PERMAINAN TRADISIONAL : PERMAINAN WAU
1.0 PENGENALAN
Permainan tradisional sinonim dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu
bangsa. Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang
lain. Wau atau layang-layang merupakan sukan yang sering dimainkan oleh
kanakkanak, tetapi ia juga telah wujud sejak sekian lama dalam kalangan masyarakat
lain. Oleh itu, wau ini turut diminati oleh masyarakat umum atau masyarakat lain. Wau
Bulan merupakan satu-satunya permainan tradisional yang dimainkan oleh orang
Melayu di Kelantan Darul Naim. Namun begitu, terdapat banyak jenis wau, antaranya
Wau Tukung/Kekek, Wau Barat, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Bayang, Wau
Keluang, Wau Ikan, Wau Puyuh dan Wau Burung. Permainan ini secara tidak langsung
memenuhi tujuan untuk memeriahkan lagi sambutan dan kemeriahan semasa. Orang di
wilayah timur mengenali wau sebagai tiga teratas manakala orang di wilayah barat
merujuk wau sebagai layang-layang.
Pemahaman masyarakat Melayu mengatakan bahawa permainan wau dikaitkan
dengan kegembiraan, angin, dan langit pada abad ke-15 Masihi. Manusia dan alam
mempunyai ikatan erat yang menyokong penduduk Melayu purba. Rekaan wau yang
ditemui mengandungi unsur-unsur budaya Melayu. Inilah sebabnya mengapa
permainan ini terus menjadi warisan dengan keindahan tertentu. Wau Bulan adalah
satu-satunya lambang negara selain keris dan bunga raya.
Dahulu, wau yang dimainkan tidak mempunyai corak hiasan yang cantik dan
menarik seperti yang kita lihat sekarang. Wau yang dipenuhi flora dan fauna serta corak
geometri dikatakan muncul pada tahun 1960-an. Beberapa individu dari Kelantan dan
Terengganu mengaplikasikan corak kertas pada permukaan wau yang dihasilkan.
Warna kertas yang digunakan terdiri daripada warna Diraja iaitu emas, perak, merah
delima dan hijau jed. Wau Melayu masa kini boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
wau yang dibuat untuk terbang di langit setinggi lima ratus kaki, wau yang
dipertandingkan untuk kecantikan hiasan dan wau yang kadang-kadang dipanggil
'layang-layang dinding' yang bertujuan semata-mata untuk hiasan dan selalunya dijual
kepada pelancong.
Pesta Layang-Layang dan Pertandingan Wau Cantik telah diamalkan sejak awal
1970-an. Pada masa ini, terdapat gaya ‘Wau Cantik’ yang bertujuan untuk hiasan dan
paparan tetapi bukan untuk terbang. Wau digunakan untuk permainan dan dikenali
sebagai Wau Naik dimana wau ini tidak mempunyai corak atau motif secantik atau
halus Wau Cantik. Corak yang merujuk kepada Wau Cantik lebih tebal, sihat, dan
dibuat dengan lebih kemas. Dalam pembuatan Wau Cantik, ada yang berpendapat wau
mestilah sempurna dan tidak mengandungi daun, bunga atau batang yang cacat atau
patah. Seterusnya, bentuk dan warna wau mestilah cantik dan papan tanda di kiri, kanan
dan kepala wau juga dihias cantik. Corak atau motif yang digunakan dalam Wau Cantik
biasanya terdapat pada ukiran Melayu yang lain seperti kepingan kayu, dinding rumah,
bahan perahu, kepala keris dan lain-lain. Motif hiasan wau terdiri daripada bunga mekar
awal berinspirasikan Melayu seperti pokok Ketumbit, pokok Seladang Tikam Bungan,
pokok ketam Guri, dan pokok Bunga.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Wau adalah permainan tradisi pada zaman dahulu yang tidak ramai generasi
sekarang tahu. Wau merupakan khazanah masyarakat Melayu yang tinggi nilainya dan
merupakan seni budaya turun-temurun. Permainan tradisional wau ini sudah lama
dimainkan oleh pelbagai masyarakat melayu. Masyarakat Negeri Sembilan sangat
berkait rapat dengan wau ini. Tidak dinafikan bahawa ada sahaja masyarakat melayu
lain juga mempunyai tradisi wau ini seperti masyarakat Kelantan, Terengganu, Johor,
Selangor dan sebagainya. Wau Bulan selalunya dimainkan mengikut kategori seperti
wau yang dipertandingan untuk ketinggian, wau yang dipertandingkan berdasarkan
kecantikan dan kehalusan seni serta wau juga dipertandingkan untuk melihat hiasan
corak dan replika wau itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis wau yang terdapat di seluruh
Malaysia. Antaranya Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Barat, Wau Merak,
Wau Helang, Wau Kenyalang, Wau Payung Berekor, Wau Puyuh, Wau Daun dan
sebagainya.Tujuan wau ini dimainkan pada zaman dahulu adalah untuk menghilangkan
penat setelah bekerja di sawah, menghilangkan tekanan dan menenangkan fikiran.
Walau bagaimanapun, permainan wau pada masa kini lebih kepada hiburan, pameran
dan pertunjukkan.
Wau Bulan merupakan salah satu permainan tradisional kaum melayu sejak
beratus-ratus tahun dahulu. Wau ini juga dimainkan selepas musim menuai padi iaitu
antara bulan April hingga Mei. Wau juga disebut sebagai “layang-layang” di lokasi
yang tertentu. Struktur atau seni rekaan yang terdapat pada Wau Bulan sememangnya
mempunyai nilai estetika yang meliputi seni halus yang kreatif. Wau Bulan bukan
sekadar hanya permainan tradisional semata-mata yang dimainkan oleh pelbagai
lapisan masyarakat namun membawa maksud dan makna yang tersendiri bagi setiap
budaya masyarakat melayu. Wau Bulan merupakan wau yang paling popular diantara
jenis-jenis wau yang lain. Badan yang berbentuk seakan-akan bulat manakala ekor pula
lebih kelihatan berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian
pinggang wau. Dari segi pembuatan wau pula, rekaannya diperbuat daripada kertas,
buluh serta benang yang kuat lalu dihiasi dengan pelbagai corak dan diterapkan dengan
warisan masyarakat melayu supaya kelihatan lebih menarik dan kreatif. Wau Bulan
mempunyai saiz yang lebih besar berbanding wau-wau yang lain. Oleh hal demikian,
Wau Bulan telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS) telah menjadikan wau sebagai lambang penerbangan Malaysia yang
berkuatkuasa pada 1 Oktober 1972. Wau bulan juga telah dijadikan sebagai lambang
kebudayaan Melayu kerana dicetak pada wang kertas satu ringgit Malaysia, syiling
memperingati Sukan SEA ke-9 pada tahun 1977 dan wang syiling lima puluh sen pada
belakang syiling tersebut. Keadaan ini telah memperlihatkan bahawa betapa uniknya
dan nilai estetika yang tinggi seni kebudayaan masyarakat Melayu yang telah dijadikan
lambang masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bagi
melihat pelbagai perkara penting tentang Wau Bulan ini untuk terus berkembang dan
tidak ditelan zaman pada masa akan datang.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah untuk :
Mengkaji sejarah perkembangan permainan tradisional wau di Malaysia.
Mengenal pasti kepentingan permainan tradisional wau terhadap masyarakat
dan negara dalam pelbagai aspek.
Mengkaji kesan permainan tradisional wau terhadap negara dan langkah yang
perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional
wau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Othman Mohamed (2001), metodologi adalah satu prosedur yang
sistematik dalam menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data
untuk memastikan prestasi kajian yang dijalankan dapat dicapai dengan sempurna.
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menbincangkan tentang reka bentuk kajian,
persampelan kajian dan instrument kajian secara terperinci.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang berbentuk deskriptif bagi
mengkaji secara sistematik berkaitan permainan tradisional Wau di Negeri Kelatan.
Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan bagi menghantar borang soal selidik kepada
sebilangan respoden yang dianggarkan untuk menilai pandangan respoden. Dalam
kajian ini, penduduk Negeri Kelantan dipilih untuk menjadi respoden bagi menjawab
borang soal selidik. Kaedah soal selidik digunakan dalam kajian ini kerana ia
bersesuaian dengan objektif kajian serta persoalan yang ingin dikaji. Kajian ini adalah
untuk mengkaji impak perkembangan permainan wau terhadap masyarakat dan negara
di Malaysia dan mengenal pasti kepentingan permainan wau terhadap masyarakat dan
negara dalam pelbagai aspek serta membincangkan langkah yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak bagi memartabatkan permainan tradisional wau di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
4.2 Instrumen kajian
Pengkaji menggunakn beberapa instrument bagi menjalankan kajian ini. Pengkaji
memperoleh maklumat berkaitan kajian ini dengan menggabungkan dua kaedah yang
berbeza. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah:
1. Perpustakaan
Kaedah ini membantu pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan
permainan tradisional wau yang lebih mendalam. Maklumat – maklumat yang penting
termasuklah buku dan bahan ilmiah yang lain.
2. Borang soal selidik
Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji mendapatkan maklumat yang lebih
tepat daripada respoden. Sebilangan penduduk Negeri Kelantan telah menjadi respoden
dalam kajian yang dijalankan. Kaedah ini sesuai digunakan bagi mendapatkan
maklumat kerana ia memudahkan pengkaji dalam membuat kajian dengan tepat. Soal
selidik ini adalah berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengkaji impak perkembangan
permainan wau terhadap masyarakat dan negara di Malaysia dan mengenal pasti
kepentingan permainan wau terhadap masyarakat dan negara dalam pelbagai aspek
serta membincangkan langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi
memartabatkan permainan tradisional wau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3. Kajian lapangan
Internet digunakan sebagai sumber rujukan utama bagi mendapatkan maklumat
tambahan yang berkaitan dengan kajian ini. Sumber internet yang digunakan oleh
pengkaji adalah mendapatkan definisi, asal usul wau dan sebagainya. Sumber ini
memudahkan pengkaji dalam mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan
dengan permainan tradisional wau.
4.3 Cara Pengumpulan Data
4.3.1 Kaedah Soal Selidik
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat
tentang impak perkembangan permainan wau terhadap masyarakat dan negara di
Malaysia dan mengenal pasti kepentingan permainan wau terhadap masyarakat dan
negara dalam pelbagai aspek serta membincangkan langkah yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak bagi memartabatkan permainan tradisional wau di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
4.3.2 Kaedah Perpustakaan
Kaedah perpustakaan telah digunakan bagi menjalankan kajian ini bagi
mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Bahan bacaan yang digunakan dalam
kajian ini bagi mendapatkan maklumat yang berlebihan tentang permainan tradisional
wau.
4.3.3 Kajian Lapangan
Sumber internet digunakan dalam kajian ini sebagai rujukan bagi memperleh
maklumat dengan lebih tepat. Dengan menggunakan sumber ini, pengkaji dapat
memperoleh maklumat tentang permainan tradisional wau yang lebih banyak.
4.4 Cara Menganalisis Data
Data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskritif telah dijalankan dalam
kajian ini.
5.0 ISI – ISI PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian terhadap permainan
tradisional wau yang telah diperoleh sebagai laporan kajian semasa soal selidik
dijalankan. Menurut Creswell (2010), laporan kajian adalah satu laporan yang
melaporkan berkaitan penyiasatan, mengenalpasti soalan yang dikenalpasti dan
mengandungi data yang dikumpul serta analisis yang ditafsir oleh penyelidik.
5.1 SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN TRADISIONAL WAU
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak berates-ratus tahun dahulu lagi. Asal usul permainan wau
tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku sejarah Melayu sudah menceritakan
tentang permainan ini. Namun begitu, ramai yang berpendapat bahawa permainan wau
ini telah bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana
ada menceritakan tentang permainan wau. Permainan wau merupakan salah satu
daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pedalaman terutama bagi negeri-negeri
di Utara Semenanjung. Sebagai contoh, Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau ini
dikatakan permainan tradisi selepas musim menuai.
Pada masa dulu, wai dimainkan untuk menghilangkan rasa penat setelah mereka
bekerja di sawah. Penduduk – penduduk juga sering mengadakan pesta tahunan dan
pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah. Dengan berbuat demikian,
mereka berasa gembira kerana dapat bertemu di antara satu sama lain ketika bermain
wau. Seterusnya, tukang-tukang wau yang mahir dikatakan mempunyai cara tersendiri
dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kapaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya. Seterusnya, rangka yang telah siap akan
ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Sebagai
contoh, lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan
warna lain yang bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih
manakala lapisan ketiga pula akan ditampalkan corak yang berlainan yang telah
dtiebuk. Oleh itu, cara yang betul ketika meraut buluh dan memasang rangka wau akan
menetukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang di pasang dengan
tepat.
Pada masa ini, tidak dinafikan wau masih mendapat tempat dikalangan
masyarakat melayu namun tidak semua lapisan mansyarakat memainkan permainan ini.
Ini kerana permainan layang-layang telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan pada masa ini. Hal ini demikian kerana layang-layang lebih murah dan mudah
didapati berbanding dengan wau. Tambahan pula, kini terdapat pelbagai bentuk dan
corak layang-layang dijual. Sebagai contoh berbentuk orang, kapal, bunga dan
sebagainya. Justeru, masyarakat harini menganggap permainan wau satu permainan
yang ketinggalan zaman. Oleh itu, masyarakat sekarang terutamanya generasi muda
lebih gemar bermain permainan video, sukan bola sepak, badminton dan sebagainya.
5.2 KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL WAU
MASYARAKAT
Kecantikkan wau yang melenggang dan meliuk di udara dapat menarik minat
masyarakat untuk memiliki dan bermain wau walaupun merupakan suatu
permainan tradisional.
Kehalusan seni dan kelembutan rasa melalui penghayatan seni pertukangan
memberi inspirasi kepada orang ramai memilki wau bulan.
Dapat memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam masyarakat melalui
penglibatan masyarakat dalam permainan wau.
Dapat menarik minat generasi muda untuk meneruskan aspek budaya tempatan
supaya tidak luput ditelan zaman.
Dapat memberi peluang ekonomi terhadap masyarakat setempat.
Memupuk nilai-nilai murni dalam diri permain.
NEGARA
Dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kemasukan pelancong dan
penjualan hasil permainan tradisional terutama penjualan wau.
Dapat merancakkan aktiviti pelancongan terutama dari pelancong antarabangsa.
Menjadi lambang identiti sebuah negara.
5.3 KESAN DAN LANGKAH MEMARTABATKAN PERMAINAN
TRADISIONAL WAU
Dalam menghasilkan kajian ini, terdapat beberapa kesan permainan wau dalam
kalangan masyarakat. Pemerhatian terhadap permainan wau ini telah dapat mengisi
masa lapang masyarakat. Permainan tradisional wau ini kebiasaannya dimainkan pada
waktu petang. Cuaca yang panas dan kering pada waktu petang memberi peluang
kepada peminat wau untuk bermain wau dan pada masa yang sama dapat mengekalkan
minat masyarakat terhadap permainan tradisional ini. Kanak-kanak juga dapat berhibur
selepas waktu persekolahan dengan bermain permainan ini. Hal ini telah menyebabkan
kanak- kanak menimba ilmu baru dan tidak membuang masa bermain gadget sepanjang
masa. Permainan tradisional mampu mewujudkan sesuana yang menceriakan lagi
menghiburkan dalam kalangan kanak-kanak. Perasaan gembira ini penting dalam
kehidupan seharian kerana ia merangkumi perasaan yang paling penting untuk
mewujudkan kehidupan yang harmoni .
Selain itu, permainan wau ini juga dapat mengeratkan hubungan antara satu
sama lain. Permainan tradisional yang diwarisi sejak zaman-berzaman ini boleh
dimainkan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Permainan wau ini dapat menerapkan
semangat berpasukan dalam kalangan pemainnya. Permainan wau yang menjadi
khazanah kebudayaan masyarakat juga boleh dimainkan dengan masyarakat pelbagai
kaum. Walaupun permainan wau ini berasal dari negeri kelantan, namun jika permainan
wau ini dikongsikan kepada seluruh masyarakat akan dapat mengembangkan lagi
khazanah warisan yang tidak ternilai ini. Suasana yang harmoni juga akan dimeriahkan
oleh masyarakat pelbagai kaum. Permainan tradisional memainkan peranan penting
sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Hubungan yang lebih erat
sesama masyarakat berbilang kaum juga dapat diwujudkan.
Kesan permainan wau yang seterusnya adalah dapat dijadikan sebagai hiburan
yang menarik. Masyarakat tidak memerlukan peralatan yang mahal atau kawasan yang
luas untuk bermain permainan ini. Jadi permainan wau ini memberikan masyarakat
keseronokan tanpa perlu berbelanja besar. Golongan muda pada masa kini lebih kerap
untuk menghabiskan masa lapang bermain permainan video atau menonton hiburan
secara maya. Namun dengan pendedahan permainan wau kepada masyarakat dapat
menjadikan golongan muda menikmati masa lapang dengan perkara berfaedah
disamping dapat menimba ilmu baru. Rakyat negara yang berbilang kaum telah
menjadikan permainan tradisional salah satu cara rakyat mengisi masa lapang. Tanpa
melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan
rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni.
Kesan terakhir iaitu dapat memupuk nilai tradisi dalam kalangan generasi masa
kini. Setiap lapisan masyarakat akan menghargai warisan budaya ini kerana permainan
tradisional wau ini dapat membentuk generasi yang berpekerti mulia. Justeru, sebagai
warganegara yang bangga dan menghargai budaya serta tradisi masyarakat tanah air ini,
setiap lapisan masyarakat akan mencari mekanisme terbaik dalam memelihara
khazanah yang dimiliki oleh nenek dan moyang kita. Dengan memanfaatkan permainan
wau, masyarakat akan lebih terdedah dengan kebudayaan permainan tradisional serta
dapat memupuk nilai kerohanian yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Masyarakat
juga dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah
negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar malah
permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam
kalangan rakyat.
Seterusnya, terdapat beberapa langkah untuk memartabatkan perminan
tradisional wau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ialah kitab oleh
mempromosikan permainan wau kepada masyarakat, memperkasa pertandingan
permianan tradisional wau di semua peringkat dan memberi pendedahan awal
mengenai kepentingan permainan tradisional wau kepada generasi muda. Bagi langkah
yang pertama iaitu mempromosikan permainan wau kepada masyarakat merujuk
kepada peranan media massa. Media massa perlu memainkan peranan untuk
mempromosikan permainan wau kepada seluruh masyarakat agar permainan tradisional
ini tidak dilupakan dari semasa ke semasa. Pihak media dan stesen televisyen perlu
kerap memaparkan iklan atau cerita mengenai proses pembuatan wau, cara bermain,
jenis wau dan sebagainya bagi menarik minat masyarakat terutamanya generasi muda
untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Inisiatif ini dapat membantu untuk
memperbanyakkan dokumentasi tentang permainan tradisional wau ini kerana ia
merupakan medium utama untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat kini
Kebanyakan generasi muda sekarang tidak tahu apa itu wau kerana sering terdedah
dengan teknologi canggih yang mempunyai pelbagai permainan video secara atas talian.
Dengan adanya media massa ini, mereka dapat mempelajari dan mengetahui tentang
cara bemain wau dengan lebih mudah kerana terdapat banyak video yang
memaparkannya terutamanya di aplikasi popular seperti “Youtube”, “Tiktok” dan lain-
lain. Di samping itu, pihak animasi juga perlu memaparkan cerita-cerita yang
berkisarkan permainan tradisional wau supaya dapat memberi pendedahan secara
berleluasa kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Kesannya, kanak-
kanak akan tertarik dengan animasi tersebut dan secara tidak langsung dapat
menjadikan cerita itu sebagai cerita kegemaran mereka.
Langkah yang seterusnya untuk mempopularkan permainan tradisional wau
ialah melalui peranan pihak sekolah iaitu dengan memperkasa pertandingan perminan
tradisional wau di semua peringkat. Selain di rumah, sekolah juga boleh memainkan
peranan dalam memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar. Setiap sekolah
perlu menubuhkan kelab permainan tradisonal ini supaya dapat mendedahkan
kepentingan permainan wau kepada semua pelajar dan secara tidak langsung dapat
mencungkil bakat terpendam pelajar. Contohnya, kemahiran yang diperolehi pelajar
untuk membuat pelbagai wau yang menarik dan kreatif. Dengan ini, sekolah boleh
mengadakan pertandingan pembuatan wau kreatif bagi menarik minat pelajar untuk
menyertainya dan memenangi pertandingan tersebut. Oleh itu, pihak sekolah
seharusnya mengambil kesempatan yang ada untuk memupuk minat pelajar di sekolah
tentang permainan tradisional wau yang wujud dan boleh dimainkan oleh mereka pada
waktu lapang. Tambahan pula, pihak kerajaan juga perlu menganjurkan kempen seperti
“Kembali Kepada Permainan Tradisional Wau” di peringkat sekolah, daerah mahupun
negeri supaya dapat menjadi permulaan kepada usaha menaikkan semula kemasyhuran
permainan tradisional seperti waktu dahulu.
Langkah yang terakhir ialah memberi pendedahan awal mengenai kepentingan
permainan tradisional wau kepada generasi muda. Pihak kerajaan perlu menyebarkan
mengenai kepentingan permainan wau bagi menarik minat orang ramai seperti
kecantikan wau yang unik dan menarik di udara. Selain itu, permainan wau juga dapat
meneruskan aspek budaya tempatan supaya tidak luput dan tidak dilupakan oleh
generasi muda kerana ia merupakan warisan nenek moyang kita dahulu. Dengan adanya
permainan wau ini ia dapat memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada penjual
dan secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pendapatan harian mereka.
Seperti yang kita sedia maklum, permainan wau ini merupakan permainan tradisional
yang sangat popular dan ini boleh menaikkan imej negara di persada dunia dengan
mengadakan festival atau pesta yang memaparkan pelbagai jenis wau. Kesannya, ia
dapat menyumbang kepada sektor pelancongan negara dan sekali gus meningkatkan
ekonomi negara.
6.0 KESIMPULAN
Permainan wau telah melambangkan identiti kebudayaan sesebuah masyarakat
Melayu tempatan terutama di wilayah Pantai Timur kerana keunikan coraknya yang
tersendiri. Meskipun coraknya yang berunsur flora dan fauna serta geometri dikatakan
muncul sekitar tahun 1960-an namun ia berjaya diadaptasikan sehingga kini dan
mendapat pelbagai sambutan yang menggalakkan
Menuju ke era modenisasi ini, masyarakat telah menikmati dan dihidangkan
dengan pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat sehingga pelbagai
warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat, terutamanya
golongan muda. Oleh sebab itulah, langkah-langkah dalam memperkasakan ingatan
bangsa terhadap khazanah warisan ini turut dimainkan peranan oleh pelbagai pihak
seperti kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya melalui pelbagai
saluran seperti media massa, media elektronik, media cetak dan lain-lain. Selain itu,
wujud juga lagu dikir barat yang dicipta oleh Seman bin Mamat yang merupakan tokoh
seni kebudayaan Kelantan yang bertajuk “Ewau Bule”.
Dengan keadaan yang sedemikian, sehingga ke hari ini, permainan wau masih
lagi mendapat tempat di hati semua peringkat umur terutamanya Wau Bulan. Sambutan
pesta wau yang pelbagai yang disambut oleh masyarakat saban tahun membolehkan
permainan tradisional ini terus meniti di bibir masyarakat kini.
Natijahnya, khazanah warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ianya
bukan sahaja menjadi identiti budaya bangsa Melayu, malahan juga menjadi identiti
sebuah negara di mana ianya turut dimeriahkan oleh masyarakat berbangsa lain selain
Melayu serta menjadi kayu ukur kepada pembinaan norma kehidupan murni dan
semangat nasional. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar
dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga
telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa.