KATAL O G PAME R A N SE N I C ETAKA N PELAJAR SENI TINGKATAN 6 STHAM MEMPERSEMBAHKAN KARYA KOLEKSI 2023
PAMERAN SENI CETAKAN 2023
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Dunia, pelajar Seni Visual Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek telah mengadakan satu pameran seni cetakan yang bertema 'Sayangilah Hidupan Liar'. PENGENALAN
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NIGHT OWL AKMAL HAZIQ BIN AZRUL HISHAM
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 AKMAL HAZIQ BIN AZRUL HISHAM PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk “Night Owl” ialah terdapat subjek burung hantu yang memenuhi ruang kertas. Selain itu, terdapat batang pokok di sebelah kirinya yang menutupi separuh badannya. Karya ini memfokuskan subjek burung hantu yang sedang bertenggek di dahan pokok dan menutupi separuh badan nya. Di samping itu, subjek burung hantu itu memenuhi ruang kertas tersebut. Warna yang digunakan oleh peng karya pada badan burung itu adalah warna terang iaitu oren bagi menimbulkan subjek matter. Seterusnya, terdapat juga warna coklat bagi menimbulkan struktur bulu pada badan burung tersebut. Di samping itu juga, terdapat warna hitam dan putih di dalam karya tersebut yang terdapat pada badan burung hantu dan pada batang pokok. Ianya bagi menimbulkan jalinan pada permukaan tersebut. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih burung hantu sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Burung hantu ini ialah salah satu haiwan liar yang hidup bebas di dunia luar. Burung hantu merupakan burung pemangsa yang aktif pada waktu malam dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Selain itu, karya burung itu kelihatan seperti sedang memerhati mangsa di atas pokok. Di samping itu, kedudukan burung itu dihalang dengan batang pokok yang hanya kelihatan separuh badannya. Seterusnya, haiwan ini juga pernah berada di ambang kepupusan.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 WOLF SURVIVOR ALOYSIUS TAI ANN SHEN
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 ALOYSIUS TAI ANN SHEN PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk “WOLF SURVIVOR” ialah terdapat seekor serigala menjadi sebagai subjek utama manakala pokok pinus, bulan, salji menjadi sebagai subjek sokongan. Selain itu, seekor serigala tersebut kelihatan ganas dan pada masa yang sama berasa takut ketika melihat sesuatu berlaku yang tidak diinginkan. Karya ini menimbulkan kekecohan ketika memandangnya. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih seekor serigala sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema “Sayangi Hidupan Liar”. Seigala merupakan haiwan terancam terutamanya di Europe seperti USA, Finland dan sebagainya. Selain itu, langit gelap dan adanya bulan menonjolkan suasana malam.Tuntasnya mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah keadaan atau situasi haiwan liar cuba melarikan diri daripada manusia yang tamak terhadap alam sekitar.Sebelum kejadian berlaku, seekor serigala menggunakan komuikasi iaitu howling kepada serigala lain supaya serigala lain dapat menghadapi berlaku tersebut. Aktiviti yang sering berlaku di tempat hutan seperti pembalakan haram dan pemburuan haram. Aktiviti ini menjadi berleluasa. Ini mengakitbatkan semua serigala berasa tidak aman dan terpaksa mencari tempat tinggal baru untuk mendapatkan sumber makanan yang secukupnya. Dengan ini, pengkarya dapat mengambarkan suasana kekecohan antara haiwan liar dengan manusia yang tamak terhadap alam sekitar. Oleh itu, serigala perlu dipelihara agar generasi yang akan datang dapat melihat keunikan haiwan liar.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 THE 'SLEEPING' FOX ASSURAH BINTI HANIFAH NAGESHWARAN
ASSURAH BINTI HANIFAH NAGESHWARAN PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya ini terdapat subjek utama iaitu seekor musang yang sedang tidur lena. Seterusnya, subjek sampingannya ialah daun kering yang berguguran di kawasan sekeliling musang tersebut. Selain itu, wujudnya jalinan tampak seperti daun urat serta di bahagian bulu si musang. Hasil dari jalinan karya ini mampu menampakkan jisim atau benda yang mempunyai kesan seperti kelihatan realistik dan menarik. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih dari segi subjek utama ialah penampakan seekor musang yang sedang berehat tetapi kelihatan seperti keseorangan. Hal ini dapat menunjukkan bahawa seekor musang tidak dapat hidup secara bersendirian tanpa keluarga mereka membuatkan mereka menjadi depresi dan akhirnya meninggal dunia. Kesan daripada peristiwa sebeginilah yang menyebabkan pengkarya memilih subjek matter ini bagi menepati tajuk Kerja Kursus Seni Visual Semester 3 ini. Selain itu, pemilihan warna juga memainkan peranannya, sebagai contoh, warna merah dan kuning yang berada di bahagian daun menunjukkan kesan daun kering. Seterusnya, jalinan yang berada di badan musang itu melambangkan duri yang tajam kepada manusia agar manusia tidak lagi memburu mereka disebabkan bulu mereka yang amat berguna untuk membekalkan haba ketika waktu musim sejuk. Tuntasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah haiwan ini semakin terancam akibat keputusan manusia. Ianya telah mendatangkan pelbagai impak yang buruk dalam ekosistem kehidupan sekeliling. Dengan ini, audiens mula menimbulkan rasa simpati dan mula mengambil tindakan dalam isu kepupusan hidupan liar. PAMERAN SENI CETAKAN 2023
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 LION KING OF THE BEAST FATIN NURFARHANAH BINTI ZAHARUDI
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 FATIN NURFARHANAH BINTI ZAHARUDIN PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk "Lion King Of Beast" ialah terdapat satu binatang liar yang digunakan iaitu Singa Afrika sebagai subjek utama. Terdapat juga hujan sebagai pembayang. Selain itu, singa tersebut sedang mengaum pada waktu malam . Karya ini dapat menimbulkan kekuatan dan perasaaan gentar ketika memandangnya. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih Singa Afrika sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu "Sayangilah Hidupan Liar". Warna merah yang digunakan dalam karya ini membawa mana bersemangat dan memiliki daya tarikan yang kuat manakala warna kuning pula membawa makna sika berwaspada dan ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara.. Selain itu, warma hitam yang dijadikan' sebagai warna latar menujukkan kegelapan di mana waktu malam menjelma dan adanya rintisan hujan adalah bertujuan untuk menonjolkan suasana malam menyebabkan singa afrika aktif memburu mencari manga pada waktu tersebut. Tuntanya mesej yang ingin disampaikan ole pengkarya ialah hidupan liar merupakan haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan kerana sikap tamak oleh manusia. Walaupun mereka diancam kepupusan, pelbagai pihak bertanggungjawab menjaga habitat mereka daripada kepupusan Dengan in pengkarya menggambarkan kesan dalam karya sekiranya hidupan liar tidak dijaga dengan baik, maka ekosistem menjadi tidak seimbang.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 RAJA RIMBA DI PERSADA BELANTARA HANIF NABIL NAJMIE BIN ZAINI
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 HANIF NABIL NAJMIE BIN ZAINI PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk “RAJA RIMBA DI PERSADA BELANTARA” ialah terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu seekor harimau malaya sebagai subjek utama dan daun-daun hutan serta daun pokok pisang sebagai subjek sampingan. Seterusnya subjek utama iaitu harimau itu seolah-olah sedang menoleh sambil memandang sesuatu di persekitarannya. Selain itu, harimau tersebut kelihatan seperti berada di habitat semula jadinya iaitu hutan belantara. Tedapat juga corak berulang yang bewarna kuning sebagai latar belakang. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih harimau malaya sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Berdasarkan tajuk, pengkarya ingin memberitahu ‘’raja rimba’’ bermaksud harimau manakala ‘’persada’’ bermaksud pentas tempat duduk raja dan ‘’belantara’’ bermaksud hutan, seolah-olah harimau tersebut merupakan raja rimba yang mejadikan hutan belantara sebagai pentasnya sebagai raja. Seterusnya hanya seekor sahaja subjek utama iaitu harimau diletakkan dalam karya kerana ingin menunjukkan harimau malaya merupakan haiwan yang tersenarai dalam haiwan terancam yang hampir pupus. Hal ini juga boleh menggambarkan gaya hidup subjek utama iaitu harimau malaya hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau masih beranak kecil. Daun-daun hutan disusun di atas kepala subjek utama seperti mahkota bermaksud subjek merupakan raja rimba. Corak berulang bewarna kuning menunjukkan warna diraja untuk memberi penekanan bahawa harimau merupakan raja rimba. Pengkarya ingin memberitahu audiens supaya tidak lupa dan prihatin tentang harimau yang terancam ini. Pengkarya menggambarkan kehidupan harimau sekiranya haiwan ini tidak diancam kepupusan dan hidup selesa di hutan belantara.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 THE ONLY ONE LEFT MUHAMMAD FIRDAUS BIN MANEH
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 MUHAMMAD FIRDAUS BIN MANEH PERNYATAAN KARYA Tajuk karya ini ialah “The Only One Left”. Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya ini ialah terdapat bintang yang banyak di langit dan selain itu, terdapat seekor panda merah yang melihat ke arah hadapan seperti sedang melihat sesuatu. Karya ini dapat menimbulkan perasaan curiga dan tanda tanya apabila melihat hasil pengkarya. Seterusnya, maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih panda merah sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Panda merah merupakan spesies haiwan liar yang semakin terancam. Terdapat seekor sahaja panda merah di dalam karya kerana panda merah tidak selalunya hidup dalam keadaan berkumpulan dan hanya bersendiri atau berpasangan sahaja. Pemandangan yang dilihatkan adalah kerana tiadanya tempat untuk haiwan itu memanggil rumah kerana hutan dan pokok telah semakin berkurangan untuk dibuat rumah. Warna merah yang diletakkan pada bintang menggambarkan bayangan darah dan nyawa haiwan yang telah diambil apabila hutan di tebang oleh manusia. Tuntasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah haiwan ini semakin terancam akibat keputusan manusia. Ianya telah mendatangkan pelbagai impak yang buruk dalam ekosistem kehidupan sekeliling. Dengan ini, audiens mula menimbulkan rasa simpati dan mula mengambil tindakan dalam isu kepupusan hidupan liar.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 PANDA WORLD MUHAMMAD FIRDAUS HAQIM BIN ZAINUDDIN
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 MUHAMMAD FIRDAUS HAQIM BIN ZAINUDDIN PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk "Panda World" terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu Panda, pokok dan buluh merupakan subjek sampingan. Terdapat seekor panda yang sedang duduk di atas pokok yang dipenuhi dengan beberapa helaian daun dan angin. Tuntasnya kelihatan seperti panda sedang mengamati keindahan alam . Karya ini menimbulkan suasana yang tenang ketika memandangnya. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih panda sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu "Sayangilah Hidupan Liar". Panda merupakan hidupan liar yang hampir pupus . Terdapat seeokor panda dalam karya kerana panda merupakan makhluk yang tidak suka bersosial dengan panda yang lain . Tuntasnya, pengkarya memilih subjek sampingan iaitu daun kerana pengkarya ingin menyampaikan buluh merupakan makanan utama bagi panda. Warna yang digunakan ialah warna hitam,warna merah dan warna kelabu.Tuntasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah kepupusan ini berlaku disebabkan oleh perbuatan ketidak bertanggungjawaban dan sikap kejam sesetengah manusia. Disebabkan perbuatan tersebut ia telah menyebabkan perubahan iklim dan pencemaran. Dengan ini, pengkarya menggambarkan pemandangan yang indah dalam karya sekiranya haiwan tersebut dipulihara dengan baik agar dapat menggalakkan audiens supaya lebih cakna akan isu kepupusan hidupan liar.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 SIULAN SIRAJA UDANG MUHAMMAD AFIF DANIEL BIN MUSTAFA
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat didalam karya yang bertajuk ‘ ’Siulan Siraja Udang‘’ ialah terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu kelihatan seekor burung raja udang yang sedang bertenggek diatas ranting kayu sebagai subjek utama dan menglihatkan seperti kesan kebakaran yang terdapat didalam hasil karya tersebut. Selain itu, burung tersebut kelihatan resah kerana habitatnya yang didudukinya terbakar. Karya ini dapat menimbulkan perasaan sedih ketika audiens diluar memandangnya. Maksud tersirat didalam karya ini ialah pengkarya memilih burung raja udang sebagai subjek utama kerana ingin menepati tema iaitu ‘’ SAYANGILAH HIDUPAN LIAR ‘’. Burung raja udang adalah salah satu haiwan atau binatang yang hampir pupus. Ini kerana habitat atau tempat tinggal burung tersebut seperti dicerun-cerun kawasan sungai yang selalu diancam oleh sektor yang ingin mendirikan bangunan. Selain itu, pembinaan bangunan dikawasan persekitaran habitat haiwan tersebut menyebabkan banyak burung raja udang yang mati akibat dari pembinaan bangunan tersebut. Tuntasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah tentang memikirkan segala jenis binatang atau haiwan sekiranya kite atau masyarakat membina bangunan dan menerbang pokok secara tidak terkawal dapat menjejaskan haiwan tersebut. Dengan ini, perngkarya menggambarkan keadaan haiwan tersebut ketika habitatnya terbakar maka ianya dapat difahami oleh audiens yang melihat karya tersebut. MUHAMMAD AFIF DANIEL BIN MUSTAFA
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 SI PANTAS MUHAMMAD AKID IRFAN DANISH BIN NORNIKMAN
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk "Si Pantas" ialah terdapat beberapa hal benda yang digunakan antara subjek utama haiwan yang dipilih iaitu cheetah. Kelihatan dari sudut pandangan bervisualkan muka cheetah bermisai yang sedang memandang ke hadapan dengan berbadan separa. Badannya dipenuhi dengan bintik atau tompok hitam dikelilingi warna merah menimbulkan bayang dengan pencahayaan warna cerah iaitu warna kuning dan putih. Penggunaan warna yang cerah dan berlatar belakangkan warna hitam menunjukkan penegasan terhadap subjek utama tersebut. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih cheetah sebagai subjek utama kerana sesuai dalam menepati tema iaitu "Sayangilah Hidupan Liar". Cheetah merupakan haiwan ber keluarga kucing yang sangat pantas di dunia. Kehilangan habitat cheetah semakin lama semakin terasa. Ini berpunca daripada manusia yang melakukan kegiatan aktiviti yang menyebabkan kemusnahan habitatnya yang berada di ambang kepupusan. Manusia yang tidak berperikemanusiaan yang men dahagakan wang sanggup berburu haiwan ini untuk mendapatkan kulitnya. Warna kuning digunakan sebagai warna asal cheetah iaitu kuning keemasan. Penggunaan warna merah membawa maksud keberanian seekor cheetah dalam meneruskan hidupnya sebagai haiwan yang diburu. Dalam karya ini, pengkarya menjelaskan bahawa cheetah sangat penting sebagai haiwan yang dijuluki haiwan terpantas di dunia dalam mengekalkan habitatnya. Penggunaan warna hitam yang berkontrakan warna cerah menimbulkan penegasan yang bertujuan menarik perhatian audiens dalam menghayati mesej yang disampaikan. Selain itu, juga menunjukkan ekspresi cheetah dalam suasana habitatnya yang terancam. MUHAMMAD AKID IRFAN DANISH BIN NORNIKMAN
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 TANGISAN TAPIR NAQIB IMRAN BIN NAJIB
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NAQIB IMRAN BIN NAJIB PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk "Tangisan. Tapir" ialah terdapat subjek yang digunakan iaitu seekor tapir bersama anak tapir sebagai subjek utama. Terdapat juga objek lain seperti batang pokok, dedaun, hujan, dan subjek seakan-akan ombak yang beralun. Karya ini dapat menimbulkan suasana atau keadaan yang berlaku di hutan. Maksud tersirat di dalam karya jalah pengkarya memilik tapir sebagai subjek utama kerana ingin menepati tema jaitu "Sayangilah Hidupan Liar" Oleh itu, tapir merupakan salah satu hidupan liar yang hidup seperti hidupan lain. Subjek utama iaitu Malayan Tapir dewasa dan anak tapir. Tujuan pengkarya meletakkan dua ekor tapir dalam karya tersebut adalah untuk membezakan tapir dewasa dan tapir yang masih kecil. Perbezaan corak tapir membezakan tapir tersebut seperti tapir dewasa memiliki corak hitam putih manakala anak tapir pula memiliki corak seperti khinzir. Di dalam karya tersebut terdapat subjek seakan-akan ombak yang beralun. Subjek tersebut bertujuan untuk memberikan pandangan mengenai tanah yang terhakis akibat daripada pembalakan haram. Hujan yang turun mengakibatkan hakisan tanah dan menyebabkan tanah runtuh. Batang kayu pula musnah akibat tiada nutrisi daripada tanah dan dedaun yang gugur itu pula mati akibat pokok itu tiada nutrisi yang diperolehi dari tanah akibat pembalakan. Malahan, habitat haiwan tersebut juga turut musnah. Kesimpulannya, mesei yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah untuk menyedarkan masyarakat diluar sana untuk prihatin terhadap hidupan liar. Dengan ini, pengkarya menggambarkan suasana pembalakan secara berleluasa, maka pupuslah hidupan liar.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 THE HUMPBACK WHALE NOOR FARHANA BINTI MD NOOR
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NOOR FARHANA BINTI MD NOOR PERNYATAAN KARYA Tajuk karya ini ialah “The Humpback Whale”. Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya ini ialah terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu ikan paus, manakala laut, langit dan matahari merupakan subjek sampingan. Terdapat dua ikan paus yang sedang berenang di tengah lautan yang mengalir deras pada waktu senja. Selain itu, ikan paus itu kelihatan sedang bergembira dengan rakannya di atas laut. Langit yang terletak di bahagian atas karya kelihatan gelap seperti pada waktu malam. Karya ini menimbulkan ketenangan dan perasaan gembira ketika memandangnya. Selain itu, maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih ikan paus sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Ikan paus merupakan haiwan liar yang hampir pupus. Terdapat dua ikan paus di dalam karya kerana ikan paus merupakan makhluk yang bersosial dan sering mengembara dalam kumpulan yang besar. Selain itu, masa yang dipilih ialah waktu senja kerana pengkarya ingin menggambarkan bahawa ikan paus ini sedang diambang kepupusan sama seperti waktu senja yang hampir menjadi malam. Warna hitam yang digunakan pada langit bermaksud berlakunya perubahan iklim dan pencemaran yang menyebabkan kepupusan haiwan liar. Akhir sekali, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah kepupusan ikan paus ini berlaku disebabkan oleh perbuatan kejam manusia yang telah mendatangkan pencemaran dan bencana alam yang menyebabkan keseimbangan ekosistem marine tidak lagi selamat. Dengan ini, pengkarya menggambarkan pemandangan yang indah apabila haiwan tersebut dipelihara dengan baik agar dapat menggalakkan audiens supaya lebih cakna akan isu kepupusan hidupan liar.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 THE TWO LOOK LIKE IDENTICAL NUR ADINA BALQIS BINTI YAZID
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NUR ADINA BALQIS BINTI YAZID PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang tersapat di dalam karya yang bertajuk “The Two Look Like Identical” terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu burung pipit haji , daun dan batang pokok . Daun dan batang pokok merupakan subjek sampingan . Terdapat dua burung pipit haji yang sedang duduk di dahan pokok . Seekor burung pipit haji itu kelihatan gembira sambil memandang kearah batang pokok manakala seekor lagi sedang memandang kearah burung pipit haji yang lagi seekor . Karya ini dapat menimbulkan ketenangan dan perasaan gembira Ketika memandangnya . Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih burung pipit haji sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu “Sayangilah Hidupan Liar” . Burung pipit haji ialah haiwan yang hampir pupus manakala dua ekor burung pipit haji sedang melihat tempat tinggal mereka sedang dimusnahkan oleh manusia . Selain itu , warna yang digunakan pada badan burung pipit haji dan daun ialah warna merah dan hijau , warna merah melambangkan kesengsaraan burung tersebut untuk hidup daripada kemusnahan dari tangan manusia manakala warna hijau melambangkan kesegaran dan kedamaian . Tuntasnya , mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah kepupusan burung pipit haji ini dilakukan oleh manusia kerana burung pipit haji banyak berada di sekitar persawahan untuk memakannya . Dengan ini , pengkarya menggambarkan pemandangan yang indah dalam karya sekiranya haiwan tersebut dipelihara dan lebih mengingati orang ramai supaya sayangi hidupan liar supaya generasi akan datang dapat melihat hidupan liar yang ada sekarang .
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 THE HEAT DESTROY THE “ICE BIRD” NUR AFRINA BINTI AMMAR
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NUR AFRINA BINTI AMMAR PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk “The Heat Destroy The "Ice Bird" ialah subjek yang digunakan oleh pengkarya iaitu seekor King Penguin sebagai subjek utama dan bongkah ais sebagai subjek sampingan. Selain itu, King Penguin tersebut kelihatan sedang berdiri di atas serpihan bongkah ais yang kecil. Karya ini dapat menunjukkan suasana keadaan tempat tinggal King Penguin tersebut. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih King Penguin sebagai subjek utamanya kerana King Penguin merupakan salah satu haiwan hidupan liar yang terancam di dunia yang dapat menepati tema iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Bongkah ais yang berlubang dan juga bongkah ais yang terdapat di belakang King Penguin menunjukkan bongkah ais tersebut akan mengalami keretakan iaitu akan berlaku pencairan di Antartika iaitu tempat tinggal King Penguin. Selain itu, awan yang memiliki cahaya oren adalah bertujuan untuk menonjolkan suasana kepanasan di Antartika kerana di Antartika merupakan benua yang beriklim sejuk. Disamping itu, garisan kecil yang berada di langit menunjukkan suasana kekacauan yang dialami di Antartika. Tuntasnya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah keadaan King Penguin yang mengalami pemanasan global yang mendadak yang menyebabkan pencairan bongkah ais berlaku dan tempat tinggal Penguin pula akan terjejas disebabkan kepanasan yang melampau. Dengan ini pengkarya menggambarkan suatu keadaan yang akan menyebabkan kepupusan King Penguin jika tempat tinggal King Penguin terjejas dalam karya tersebut sekiranya pemanasan global akan berterusan maka pencairan bongkah ais akan berlaku .
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 THE KOALA NUR MIRZA MAISARAH BINTI MD FARED
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NUR MIRZA MAISARAH BINTI MD FARED PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk "The Koala" terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu Koala, pokok dan daun merupakan subjek sampingan. Terdapat seekor koala yag sedang duduk di atas pokok yang dipenuhi dengan beberapa helaian daun dan angin. Selain itu, kelihatan seperti koala sedang mengamati keindahan alam. Karya ini menimbulkan suasana yang tenang ketika memandangnya. Maksud tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih koala sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu "Sayangilah Hidupan Liar". Koala merupakan hidupan liar yang hampir pupus. Terdapat seekor koala dalam karya kerana koala merupakan makhluk yang tidak suka bersosial dengan koala yang lain. Selain itu, pengkarya memilih subjek sampingan iaitu daun kerana pengkarya ingin menyampai kan bahawa daun merupakan makanan utama bagi koala. Warna yang digunakan ialah warna hitam, warna coklat cair dan warna magenta. Tuntasnya, mesej yang ingin disampai kan oleh pengkarya ialah kepupusan ini berlaku disebabkan oleh perbuatan ketidakbertanggungjawaban dan sikap kejam sesetengah manusia. Disebabkan perbuatan tersebut ia telah menyebabkan perubahan iklim dan pencemaran. Dengan ini, pengkarya menggambarkan pemandangan yang indah dalam karya sekiranya haiwan tersebut dipulihara dengan baik agar dapat menggalakkan audiens supaya lebih cakna akan isu kepupusan hidupan liar.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 DERITA SI PEMBURU RIMBA NURASLYANA ASKINAH BINTI MOHD NASRON
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NURASLYANA ASKINAH BINTI MOHD NASRON PERNYATAAN KARYA Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk "Derita Si Pemburu Rimba" ialah terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu harimau belang sebagai subjek utama manakala garisan penjara, aliran darah mengalir serta darah berbentuk permata dan rantai besi sebagai subjek sampingan. Selain itu, harimau tersebut kelihatan sedih dan menderita. Karya ini menimbul kan emosi kesedihan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh haiwan tersebut. Maksud tersirat di dalam karya in ialah pengkarya memilih harimau sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu"Sayangilah Hidupan Liar". Harimau merupakan salah satu haiwan liar yang diambang kepupusan. Pengkarya memilih untuk menggambarkan karyanya dengan menimbul kan emosi sedih, kesengseraan dan penderitaan. Hal ini kerana kehidupan seekor pemburu rimba akan berakhir dengan tragis apabila ia ditangkap oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Pengkarya mengguna kan bahagian leher dan kepala harimau untuk menonjolkan reaksi sakit. Selain itu terdapat juga garisan yang dibentuk seperti penjara dan rantai yang melilit di bahagian leher harimau tersebut untuk menggambarkan kehidupan harimau tersebut yang tidak bebas untuk kemana-mana. Seterusnya, aliran darah mengalir di besi penjara dan kesan cakaran harimau pula membawa maksud usaha harimau tersebut untuk melepaskan diri dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa melukakan dirinya sendiri. Terdapat juga darah yang dibentuk seperti permata yang mengalir keluar dari mulut harimau untuk menggambarkan nilai setitik darah harimau yang begitu tinggi nilainya, sehingga sama seperti nilai sebutir permata. Oleh itu, pengkarya menggambarkan situasi yang sedih itu bagi memberi kesedaran kepada para audiens supaya lebih cakna dengan isu kepupusan hidupan liar agar mereka sedar dan terus melindungi haiwan liar yang sedang dihantui dan akan dilanda kepupusan kelak.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 RENUNGAN MATA RUSA NURUL WAZEERA BINTI MOHAMMAD ZAILAN
Maksud tersurat yang terdapat di dalam karya yang bertajuk “Renungan Mata Rusa” ialah terdapat beberapa subjek yang digunakan iaitu seekor rusa sebagai subjek utama dan mata- mata serta bunga lili sebagai subjek sampingan. Di dalam karya ini, kepala rusa tersebut tidak mempunyai bulu malah menyerupai sebuah tengkorak rusa. Kepala rusa tersebut walaupun tidak mempunyai mata dan kelihatan kosong, seakanakan sedang merenung ke arah audiens. Rusa itu juga dikelilingi oleh bunga lili yang berwarna biru dan jingga dan mata-mata yang juga sedang merenung ke arah audiens. Karya ini dapat menimbulkan ketakutan dan perasaan tidak senang ketika memandangnya. Maksud tersirat di dalam karya ini pula ialah pengkarya memilih rusa sambar sebagai subjek utamanya kerana ingin menepati tema iaitu “Sayangilah Hidupan Liar”. Hal ini kerana pengkarya ingin meningkatkan kesedaran dalam kalangan audiens akan spesies rusa yang terancam dan semakin pupus ini. Rusa dan mata-mata dalam karya melambangkan roh rusa-rusa yang telah mati akibat perbuatan manusia dan ingin membalas dendam. Selain itu, bunga lili melambangkan kematian dan digunakan sebagai perhiasan di majlis kebumian kerana ia membawa maksud detik di mana roh meninggalkan jasad. Dengan ini, pengkarya menggambarkan kebencian rusa yang semakin pupus kerana kerakusan dan ketamakan para pemburu namun akhirnya rusa tersebut menemui ketenangan setelah menemui kematian. Kesimpulan, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah kita haruslah menyayangi hidupan liar kerana ia membawa kepentingan kepada alam sekitar dan juga manusia. PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NURUL WAZEERA BINTI MOHAMMAD ZAILAN PERNYATAAN KARYA
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 MAKHLUK GERGASI NUR LAILI NABILAH BINTI RAMDAN
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NUR LAILI NABILAH BINTI RAMDAN PERNYATAAN KARYA Berdasarkan karya yang dihasilkan oleh pengkaji, terdapat maksud tersurat di dalam karya yang bertajuk "MAKHLUK GERGASI". Subjek utama yang digunakan di dalam karya tersebut dua ekor penyu belimbing sedang berenang dari pinggir laut menuju ke daratan dan suasana awan mendung dan gelap sebagai subjek sampingan. Selain itu, dua ekor penyu belimbing kelihatan sedih dan ketakutan semasa berenang menuju ke daratan. Karya ini dapat menimbulkan suasana yang suram dan menakutkan. Selain itu, maksud tersirat yang terdapat di dalam karya ialah pengkarya memilih haiwan iaitu seekor penyu belimbing bagi menepati tema "Sayangilah Hidupan Liar". Penyu belimbing merupakan haiwan liar yang sering mengalami ancaman dan kepupusan spesiesnya. Selain itu, cuaca mendung dan awan gelap adalah bertujuan untuk menonjolkan suasana pada waktu malam. Hal ini kerana penyu belimbing lebih gemar bersiar-siar pada waktu malam. Tuntasya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah cara dua ekor penyu belimbing melindungi diri daripada ancaman bahaya yang dapat mengancam nyawa mereka. Dengan ini, pengkarya dapat menggambarkan suasana yang suram sekiranya ancaman terhadap hidupan liar semakin berterusan.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 PANGOLINE LIFER NURUL FAZIRA BINTI ABDUL RAHMAN
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 NURUL FAZIRA BINTI ABDUL RAHMAN PERNYATAAN KARYA Tajuk yang dipilih olen pengkarya ialah "Pangoline Lifer". Karya ini berkisahkan kehidupan seekor tenggiling yang sentiasa berada dalam keadaan terancam. Imej yang telah dipilih oleh pengkarya adalah sebuah gambaran imej seekor tenggiling. Haiwan tenggiling telah dipilih kerana haiwan ini sangat terkenal dengan sisiksisiknya yang unik kerana diperbuat daripada keratin yang memberi manfaat kepada manusia dalam bentuk perubatan tradisional. Haiwan ini hampir diambang kepupusan disebabkan kegiatan pemburuan haram. Makna tersurat yang terdapat dalam karya ini ialah terdapat beberapa subjek yang digunakan dalam karya contohnya seekor tenggiling yang dikelilingi dengan rimbunan daun kering. Terdapat juga subjek sampingan iaitu seekor kumbang yang berada pada tapak tangan tenggiling tersebut. Manakala, makna tersirat di dalam karya ialah pengkarya memilih imej tenggiling bagi menepati tema 'Sayangilah Hidupan Liar'. Tenggiling yang berada di kawasan rimbunan daun tersebut telah menggambarkan habitat semula jadinya yang sepatutnya di pelihara dengan sebaik mungkin. Selain itu, gambaran kumbang yang dihasilkan oleh pengkarya pula telah menggambarkan mana tersirat iaitu seekor haiwan yang menyayangi dan melindungi haiwan lain daripada ancaman. Oleh itu, pengkarya ingin menyampaikan bahawa manusia perlu mempunyai perasaan ber timbang rasa terhadap fauna yang semakin pups disamping me lindungi haiwan liar tersebut. Latar belakang karya yang gelap itu juga menggambarkan suasana malam kerana kebiasaannya ke giatan pemburuan dilakukan pada waktu malam bagi memburu haiwan eksotik ini. Tuntasya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah perlindungan terhadap haiwan liar agar tidak mengalami kepupusan.
PAMERAN SENI CETAKAN 2023 ENCIK MOHAMMAD AZIZUL BIN MOHAMED JORI GURU SENI TINGKATAN 6
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK MOHAMMAD AZIZUL BIN MOHAMED JORI SELAKU PENYELARAS BAGI PAMERAN SENI CETAKAN 2023. BELIAU TELAH BANYAK MEMIMPIN DAN MENUNJUK AJAR KEPADA KAMI SEPANJANG PELAKSANAAN KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3 2023 INI DIJALANKAN. PAMERAN SENI CETAKAN 2023
PAMERAN SENI CETAKAN 2023
PAMERAN SENI CETAKAN 2023
PAMERAN SENI CETAKAN 2023
PAMERAN SENI CETAKAN 2023