DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM
ISLAM
JABTAN PENGAJIAN AM
PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA AWG
MOHAMMAT
NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN
SHAWAL BIN YUSUFIAN
MUHD MURAD BIN RAHIM
AZMIRUL YUSUF BIN ABDULLAH
MOHD ASRAFF
TOMME ALLAN
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
Islam adalah satu satu agama yang cukup mulia dimana ianya banyak memberi ilmu
pengetahuan yang bermanfaat. Ilmu tersebut meliputi segala aspek kehidupan kita. Jadi kita
ingin mengulas serba sedikit konsep kejiranan menurut Islam. Semua kita tahu bahawa Islam
bukan sahaja menitik beratkan hubungan dengan Allah SWT malah setiap muslim itu juga
perlu menjaga hubungan sesama manusia. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup
seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan
menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat
membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan
sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran
merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling
menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama
jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Pada era globalisasi masa kini,konsep kejiranan semakin pudar dan tidak diberikan perhatian
sewajarnya, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Justeru itu, tidak hairanlah
ramai yang tidak mengenali jirannya walaupun tinggal sebelah menyebelah. Jika pun
mengenali tetapi ramai yang tidak merasakan kemesraan berjiran apatah lagi perasaan untuk
mengambil berat tentang hal ehwal jiran. Kemesraan dan keseronokan berjiran tidak terasa
kerana aspek interaksi yang positif dan membina diabaikan. Pelbagai alasan diberikan seperti
tidak mahu jaga tepi kain orang, terlalu sibuk dan sebagainya. Oleh itu , dalam e-folio ini akan
mendedahkan definisi kejiranan, konsep kejiranan , langkah-langkah memupuk semangat
kejiranan,kepentingan semangat kejiranan dan hak-hak jiran.
DARI SEGI BAHASA
Jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau
tetangga.
DARI SEGI ISTILAH
jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah
malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-
ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.
Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah
seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah
daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran
juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal
berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
OBJEKTIF BERJIRAN
⚫ Dapat membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan
semangat cinta akan negara.
⚫ Pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan di
dalam diri setiap masyarakat.
⚫ Dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka
sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan
kepada negara.
⚫ Kejiranan amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan
sahsiah individu dan keluarga
Pada zaman moden yang serba canggih,banyak faktor
Yang dilihat menjadi pendorong kepada lunturnya
Semangat kejiranan:
1. Gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk
2. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan kehidupan
3. Kemajuan dalam bidang teknologi dan media massa
4. Arus pembangunan yang semakin pesat
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian agar maruah dan kehormatan Islam
terjamin. Islam sangat memudahkan para umatnya untuk bergaul justeru Islam tidak
membahagikan tentang kedarjatan seseorang imdividu dalam mengeratkan hubungan
silaturrahim. Jadi individu itu sendiri perlu mengetahui adab pergaulan dalam Islam.
⚫ Jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan pertalian darah
⚫ Jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah
⚫ Jiran bukan Islam
Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’ ayat 36
iaitu :
Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-
Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-
bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga
yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu
sabil dan hamba sahaya mu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
HAK & KEWAJIPAN SETIAP MUSLIM TERHADAP JIRAN:
Jenis Jiran Hak Jiran
1. Jiran Muslim yang mempunyai hubungan 1.Hak sebagai seorang muslim.
persaudaraan. 2. Hak sebagai kerabat.
3.Hak sebagai seorang jiran
2. Jiran Muslim yang tidak mempunyai 1. Hak sebagai seorang muslim.
hubungan persaudaraan. 2. Hak sebagai seorang jiran.
3. Jiran Bukan Islam 1. Hak sebagai seorang jiran.
Hak sebagai seorang muslim yang perlu dijaga :
Hak jiran perlu diberi perhatian yang lebih bagi setiap individu kerana ini adalah selari dengan
tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran-jiran
sekeliling. Menghormati jiran dan pengamalan antara mereka selagimana tidak membawa
kemudaratan. Sekalipun jiran disekeliling bukan beragama Islam, menghormati dan tidak
menganggu kehidupan mereka adalah adab terutama apabila melibatkan agama mereka seperti
yang dilakukan oleh orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda iaitu :
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia
menyakiti jirannya.”
Nabi SAW menunjukkan contoh teladan membina kerukunan hidup berjiran termasuk
mengambil berat terhadap jiran.
Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW berkunjung menemui Abu Dzar yang sedang
memasak kuah lalu Baginda berkata : “ wahai Abu Dzar, jika kamu memasak,
perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu
dengan baik. “
Islam menekankan hubungan baik sesama jiran tetangga. Hal ini demi melahirkan suatu
kehidupan dalam masyarakat yang harmoni. Mungkin sesuatu barangan yang kita sedekah
atau beri kepada jiran tidaklah seberapa nilainya bagi seorang manusia tetapi disisi Allah,
nilai ganjarannya adalah pahala.
Sabda Baginda SAW bermaksud :
“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada
jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia
menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka
hendaklah dia berkata dengan baik dan hendaklah ia diam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Pesanan Nabi SAW menunjukkan bahawa kehidupan seorang mukmin tidaklah sempurna di
kaca mata Islam apabila hubungannya bersama jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik
serta hidup dengan aman harmoni.
HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Setiap individu perlu memelihara hak jiran kerana ini adalah
selari dengan tuntutan agama. Contoh cara memeliharanya
ialah tidak menyakiti jiran dan seringkali
memelihara keamanan dengan jiran.
Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w. iaitu:
Maksudnya: ‘Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya”
Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam ada memberikan
asas dalam semua pihak patut fahami dan amalkan:
1. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudharat.
2. Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik.
3. Menziarahi jiran ketika sakit.
4. Jangan menyakiti dan menzalimi jiran.
Sikap ini menandakan hati yang bersih. Ini terdapat dalam sabdaan Nabi SAW:
Maksudnya: “ Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin,
maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”