Aturcara Pn. Asimah binti Siba Pn. Amrah binti Abdul Hamid Pn. Artiniwati binti Mohd Hajar Pn. Liyana binti Mustafa Jemputan Pn. Adabiah binti Haron Pn. Salika binti Salamat En. Khairul Firdaus bin Akhbar Khan En. Yusoff bin Abdul Gafar Pengacara Majlis Pn. Shaminah binti Nawar En. Arjuna bin Marsidi
5 Jamuan VVIP Pn. Ratna binti Wahab Pn. Noor Asyikin binti Zakaria Pn. Efi Yurika binti Sahat Pn. Zainab binti Sima Pn. Bazuriah binti Asmat Pn. Khadizah binti Kadir Pn. Irene Lim Siew Fun Makanan Ibu/Bapa Pn. Wan Norsalmah binti Mahil Pn. Roslinda binti Sabdan Pn Hamsiawaty binti Hamjah Pn. Emielissa binti Hussein Pn. Roslina binti Ahadin Pn. Sarni binti Abdul karim Pn. Asiah binti Jumain Pn. Yee Fui Sun Hiasan Backdrop dan Pentas En. Rusdi bin Hassan Pn. Chan Mei Kheng Pn. Syahzanani binti Edham Pn. Kogilavani A/P Pasehappan Pn. Naranha binti Abd Gazil Pn. Norliah binti Tiong Pn. Sabarinah binti Sabar Persiapan Dewan En. Darryl Delek Pn. Nurhasriyana binti Laslile Pn. Nursyahirah binti Ahmad Pn. Rohaya binti Ladolo Pn. Sitti Rahmah binti Rolla Cenderahati Pn. Evelyn Joseph Pn. Judeth Ruaisin Sijil Perasmi Pn. Nur Astira binti Masri Pn. Ramlah binti Latuwo Gimik Perasmian Pn. Nurafni Syahira binti Shambeda Pn. Nazilah binti Hasan Pn. Natasha Robert Pn. Nursyafiqah binti Idin Pn. Qilchza Malan Pn. Nurazrinny binti Abd Rahman Kebersihan En. Norazmie bin Jaharsan Pn. Yang Nurzainah binti Pancho Pn. Suriyati binti Lahuda Pn. Masyitah binti Tajuddin Pn. Monica Justin Pn. Rose Darwina Herliza binti Amir Hamzah Sijil Digital En. Mohd Shukor bin Zamri Dokumentasi Pn. Ifa Safirah binti Abd Rahim
6 Kompang En. Safri bin Rudin En. Arafa bin Patonggoi En. Asseri bin Ambo Sakka En. Lim Chee Hiong Cabutan Bertuah Pn. Norsalina binti Ekeni Pn. Dettis Muslim Pn. Nurul Aqilah binti Bakari@Bakri Keselamatan En. Saliwangan bin Hassan Us. Masseri bin Mat Rani Pn. Desiana binti Ramlee Pn. Voon Pui Yee Pn. Eva Novianti binti M Nasrun Pn. Nur Nadira Natalia binti Mohd Manshahar Disediakan oleh, Disahkan oleh, ………………………………………….. …………………………………………. (CIK ADABIAH BINTI HARON) Setiausaha PIBG, SMK Batu Sapi, Sandakan (ENCIK ESMADI BIN ISMAIL) Pengetua, SMK Batu Sapi, Sandakan
7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 SESI 2022/2023 SMK BATU SAPI SANDAKAN Tarikh : 03 Julai 2022 (Ahad) Masa : 12.30 tengah hari – 2.30 petang Tempat : Dewan Tun Abdul Rahman, SMK Batu Sapi Kehadiran 01 En. Esmadi bin Ismail Pengetua 02 En. Muhammad Ramli bin Yahya PK Pentadbiran 03 En. Munaji bin Noordanie PK Kokurikulum 04 Pn. Hatja Binti Saleng PK HEM 05 En. Abdul Rahman bin Md Zain KB Bahasa 06 Pn. Mirawati binti Abdul Aziz KB Sains dan Matematik 07 En. Abidin bin Nurdin Penyelaras PIBG 08 En. Risyandi Latiff bin Sakka YDP PIBG sesi 2021/2022 09 Tn.Hj. Nonoi bin Ghani Naib YDB PIBG sesi 2021/2022 10 Puan Asiah binti Jumain Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 11 Puan Harianti binti Hakim Bendahari PIBG sesi 2021/2022 12 Cik Yang Nurzainah Juruaudit sesi 2021/2022 13 En. Yusoff bin Abdul Ghafar AJK PIBG sesi 2021/2022 14 Tn.Hj. Jainal bin Sulaiman AJK PIBG sesi 2021/2022 15 Pn. Fatimah Haji Mursalin AJK PIBG sesi 2021/2022 16 Pn. Hajah Dayang @ Norbiah Ali AJK PIBG sesi 2021/2022 (RUJUK SENARAI NAMA KEHADIRAN PENUH DI LAMPIRAN) 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG SESI 2021/2022 1.1 Encik Risyandi Latif bin Sakka memberi ucapan alu-aluan kepada para hadirin. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung tahun ini setelah hampir dua tahun mesyuarat hanya boleh di jalankan dalam talian melalui Google Meet sahaja. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG serta pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama yang baik. 1.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Beliau turut menyentuh beberapa isu berkaitan disiplin pelajar di sekolah. Beliau menyatakan bahawa terdapat masalah yang sering berlaku di sekolah seperti ponteng kelas, pergaduhan dan sikap suka melawan guru yang semakin berleluasa.
8 1.3 Encik Risyandi menyatakan bahawa beliau ingin menarik diri dan tidak mahu untuk di calonkan semula dalam mana-mana jawatan untuk PIBG sesi 2022/2023 kerana beliau ingin menetap di Kota Kinabalu bersama anaknya. Dalam kesempatan itu juga, beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan para guru atas kepercayaan yang diberikan kepadanya selama ini. 1.4 Beliau juga menyatakan bahawa dalam sesi mesyuarat kali ini, ibu bapa perlu lebih bijak untuk membuat undian dan keputusan agar AJK yang dilantik bagi sesi 2022/2023 mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar dan sekolah SMK Batu Sapi. 2.0 UCAPAN PENTADBIR (PENGETUA SMK BATU SAPI) 2.1 Tuan Pengetua, Encik Esmadi bin Ismail memberi ucapan alu-aluan kepada semua ahli jawatankuasa PIBG dan semua hadirin. 2.2 Tuan Pengetua bersukur kerana mesyuarat PIBG yang terletak di bawah program KPM melalui e-SARANA dapat dijalankan pada tahun ini. Mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilaksanakan demi meneruskan agenda sekolah ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. 2.3 Tuan Pengetua menyatakan bahawa SMK Batu Sapi merupakan salah satu sekolah yang diletakkan di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di mana fokus utama sekolah adalah untuk menjadikan sekolah lebih berkualiti dan kemenjadian murid lebih cemerlang. Tuan Pengetua turut menyatakan bahawa keputusan yang cemerlang serta sasaran yang telah berjaya dicapai adalah kerana hasil daripada komitmen dan usaha para guru di sekolah ini. 2.4 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa pada tahun 2021, keputusan peperiksaan SMK Batu Sapi telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di mana seramai 36 orang murid telah menerima saguhati dan sijil penghargaan dari pihak sekolah. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru serta barisan ahli jawatankuasa PIBG sekolah yang banyak memberi komitmen dan kerjasama dalam memenuhi hasrat pihak sekolah. 2.5 Tuan pengetua juga mewakili pentadbiran sekolah, guru-guru serta para pelajar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG sesi yang lalu. Beliau juga berharap ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik akan terus membantu bagi meneruskan kejayaan SMK Batu Sapi. 3.0 UCAPAN PERASMIAN 3.1 Yang Berhormat Haji Khairul Firdaus Bin Haji Akbar Khan merakamkan ucapan terima kasih kerana beliau telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat Agung PIBG tahun ini.
9 3.2 Beliau mengatakan peranan PIBG di sekolah sangat penting untuk menghubungkan ibu bapa dan guru-guru malah ada akta rasmi yang dibangunkan untuk PIBG. 3.3 Beliau berpendapat selain bidang akademik, nilai kemanusiaan juga perlu diterapkan di sekolah. Beliau berseru agar ibu bapa memberi sokongan dalam program-program sekolah seperti kelas tambahan demi kebaikan pelajar. 3.4 Selepas memberikan ucapan, beliau telah melancarkan upacara gimik perasmian yang diiringi oleh pentadbir sekolah. 4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-13 SESI 2021/2022 4.1 Minit mesyuarat Agung PIBG 2021/2022 telah dibentangkan oleh Encik Risyandi Latiff bin Sakka. Pencadang : En. Suraban bin Abdul Penyokong : En. Haris 5.0 LAPORAN SETIAUSAHA PIBG SESI 2021/2022 5.1 Laporan disampaikan oleh Puan Asiah Jumain. 5.2 Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada sepanjang setahun yang lalu ialah mesyuarat Agung Kali ke-13 secara dalam talian melalui Google Meet. Selain itu, PIBG SMK Batu Sapi telah memberi sumbangan berbentuk wang kepada surau sekolah untuk menaiktaraf kemudahan surau. Program Unit Bimbingan dan Kaunseling iaitu lawatan ke rumah pelajar-pelajar yang bermasalah dalam kehadiran juga telah dibuat sebelum pandemik. 5.3 AJK PIBG telah menjalankan mesyuarat sebanyak dua kali sahaja kerana halangan pandemik. 5.4 Selain itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan telah menjemput SMK Batu Sapi dalam majlis perasmian SMK Libaran dan Majlis Bicara Ilmu bersama dengan Menteri Kanan Pendidikan di Masjid Taman Fajar, Sandakan. Pencadang : En. Hj Jainal bin Sulaiman Penyokong : En. Yusoff bin Abdul Gafar
10 6.0 LAPORAN BENDAHARI PIBG SESI 2021/2022 6.1 Laporan bendahari telah disampaikan oleh Puan Harianti Hakim. Baki wang PIBG sekarang ialah RM 24,525.04. Perbelanjaan tunai ialah sebanyak RM1,235.00 manakala perbelanjaan melibatkan cek ialah RM 20,313.00. 6.2 PIBG telah mengeluarkan dana untuk beberapa aktiviti. Antara sumbangan utama PIBG ialah RM 8000.00 kepada surau sekolah untuk menaiktaraf ruang solat. Selain itu, PIBG juga telah memberi sumbangan dalam pembaikan kelas, Majlis Graduasi Tingkatan Enam, sukan tahunan sekolah dan pembelian blazer pengawas sekolah. Pencadang : En. Yusof bin Abdul Gafar Penyokong : En. Hj Jainal bin Sulaiman 7.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT / BAHAS USUL 7.1 Encik Abidin Bin Nurdin menyatakan beliau telah menerima banyak usul daripada ibu bapa. Antara isu-isu yang utama ialah seperti permintaan untuk menaiktaraf tandas murid, isu kelas tambahan sehingga malam, keperluan untuk membina atap tempat mengambil wuduk di surau, harga makanan kantin mahal dan masalah disiplin murid. 7.2 Encik Yusof bin Abdul Gafar juga menyatakan sebuah usulnya iaitu ketiadaan ahli parlimen dalam AJK PIBG. Pencadang : En. Yusof bin Abdul Gafar Penyokong : En. Hj Jainal bin Sulaiman 8.0 PEMBUBARAN AJK TERTINGGI PIBG SMK BATU SAPI 2021/2022 8.1 Encik Risyandi Latif bin Sakka membubarkan AJK PIBG 2021/2022. Pencadang : En. Yusof bin Abdul Gafar Penyokong : En. Hj Jainal bin Sulaiman
11 9.0 PEMILIHAN AJK TERTINGGI PIBG SMK BATU SAPI 2021/2022 9.1 Jawatan yang dipertandingkan ialah Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Setiausaha, Naib Bendahari dan Juruaudit. Kesemua AJK Baharu yang terpilih telah menang tanpa tanding. Ini bermakna hanya satu pencalonan dibuat dengan sepakat untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan. 9.2 YDP sesi 2021/2022 mencadangkan agar semua AJK sesi lalu yang hadir pada mesyuarat kali ini di lantik semula dan cadangan ini telah dipersetujui. Manakala bagi AJK yang tidak hadir akan di ganti melalui sistem undian. 9.3 Berikut adalah keputusan pemilihan AJK PIBG Sesi 2022/2023: Jawatan Calon yang menang Pencadang Penyokong Cadangan ditutup Yang Dipertua YB Tn. Haji Khairul Firdaus Bin Akbar Khan En. Abidin Bin Nordin En. Suraban Bin Abdul Tuan Hj Jainal Bin Sulaiman Tim. Yang Dipertua Tuan Haji Nonoi Bin Ghani En. Risyandi Latiff Bin Sakka Pn. Aminah Pn. Hjh Dayang Naib Setiausaha Tuan Hj Jainal Bin Sulaiman Tuan Haji Nonoi Bin Ghani En. Haris Pn. Rosmah Naib Bendahari En. Yusoff Bin Abdul Ghafar Tuan Hj Jainal Bin Sulaiman Pn. Rosnah Pn. Norfazirah Juruaudit Hajah Dayang Pn. Nor Fazira Pn. Aminah Pn. Fatimah AJK Kecil 1. Pn. Nur Ratayani 2. Encik Haris 3. Pn. Fatimah 4. Pn. Zulina En. Risyandi Latiff Bin Sakka En. Yusuff Bin Abdul Ghafar Tuan Hj Jainal Bin Sulaiman
12 10.0 UCAPAN DASAR YANG DIPERTUA PIBG SMK BATU SAPI SESI 2022/2023 10.1 Ucapan dasar YDP PIBG SMK Batu Sapi sesi 2022/2023 diwakili oleh Timbalan YDP iaitu Tuan Hj Nonoi bin Ghani. 10.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung PIBG kali ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin yang mengundi dan memilih AJK PIBG yang baharu. 10.3 Tuan Hj. Nonoi bin Ghani menyatakan bahawa jawatankuasa PIBG yang baharu ini akan berusaha untuk membantu memantapkan lagi kecemerlangan pelajar di SMK Batu Sapi. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. Dicatat oleh, Disemak oleh, …………………………..….. …………………………………….. (Evelyn Jospeh) Setiausaha sementara (Pencatat minit) SMK Batu Sapi, Sandakan. (Encik Abidin bin Nurdin) Penyelaras PIBG, SMK Batu Sapi, Sandakan.
13 LAPORAN SETIAUSAHA PIBG SMK BATU SAPI SESI 2023/2024 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Batu Sapi banyak membantu dalam pembangunan sekolah sama ada dari segi material ataupun moral yang digerakkan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada: Yang Dipertua : Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan Naib Yang Dipertua : Tuan Haji Nonoi bin Abd. Gani Setiausaha : Cik Adabiah binti Haron Bendahari : Cik Salika binti Salamat Juru Audit Dalaman : Cik Yang Nurzainah binti Pancho : Pn. Anangdiri binti Janang Ahli Jawatankuasa • En. Yusof bin Abd. Gafar • Cik Nazilah bin Hasan • En. Haji Awang bin Haji Ottoh • Cik Syahzanani binti Edham • En. Haji Jainal bin Sulaiman • Cik Sabarinah binti Sabar • En. Mohd Ermie bin Mat Esah • Cik Ifa Safirah binti Abd Rahim • Pn. Fatimah binti Hj. Mursalin • Cik Afni Syahira binti Shambeda • Pn. Hajah Dayang binti Ali • Cik Liyana binti Mustafa • Pn. Noratayani binti Husain • Cik Nur Syahirah binti Ahmad • Pn. Nor Fazira binti Ariffin • Cik Ku Madihah binti Ku Ali • En. Abdul Razak bin Abdul Said • En. Mohd Haris bin Yusa • En. Mohd Masseri bin Mat Rani • Pn. Rojima binti Maidin • En. Mohd Amin Farish bin Arif • En. Mohd Ahil bin Haji Sanani • En. Mhd. Syaiful Amir bin Saad • Cik. Chan Mei Kheng Untuk makluman semua, terdapat tiga orang penambahan AJK lantikan sekolah yang baharu iaitu Pn. Rojima binti Maidin, Cik Chan Mei Kheng dan En. Mohd Ahil bin Sanani. PIBG sekolah ini sedaya upaya memberikan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan semua murid, membantu usaha pihak sekolah memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam melaksanakan aktiviti mereka dan berganding bahu memperbaiki taraf pendidikan dan pelajaran anak-anak mereka amnya. Persatuan ini sentiasa memantau segala keperluan murid-murid yang memerlukan bantuan. Sepanjang sesi 2022/2023 ini PIBG telah menyalurkan beberapa sumbangan dan menjalankan beberapa aktiviti seperti yang dinyatakan di bawah ini.
14 1. Mesyuarat Agung Kali ke-14 secara bersemuka pada 03 Julai 2022. Tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat agung tersebut. 2. Sumbangan wang kepada Bilik Disiplin SMK Batu Sapi untuk pengubahsuaian bilik disiplin. 3. Program bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling menjejaki pelajar yang menghadapi masalah kehadiran dengan membuat lawatan ke rumah-rumah. 4. Mesyuarat AJK PIBG sebanyak 2 kali pada sesi 2022/2023. 5. Memberi sumbangan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. 6. Sumbangan untuk makanan dan minuman pelajar SPM sepanjang peperiksaan. 7. Sumbangan Kursus Kepimpinan Pelajar. 8. Peruntukan penyelenggaraan dan baik pulih meja dan kerusi pelajar. Oleh itu, besar harapan kita agar permuafakatan yang terjalin di antara ibu bapa dan guru ini dipereratkan kerana ia bukan sahaja penting untuk ibu bapa dan guru tetapi mustahak untuk murid-murid di sekolah ini kerana dengan bantuan PIBG, pelbagai aktiviti dan kebajikan pihak sekolah terjamin. Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih kepada barisan pimpinan PIBG dan ahli jawatankuasa yang sentiasa menggembleng tenaga dalam memastikan kelancaran aktiviti dan program yang dijalankan oleh PIBG SMK Batu Sapi. Akhir kata, sebagai ahli dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Batu Sapi, Sandakan, kita semua mempunyai peranan untuk menjayakan dan memajukan persatuan ini. Ibu bapa dan guru-guru boleh mengemukakan sebarang usul yang baik dan mampu memberi manfaat kepada persatuan dan murid-murid SMK Batu Sapi, Sandakan. Sekian dan Terima Kasih. “Ibu Bapa Pemangkin Kecemerlangan Anak-Anak” Disediakan Oleh, ____________________ (Cik Adabiah binti Haron) Setiausaha PIBG SMK Batu Sapi, Sesi 2023/2024.
15 LAPORAN KEWANGAN PIBG SMK BATU SAPI SESI 2023 BAGI TAHUN KEWANGAN BERMULA JANUARI 2023 HINGGA MEI 2023 BIL. BULAN PERIHAL TERIMAAN (RM) BAYARAN (RM) JUMLAH KESELURUHAN (RM) Baki bawa ke hadapan. 15,492.29 15,492.29 1 JAN Sumbangan pelaksanaan pameran seni visuaL, keperluan makanan tambahan atlet olahraga dan air K2 bagi hari pendaftaran Tingkatan 1. 1,320.00 14,172.29 2 Kutipan Yuran PIBG sepanjang bulan Januari 2023. 12,620.00 26,792.29 3 FEBRUARI Sumbangan kos perjalanan ke Majlis Penyampaian Insentif Temasya Sukan Para SUKMA, Majlis Makan Malam Kelab Keluarga, makanan dan minuman pelajar SPM sepanjang peperiksaan, penyelenggaraan dan baikpulih meja serta kerusi dan sambutan Hari Guru 2023. 4,425.00 22,367.29 4 Sumbangan luar kepada Tingkatan Enam. 630.00 22,997.29 5 MAC Sumbangan kewangan bagi menyertai Kejohanan Olahraga 2023, membina, menyelenggara serta baikpulih meja, pengeluaran sumbangan dari kerajaan Perlis untuk jamuan delegasi Perlis dan mengecat serta menyelenggara Kelas Aliran Agama. 6,650.00 16,347.29 6 Sumbangan kewangan dari Kerajaan Perlis, sumbangan kewangan dari Kerajaan Perlis bagi majlis berbuka puasa SMK Batu Sapi dan kutipan Yuran PIBG sepanjang Mac 2023. 18,540.00 34,887.29 7 APRIL Permohonan peruntukan mengecat dan menyelenggara Blok C, paip di bengkel MPV serta kerja memperbaiki serapan air banjir kilat di Blok D dan sumbangan printer bagi kegunaan pelajar Tingkatan 6. 3,500.00 31,387.29 8 MEI Permohonan sumbangan PIBG untuk membeli LCD projector bagi kegunaan Kelas Aliran Agama dan pengeluaran duit PIBG bagi kos-kos PIBG yang ditanggung Koperasi SMK Batu Sapi. 7,630.00 23,757.29 JUMLAH KESELURUHAN 47,282.29 23,525.00 23,757.29 Jumlah baki keseluruhan sehingga Mei 2023 termasuk terimaan menumpang Akaun PIBG adalah sebanyak RM23757.29. SALIKA BINTI SALAMAT YANG NURZAINAH BINTI PANCHO, KHAIRUL FIRDAUS BIN AKHBAR KHAN Bendahari PIBG, Juruaudit Dalaman PIBG, Yang Dipertua PIBG, SMK Batu Sapi,Sandakan SMK Batu Sapi, Sandakan SMK Batu Sapi, Sandakan Tarikh: 10 JUN 2023 Tarikh: 10 JUN 2023 Tarikh: 10 JUN 2023 Pengesahan Laporan Kewangan :- Dicadang oleh : __________________________________ Disokong oleh : ___________________________________
16
17
18
19
20 KEHADIRAN: IMBAS KOD BAR