The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENATARAAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021 SMK TAMAN KOSAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kosashem, 2021-03-31 13:45:44

PENATARAAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021 SMK TAMAN KOSAS

PENATARAAN PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2021 SMK TAMAN KOSAS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS 68000 AMPANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

Kod Sekolah: Bea4609 No Telefon: 03-42936130
Email Sekolah: [email protected] No Faksimile: 03-42958742

Ruj. Kami : SMKTK.700-5/2/2 ( 3)
Tarikh : 19 Mac 2021

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga / Murid
SMK Taman Kosas,
68000, Ampang, Selangor

MAKLUMAN PENATARAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN NORMA BAHARU 2021

Dengan segala hormatnya merujuk kepada sidang media Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Menteri Kanan
Pendidikan, Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi bin Jidin bertarikh 19 Februari 2021, sesi persekolahan bersemuka
sekolah menengah akan bermula pada 5 April 2021.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah menetapkan beberapa ketetapan (tertakluk kepada keperluan dan arahan
semasa) untuk memenuhi Standard Operating Prosedure (SOP) KPM. Sila rujuk Lampiran 1.

3. Semoga pihak tuan dapat mengambil SEPENUH PERHATIAN DAN AKUR PADA KETETAPAN yang dinyatakan
Sebarang ketidakpatuhan pada ketetapan tersebut, tindakan akan diambil oleh pihak sekolah. Segala kesulitan amatlah
dikesali.

Kerjasama pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih

Sekian, terima kasih

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAMIDAH BINTI ABD LATIF)
PENGETUA

SMK TAMAN KOSAS

KOSAS OPTIMUMKAN SEMANGAT ASPIRASI SENADA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS 68000

AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Kod Sekolah: Bea4609 No Telefon: 03-42936130

Email Sekolah: [email protected] No Faksimile: 03-42958742

PENATARAN PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN NORMA BAHARU 2021

1. Waktu persekolahan
Sesi Pagi : 7.20 pagi – 1.10 petang *
Sesi Petang : 12.30 tengah hari – 6.45 petang*
(* tertakluk kepada jadual waktu kelas)

2. Pihak sekolah akan menggunapakai Model Penyuraian 1, 2 dan 4 untuk pengawalan
keberadaan murid di pintu pagar sekolah ketika datang dan pulang.

3. Laluan kehadiran murid sesi pagi adalah mengikut mod pengangkutan

PINTU PAGAR A = Berjalan kaki, kenderaan ibu bapa dan menaiki bas atau van sekolah
PINTU PAGAR B = Berbasikal dan menaiki motorsikal

4. Laluan kehadiran murid sesi petang adalah mengikut mod alamat tempat tinggal

PINTU PAGAR A = Dari Kawasan Taman Kosas Fasa 1, Fasa 2, Bandar Baru Ampang
dan kawasan sekitarnya

PINTU PAGAR C = Dari Kawasan Taman Kosas Fasa 3, Taman Ampang Indah, Lembah
Jaya, Taman Watan, Bukit Indah dan kawasan sekitarnya

5. Murid akan diminta mensanitasi tangan dan diimbas suhu badan di hadapan pintu masuk
sekolah. Kehadiran akan di rekodkan dalam aplikasi Datang Reader menggunakan kad
imbasan QR Code yang WAJIB dibeli oleh murid bermula pada hari pertama sesi persekolahan
secara bersemuka melalui koperasi sekolah. Sekiranya murid TIDAK MEMBAWA QR Code
murid akan diambil tindakan disiplin.

6. Sebagai langkah mengetatkan kawalan pintu masuk sekolah bagi memutuskan penularan
wabak covid-19 dalam kalangan warga sekolah; diingatkan semua murid supaya TIDAK
PERLU HADIR ke sekolah jika:

i. Murid atau ahli keluarga sedang menunggu keputusan ujian swab
ii. Murid atau ahli keluarga yang bergejala (demam / selesema / batuk / sakit tekak dan

seumpamanya)
iii. Murid atau ahli keluarga adalah kontak rapat dengan individu yang POSITIF COVID-19

termasuk ibu bapa / penjaga, adik beradik mahupun ahli keluarga yang tinggal serumah
iv. Ibu bapa / penjaga berkewajipan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya

terdapat sebarang kes Covid 19 berlaku di kalangan keluarga terdekat (kontak rapat)

KOSAS OPTIMUMKAN SEMANGAT ASPIRASI SENADA

7. Mana-mana murid yang didapati tidak sihat semasa di sekolah akan diasingkan dan diletakkan
di bilik isolasi/kuarantin yang telah ditetapkan. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk
mengambil murid di bawa pulang bagi mendapatkan rawatan.

8. Setiap hari RABU adalah Hari Kokurikulum, sama ada aktiviti kokurikulum boleh di laksanakan
atau tidak , murid tetap DI WAJIBKAN memakai pakaian Unit Beruniform Lengkap atau separa
lengkap (t-shirt unit beruniform dan seluar slack mengikut unit masing-masing). Seluar track suit
adalah TIDAK DIBENARKAN. Pemakaian tudung hitam bersama tshirt unit uniform TIDAK
DIBENARKAN.

9. Murid hanya dibenarkan memakai t-shirt sukan dan track suit mengikut jadual waktu kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sahaja.

1. Penjarakan sosial WAJIB dipatuhi sepanjang berada dalam kawasan sekolah dan sentiasa
memakai pelitup muka.

2. Murid akan ditempatkan di meja dan tempat duduk yang telah dikhaskan dan TIDAK
DIBENARKAN berpindah tempat duduk atau meja yang telah ditetapkan di dalam kelas.

3. Murid TIDAK DIBENARKAN berkongsi sebarang peralatan alat tulis dan barang persendirian
yang dibawa sepanjang waktu persekolahan.

4. Murid TIDAK DIBENARKAN melakukan sebarang sentuhan fizikal dengan mana-mana murid
lain. Ibu bapa / penjaga diminta untuk senantiasa mengingatkan anak tuan puan agar mematuhi
peraturan ini.

5. Murid diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan untuk bergerak di dalam kawasan
sekolah.

6. Pihak kantin akan menyediakan makanan kepada murid-murid mengikut tempahan yang akan
dibuat sebelum waktu kedua sesi persekolahan pada setiap hari berpandukan menu yang
ditawarkan oleh pihak kantin. Tempahan makanan tersebut akan diambil oleh wakil kelas
semasa waktu rehat.

7. Semasa waktu rehat murid akan makan di tempat masing-masing di dalam kelas dibawah
pemantauan guru.

8. Murid tidak dibenarkan untuk berkongsi makanan dan peralatan makan minum semasa
makan.

KOSAS OPTIMUMKAN SEMANGAT ASPIRASI SENADA

1. Penjarakan sosial WAJIB dipatuhi sepanjang berada dalam kawasan sekolah dan di pondok
menunggu dalam kawasan sekolah.

2. Murid akan bergerak keluar dari kelas secara berperingkat mengikut penggiliran yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Ibu bapa / penjaga yang MENUNGGU ANAK DI LUAR PAGAR
SEKOLAH diminta untuk MEMAPARKAN NAMA ANAK bagi memudahkan guru bertugas
untuk mengawal pergerakan murid sewaktu pulang.
Contoh :

AISYAH BINTI ALI

3. Ibu bapa/ penjaga DIHARAP dapat BERSABAR DAN MEMATUHI PENJARAKAN SOSIAL
sewaktu menunggu anak-anak di pintu pagar sekolah kerana SOP WAJIB dipatuhi.

4. Ibu bapa / penjaga dan pengusaha van sekolah WAJIB mematuhi waktu pulang murid yang
telah ditetapkan. Murid tidak dibenarkan menunggu terlalu lama di dalam kawasan sekolah
setelah sesi persekolahan tamat bagi menjaga keselamatan murid. Pihak sekolah TIDAK
AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap sebarang risiko yang berlaku selepas tamat sesi
persekolahan.

5. Sebarang kerjasama dari pihak tuan puan ibu bapa / penjaga amatlah dihargai oleh pihak
sekolah

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

SEKIAN,TERIMA KASIH.

Saya yang menjalankan amanah,

( HAMIDAH BINTI ABD LATIF)
PENGETUA

SMK TAMAN KOSAS
KOSAS OPTIMUMKAN SEMANGAT ASPIRASI SENADA


Click to View FlipBook Version